28 Nov 2009

MyStarz LG 3 - another Sabahan contestant

27 Nov 2009

Terbaru dari Mia Palencia

Mia Palencia artis jazz dari Sabah telah melancarkan album studio beliau yang kedua bertajuk "Song From My Jiwang Kingdom" pada 13 November (yupp you read it right the Malay word "jiwang" is in that phrase). Sebelum ni beliau juga telah menghasilkan album berjudul "Finding My Way". Cuma yang heran sikit si Mia ni kan, kenapalah album pertama dia ni hanya di ketahui oleh segelintir peminat saja dan tidak digembar-gemburkan oleh media-media mainstream. Pada saya kalau dibandingkan album dia ni dengan album English si Melisa Endot, album dia lagi yang lebih menyerlah. Malangnya tidak disebut-sebut pun masa AIM tahun lepas. Entah apa silap? I mean kalau sudah duduk di KL tu, team dia sepatutnya kenalah buat cara orang KL promo album durang. Pegi jumpa media itu ini...buat video rasmi...tayang di Hitz TV...bla..bla..bla. Sana kan banyak saluran, lainlah kalau dia duduk di Sabah (oops!). Sebab dia ni cukup berbakat besar, vocal wise memang unik...husky, silky-smooth, sultry and soothing...belum ada di pasaran Malaysia...lagu-lagu dia pun tidak kurang menariknya ciptaan sendiri pula tu. Kalau ikutkan, dia ni kira pelopor female singer-songwriter type of artistes in the same league sama si Zee Avi dan Yuna, but I guess it's not too much to say she remains underground unlike the other two artistes.



Having heard all the tracks in her second album, dengan promosi yang betul, I hope dia ni bolehlah timbul dari underground and join Zee Avi and Yuna in the mainstreams. Lagipun dengar khabar one of her songs berjudul 'Call Waiting' (or was it Adam's Theme) sering berkumandang di Lite FM. Saya perhatikan produksi album kali ini pun ala-ala album Zee Avi dan Yuna. Iringan muzik mostly guna akustikal gitar ja (ada jugalah elektrik gitar sikit-sikit) paling ketara tiada bunyi ketukan dram langsung (unlike her first album). Khabarnya mixing kali ini dibuat di U.S (ambik ko!)

Bagi saya semua 12 tracks dalam album ni memang bagus-bagus belaka. But I chose this one, called "Poor Mary" as my favourite sebab lagu inilah satu-satunya yang uptempo dan ada suara latar. Yang lain tu semua slow and mellow ala-ala Nora Jones, so tidak disarankan dengar masa driving!Wakakaka (saya ada pengalaman mencemaskan bah masa dengar lagu-lagu Nora Jones ni time driving...mengantuk..hampir-hampir accident)

So here's "Poor Mary"...hit it Sam!



I think Mia kena tambah suara latar ala-ala gospel dalam beberapa lagi lagu dia terutama lagu yang berjudul "How I Try".

Anyways there are two Malay songs, "Percaya" and "Biru". "Percaya" sounds very mainstream ala-ala Yuna dan Zee Avi. But I chose "Biru" dalam irama Blues to be featured here.

Check it out!



Still on Mia, a couple of months back adalah bapa kepada seorang kawan ni tanya samada si Mia ni ada kaitan sama Monika Ongkosing, he asked "anak si Monika kaitu?". Mo ketawa saya dengar...satu tanggapan yang tidak pernah terlintas langsung di kepala saya. I should have answered a straight 'No'

but then on second thought...

Vs


Datang gila-gila saya...saya replied "Ya...anak beranak durang tu!" wakaka..punya jahat..dasar pembuyuk!

But don't get it wrong, the reason he asked is because dia bilang suara durang sama-sama power!

26 Nov 2009

Masih ada lanun

Saya ingatkan di zaman internet, era men-download sekarang ni lanun cetak rompak sudah berkubur rupa-rupanya masih aktif lagi. Kalau betullah macam yang dilaporkan di bawah ni...memang sedihlah. Setau saya ada juga tu kedai jual kaset di sana Center Point yang bagi servis salin lagu dari album (CD) asal ke CD. Dia caj RM 10 ja. So kamurang yang ada menghasilkan album-album ni rajin-rajinlah berjalan pegi buat tinjauan.

