30 Jan 2009

Adam rancak berniaga

Studio rakaman bergerak (dalam van) anyone!? Hehe...macam good idea jugakan.


Saya ni angan-angan mau buat pejabat dalam van :-).

Anyway take a listen to this song which used to be quite popular, I think around two years back (over Sabah local radio station). Some visitors requested for it back then but tiada dalam stok :-). So here it is....Lambang Cinta by Richado featuring an unknown lady singer by the name of Yohana (she sounds very amateur)



Nice song very sentimental....persis lagu Acha dan Irwansyah :-)

29 Jan 2009

Mari berhibur

Lagu berikutnya ini saya tujukan kepada seorang tanakwagu bernama "Jairis" (bukan nama sebenar) dengan ucapan atau lebih tepat dengan amaran "jangan ko tariak-tariak nyanyi ni lagu kalau ada sumandak limpas ah! Ko ndak jara' kana umban batu...nasib baik batu kiici! (umban-umban sayang kunun dia bilang)"

Samsen - Ugou



Ugou ku sayang
Ogumu o pominat mu
kada kada la ai momilih
ujung ujung ah jadi ke anadartu


Lawa dih mengkali si Ugou ni kan....buli memilih-milih lagi :-)

28 Jan 2009

Ebi - fokus pada kerjaya

No cinta-cinta for the time being dia bilang :-)

Anda mahu ke Sydney?

Menaiki Air Borneo....then read on.

27 Jan 2009

Artistes united

It's been the talk among the netizens that Nikki and Audi Mok are engaged. Well I did come across an article a few months back that Nikki was in a romantic relationship with a Chinese guy from Malacca (no hint though about the guy profession). So this is the guy mentioned in the article. Although no firm confirmation from both parties, the picture below speaks a volume:-) (Apa?! Ko masih ragu-ragu?)

Credit

Kalau betul bagai dikata, congratulations to both of them :-). Memang sedondon bah durang kan!


P/s: Still waiting for Nikki's new album to reach KK music stores.

Elvis Saladan - Promo album

Belum banyak info mengenai artis ini selain dijangka akan melancarkan album beliau dalam bulan Febuari nanti. Apapun dengarkan saja audio di bawah yang dirakam untuk mempromosi album beliau.


Ingat tu...beli yang original!

Beliau juga mempunyai laman web www.elvissaladan.com tapi masih 'under construction'.

26 Jan 2009

Hiburan Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ni kan...atau tahun lembu...apa kata kita hayati dengan penuh perasaan persembahan sensasi adek Chek Chen. Pejamkan mata...tarik nafas...ready! Ambik kau!




Kesian tau...macam tu serious dia kepit suara dituduh pula bergurau. Jahanam betul bah juri sorang ni (ingat senangkah mo kepit-kepit suara sambil feeling-feeling macam tu? Kan!:-)). Kalau sayalah si Chek Chen saya baling ja tu mikrofon sama Paul Moss.

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan untuk hiburan kita seterusnya kita hayati pula persembahan akak-oh-my-god ni.



Kelas tak kelas? Kelas kan! Instead of cakap.."opocot!" or "eh mak ko terkucil!"..."oh my god!" jadi pilihan :-)

While I'm posting this entry the explosion sounds of firecrackers and fireworks were all around. Suddenly one question pops up on my mind...is this how the atmosphere like in Gaza?!

"Gong Xi Fa Cai!" and most importantly "enjoy your holidays!" (harap-harap kamu masih ingat jalan ke pejabat nanti! Haha...maklumlah cuti berhari-hari!)

25 Jan 2009

Stacy - Album sulung Feb ini


Khabarnya Stacy bakal melancarkan album sulung beliau pada 22 Feb nanti di KDCA. Demikian menurut info dari laman blog peminat-peminat Stacy. Album sulung tersebut bakal memuatkan hanya lima buah lagu seperti yang tersenarai di bawah.

1. Gagap
2. Cerah
3. Cinta yang Ku Duga
4. Pakai Buang (<---Aiyoo! Lagu iklan untuk INTIMATE kah ni?)
5. Aku Stacy

Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Kieran Quek, Ajai dan Edry KRU.

"Terus-terang saya memang "all-out" untuk album ini, sebab inilah album yang akan menentukan sejauh manakah kebolehan saya dalam nyanyian. Untuk album pertama ini, memadailah dengan lima buah lagu sahaja dan saya lebih pentingkan kualitinya. Kalau banyak-banyak lagu pun belum tentu orang nak dengar. Saya percaya kesemua lagu dalam album ini dapat menarik minat pendengar, kalau tak percaya, nantikan kemunculan album saya ini nanti"
kata Stacy ketika diminta mengulas mengenai album sulung beliau.

