10 Sept 2006

Radioblog versi terbaru

Untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung yang dihormati sekelian. Sekarang ni saya sedang mencuba versi terbaru radioblog, Radio.blog 3.0. Berhempas pulas lah juga mau kasi 'malakat' di sini sebab instruction yang diberi cukup ringkas dan membingungkan.

Nampak gaya ada beberapa perbezaan dengan versi sebelum ini (versi 2.5). Yang ketara saya perhatikan, ialah track loading indicator bergerak dengan perlahan-lahan (slow and steady) tidak macam versi dulu, yang bergerak dengan cepat ke kiri ke kanan..kiri..kanan sebelum lagu melompat ke track seterusnya. Kali ini sekurang-kurangnya indicator bergerak serentak atau selari dengan track loading (macam juga proses meloading video dari YouTube). Setakat ini saya belum nampak track melompat-lompat dari satu lagu ke satu lagu.

Satu lagi pembaharuan ialah keujudan button "+". Kalau kamu klik, boleh nampak gambar, ada link cari lirik, link cari info artis dan yang paling 'malatup' ada link "buy this track"(...hmmm...adalah nanti track yang saya jual ni!..hehehe!). But don't rush (jangan dulu kamu tekan-tekan nanti malatup!) semua itu belum boleh berfungsi sepenuhnya lagi, sebab versi ini actually belum dikeluarkan sepenuhnya. Setakat ini masih dalam proses trial ...kira macam draft lah tu...belum finalised lagi. Gambar-gambar yang kamu nampak tu bukan saya yang letak, tapi otomatik ada di sana. Adalah lagi beberapa pembaharuan, macam boleh buat playlist terpisah (split playlist) etc, tapi memandangkan benda baru so belum pandai buat lagi (sedang menanti soalan dijawab dalam forum dorang). For the time being enjoy sajalah dulu lagu-lagu yang ada! Have a nice day...jan lupa bangun awal bisuk pi kerja!

0 comments: