31 Dec 2009

Rumah Terbuka Krismas 2009

Beginilah suasana Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2009 yang diadakan di KK pada hari Selasa (29 Dis) baru-baru ini. Tarikh asal 27 Dis (Ahad) tapi last minute ditunda ke 29 Dis.

29 Dec 2009

Masih berminat dengan AF?

Nampak gaya AF8 kembali juga tahun depan. Sebenarnya hari tu semasa CEO Astro mengumumkan berkenaan Astro B-yond, ada juga beliau sebut yang AF musim depan akan disiarkan menerusi format HD dan masa pengumuman inilah saya dapat clue AF akan diadakan. Dengan tersenarainya lokasi-lokasi ujibakat AF di bawah, maka secara rasminya AF8 bakal menemui penonton-penonton. Hmm...relevan kah lagi AF ni?

Sabah
Tarikh: 22, 23 & 24 Januari, 2010
Lokasi: Hotel Promenade, Kota Kinabalu

Lagu lelaki

1. Situasi - Bunkface (Rock)
2. Hujan - Sudirman Hj Arshad (Balada)
3. Ada Untukmu - Nubhan (Balada)
4. Berdendang Dalam Tangisan - Jamal Abdillah (Irama Malaysia)
5. Fikirlah - Aizat (Pop)
6. I’m Yours - Jason Mraz (Balada)

Lagu Perempuan

1. Gagap-Stacy (Pop)
2. Jika Kau Ubah Fikiran - Mila (Pop/Rock)
3. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah (Balada)
4. Dan Sebenarnya - Yuna (Balada)
5. Di Taman Teman - Siti Nurhaliza (Irama Malaysia)
6. When You’re Gone - Avril Lavigne (Rock)

Klik sini untuk maklumat lanjut.









26 Dec 2009

Peserta Raja Lawak Sabah

Peserta-peserta Raja Lawak dari Sabah

Alex

Peserta dari Papar Sabah, Alexander Ahat


Antara info biodata

8. KEBOLEHAN SELAIN MELAWAK
• Bermain gitar, keyboard, mengayam, mengumpat, masak ketupat

Oh baru saya tahu rupanya mengumpat ni pun satu kebolehan juga...hehe!

biodata penuh.

Kumpulan Kechik

Pelawak duo yang dianggotai oleh Wan (Beaufort) dan Achoe (Tuaran)


biodata penuh.

24 Dec 2009

Titian Mesra Khas Krismas

Klik sini untuk versi besar.


Rakaman rancangan 'Titian Mesra Khas Krismas' terbitan RTM telah diadakan di Buhavan Square Donggongon Penampang baru-baru ini. Menerusi rancangan ini RTM berharap akan terus komited mengenengahkah bakat senisuara anak-anak Sabah. Baca artikel penuh di sini. Ramainya artis! Tu penyanyi rock laki-laki yang pernah mencuba nasib di WCOPA (KL), Suib kah nama dia tu pun macam ada juga. Siaran rakaman di radio akan keudara pada 25 Dis, 8 malam (skijap saya set alarm dulu di handphone...hehe).

22 Dec 2009

Rancangan 'Kotobian Krismas' di TV

Baca sini



Source: Sabah Times

21 Dec 2009

Intellectual movies anyone..

Sabah born film director Chris Chong talked to reporters about his so-called intellectual movies 'Karaoke' (read the full article here)

I don't realise that there's such a term called "intellectual movies". I'm wondering which of the movies I'd watched before falls into this category. To me historical movies like Gandhi, The Last Emperor, Schindler's List, Passion of Christ etc, are intellectual enough but never been called as 'intellectual movies'. The same with any movie with good message and strong moral and enviromental issues...Jurassic Park, Species, The Day After Tomorrow, 2012, Avatar etc. What about Hot Chick, Borat or..err...Brokeback Mountain don't you think they're intellectual too *LOL*. I haven't seen Karaoke yet but some reviews said it's terlalu buat orang berfikir :-) (habislah gugur rambut macam ni). Kita ni ke panggung mau berhibur, so kalau buat filem dengan tujuan mau penonton berfikir (tanpa hiburan) might as well call it documentary. But I respect this guy when he says "Life is not just about making profits...." (ambik ko!).

Irama Malaysia?