24 Jan 2009

Musim rancangan TV realiti

Musim baru rancangan-rancangan realiti TV sedang rancak bermula. Setelah American Idol memulakan siarannya untuk musim baru pada 14 Januari lepas, OIAM pula menyusul, dengan menayangkan episod pertama musim ketiga rancangan tersebut semalam (23 Januari). Yang menariknya walaupun OIAM 3 baru bermula semalam tetapi telah pun diketahui senarai 12 peserta yang terpilih ke pusingan final (top 12)...hehe. Ada saja yang sudi jadi spoiler kan. Menurut sumber spoiler senarai Top 12 ialah

1.Tomok (artis)
2.Simon
3.Pija (artis...this singer prefer to be known as from Sabah)
4.Ayu
5.Amelia (artis)
6.Nine (artis)
7.Fifi
8.Ester a.k.a Elizabeth (satu-satunya yang diketahui berasal dari Sabah)
9.Rizwan (Pemenang Artis Harapan AIM 2004)
10.Anis
11.Rihana
12.Azweera a.k.a Awie


Maknanya muka-muka yang keluar pada episod pertama semalam (kecuali Amylea) termasuk si Aishah kenit dari Papar (gambar bawah) tidak berjaya.


Suka posing-posing ayu manja dia ni...tapi tidak juga malatup

Wakil The Osmond dalam American Idol 8


Dalam American Idol musim lalu, ada juga suara-suara yang mengkaitkan David Archuletta dengan keluarga The Osmond. Maklumlah kan beliau berasal dari Utah dan menganut agama Mormon. Sebab negeri Utah ni sering dikaitkan dengan kumpulan The Osmond yang cukup popular di Amerika suatu ketika dahulu (sekarang ini pun masih juga popular)...Donny Osmond, Jimmy Osmond, Marie Osmond and the rest of the Osmonds Brothers. Nampak gaya AI musim ini akan lebih menarik dengan kemunculan salah seorang generasi The Osmond. Beliau yang dimaksudkan ialah David Osmond (salah seorang anak kepada Alan Osmond).


Adakah bakat beliau sehebat uncle dia Donny Osmond? Tidak sabar juga saya mau tengok...hehe. Pressure juga mengkali dia ni sebab datang dari keluarga seni yang bukan calang-calang. Menurut 'spoiler' beliau setakat ini telah berjaya sampai ke tahap top 50. Pengaruh The Osmond ni kira kuat juga bah kan. Maklumlah durang ni ala-ala selebriti kebanggaan dan kesayangan Utah. Adakah Utah membalas dendam this season sebab kuda durang no. 2 ja last season, best ni mo tengok :-)


(kamurang google ja lah 'Donny Osmond', 'Marie Osmond' kalau ndak berapa kenal...hehe)



23 Jan 2009

Infinatez at Jomstar online

Infinatez singing a medley of songs namely Hinonggo, L.O.V.E, Can't Take My Eyes Of You and Gadis Melayu in acapella during their interview session with jomstar.com (arguably the first Malaysian online entertainment magazine). Check it out!



Gadis Melayu tu outstanding. Hinonggo? lagu saper tu? Faizal Tahir kah? Kekekek...just kidding.

22 Jan 2009

Ridah -Album solo


Bersempena dengan banjir yang melanda Kota Marudu dan juga Pitas, apa kata kita hayati lagu-lagu yang ada dalam album pertama si Ridah (apa pula kena mengena banjir dengan album si Ridah ni?). Saya cuba-cuba translate lah bah kunun tajuk lagu (berani mati pigi translate bagus kunun expert...kekek)

1. Oulau (Crazy) - Lagu/Lirik (Ramli Ahmad/Ramli Ahmad)

Lagu trek pembukaan. Take a listen (sikit ja tau)



Not bad...cuma kadang-kadang macam ter"annoyed" pula saya dengan bunyi string yang nipis (macam polifonik)

2. Ralan Koposion (Jalan Kehidupan)- Lagu/Lirik (Jasny Mohd Yaakub/Ridah)




I always like Jasni M.Y works, selalu ada bunyi-bunyian akustik dalam gubahan muzik beliau (boring juga bah kan kalau synthesizer ja ;-))

3. Percaya Itu Cinta - Lagu/Lirik (Jasni M.Y/Ramli Ahmad)



4. Lugai Lugai - (Ramli Ahmad/Ramli Ahmad)

Songulunan ie gaman mamanau
Mansau-ansau nopo tikid tadau
Miagal do dii tulun mulau-ulau
Nauk do pinaga om LINUTAU (<- harus dieja dengan huruf besar)




Another interesting track. Mmm..macam mana mo describe lugai-lugai ni ah. Something like carefree, easy going...berjalan-jalan tanpa sekatan (lebih kurang lah bah tu kan)

5. Sopirosi-rosi - Peter Poninting/Peter Poninting

Adey...onu ie sopirosi-rosi..."Bergetar-getar", "Berdebar-debar"?





6. Sorou Poh (Rindunya) - (Peter Poninting/Peter Poninting)




Wow...I have to give 4 thumbs up (termasuk ibu jari kaki) to this track. I really like the orchestration, very solid and rich! (tiba-tiba terkeluar orkestra dramatik ala-ala filem Star Wars dalam lagu Sabah..:p). Si Sitaring bah yabg buat ni kan? *TABIK!*. Suara Ridah pun malatup di sini. My favourite track in this album.

