30 Mar 2010

Enoch Cosmic - Satu Suara (feat Enzo Gumpil)

Mari kita nikmati dan hayati mesej yang cuba disampaikan oleh lagu yang berjudul Satu Suara dalam muzik video berikut. Lagu ini merupakan usaha terbaru dari salah seorang ahli kumpulan The Cosmic iaitu Enoch Cosmic dan menampilkan Enzo Gumpil.




Tu dia...ada logo MTV lagi (sudah ditayang di MTV kali ni kan?). Sudah tentunya lagu ini diinspirasi dari peristiwa yang berlaku di Malaysia baru-baru ini. Gigih dan aktif betul artis yang bernama Enoch Cosmic ni berkarya dan menampilkan diri di internet...YouTube, Facebook, AMP, Reverbnation..you name it...semua ada.


Salah satu lagu beliau yang mempunyai daya tarikan tersendiri ialah lagu yang berjudul OK Bah Kalau Kau


Take a listen...








or watch his VC on YouTube.

OK Bah Kalau Kau YouTUbe video

Best..I like!

Memang banyak lagu-lagu beliau yang dirakam menggunakan sound effect ala-ala suara T-Pain atau orang suka cakap guna Auto Tune...jangan ja ada yang digelar "The Prince of Auto Tune" lepas ni :=)

29 Mar 2010

Lirik "Tanak Kampung"

Seperti yang diminta...terimalah lirik Tanak kampung...selamat menyanyi...enjoy!

Tanak Kampung - Jimmy Palikat

Yoku nopo diti
Tanak do mosikin
Aiso nunu nunu
Do posurungonku
Ika tu olumis
Au oku kaanu
Kapasanang dika

Yoku tanak kampong
Aiso sinikulan
Kuli-kuli do touki
Au kapadan dika
Ika tu olumis
Ogumu poh muhang
Lagi orang kaya

#
Ingga korita ku
Mogowit dia mimpanau
Ingga poh walaiku
Usukon toh ngoduo
Lobi pondo pongopung
Om balanja dapur
Panansawo dika

##
Okon ko au oku
Orohian dika
Nga rosian oku
Katanud koh osusa
Sabab noh do muhang
Logoson ku ika
Id langon do wokon

Ika poimulok
Lagi kikolumison
Kada do sumonsog
Kusai irad doho
Ika tu olumis
Manasal koh moti nga
Ingga noh guno


27 Mar 2010

Candy in Samadi's Video

Iran meets Tambunan...how's that sound? :=)

The official music video of Make You My Girl by Ali, Samadi the Iranian singer, featuring Candy the Tambunan singer...



Yeahh...let's clubbing! :=)

25 Mar 2010

Album Sangbai 2

Album Sangbai 2 keluaran Skyline yang menghimpunkan koleksi lagu-lagu Bajau terbaik

24 Mar 2010

Songs Highlights

Adeyy...sibuk betul sejak dua menjak ni, sikit tiada masa mau ber-online. Sekali online tadi mau update Top 10, terkejut pula nampak dua buah lagu yang sudah sekian lama di upload sini tiba-tiba melonjak ke kedudukan paling atas dengan jumlah klik jauh mengalahkan lagu Tanak Kampung (komputer error kah ni?). Lagu-lagu yang saya maksudkan tu kedua-duanya menduduki top 2 carta Malay/Mix :=).


Anyway let's take a listen to our featured songs today...

Framingrass - Mungkin Hilang

Lagu dendangan sebuah indie band dari Papar.











Menarik juga vokal penyanyi utama kumpulan ni, kira uniklah juga vokal dia untuk dendangan lagu Melayu. Iringan muzik durang ni pula mengingatkan saya bunyi kugiran pada era 70-an.

Check out their video clip...

Framingrass' video clip

Nah kan apa ku bilang...urang Kelatuan bah...habis kadapatan. Tapi kenapa jua di tapuk-tapuk muka atu bah? Takut dibubut alung?