23 Nov 2009

'Bakakuk' official launch



I'm just wondering though, why not even a single official video of him on YouTube...something which is normally done by many artistes to promote themselves internationally.

Perhaps this one will do..:)



A video lika that?! How I wish!. Thumbs up to the tukang buat and tukang upload video..hehe...what an effort! Probably done by a desparate fan who dreams of a phenomenol video from Sabah for global viewing. :-D

Jaymeral - Peserta MyStarz LG 3

Mari berkenalan dengan Jaymeral Henry salah seorang peserta Sabah dalam MyStarz LG musim 3. Not bad juga talent dia ni, suara bolehlah tahan dan layak juga dikelompokkan dalam kalis sumbang kalau dia pandai fokus dan kontrol habis-habis. I like his performance in the first concert dulu, singing a medley of Sunday Morning/Diari. Tapi semalam hampir-hampir dia ni tersingkir, ciput betul undian sms dia 5.7% ja. Saya rasa pengadil yang selamatkan dia. Ketara lagi tu ke-panic-kan dia masa keputusan diumumkan..hehe. Harap-harap akan mampu bertahan sampai final.


Errmm...indak pernah dengar pula nama parents dia ni, Henry Monis Gumisi dan Jalina Guasai, yang dikatan artis veteran.

20 Nov 2009

Telinga muda vs telinga tua

Hebatkan konti sia! Apa? Macam tempat masak? Jealous leh tu!


YO!...bertemu sekali lagi dalam rancangan dbos late night show. Topik kita kali ini ialah 'telinga muda vs telinga tua'. Ada suara-suara mengatakan lagu-lagu Dusun ni khas untuk telinga-telinga tua saja...arrangement muzik tahap dulu-dulu durang bilang...setuju kah? Hmm..mungkin ia, mungkin tidak...walau apapun kita berhibur dulu dengan lagu yang dituju khas untuk telinga-telinga muda...check it out!



Hehe...bukan calang-calang bah sia bilang kau...sekali keluar-keluar ja, terus 'tajon!'...pakai santut lah tu kan...muzik pula bukan main-main..sebut ja muzik apa...eurobeat,vengaboom, shuffle...semua ada...clubbing bah kita. Amacam mau lagi?...no problem..terimalah lagu yang berjudul "Ku Takut Takut"...ambik kau!



Alamak siou! DJ tersilap sebut tajuk lagu...rupa-rupanya tajuk sebenar lagu ialah nama bandaraya kita "Kota Kinabalu" dan bukannya 'Ku Takut Takut". Maklumlah telinga DJ ni telinga tua. Sebut pasal telinga tua ni sebentar tadi ada permintaan...

Ada tu lagu 'Pok Janda Kaya' kah DJ?
Tulung kasi main..benanah telinga sya dengar tu lagu di atas


Nah kan apa sia bilang..mo juga dengar lagu Cha Cha...nampak gaya DJ kena ikut permintaan pendengar jugalah ni...ndak jadilah aku mo berstylo-stylo macam ni..kuroyon podi! Apa pun terimalah lagu yang diminta "Pok Janda Kaya"



Mogot nogi poimbujang
Buli pok janda kaya
Tidak payah kerja
Asanang toririmo


Keehoi!!..janganlah kita kawin kalau macam ni...demikian sajalah show kita untuk kali ni jumpa lagi babai!

17 Nov 2009

RKB Episode 5

'Rentak Kita Bah' telah masuk Episod kelima Sabtu lepas menampilkan artis-artis seperti Usal Gavis, Kumpulan Paper Mache, Jovita Robert dan Narsasius. Malang sekali masa ditayangkan episod ini, bukan main lebat hujan di tempat saya so balik-balik Astro "out of service". Saya notis sejak episod keempat dua minggu lepas kualiti video yang dimainkan agak baik sedikit berbanding video-video di episod ketiga. Infact semasa episod ketiga dulu, even latarbelakang si Atama just plain blue without any graphic.