7. Mungkin (Maybe)...mo translate juga kah? - (Lydia Dulima/Lydia Dulima)

Lagu yang diberi nafas baru sambil 'merobotkan' suara si Ridah pada bahagian-bahagian tertentu. Ridah nyanyi pun relax sikit. I like this one than the previous version.




But what do you think of the ketukan drum? Orait juga kah? jangan kutuk...saya yang ketuk tu ah...punya panat! (kidding)

8. Joget Buli Bah Kalau Kau (Can Bah If You!) - (Jasni MY/RAmli Ahmad)

Gubahan muzik joget yang klasik, menggunakan instrument muzik akustik (I always crazy about acoustical instruments).




Orait-orait nopo...buli bah kalau kau

Habis tagline-tagline melatop kena pakai dalam lirik...hehe.

Terus terbayang saya si aki-aki yang sudah kana 7, 8 galas berjugit. Tukoi ayunan tangan durang tu!

9. Kasih Kita Ilusi - (Ramli Ahmad/Ramli Ahmad)




Biasa-biasa saja ini lagu. Tapi hampir jadi lagu dangdut sentimental mendayu-dayu

10. Oribau Pomusarahan - Peter Poninting/Peter Poninting

Yang ini lagu wajib dalam setiap album dusun




Bah apa lagi...dapatkan album ini segera, sambil kita menderma kepada tabung misi suci murni "Selamat Kan Sumandak-Sumandak Kota Marudu dan Pitas Dari Bencana Banjir Yang Durjana!"

Rayuan TV - Pt 2

Satu usaha yang cukup bagus, walaupun Menteri Penerangan sudah pernah berjanji kerajaan akan memperuntukan saluran khas TV untuk Sabah dan Sarawak dalam jangkamasa 3 tahun dari sekarang. :-) Link posting yang berkaitan

20 Jan 2009

PERTISA untuk Palestine

Bayangkan kalau ada promosi konsert amal......konsert "Demi Mu Palestine" ini ditaja oleh.....CocaCola, Starbucks, Mc Donald..... (hehe...salah kah kalau ada penaja macam tu?)

Show Us (Some Love) - T-Street

Check out this song by the up and coming group T-Street on Playlist 2. They've been working hard to release their debut album this year.

All the peoples on the right
Everybody shows us love

All the peoples on the left
Everybody shows us love

Nice song!

Show em some love yo! And most importantly show'em some supports! :-).

The song is also played on their blog site rapsoul.jah

19 Jan 2009

Mantera Kasih - Ebi

Sebuah lagi lagu yang bakal dimuatkan dalam album Ebi (lagu ciptan beliau sendiri). Tapi versi "studio bocor" ini dinyanyikan dengan hanya petikan gitar.

Ekspresi vokal cukup 'feel'-nya dan penuh emosi (ini mesti menyanyi sambil terkenangkan kisah silam dengan si 'M'...bukan nama sebenar tu, hehe)

Check it out on Playlist 1.

Kepada peminat-peminat Ebi, menurut beliau filem "Sayang You Can Dance" akan mula berada di pawagam pada 12 Mac ini. Tentang album, setakat ni lebih kurang 70% siap (tapi tidak berani berjanji bila akan siap sepenuhnya) dan khabarnya beliau akan berpindah dari Kg. Tobobon Manggatal (yang tiada elektrik tu) ke Kg. Contoh Petagas (dalam jarak 6-7 km saja dari KK International Airport)

AJL 23

Tidak sah bah kalau tidak mencarut pasal AJL 23 yang berlangsung semalam..hehe

So amacam? Puashati dengan keputusan juri yang maha arif? Actually ramalan awal saya

1. Vokal terbaik - F.T (Federal Territory ok!)
2. Persembahan Terbaik - Stacy (2nd choice Farawahida)
3. Etnik Kreatif - Julfekar
4. Balada - Sampai Ke Syurga (but at one time I thought Aizat could win, best pula dengar lagu dia malam tu dan minat juga tengok persembahan dia...selamba saja).
5. Pop Rock - Lagu Untuk Mu (M.U.H)
6. Juara Lagu - Lagu Untuk Mu (M.U.H)

Tapi semalam masa nama FT diumumkan tiga kali (sampai berabis dia kontrol dan kumat kamit "ya Tuhan tolong lah jangan sampai saya buka baju dan seluar malam ini!") saya hampir putus asa. Saya "mute" volume TV dan masuk toilet dengan remote control sekali (ndak sanggup bah dengar dan tengok aksi dia bila diumumkan juara). Masa dalam toilet tu, terdengar suara-suara yang berada di depan TV riuh teriak gembira sakan "Meet Uncle Hussein manang!". I was like "nice joke!". Sekali tengok, betul-betul bah! *LOL*. I heard the English version of this song...setaraf lagu-lagu 'ganjil' yang pernah dihasilkan di barat...memang layak dinobatkan :-).