Ateng - Sinding Montok Tanak Ku








Best juga lagu ni kan :=). So siapa yang ada anak tu, dipersilakan senandungkan anak kamu dengan lagu ini masa tidur.

Meedah-Au Ku Lumansan Dika






22 Mar 2010

Bonny Mara ke Final

Tahniah diucapkan kepada Bonny Lin Vun Seng kerana berjaya mara ke pertandingan akhir Bintang Ai Minnal semalam. Ramai penyokong kau kan!

Pertandingan yang diacarakan pengacara Muzik FM, Muaz, itu disiarkan selama enam minggu berturut-turut secara langsung melalui TV2 setiap Ahad jam 4.00. Separuh Akhir Keempat akan diadakan pada 28 Mac, diikuti dengan Konsert Pra Akhir (4 April) dan kemuncak Peringkat Akhir (11 April).

The Shocking Death of Mentor Star


Gone too soon..*sigh*

Jenazah Yanie Dikebumi Tengahari Ini (22-Mar-2010)
Teks Oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2010: Berita sedih buat peminat Yanie, apabila penyanyi yang pernah popular dengan lagu duet Saling Terpesona, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, sekitar jam 4 petang semalam di Hospital Keningau, Sabah.

Allahyarham atau nama sebenarnya Siti Surianie Julkarim, 24, dikhabarkan telah menghidapi ketumbuhan di paru-paru dan telah menderita mengalami penyakit berkenaan sejak 4 bulan lalu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan berhampiran kediaman keluarganya di Tanah Perkuburan Sembulan, Kota Kinabalu pada tengah hari ini, sebagai kesempatan kepada keluarga terdekat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bintang Akademi Fantasia 7, Rubisa yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham ketika dihubungi berkata, dia amat terkejut mendengar berita sedih itu, apatah lagi apabila telah diberi tahu sendiri oleh bapa saudaranya petang semalam.


Credit murai.com

Condolence to her family...

20 Mar 2010

Marsha's Sister

The music video of Pinirubaan Mogowit Piupusan a duet song performed by S.Welly and a lady singer by the name, Brenda Londoh :=).

Songs Highlights

Let's take a listen to this brand new single by Azharina, a fast number titled Hey Lelaki. It's high time to listen to some up beat song from her after a string of sentimental ballads.

Azharina - Hey Lelaki








The following video clip was shot way back in 1985 (25 years ago). It features our very own Flora Santos (arguably the most successful Sabahan singer) singing Sejambang Mawar. So for those who don't know who she is or have no idea how she performs, this clip is for you...

Juara Lagu Popular Bajau


LAGU berjudul Janji Setia Nu hasil ciptaan Zulkifle Manang, lirik oleh Wanlee Yong dan muzik oleh Jimbonievin Simon dinobatkan sebagai juara, keseluruhan dalam Pertandingan Akhir Lagu-Lagu Popular Bajau, dalam carta Sabah Vfm 2009, di sini, Ahad. Dinyanyikan oleh Benn Simon, lagu yang turut mendapat anugerah Lagu Bajau Terbaik itu, berjaya mengetepikan sembilan peserta lain dan membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 serta trofi. Manakala lagu Diom Kinum-Kinum, nyanyian Nur Mimi Fadzlyend Abd Azan, berjaya merangkul anugerah Lagu Bajau Paling popular setelah mendapat undian SMS paling tinggi. Dengan kemenangan itu, Nur Mimi membawa pulang RM1,500 dan sebuah trofi.

Anugerah Persembahan Terbaik pula disandang oleh Zafira Massim @ Abd Kassim Amri Abu Bakar yang menyanyikan lagu berjudul Rungei Ta' Moto sekaligus berjaya membawa pulang RM1,000 serta sebuah trofi. Anugerah Vokal Terbaik pula diberikan kepada Noorlizah Aslee, atas kemantapan vokalnya mendendangkan lagu Lengkebu Kasih. Makbul Manang dianugerahkan sebagai penulis Senikata Terbaik menerusi lagu Makbul Manang. Turut ketinggalan, Pemenang Pengundi SMS terbanyak bakal menerima hadiah RM1,000 dan sebuah trofi.