Jovita Robert Johnny - Butia Tobulou

16 Nov 2009

Primadona - Stacy

Lagu berjodol 'Primadona' sebuah lagi lagu nyanyian Stacy yang dimuatkan dalam soundtrack filem 'Spy'

Versi handphone :-)



...Yang ni 90% ala-ala Britney Spears

Official music video "Menggegar Dunia"



Tagap sungguh badan si Adam kan...berketul-ketul muscle di lengan dia...kekekek.

Pesta Jagung - Suzie Ann Soleten

Baiklah para hadirin sekelian kita teruskan saja konsert The Best of Sabah kita kali ini, kalau sebentar tadi kita telah mendengar sebuah lagu sentimental dari Suzie Ann, apa kata kita menjemput Suzie Ann sekali lagi dengan sebuah lagu yang dituju khas buat orang-orang Kota Marudu. Ada siap-siapa dari Kota Marudu di sini?! Sila angkat tangan! Haa..ada pun. Terimalah dari beliau sebuah lagu yang telah menjuarai pertandingan mencipta lagu Pesta Jagung Kota Marudu 2008...lagu yang diberi jodol...bukan Pesta Kelapa...bukan Pesta Kobis...bukan juga Pesta Sosopon...tapi sudah tentunya...Pesta Jagung!





Haaa...tu dia! Hebat tidak?...mana tepukan!? Tepuklah sikit...sungguh menarik lagu tadi, betul-betul membuatkan saya kepingin makan jagung...taaapun!

Perak TV!

Hebatnya Perak sudah ada TV sendiri, Sabah ni bila lagi.

Perak TV sumber berita terbaru rakyat – MB

IPOH 14 Nov. – Seluruh rakyat negeri ini boleh mendapat pelbagai maklumat lebih tepat mengenai perkembangan dan aktiviti kerajaan negeri menerusi Perak TV yang diwujudkan oleh agensinya, K Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, siaran Perak TV boleh ditonton di 300 lokasi tumpuan termasuk perkampungan luar bandar mengenai pelbagai usaha pembangunan yang dilakukan oleh seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri. Full report

Nosindualan - Suzie Ann Soleten

Kalau dulu kita telah mendengar lagu-lagu dari Diana Stephen, seorang guru muzik juga merangkap pemilik sekolah muzik D'Angels (Donggongon), apa kata kali ini kita nikmati pula persembahan dari seorang lagi wanita yang mempunyai karier yang sama. Beliau yang dimaksudkan ialah Suzie Ann Soleten, guru muzik dan juga pengusaha sekolah muzik Suzie Music School (SMS) di pekan Papar. Dari Suzie terimalah lagu yang diberi judul Nosindualan, lagu ciptaan George Yih serta lirik oleh Erviana Reaiman.



Dipersilakan!


Artikel mengenai Suzie


14 Nov 2009

Berminat jadi pelakon?

Memang diakui kita ni kekurangan pelakon yang betul-betul boleh berlakon 'dari dalam' atau lakonan dalaman orang bilang. Orang-orang yang aktif bergiat teater ja yang selalunya mampu melakukan lakonan macam tu, tapi masalahnya tidak ramai kelompok ini yang berkecimpung dalam bidang lakonan untuk video (kalau di Sabah lah). So mengkali atas alasan kekurangan pelakon berkemampuan inilah pihak FTV menganjurkan bengkel lakonan.


Uinna...ensem-ensem dan cute-cute juga peserta-peserta Bengkel Pengarahan (dan Penerbitan Video) tu kan..kekekek. All the best to Flora and her team (produktif habis kamurang ni kan). Fuiyoo...ada pula vcd "Rempit Keningau"...hehe...best kah ni?


Croc as pet


Ini pula bukan kisah bengkel lakonan, tapi kisah seorang nenek di Tenom membela buaya sebagai binatang peliharaan...kelaaass! :)

13 Nov 2009

'Ratu Penipu' ditujukan untuk...

...err..si Zizi kah?

Sebab teringat masa Diary AF dulu ada scene si Zizi mengumpat pasal si Rubisah ni. Habis dia kasi cerita sama salah seorang guru kisah negatif si Rubisa sambil menangis-nangis.