Malang sekali anugerah Persembahan Terbaik memihak kepada FT. Unik sangat kah aksi-aksi potong rambut tu? Macam semak ja saya nampak. Alang-alang bagus bawa hose cuci kereta dan sembur ja si FT tu, siap degan buih-buih sabun sekali...macam tu baru unik! haha. Apalah kena mengena aksi macam tu dengan "Sampai Ke Syorga"? (saya ingatkan durang buat persediaan, mau buat coffin...). Unik lagi saya tengok aksi cute Elyana duduk ja sepanjang lagu sambil pintal-pintal rambut and Estranged's wayang kulit. Nasib baik juga lagu si Ayu tiada mercun Chinese New Year di penghujung lagu (di mercuuuu!..preng...peng...peng..peng!). Kalau ada lagilah unik :-). Apa pun kesian Stacy (punyalah hebat tu).

P/s: Aduhh...Ziana Zain sikit tidak kesampaian. Lagi banyak kedengaran suara back up vocalists.

17 Jan 2009

Felix nyanyi lagu nasyid?

Eh! Jangan panick relax!, bukan juga lagu nasyid bah tapi lagu ala-ala rock padang pasir.

Buta hati mereka
kerana melihat harta dan dunia
menindas teman-teman lainnya
pada semua bangsa di dunia


Hah... begitulah antara bunyi lirik dalam lagu ini. Tema peperangan Israel vs Palestine kah ni? Actually lagu ni adalah salah satu lagu yang bakal dimuatkan dalam album Ebi dan dinyanyikan bersama Felix. Tajuk dia Musafir di Manggatal...eh skijap saya check dulu betul-betul, sorry tersilap...tajuk yang betul ialah Musafir di Dunia. Lagu ciptaan Ebi sendiri. Hmm best juga gubahan muzik dia ni....dramatik. Macam ada harapan popular. Lebih-lebih lagi time kemelut di Gaza sekarang ini. Malang sekali menurut Ebi lagu ini belum siap sepenuhnya (that explain the sound quality...macam belum mastering lagi).
Check it out on Playlist 1 (please let me know kalau lagu ini perlu di pindah ke Singingbox)

Warkah Dari Gunung - Ampal

Lama sudah tidak mendengar lagu ini. Lagu beliau yang pertama saya dengar berkumandang di radio dari album pertama. Terima lah dari Ampal lagu berjudul Warkah Dari Pitas...eh silap...Warkah Dari Gunung (Playlist 1)

Ampal - Warkah Dari Gunung
(Lagu/lirik: Abu Bakar Elah)


telah ku lagukan sebuah puisi
tentang khabar ku kepada mu
tentang isi hati
tentang jurang
yang memisahkan


namun pernahkah kau
menerima ku
seperti aku
dan membalas khabar ku
menghampiri ku
dan menyelami ku
kenali daku

#
ku turut kehendak mu
ku libatkan martabat ku
untuk satu harapan
apakah itu belum cukup


##
walau rasanya puas sudah berkirim khabar
namun ku tetap tabah dan sentiasa bersabar
antara kita akan terjalin percintaan
yang kekal dan abadi...

ku pasti

pintaku padamu buka lah ruang
sempit di hatimu
dan menerima ku
seikhlasnya
sebagai seorang teman dan kekasih


(ulang # dan ##)

Itu dia Ampal G.Edie :-)

Ada bah seorang kawan ni yang memang kaki bergurau atau orang bilang loyar buruk. Dia tanyalah aku "ko pernahkah dengar Datuk Anuar Ibrahim menyanyi?". "Ndak pernah" saya bilang. "Ko jangan takajut...suara dia sebiji si Ampal oh!". Si buduh ni pun macam picaya "ya kah! bila ko dengar?". "Hari tu masa dia berkempen di Keningau"...."Apa lagu dia?"...."Kum Kum Bet!" dia bilang. Sikit lagi saya baling botol air.

16 Jan 2009

Tak ada logika

I'm talking about the traffic offence depicted by the humour sketch below

Kepada yang belum tau, memang parking macam tu salah. Saya dulu pun memang tidak tahu menahu. Hampir dapat saman (di Donggongon). Mujur sebelum polis trafik isi borang saman saya sempat approach dia dan merayu. Masa merayu-rayu tu tiba-tiba muncul partner on duty dia yang kebetulan pernah tinggal satu blok apartment dengan saya. But it won't spare me from being lectured. They said kesalahan dia setaraf memandu dalam lorong bertentangan arah! Saya jawab baliklah "tapi ni kereta ndak bergerak". Durang lecture balik "yer lah tak bergerak, tapi bila you bergerak, pandu keluar nanti boleh membahayakan pemandu lain". Sempat pula saya balas balik "alaa...lebih kurang juga bah yang driving keluar reverse...bahaya juga tu!. "Hey artis (artis lagi tu), you nak alihkan ker atau kita orang saman?" (but in nada guraulah). Walaupun sekali fikir macam tiada logika, tapi gara-gara mau maintain clean rekod kesalahan trafik, kasi alih jugalah. Yang best dia, durang tolong tahan kereta untuk memudahkan saya parking arah yang betul...hehe (layanan artis oh kan!)