Pertandingan Akhir Lagu-lagu Popular Bajau yang dianjur bersama oleh RTM, Sabah Vfm, Pejabat Daerah Kota Belud, Persatuan Sama Sabah (PSS) dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), yang dihadiri lebih kurang 6,000 orang, telah dirasmikan oleh Presiden USBO yang juga Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said. Antara yang hadir Pegawai Daerah Kota Belud, Najib Muntok, Pengarah Penyiaran Sabah Zubad Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan Nadasen dan Presiden Persatuan Sama Sabah Abdullah Sibil.

Terdahulu Mohd Salleh berkata Petubuhan Bajau Bersatu Sabah akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak-pihak yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu pencapaian pengkarya masyarakat Bajau Sama. Penggiat seni lagu-lagu Bajau Sama perlu menggunakan penganjuran seumpama itu sebagai landasan untuk memperkembangkan dan memperluaskan hasil ciptaan mereka, katanya.

"Usaha seumpama ini, kalau diteruskan saya percaya dapat memantapkan mutu seni dalam bidang nyanyian serta penciptaan lagu-lagu bajau Sama khasnya," katanya semasa merasmikan pertandingan itu.


Kredit: Hiburan Express

Malangnya lagu yang menjadi juara tiada dalam koleksi dan sementara DJ Langat gigih mencari lagu tersebut apa kata kita berhibur dulu dengan sebuah lagu Bajau dendangan ND Lala...yup you read it right..bapa kepada si Shila OIAM. Kalau lagu yang menjadi juara lagu Popular Bajau tu dinyanyikan oleh seorang Dusun (Ben Simon) lagu Bajau berikutnya ini dinyanyikan oleh orang Melayu Semenanjung...hidup 1Malaysia!..hehe


ND Lala - Mangan Nya Mangan






17 Mar 2010

Songs Highlight

Before that if you notice I've split the Top 10 into two groups, Ethnic Pop (songs in native dialects...KDM, Rungus, Bajau etc) and Malay/Mix (songs in Malay, English or mix) respectively. Tapi nampak gaya dua-dua dibolot oleh lagu Tulang Besi Urat Dawai...hehe.

Back to the Songs Highlight, these are the two songs I present for your listening pleasure...enjoy!

Velvet - Ihadku








Mmm...not bad, macam jazz pun ada, macam blues pun ada. By the way the song is written by Felix Agus

Wences Podtung - Langad Ku Id Kampung

I guess this song has been around for quite some times and dedicated to those who miss their kampungs :=)









Sabar kio ndak lama lagi bulan lima.

15 Mar 2010

Album Sulung Selepas 12 Tahun


AKHIRNYA, termakbul juga impian dan hasrat Dayang Noraini untuk melahirkan album solo yang pertama. Penyanyi berusia 36 tahun ini tidak pernah jemu menunggu hampir 12tahun untuk menghadiahkan yang terbaik buat peminat dan pendengar setianya. "Sebenarnya, saya sentiasa aktif dalam dunia seni, terutama membuat persembahan di majlis makan malam...cuma untuk mengeluarkan album itu mengambil masa disebabkan oleh banyak perkara. Saya kumpul material sendiri dan bukan senang untuk melakukannya. Kadang-kadang, ada orang yang hantar lagu, kita tak suka, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi berkat usaha dan pengorbanan saya, maka lahirlah album solo ini bagi memuaskan hati para pendengar dan rakan-rakan peminat yang tidak pernah berhenti bertanya selama 12 tahun ini, `Bila Dayang akan muncul dengan album solo?'. Jadi, inilah hadiah saya buat mereka semua," jelas juara Sinaran Pasport Kegemilangan musim ke-6 itu yang ditemui semasa pelancaran albumnya itu baru-baru ini.