So apa yang Pak Ngah cuba sampaikan, Irama Malaysia ni bukanlah genre lagu-lagu asli macam lagu Patah Hati, Seri Sarawak etc. tapi lebih kepada irama asli with a twist yang dimodenkan sikit. Bagaimana pula irama-irama dari Sabah dan Sarawak macam lagu rentak sumazau moden, contohnya lagu Sinding Rumamai ciptaan si Asmin nyanyian Aldro, tidak layakkah dikategorikan sebagai irama Malaysia? Sepatutnya layak kan! Kenapa tiada peserta pertandingan di atas menyanyikan lagu-lagu macam tu. Penganjur? Sila jawap. :)

19 Dec 2009

'Datuk B' tetap menafikan

KOTA KINABALU: Kinabatangan MP Datuk Bung Moktar Radin has again quashed rumours that he will wed popular actress Zizie Ezene, And he expressed the hope that the rumours would not resurface."There is no "kahwin kahwin". And there is nothing more to comment on this." he said when contacted yesterday.Bung who is also the BN backbenchers Club deputy chairman and three-term MP is married and has four children.

Rumours of a marriage between Bung Moktar, 50, and Zizie, 3l. had been rife after the actress admitted that the Sabah MP had asked for her hand in marriage. A national newspaper had quoted Zizi’s mother Khaty Fauziah as saying her daughter was not yet married and that what had been reported were not true. "She is not yet married, If there is a wedding I will invite you," she said when interviewed by reporters after shopping at the KLCC on Wednesday. Khaty also said Zizie could marry any man of her choice including Bung Moktar.

"If she is fated to marry him (Bung Moktar) I will accept it, she said, adding that she has met the Sabah MP on several occasions.And. Khaty also described Bung. Moktar as a good-hearted and honest man. Contrary to his denial, Bernama reported last night. quoting Bung’s best friend, Sri Gading member of parliament, Datuk Mobamad Aziz. that the couple had already tied the knot. The report also said the reception was held in a leading hotel in Kuala Lumpur Wednesday.
(Source The New Sabah Times)

Aiyo...kalau betul mengaku sajalah kan, buat apa mau sorok-sorok. Kan bagus kalau Datuk Bung Moktar sunting seorang penyanyi tu yang semulajadinya menggemari lelaki berusia yang ada rambut putih ala-ala Richard Gere...oops..hehe.

Kumpul point dan dapatkan CD

Ini ada berita baik dan berita buruk.

Berita baik, dBOS-fm dengan bermurah hati akan memberikan CD keluaran tempatan Sabah kepada pengunjung-pengunjung blog ini yang layak.

Dan berita buruknya pula, untuk mendapatkan CD tersebut anda dikehendaki mengumpul 100 points melalui ruangan komen, dimana markah 1 point akan diberikan kepada setiap komen anda yang tersiar. Komen-komen masih tertakluk kepada penapisan dan hanya komen-komen yang lulus dan tersiar sahaja akan diberikan 1 point. Pastikan juga komen anda berkaitan dengan topik posting, elakkan dari menghantar komen yang tidak berkaitan dengan topik (out of topic).

Setiap 100 point berikutnya akan melayakkan anda mendapat sebuah CD.

Untuk pertanyaan lanjut sila email ke dbosfm@yahoo.com

Sekian.


Here are some good and bad news.

The good news is, dBOS-fm is so kind enough to give you a CD of Sabahan artistes (produced in Sabah).

The bad news is, in order to qualify you need to collect at least 100 points by posting your comments. Each published comment will be given one point. Comments however are subject to moderation and only approved comments will be published hence credited (earn points). Please ensure your comments are relevant to the topic concerned (not out of topic).

The next 100 points will qualify you for another CD.

Any doubt, just email to dbosfm@yahoo.com

Happy Commenting!

15 Dec 2009

Artis baru Lala

14 Dec 2009

Are you ready for Astro B-yond?

Firstly what ever happened to Astro's 'Max'? Heard that it's been silently discontinued without official announcement. Luckily I didn't go ahead with the plan to subscribe Max and now Astro is introducing another new service called Astro B-yond.

Artikel penuh.

Looks tempting but I guess I'm in wait and see mode..hehe!

12 Dec 2009

Remain in the running.

So Chind the girl from Keningau was the first one voted out from MyStarz this season (poor girl). Who will be next? Hopefully not this guy. He's one of the good male contenders in reality TV program from Sabah, the rest include Felix, Yazeer, Rich, Abraham and Andy

11 Dec 2009

Semangat baru


10 Dec 2009

Candy masih ada

Kepada kawan kita hari tu yang bertanyakan perkembangan terbaru si Candy, ni dia artikel terbaru about Candy...