Elsewhere...

Siapa berani pakai macam ni masa ujibakat Af7 nanti? *LOL*

Macam begitulah penampilan salah seorang peserta ujibakat American Idol musim baru semasa sesi ujibakat di Phoenix USA. Not enough with the skimpy dress, she fired some rude remarks at the new judge, Kara DioGuardi . Si Kara cuba demonstrate lah sama peserta ni cara menyanyi lagu Vision of Love (Mariah Carey) yang betul (dia nikan songwriter, producer yang tersohor di US dan pernah menyanyi juga). Tapi peserta ni balas balik "your demonstration wasn't any better!" (ko berani? Hahaha). Ironically she gets 'yes' from the other three judges which qualified her to the next round in Hollywood...arrggh!

15 Jan 2009

Lagu-lagu dimuatnaik semula

Atas permintaan saya upload semula lagu-lagu berikut

1. Ampal - Kum Kum Bet
2. Ampal - Joget Pantun Inggeris (lirik)
3. Den - Bila Rindu Mengusik
4. Den & Clarice - Demi Cinta Kita
5. Apai - Igitan Ku Gisom Kapataion

Actually lagu-lagu ini sudah pernah dimainkan di sini dulu-dulu tapi memandangkan berlaku 'rombakan' layout blogspot etc, terlupa pula upload semula :-)

Lagu-lagu 1 - 4 (Playlist_1), Lagu 5 (Playlist_3)


Happy listening!

Kenali pelakon berbakat

Mayumi nama dia, macam nama gadis Jepun. Semoga lakonan dia sehebat Kate Winslet :-)


Pengarah berbakat dan serba boleh



14 Jan 2009

Antara bekas-bekas artis

Ada siapa-siapa yang masih ingat dengan artis Sabah yang seorang ini? (atau mungkin tepat kalau dipanggil bekas artis). APA!? Kamu ndak kenal langsung? Sampai hati...actually...itulah saya...yours truly dbos-fm...ensem kan *LOL* (habislah siapa yang picaya). Bukan apa...sebab someone emailed me just to find out if I happen to be this person. Reason for asking? Cos I did mention I regularly visiting Lahad Datu. Kalau ndak silap bekas artis ni is based in Lahad Datu now, living quite a low-profile life (but he once told me he's from Beaufort)


I met him years back at a recording studio in downtown KK (was it 1999? ndak berapa ingat sudah tapi sebelum dia terbang ke KL to study in UKM...or in other word sebelum dia pemes lah!). Time tu he was recording a song, with his nasyid group The Adams. Tup..tup..the following year keluar cerita dia ni telah menghasilkan album solo (di KL), album pop pula tu sebab pada pandangan sayalah dia ni memang genre nasyid, orang dia pun set-set yang alim-alim gitu. Lagu dia yang sering diputarkan dulu ialah lagu Adam Ahmad "Kau Pergi Jua" (he did a cover version). But unlike Dayang Nurfaezah (who also did a CV of the same song) he sang it exactly like the original singer until I couldn't distinguish which one original and which one covered :-) . Adalah juga gosip-gosip dia ni dulu dengan artis-artis wanita (artis lah katakan...tidak boleh lari dari gosip). Besides singing he is also active in acting, Banyak juga drama dia berlakon ni, laris bah...maklumlah kan good looking (kira one of the good looking Sabahan guys lah ni). Might as well dia carry on ja berlakon atau jadi pengacara :-).

Lama menghilang, tiba-tiba terserempak pula posting bertajuk "Dunia Hiburan Yang Aku Tinggalkan" di blog dia (merajuk kah ni? oops!). Aktif berblogging pula dia ni rupanya. Tapi macam serious ja bah posting-posting dia yang setanding posting si Mutalib M.D (IC Palsu). Ni nah link blog terbaru dia "Say 'NO' To Barisan Nasional!" Memberontak you! *laaariii* (just kidding). Siap dengan profile lengkap lagi tu (ko ada berani kasi tau yang ko ahli PKR? *TABIK*). Oh ya nama dia Irwanyzan Idris or better known simply as Irwan. Pssst...kawan aku bilang his father is Datuk Idris Jikon......betul kah?

Alamak terlebih sudah with the intro...just take a listen to one of the songs taken from his album below. Infact this song is often played on air oleh stesen radio milik Barisan Nasional (oops!), tajuk dia "Bila Kau Tersenyum" (I like the chorus part....meriah!). The song is on Playlist_1 (playlist_1 lagi...sorry lah yang ndak dapat buka tu ah...nanti ja sya kasi pindah)



13 Jan 2009

Another pledge

Presiden KaryawanWS, Tony Francis Gitom meluahkan kenyataan di bawah



I think apa yang cuba diutarakan di atas ialah siaran untuk TV, sebab kalau siaran radio kita sudah ada Sabah VFM, Ada siaran bahasa Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau (4 suku kaum ni saja). Nasib baik 186 suku kaum yang lain macam Rungus, Lundayeh, Suluk, Iranun, Kadayan etc...setakat ni diam saja, tidak meminta-minta RTM buat siaran untuk durang, kalau tidak...macam manalah RTM mau layan suku kaum yang beratus-ratus ini? Hehe. Bila fikir benda ni it comes to my mind...can we just live as ONE group...Sabahan!?