Namun, Dayang Noraini mengakui yang dia pernah hampir berputus harapan dan ingin meninggalkan dunia seni. Katanya: "Sekarang saya. sudah memiliki album ini. Dahulu ia hanya sekadar satu impian. Tetapi, pernah satu ketika, saya merasakan bahawa mungkin tiada nasib dan ruang bagi saya dalam dunia seni ini dan saya perlu berhenti menyanyi dan fokus kepada perkara lain yang saya lakukan pada masa itu. Akan tetapi, apabila sesuatu itu sudah sebati dengan diri seseorang, memang sukar untuk meninggalkannya. Saya masih mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Jadi, sedikit demi sedikit, saya mengumpul lagu dan pada mulanya, ia hanya untuk koleksi peribadi. Saya tidak ingin meletak harapan terlalu tinggi. Bila saya sudah kembali ke Sabah, saya nampak peluang itu...saya masih dapat melakukannya (menghasilkan album)."

Kepada satu soalan, Dayang Noraini menjawab: "Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dunia seni, perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah mengetahui kemampuan dan keku atan diri sendiri. Jika anda mahukan sesuatu,terus berusaha untuk memperolehinya." Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Dayang Noraini dalam menghasilkan album pertama ini ialah pembahagian masa. Dia bukan sahaja seorang penyanyi, malah juga seorang guru di SK Inanam 2 dan ibu kepada tiga orang cahaya mata."Pembikinan album ini mengambil masa yang lama, dan cabaran terbesar bagi saya ialah masa. Susah juga bagi saya untuk membahagi masa saya. Sebagai seorang penyanyi, guru, isteri, ibu dan juga rakan...saya pernah terputus hubungan dengan rakan-rakan saya sebab saya menumpukan perhatian kepada anak-anak saya. Rakaman album biasanya dibuat selepas saya habis mengajar. Saya akui ia memang sangat memenatkan. Selain itu, saya juga mencuri masa untuk bersenam untuk meningkatkan tahap kecergasan. Walau apa pun yang sudah saya lakukan, ia memang berbaloi," jelas penyanyi kelahiran Kota Kinabalu ini.

Albumnya yang berjudul Dayang Noraini, mempertaruhkan enam buah lagu berbahasa Melayu. Tiga buah lagu — Hipo Hipokrit, Sesayup, dan Kelawar 0' Kelawar — adalah berentak progresif rock; manakala tiga buah lagu lain berentak balada — Kau Tak Akan Pernah Tahu, Selamat Ulangtahun Mu, dan Demi Dekat Padamu. Semua lagu dalam album ini merupakan basil karya komposer dan penulis link tempatan seperti Ku Sham, Rafiqa Roslee, Zaira, Emmelyne Forman, Manan Ngah, dan juga Dayang Noraini sendiri.

Pada malam pelancaran album itu, Dayang Noraini tidak menghampakan para peminat yang datang untuk memberi sokongan kepadanya. Dia mempersembahkan enam buah lagu — empat buah lagu dari albumnya dan dua buah lagu berbahasa Inggeris. Mungkin disebabkan oleh pengalaman luas dalam membuat persembahan live dengan kugiran dan orkestra membuatkan Dayang Noraini begitu mesra dengan para peminat dan pergerakan di atas pentas juga lincah dan tidak terbatas. Persembahannya dimantapkan lagi dengan iringan kumpulan pemuzik yang cukup berbakat, Body & Soul dan juga kumpulan penyanyi latar yang membuai penonton dengan gerak badan yang mengasyikkan, Soul Singers. Katanya dengan penuh emosi: "Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong saya selama ini, terutama kepada pengurus saya, Roslee (suami kepada Dayang Noraini), yang telah menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya, dan juga pihak produksi album, klip video dan juga pihak media. Sekali lagi, saya ucapkan tenma kasih."

Kredit; Ricardo Unto (Hiburan Daily Express)

14 Mar 2010

AF8: Konsert Prelude

Aummmm....