Selalunya kalau artis perempuan tu meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesebuah lagi, dia tujukan luahan dia itu pada seorang laki-laki. Tapi yang ini pula untuk seorang perempuan lain. Dengar cerita dia sendiri yang cipta lagu ni. I mean where did she get the idea to come up with this song.Wah bahaya ni...single pertama lagi tu..hehe!

Lebih kurang beginilah lirik "Ratu Penipu"...nasib baik bukan "Ratu Pembuyuk"


Ratu Penipu

Kau buat semua percaya
Segala kata-kata mu
Kau anggap hebatnya dirimu

Kau sering mengada-ada
Reka semua cerita
Drama queen tak putus airmata
mengharap perhatian dari semua

Karna ku tahu
kaulah Ratu Penipu
Kini aku tahu
Siapa sebenarnya diri mu

Ratu Penipu
Semua palsu

Tapi ada ku kesah
Yang pasti
Aku bukan begitu

Itulah kamu
Ratu Penipu
Itulah Kamu
Ratu Penipu

Kau sering mengada-ada
Reka semua cerita
Drama queen tak putus airmata
Gaya tak seperti sebelumnya

12 Nov 2009

Miliki sentuhan ajaib


Curious jugalah saya mau tau keajaiban dia ni, berabis saya pi cari hasil kerja dia, nasib baik juga jumpa. Kesimpulannya? Mmmm...kalau dengar lagu Erika tu, ndaklah berapa ajaib sangat...macam biasa-biasa saja saya dengar. Entahlah kalau yang lagu si Felix.

Tapi yang kelakar part yang ni..
Ketika usaha mengintai bakat dan kebolehannya, wartawan terpaksa menggunakan pelbagai kaedah untuk membolehkan pemuzik muda ini berinteraksi; dan sah beliau seorang yang bukan mudah untuk dibawa berbual-bual
Hehe...pendiam sangat mengkali dia ni kan, mau juga saya tau apa-apa kaedah yang telah dipakai.

11 Nov 2009

Infinatez tidak berpecah

Aiyoo...lima hari tidak dapat masuk internet ni gara-gara Streamyx buat hal lagi sejak hari Sabtu.

Kita ikuti ja lah artikel si Alvin MY a.k.a Defoo yang keluar di Daily hari ni. Dia bilang Infinatez tidak berpecah sekadar berehat...bagus lah tu kan.


All the best, jangan susah tatap akan 'menguja' punya :-)

Rancangan Rentak Kita Bah

Sebelum tu kan, kemungkinan kita tidak berpeluang lagi menonton klip-klip video terbitan TV3 (Grand Brilliance) di YouTube sebab durang sudah buat aduan perlanggaran hakcipta kepada YouTube. Kalau masih ada pun mungkin durang belum dapat kesan lagi kewujudan video tersebut di YouTube. Bagus jugalah kalau macam tu, secara peribadi saya memang sokong, sebab di U.S (Fox TV, CNN, Oprah etc) sudah lama praktik benda ni. Setakat ni belum ada amaran dari Astro dan RTM, tapi saya rasa itu pun tidak lama lagi tu, tunggu masa ja..hehe. Nampak gaya kena buat content sendiri lah ni kan. Kalau ada sesiapa yang ingin karya-karya kamu, yang ada tersiar di sini, disingkirkan (atas sebab melanggar hakcipta etc), sila bagi tahu ja ok...jangan ragu-ragu, I'm more than willing to oblige.

Sebelum RTM (Muzik Aktif) bagi amaran apa kata kita saksikan klip video si Ridah dalam rancangan 'Rentak Kita Bah' Episod keempat minggu lalu.




I'll talk more about this program later (ada juga request minta saya ulas)

10 Nov 2009

"Sia ndak mo bercinta dulu" - Marsha




Belum mau bercinta dulu, si Marsha bilang. Pandai datang sendiri juga tu cinta tu, dia bilang lagi...sekali ndak datang-datang...habis panick!