Elsewhere...

Saja saja mo heboh pasal Golden Globe Awards yang berlangsung kemarin. Bukan apa, sebab my favourite aktres Kate Winslet a.k.a Rose (in Titanic) menang besar bah. Dia sapu bersih pula tu, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sekaligus (first in history Golden Globe kunun ni...same person winning both categories). Bayangkan hampir setiap tahun kena calon tapi ndak pernah menang-menang (sama juga macam Leonardo DeCaprio) akhirnya tahun ini menang juga

In her acceptance speech, sempat pula dia declare her undying love to Leo (depan-depan husband dia lagi tu...ko brani? hehe)

Post-humous victory. The late Heath Ledger menang Best Supporting Actor for his role as the Joker in Batman The Dark Knight (as many expected)


Belum ada rezeki...

12 Jan 2009

Lagu popular dulu-dulu

Sementara kita menanti lebih banyak lagu-lagu baru, apa kata kita imbas sejenak lagu-lagu yang pernah menguasai radio negara suatu masa dulu dari penyanyi-penyanyi Sabah

Lagu-lagu ini pernah menduduki carta berminggu-minggu dan sampai sekarang masih diputarkan (sekali sekala).

1. Cinta Benar Cinta - Rudy Ahmad penyanyi utama kumpulan The Atomic Power (1979)




2. Bertunang - Atomic Power (1981 - masa ni Rudy Ahmad telah keluar dari kumpulan)



3. Kasih Ku Pendam Di Dalam Diam - Flora Santos (1983)



Photo: Credit Flora's Site

5. Salam Untuk Kekasih - Nadia


Lagu-lagu boleh didengar di Playlist_1 (nanti ada masa saya kasih pindah ke singingbox)











11 Jan 2009

Masalah radioblog

Nampaknya ramai yang tidak dapat membuka radioblog (durang nampak kotak kosong saja). Macam ni lah sebenarnya saya pun kurang expert dalam hal ini tapi setau saya (setelah merujuk forum radioblog), hampir kesemua yang tidak dapat buka radioblog mula mengalami masalah tersebut setelah upgrade flash player dari versi 9 ke versi 10. Tentang IE tu ada juga yang boleh buka guna IE 7 (saya guna IE 6 saja). So in other word, radioblog ni belum compatible dengan versi-versi baru beberapa sistem yang telah kena upgrade :(.

Di bawah ni adalah message dari pencipta radioblog (dipetik dari forum)

"I'm aware of this problem. This is a security issue in Flash 10. They increase the security, so you need to put some crossdomain.xml at the root of the playlist domain (I think). Anyway I'm not sure how to fix it. I'll let you know"

Anyway people saya buat percubaan guna player "singingbox". Saya letak dalam title "Top 10". Cuba-cuba saja dulu (sementara radioblog kena fix). Harap-haraplah semua dapat buka :-). Terutama mereka yang pakai advance system. Otherwise kena cari player yang lain

10 Jan 2009

Mencari Playlist_1

Kepada mereka yang bertanya di manakah letaknya Playlist_1? Ianya terletak di radioblog (sebelah kanan skrin). untuk lebih jelas sila rujuk gambar di bawah. Lagu-lagu disenaraikan mengikut abjad nama penyanyi, so kalau kamu mencari lagu Jiaja misalnya look out for abjad 'J'. Senang saja kan! :-)


Klik saja gambar di atas untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

9 Jan 2009

Menjadi kebanggaan


Harap-haraplah dia akan memenangi banyak anugerah :-)

8 Jan 2009

Anak si Roger Wang kah ni?

*LOL* just kidding

But I think this 16 years old boy is a fanatic of RW. He sent me this video of him playing "Bunyi Gitar". He said "my acoustic version of bunyi gitar arranged by roger wang originally by p.ramlee". I guess what he means is he's doing Roger's version. Check him out


Punya terer! Macam dia kakai-kakai ja tu gitar kan (matilah ada pencabar si Roger)

No info though of his exact location in Malaysia. I think he likes JIAJA as well :-)

Jiaja - Kura Kura

Dari hari pertama sampailah sekarang bila saya dengar ini lagu, macam susah mau tahan senyuman saya. Macam mau sampai telinga tu lerekan senyuman. Jadi bolehlah saya cakap lagu ini... begitu amusing and entertaining. Mengkali kalau kena putar di US boleh challenge juga lagu I'm Yours (Jason Mraz) kalau tidakpun lagu Don't Worry Be Happy (lupa pula nama penyanyi). Muncul saja part brass instrument dalam lagu ni (was that trombone? trumpet? bugle or trumpet?...nda dapat cam pula) macam mau terketawa lagi. Walaupun macam bunyi tiupan budak sekolah yang baru belajar tapi tetap in-tune...hehe. Terbayang pula saya peniup dia ni macam baring-baring malas atas hammock...hehe. Great song...very laid back. Check it out on Playlist_1