A recap of the performances last saturday with the focus on Sabahan contestants (punyalah kenegerian..haha)

Anum



AMBIK KO! Siap dengan aksi waris saka harimau lagi tu, ko berani terbaring-baring macam tu buat persembahan live? Kelass ko Anum! Haha...mana mo cari? Tapi tu saja la, sikit lagi ketinggalan tempoh.

Ema



Adoii naa! Macam saya mo berlari pi sana tolong dia nyanyi..haha! Macam dia ambil nafas sekali saja di awal lagu and then redah ja tu lagu sampai habis (janji suara keluar). Paling kronik di minit 2:34 (indak terangkat suara dia time ni)! And then what's with the habit of shaking her head regularly especially on high notes??

Adira



Yang ni ok sikit, terserlah keyakinan diri. Walaupun suara 50% flat tapi boleh dimaafkan sebab lagu bukan senang. Good job!

Ain



Not bad, nice stage presence and looks very promising. Hopefully she excels more in the weeks to come terutama bila menyanyi lagu bukan pilihan sendiri. She's set to be a strong contender. (According to some sources she's actually from Tuaran).

12 Mar 2010

Songs Highlight

Our Songs Highlight today features a track called "Tulang Besi Urat Dawai" performed by Kristo Umok.


This is the earlier version I have in my collection. It's recorded in Malay and the voice sounds very much like an adolescent boy (masih teruna kali masa ni kan..hehe)


Kristo Umok - Tulang Besi Urat Dawai








Seteleh mengikuti vokal kelas Bandi Amuk (hehe...just kidding), it's transformed into this version (probably the first Dusun song sung in hard rock or heavy metal)


Kristo Umok - Tulang Bosi Turat Dawai (Dusun)








Fuiyoo...what a transformation, I like! Matilah ada pesta head banging masa Tadau Kaamatan bulan lima ni...hehe.

Pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010

Sementara kita riuh rendah dengan Akademi Fantasia, American Idol dan kalau di KK ni ada KENTE2 apa kata kita jenguk sedikit satu lagi pertandingan yang mengkali kurang digembar gemburkan. Pertandingan yang dimaksudkan ialah Pertanding Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010. Pertandingan ini dianjurkan melalui kerjasama dua saluran radio milik RTM iaitu Ai FM (Mandarin) dan Minnal FM (Tamil). Secara ringkasnya pertandingan ini terbuka kepada kaum India dan China atau lebih tepat kaum bukan bumiputera di Malaysia dimana peserta-peserta diwajibkan menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu. :=)

Dianjurkan buat julung-julung kalinya, pertandingan ini merupakan satu pendekatan dalam usaha menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam bentuk nyanyian, sebagai penghubung utama kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Malah penganjuran pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 adalah satu platform kepada kaum bukan melayu mempelajari pelbagai aspek tentang kepelbagaian budaya dan adat resam di negara ini.

Peringkat saringan telah diadakan sejak November 2009 di stesen-stesen radio RTM di seluruh Malaysia. Hasil dari saringan tersebut hanya 24 peserta sahaja telah dipilih ke Peringkat Separuh Akhir. Cabaran Peringkat Separuh Akhir dapat diikuti menerusi 4 episod di TV pada 7 Mac, 14 Mac, 21 Mac dan 28 Mac 2010. Episod-episod tersebut disiarkan secara langsung di TV2 dan Astro 102 jam 4:00 petang.

Secara kebetulan seorang rakan di Facebook, Bonny Lin Vun Seng, dari Sandakan Sabah telah berjaya terpilih ke Peringkat Separuh Akhir. Beliau yang pernah bertanding dalam rancangan BINTANG RTM 2009 ( suku akhir ), bakal muncul pada minggu ke-3 ini 21.03.2010 (Ahad). Beliau akan bertanding di Auditorium Perdana ,Angkasapuri RTM , Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di RTM TV2 atau ASTRO C102 . Kepada warga Sabah dan juga penyokong-penyokong Bonny jangan lupa menyaksikan persembahan beliau pada hari tersebut.



Menurut Bonny beliau akan membawa lagu Hazami berjudul Mungkir Bahagia di pertandingan itu nanti.