9 Nov 2009

Orang kaya intip Stacy

Anak orang kaya berminat dengan Stacy, according to this report. Bertuahnya Uncle Anam kalau menjadi kan :)

6 Nov 2009

Diana the flutist

Sebenarnya sudah lama saya memiliki album ni dan sepatutnya telah buat sedikit ulasan dulu. Apakan daya selepas saja saya mendengar album ni sekali dulu, terus CD disambar orang. Nasib baik juga macam boomerang, lepas melayang boleh kembali semula kepada kita, tidak seperti beberapa CD/kaset saya yang lain, lepas kena pinjam tidak pulang-pulang.

Anyway back to the album.

Kalau Fauziah Gambus dengan gambusnya Diana Stephen pula dengan serulingnya

Album ni sebenarnya diterbitkan tahun lalu dan mengandungi sepuluh trek termasuk rakaman semula lagu "berhantu" Igitan Ku Gisom Kapatayon ciptaan Apai (if only we have our own Anugerah Juara Lagu, this song should be one of the grand winners! :-)). Lagu ini mengisahkan ikrar si anak untuk mengenang jasa-jasa ibubapanya hingga ke akhir hayat. One of my favourite Dusun songs indeed dan Diana berjaya membawanya dengan cukup berkesan sekali melalui suaranya yang lunak merdu...siap dengan rangkap berdialog...touching!



Senarai trek lagu dalam album

Lain-lain lagu yang menawan hati saya ialah Kada Noh Sorono (Otoi/Apai) dan Pigaso No Romou Mato Nu (Apai/Apai). Album ini juga menyelitkan lagu-lagu dalam berbagai rentak seperti rentak keroncong, Duo Nosili Iso (Apai/Apai); rentak joget, Joget Nabalu (Otoi/Apai) dan rentak Sumayau, Tadau Do Karamaian (Minin Salamat/Minin & Apai).

Walaupun gambar sampul depan album menampilkan Diana dengan serulingnya, namun hanya sebuah lagu sahaja yang digubah dengan iringan tiupan seruling, iaitu lagu pada Trek 7 berjudul "Kasarahan Montok Songulun Tambalut" hasil karya Lorina Ingging. Kalau mendengar irama tiupan serulingnya pula, sudah tentu anda yang selalu mengikuti rancangan Dusun dan Kadazan di Sabah VFM faham apa maksud irama seruling tersebut :-), but I love it, it sounds so serene instead of menegakkan bulu roma! Hehe

Ruangan kredit album


Just hit the play button below for the preview of tracks in this album (also available on Playlist_3, in case you have problem with the console below).

4 Nov 2009

Marsha - Yang Terbaik

Tidak sah kalau tidak letak video ni di sini..hehe. First time dengar lagu ni (ciptaan Edry KRU)terus kesiukan..tengok video dia...lagi tertarik :)



Best! Classy! Cuma komen dari seorang pakar dandanan rambut bilang..rambut Marsha kelihatan sedikit kejung (keras) sepatutnya lembut dan ringan macam model-model iklan syampu di TV :)...dia bilang.

3 Nov 2009

Albab: 25 tahun baru dikenali

Mari berkenalan dengan kumpulan Albab, kumpulan yang kamu bilang kamu ndak kenal. Tabik juga perjuangan durang ni. Maka dengan itu saya pun haruslah berjuang macam durang ni..chewah!


Kalau durang rakam balik tu lagu 'Bulan 8 Di Sandakan' gerenti trus popular ni..hehe

2 Nov 2009

Artistes' fat pay cheque.

There have been criticisms that Malaysian artistes are pricing themselves out of the market by demanding one-off payments up to RM80,000 per dinner show. Here's Erra Fazira defending the issue. She's in KK recently to perform at the 7th Patron's Cup Gala Dinner at Sutera Harbor KK.



So how? Those are, what I call, Malaysian 'A-list' artistes. So when are gonna have our own A-list performers, not only A-list in Sabah but also at national level...barulah boleh demand.

Ghost image?

Hmm...dalam zaman photoshop sekarang ni, susah juga bah mo pecaya benda-benda macam ni kan (I thought kalau ada hantu anjing akan menyalak, tapi anjing tu macam relax ja)