Kura Kura - Jiaja

Ada dua ekor kura kura berenang di dalam air
satu berenang pigi sana satu datang pigi tempat aku
aku mau ambil dia terus kasi masuk dia punya kepala
tangan dan kaki dan juga ekor dia pun terus masuk rumah

#
Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku ketuk dia punya rumah dia nda mau keluar
aku bilang jangan malu kau bukan telanjang disitu...oh yeah

(ulang #)

(Muzik)


Aku simpan balik dia di dalam air dia terus keluar
Dia berenang jauh-jauh mungkin pigi tempat kawan dia
aku nda tau apa dorang bilang tapi dia datang balik
aku tinguk muka dia macam dia senyum sama aku

(ulang #)

7 Jan 2009

Album Raphiel Pinus

Kepada yang bertanya hari itu, nah inilah dia album Raphiel Pinus yang ada lagu Tompu Kirik kirik






Bujang 2nd Hand

Kelakar juga bah tajuk telemovie ni "Bujang 2nd Hand". Ada siapa-siapa bujang 2nd hand kah sini?...duda/janda la bah tu kan?

Dengan ini beta mengisytiharkan Keningau sebagai Hollywood Sabah....mana bunga api?

Trend fesyen 'nakasantut'

Hehe...nampak saja katun di atas terus teringat trend fesyen remaja sekarang ni. Nampak gaya perihatinlah juga kartunis di atas. Yang tengah-tengah tu actually can be seen around already nowadays. Yang di kanan tu mengkali tahun depan. Kalau ia pun mau berpesen begini sekurang-kurangnya pakailah boxer.

They call it saggy pants but I call it "nakasantut" and it is considered by many as wardrobe violation! Some cities in USA proposed this "sagging situation" diharamkan back in 2007 tapi dengar khabar tidak semua tempat meluluskan, so kira terselamatlah rapper Lil Wayne.

Aksi crotch- grabbing dia ni...bukan apa...
saja bah tu kasi naik seluar supaya tidak terlurut..hehe

Adalah juga beberapa insiden lucu berhubung saggy pants ni. Ada seorang remaja lelaki ni bukan main macho berjalan menuju ke bus stop. Bila dia nampak bas sampai dia mau berlari tapi macam terhalang oleh seluar dia yang baggy lagi saggy. Macam mana mau berlari kalau berjalan pun mirip penguin. Sekali bas tu mula bergerak, terpaksa dia memecut sambil angkat dan genggam seluar dia (macam orang yang pakai sarung berlari takut terlepas kain). Hilang habis macho. Nasib baik sempat kejar bas. Ndak ko kelucuan tengok? Insiden di Razz Ma Tazz pula, syok-syok budak lelaki ni menari shuffle (tahap kerasukan) tiba-tiba terlurut habis seluar itupun lambat sikit baru dia tersedar...hehe nasib baik suasana lampu samar-samar (so as a warning, don't ever wear saggy pants bila menari shuffle they don't mix very well).

Durang ni kan, sebelum posing sempat kasi kemas-kemas lagi pakaian..,
baju ditarik ke bawah, seluar angkat sikit :-)

Yang bahaya kalau perempuan bersaggy...hehe (ramai tu di Razz MT)


And one woman concern about the sagging culture...pull em up or pay up!


6 Jan 2009

Ke-4 Dari Clarice

Album studio penuh Clarice khabarnya akan berada di pasaran bila-bila masa saja. Ikuti cerita selanjutnya.


It's spelled "THE DIVINE MASTER'S"


Somebody was so kind enough to inform me that the correct spelling to address Lotter's group is "The Divine Master's" ('s' with apostrophe). For that I thank him (I believe he must be someone very close with the group). Despite figuring out for awhile the need to have the 'apostrophe', I won't argue with it. I put it that they just want to have something different and catchy. Anyway, if you happen to see my spelling without the 'apostrophe' just presume that I'm too lazy to type it :-).

5 Jan 2009

December '08 chart

10 songs with the most number of hit last month - Dec

1. Mariah Carey - Hark The Herald
2. Jason Mraz - I'm Yours
3. Richard Bulog - Ratu Perawan Kampung
4. Stacy - Raya Datang Lagi
5. Felix - Aku Juga Iya
6. Mariah - Joy To The World
7. The Divine Master - Di Sampingmu
8. Mamai X - Antara Aku Dan Dia
9. Infinatez - Sayang Kinabalu
10. Stacy - Gagap

OK lah I add another two...

11. Azharina -Rawan
12. Mariah - O Holy Night

Clare P. Edwin di Konsert Countdown

Apa kata kita dengar nyanyian adik perempuan si Lotter, Claire Petrus Edwin semasa membuat persembahan di konsert "KK City Countdown Concert". Menurut info pengacara beliau sedang belajar di UMS dalam bidang muzik pengkhususan vokal.