Candy masih ada
Oleh MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my

ORANGNYA ringkas dan bersahaja. Namanya juga unik dan tersendiri, tapi sayang ia belum sinonim untuk menjadi sebutan ramai. Mungkin kerana kurang menonjol dan tiada kontroversi, Candra Clement (Candy) masih lagi asing.

Bekas finalis Akademi Fantasia (AF) 5 kelahiran Tambunan, Sabah ini tidak menafikan, ketiadaan berita baru untuk dikongsikan bersama peminat menyebabkannya tercampak jauh berbanding teman seangkatan.

Persoalannya, adakah masih wujud penyokongnya yang dulu melaungkan jeritan setiap minggu ketika AF5? Si empunya diri punya jawapannya.

Gadis kecil molek berusia 20 tahun ini kini mampu menarik nafas lega, akhirnya ‘single’ terbarunya, Trouble Maker ciptaan komposer Iran, Ali Samadi berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus tenggelam.

Hey guys! I'm still around ok!


Baginya, single ini membuktikan namanya masih wujud di industri ini meskipun tertinggal berbanding Mila, Dafi dan Aizat. Walaupun ia tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dia punya cerita untuk dikongsikan.

“Trouble Maker sebuah lagu Inggeris. Walaupun saya sangat gementar menanti reaksi peminat, saya melihat perkembangan ini sesuatu yang mampu memberi lebih peluang pada saya untuk terus bertahan di sini. Maklumlah, keputusan untuk menjadi penyanyi adalah muktamad dan mustahil untuk saya berpatah balik.

“Saya peserta AF pertama tampil dengan single Inggeris dan itu lebih memberi cabaran buat saya sebagai penyanyi baru. Malah ramai terkejut dengan lagu baru ini, mungkin ini satu semangat yang perlu saya ambil secara serius untuk menyampaikannya dengan lebih baik. Namun saya yakin dengan lagu yang turut mendapat sumbangan vokal daripada seorang lagi penyanyi Iran, Stumer.

“Muziknya ‘dance’ yang sangat bersesuaian dengan pasaran hari ini. Melodinya juga serasi dengan kemampuan vokal dan personaliti saya.

“Sebenarnya semua urusan berkaitan single ini diuruskan seorang teman yang juga bekas pekerja di Maestro Records dulu. Dia yang memperkenalkan saya dengan Ali sebelum saya setuju untuk bekerjasama,” katanya.

Menurut Candy, Ali yang juga penyanyi Iran menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Muzik yang dihasilkan juga berbeza dengan sentuhan pop dan elemen moden.

“Saya berharap lagu ini dapat mengembalikan nama saya selepas single pertama ciptaan Edry dulu, Demam,” katanya.

Penyanyi yang juga sibuk dengan pelbagai rangka promosi buah tangan barunya ini turut ‘memasang’ strategi untuk turun padang dalam kerja pemasaran dan publisiti seperti berjumpa wakil stesen radio secara sendiri.

Meskipun kerjaya seninya tidak secerah teman AF yang lain, tidak secalit pun terlintas di hatinya untuk merasa cemburu, sebaliknya ia dijadikan satu inspirasi serta semangat bagi terus membina nama di persada seni.

Inilah lagu Inggeris yang dimaksudkan tu



Fuiyoo...lagu...*matilah Lady Gaga*. Terbayang juga saya album Dusun si Candy nanti ada lagu dengan arrangement muzik macam tu...kan Reny!

Shhhh....bakal kejutan! Tunggu..

8 Dec 2009

Stacy komen empat artis lelaki

Kepada remaja-remaja terutama yang tingkatan empat dan lima dan sedang cuti panjang tu terimalah artikel penyanyi kesayanagn kamurang... :-). Jangan susah Stacy akan tercalon juga dalam ABPBH 2009, walaupun nama dia tercicir dalam borang pemilihan awal minggu lepas.


Don't worry...orang Tuaran juga pilihan dia tu nanti...kekekek!