Semoga beliau berjaya ke peringkat pertandingan akhir nanti (hanya 8 peserta saja yang akan dipilih ke peringkat akhir)

Credit Bonny

P/s: Seorang lagi peserta dari Sabah yang layak ke Peringkat Separuh Akhir ialah peserta wanita dari Kota Kinabalu, Lee Cheng Wen.



11 Mar 2010

Ikon Daerah

Wan Kecik bakal diangkat jadi Ikon Belia Membakut *grin* (Dia ni asal Membakut kah Beaufort? Dalam biodata dia, di tulis Beaufort)


Dari seorang pekerja stesen minyak yang kana limpas-limpas ndak kena peduli, kena ulun-ulun ja mengkali...terus dijadikan 'ikon'. Tapi saya rasa pihak yang berura-ura mau jadikan dia ni ikon, mau tumpang glamour ja bah kali tu kan...hehe (jangan marah). Setahu aku ada lagi beberapa belia dari Membakut ni yang tidak kurang juga boleh dijadikan ikon, contoh dia seorang athlete ni yang aktif mengambil bahagian dalam pertandingan triathlon di dalam dan luar negara, nama dia Yatim Zainal Abidin. Baru-baru ini dia menduduki Top 20 dari 685 peserta seluruh dunia dalam pertandinagn Malaysian Ironman 2010 di Langkawi bulan lepas. Satu pertandingan yang melibatkan gabungan acara berenang, berbasikal dan berlari dengan jumlah jarak sejauh 226 km! He's also taken part in many other triathlon competitions like those in Brunei and Hong Kong and often finish either in top 10 or top 20. Jangan ko makan hati ah kawan. Nanti ja aku buat filem khas untuk kau berjudul The Unsung Hero...haha.

10 Mar 2010

AF8: Peserta Adik Beradik Dari Sabah

Mula-mula saya dengar khabar ni I was like WHAT!? Adik beradik masuk AF? Macam mana keluarga durang mo undi?. Lingkup habislah keluarga durang ni..hehe. Biasalahkan AF ni yang mula-mula mengundi tu memang ahli-ahli keluarga dan saudara mara. Mari kita tengok bakat durang..power kah tidak.

Mula-mula si kakak Erma

Ema, Kundasang Ranau




Next si adik, Adira

Adira, Kundasang Ranau




Buli-buli juga lah kan...tapi kenapalah durang pigi pakai tudung awal-awal lepas tu buka tudung, saya speculate ramai nanti yang kutuk durang ni pasal isu pakai/buka tudung.

Other Sabahan contestants

Anum, Tawau


Aina, Sandakan


Durang ni pun buka tudung juga kah..hehe

Credit murai.com

Wak Mustarjo Sabah

Mari berkenalan dengan pelakon veteran Almie Dahlan




Kalau tidak silap dia ni yang berlakon watak bapa si Linda dalam telemovie Bambazon

9 Mar 2010

Songs Highlight

Ya tuan-tuan dan puan-puan, ibu-ibu, bapak-bapak, selamat datang ke pertandingan yang diberi nama "Persis Band Indonesia". Ada pun pertandingan ini bertujuan untuk memilih band yang betul-betul mirip band-band dari seberang bagi mengisi kekosongan atau mengganti ruang lagu-lagu dari band seberang di corong-corong radio tempatan. Seperti yang kita maklum kerajaan baru-baru ini dengan powernya telah menguatkuasakan satu akta yang memaksa radio-radio tempatan memutarkan lagu-lagu artis Malaysia.


Sementara pengadil mengira markah memilih band yang layak memenangi pertandingan ini apa kata kita berhibur dulu dengan seorang penyanyi tempatan,dengan itu dipersilakan Rufina dengan lagunya Oi Ina

Rufina - Oi Ina








Sebuah lagu yang menarik malang sekali tune atau melodinya sama saja dari awal hinggalah ke akhir hayat, komposer kekurangan idea kah apa? Oops...apa pun terima kasih kepada Rufina atas persembahannya tadi.


