28 Oct 2009

Cap jari vs irama lagu

Seperti yang kita maklum cap jari memang telah diguna pakai untuk membeza identiti antara manusia sejagat. Memang cukup unik dan menakjubkan cap jari manusia ni. Pakar-pakar forensik mengakui cap jari manusia berbeza antara satu sama lain. Malahan dalam satu keluargapun cap jari ni dikatakan berbeza-beza. Kalau saya sendiri fikir pun memang sukar juga menerima fakta ini. Tapi kata orang itulah salah satu kebesaran ilahi (ko berani pertikai?). Pernah juga saya bertanya pada diri sendiri, mungkinkah cap jari kita (orang yang hidup) ada persamaan dengan mereka yang telah mati berkurun-kurun. Entah-entah cap jari aku ni sama dengan cap jari Elvis Presley! Kekekek.

Seperti juga cap jari, salah satu lagi misteri yang perlu dirungkaikan ialah perbezaan irama-irama lagu yang dihasilkan oleh pencipta-pebcipta lagu di muka bumi ini. Entah berapa juta sudah (irama) lagu yang ujud didunia, jarang kita dengar sebuah lagu tu sebiji dengan sebuah lagi lagu yang lain. Satu fenomena yang saya sendiri akui mengherankan (ada juga yang mengkali cakap "iyakan baru saya sadar!"...hehe). Malahan lagu-lagu yang dihasilkan oleh seorang komposer yang sama juga berbeza-beza. Dalam sesebuah album pun kita tidak pernah disajikan lagu-lagu dengan irama yang sama (kecuali trek re-mix dsb). So kiranya otak komposer-komposer ni cukup hebat bergeliga menghasilkan irama lagu yang berbeza-beza. Mungkin semua ini gara-gara mau melarikan diri dari dilabel penciplak lagu orang dan sebagainya.

Antara lagu-lagu dari seantero dunia. Sah! Memang berbeza-beza :-).



Setakat ini saya belum pernah terbaca manusia dengan cap jari yang sama (adakah?) kalau yang tiada cap jari langsung tu pernahlah juga terbaca, itupun was-was juga mo percaya. Dalam hal irama lagu ni pula, misteri dia sedikit mengatasi cap jari bilamana ada irama lagu yang dikesan sama. Tapi kes-kes yang ujud setakat ini lazimnya melibatkan satu dua baris atau paling banyak pun satu rangkap ja. Samada kebetulan atau sengaja, tu masing-masing punya pendapatlah kan. Sebab bagi saya bila ujud kes-kes macam ni layak dimasukkan dalam buku “The UneXplained”...:-)

Irama lagu kumpulan Wali band yang ada persamaan dengan lagu Demam (oleh Candy ciptaan Edry KRU)



Siapa tiru siapa? Yang herannya kumpulan Wali Band bising sana-sini sekarang ni...tuduh lagu popular durang "Cari Jodoh" dicetak rompak di Malaysia.

2 comments:

GuRaNgAk said...

Haha, ya bah kan. Sama melodi mcm Demam oh. Tp mcm best juga Wali band ni..Lagu 'Orang Bilang' & Egokah Aku' best juga..tapi Cari Jodoh tu mmg sekali dengat melekat terus haha.. :D

dBOS-fm said...

Misteri juga kan! Mau juga dengar feedback dari Edry KRU. Memang lagu2 durang ni jenis simple tapi very radio friendly.