Audio clip - Listen (Beyonce) dan Tiada Lagi Logika (Agnes Monica)



Suara not bad, cuma lagu Listen tu ada ter"flat-flat" sikit (maklumlah persembahan live) tapi memang ada potongan bintang pujaan. Suara merdu beliau yang iras-iras Liza Hanim mengalunkan lagu Nung Noilaan Oku boleh didengari di Playlist_3.


Tersingkir


Setelah 6 minggu berhempas-pulas meneruskan perjuangan demi mengukir nama di persada seni, malam Ahad lalu menyaksikan gadis manis kelahiran Sabah, Julylen Liew Ei Ling atau lebih mesra dikenali sebagai Gzell tersingkir mengikuti jejak Elaine dan AG (Kumpulan A) dan Jessica (Kumpulan B) yang telahpun meninggalkan pentas My Starz LG.

Artis lelaki popular

Inilah dia pemenang anugerah PERTISA bagi kategori Artis Lelaki Paling Popular - Joseph Majakui


Sekali nampak gambar-gambar beliau di atas (tanpa cap dan sunglass), rupa-rupanya selalu juga terserempak dia ni masa jogging di stadium penampang (3, 4 years ago lah, time badan aku golombon bagai di pam-pam, sekarang sudah slim river :-))

3 Jan 2009

Ridah redah dunia hiburan

...walaupun memiliki Ijazah Pengurusan Pelancongan (UUM)

Klik gambar untuk baca

Mungkin - Ridah Malanjang (dari album Idola Sabah)

Mungkin kah kita satu hari kan bertemu lagi
Tuk kedua kali atau mungkin tiada lagi
Adakah tersisa seperti dulu satu rasa indah
Saat kau masih di sampingku

Bila kuimbas lagi
Terasa diri ingin berlari menahan kau pergi
Agar tetap kau di sisiku selamanya
Andaiku diberi peluang
Pastikan ku beri yang terbaik untuk mu
Agar kau tak melangkah pergi

#
Tolong jawap kasih mengapa bintang
Indah dilangit tapi tak mampu dicapai
Mengapa harus memandang saja sinarnya
Tolong jawap kasih mengapa aku
Sampai sekarang selalu terkenangkanmu
Selalu ku terbayang senyum mu.

Mungkin nanti akan ku mengerti
Kau tercipta bukan untuk aku

(ulang #)

(Komposer: Lydia Dulima)

Dengar lagu di Playlist 1

2 Jan 2009

The Fingers...licking good!

The Fingers adalah kumpulan yang menjuarai kategori band pada pertandingan Rhythm of The Champion anjuran DBKK pada 5 Disember lepas. Hebat durang ni, mampu menjana suasana hangat pada malam sambutan tahun baru.

Alkisahnya semasa konsert sambutan tahun baru Rabu lepas, suasana yang begitu 'sopan santun' sebelumnya (termasuk persembahan The Divine Master) bertukar 'havoc' dan kecoh seketika semasa kumpulan ini mengambil alih pentas sebagai artis terakhir membuat persembahan. Sekumpulan anak muda berjiwa 'rock ganas' yang sebelumnya duduk di bahagian teres padang (belakang) tiba-tiba meluru ke depan. Nasib baik anggota polis, Rela dan pertahanan awam dapat mengawal keadaan. Syok juga bah tengok. Daripada anggota perpakaian seragam rileks ja terpacak di depan pentas, sekurang-kurangnya ada juga kerja dan cabaran durang malam itu...hehe. Tapi yang tidak syoknya terpelanting-pelanting cameraman kena langgar (that explain only the audio were uploaded during their first two songs)

Nope...this group is not from Tawau, tapi dari Bongawan bilangnya (awu' sekampung dengan si dayang pemain gambus atu - Fauziah Gambus). The lead vocalist was awesome. Setakat dengar suara beliau sudah tentu kita terbayangkan rocker 'ganas' berambut panjang tapi rupa-rupanya, bak kata si Ampal...macam ustaz! Hehe. Nasib dia tidak bilang rock suci. The way the keyboardist placed his keyboard (surface facing the audience), had given me the idea on how to really show off your skill to the crowds :-) (letak keyboard macam tu barulah penonton betul-betul boleh nampak permainan kau kan!)

Check them out on this v/c (the motion clip only appear at minute 3:16 the rest was just audio)

Lawa tarikan suara atu wang!

1 Jan 2009

The Divine Masters di Concert Countdown KK

Kumpulan Lotter and brothers - The Divine Master, tampil membuat persembahan di konsert "KK City Countdown Concert 2009"

Di Sampingmu


Singing Fell In Love and She's Gone. An attention-seeking guy managed to get on the stage (minute 0:54)....peminat fanatik kah ni? Hehe)


Another performance Merpati tidak terakam (kena putunglah gaji saya ni)

Welcome 2009!

A video clip of the event that took place at downtown KK last night


For the first time (yupp you heard it right "first time"..:-))KK City Hall organise a countdown party to welcome the new year 2009. The event named "KK City Countdown Concert 2009" took place at Padang Merdeka in KK last night. What a great way to welcome the new year with other city folks

...Happy New Year everyone!