Dilema artis kurang 'pakej'


Ko menang seratus pingat emas di 'olimpik' persembahan seni sekali pun, tapi kalau sudah dilabel 'kurang pakej' oleh pihak-pihak tertentu macam sia-sia saja kan. But then my question is, penghargaan macam mana pula yang si Bob maksudkan ini sebab kalau bandingkan nasib dia dengan beberapa artis lain, dia ni lebih bernasib baik.

6 Dec 2009

Lampu Hijau - Senyum


Mari kita dengar sebuah lagu yang kreatif dan tidak kurang uniknya, saya bilang kreatif sebab manalah terfikir lampu trafik pun boleh dijadikan lagu kan!...:). Lagu yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan berjudul "Lampu Hijau" hasil karya kumpulan Senyum dari Keningau (wah pencabar Nokuro 29 ka ni). Mau tau lebih lanjut pasal durang visit ja MySpace durang di sini.



...hari tu dalam posting pasal si Mia, I mentioned about being a pioneer as female singer-songwriter in Malaysia (normally singing with the guitar or any other musical instrument). Somebody emailed and recollects my mind about a lady by the name of Prema Lucas (not a Sabahan). Ok thanks, I remember her now, it's just that the name didn't come across my mind when I posted the entry. She's on the scene back in 1997 long before Mia, Zee Avi, Yuna and now Ana Rafali came into picture. Too bad she didn't see her future here and moved to London in 1999 (adalah nanti yang ikut jejak langkah dia ni gara-gara tiada sambutan di Malaysia..hehe). To me she's a singer with such a huge talent but sadly quite under rated, lagi-lagilah time tu Siti Nurhaliza tengah meluap-luap and seen as the only singer we have in Malaysia *LOL* (the rest was almost ignored).

This is "Alive Again", one of Prema's hit songs from her first album (Hitz TV should've played her video more often).



She released her second album recorded in New York last year (a gap of about 10 years from her debut album)

5 Dec 2009

Rentak Kita Bah - jadual rancangan

Kepada peminat-peminat Rentak Kita Bah (ramai peminat ni kan?). Beginilah susunan episod rancangan tersebut untuk slot dari 17 Oktober - 2 Januari 2010 (thanks to James for this info). Jadual ini adalah untuk sebahagian saja dari 26 episod. Yang selebihnya itu akan ditentukan tahun depan. Kepada yang bertanya tu, sebenarnya keseluruhan rancangan ini sudah siap dirakam dulu (satu bulan ja durang rakam) sekarang ni proses-proses mengedit saja. Kalau lihat jadual di bawah, slot untuk hari ini melibatkan Dato' Joseph Guntavid..errr..orang kuat Pertisa

Episod 1 (17/10/2009)
Benn Simon, Jovita R. Johnny, Elvis Saladan dan Clarice John Matta.

Episod 2 (24/10/2009)
Felix Agus, Ateng, Bernard Michael dan S. Welly.

Episod 3 (31/10/2009)
Raphiel Pinus, James Sami, David Pinus dan Fauziah Gambus.

Episod 4 (07/11/2009)
Ridah Malanjang, Boni, Asnizah dan Den Bisa.

Episod 5 (14/11/2009)
Usal Jon Gavis, Papier Mache, Jovita Robert Johnny dan Narsisius.

Episod 6 21/11/2009
Handry, Alex Headrick, Ridah Malanjang dan Rablin Norbin.

Episod 7 28/11/2009
Narsisius, Elvis Saladan, Jedeh Mustapha dan Fauziah Gambus.

Episod 8 05/12/2009
Usal Jon Gavis, Kanchan, Dato’ Joseph dan Felix Agus.

Episod 9 12/12/2009
S. Welly, Simon Bukag, Caroline Yusof dan Amie Joba.

Episod 10 19/12/2009
Lydia Kalidin, Benn Simon, Amie Joba dan Jedeh Mustapha.

Episod 11 26/12/2009
Den Bisa, Jack Simon, Imran Said dan Clarice John Matta.

Episod 12 02/01/2010
Ridah Malanjang, Pol, Jedeh Mustapha dan Masnie Sumiran.

Bah...Reny...jan ko lupa menonton ah...banyak tu lagu ala-ala Kerispatih yang menepati citarasa ko dan anak-anak muda...hehe (just kidding)..jan marah!

4 Dec 2009

Pelakon cilik 'Toyol Nakal'

Saudara siapa ni? Cepat kamurang mengaku...:-)


3 Dec 2009

Konsert 1Tuaran..

Konsert yang bakal menampilkan artis-artis popular Tuaran