Oh keputusan telahpun berada di tangan saya sekarang ini, sebelum itu untuk pengetahuan para hadirin sekelian juara pertandingan ini bakal memenangi hadiah di mana lagu mereka wajib diputarkan sekali sejam selama sebulan di semua stesen radio tempatan..lumayan saya bilang kau. Baiklah sudah sedia...kalau sudah ini dia keputusannya...drum roll please...juara pertandingan "Persis Band Indonesia" kita tahun ini jatuh kepada kumpulan....ARIES! dengan lagu mereka Kalimah Cinta...tahniah! sebiji sia bilang ko!


Aries - Kalimah Cinta








Video rakaman persembahan live kumpulan Aries di pertandingan 'Orang Kuat Sabah' pada 27-28 Febuari


8 Mar 2010

Kecik Crowned As Raja Lawak


...dan juri kurang bersetuju sebab menjangka Alex bakal menang..how interesting :=).

Sementara itu, Bob Lokman dan Afdlin Shauki mengakui terkejut dengan keputusan akhir RL4 yang telah menobatkan Kumpulan Kecik sebagai juara kerana mereka menjangkakan Alex yang bakal mendapat gelaran tersebut.

"Minggu lepas, Kumpulan Kecik sangat bagus. Secara jujurnya, malam ini sepatutnya gelaran juara RL4 adalah milik Alex. Tapi apa boleh buat, audien nampak Kumpulan Kecik yang bagus membuat persembahan malam ini.

"Saya percaya, Alex mempunyai harapan untuk menjadi seorang pelawak pada masa hadapan," ujar Afdlin yang terkilan dengan keputusan tersebut.

Din Beramboi yang mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Kecik dan mengakui keputusan adalah seratus peratus daripada audien.

Tahniahlah untuk semua, yang penting menang hadiah-hadiah lumayan.

Credit mStar

6 Mar 2010

Raja Lawak Sibuk Berkempen

Nampaknya peserta-peserta Raja Lawak dari Sabah sedang giat berkempen untuk pilihanraya Raja Lawak nanti...hehe. I won't be surprised if one of them is crowned as the champion.

Credit: Sabah Times

5 Mar 2010

Pusat Seni Setempat

Tu dia...tarian ballet pun ada :=).

Semoga usaha murni kerajaan kali ini akan mencapai objektif yang disasarkan dan membuahkan hasil. Sebab setakat ini kalau saya perhatikan memang ada something wrong dengan perancangan atau aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan untuk mempromosi atau mengembangkan bakat-bakat tempatan. Kebanyakan aktiviti yang diadakan terlalu bersifat kebudayaan dan kurang relevan dengan current demand atau current market.

4 Mar 2010

Musical Drama Anyone?


All of a sudden our TV channels are being flooded with the so-called musical drama series. Glee on Star World, which happens to be my current favourite (after American Idol of course), Kau dan Aku on Astro Ria (I watched this only once...oops!) and the brand new one Hotel Mania (TV3) which made its debut on 2 Mar (I wouldn’t watch this if not for Marsha..haha.. she’s doing a good job in this series).



To the west, musical drama is nothing new.…The Sound of Music, Grease, Hairspray, Evita, Chicago, Dreamgirl, just to name a few. What about in Malaysia? I’m not so sure if those movies with frequent interruptions by songs, as in most P.Ramlee’s movies, are considered musical. The same goes to some legendary movies like Akhir Sebuah Impian (Indonesia), Hapuslah Air Mata Mu (starring Shariffah Aini and Broery Marantika), Azura etc. Maybe Melo-Drama is the right term to describe those movies. I guess the real made in Malaysia musical drama is the movie entitled Kisah dan Lagu, a 70’s movie but shown quite often on TV especially RTM’s channels. The heroine was Nor Azizah, she’s miming Salamiah Hassan’s song and the hero..err..was it Hail Amir? A bit boring though...oops!

And now the big question? Bila lagi mo buat musical drama Sabah version? (or shall I say dalam bahasa Dusun). As far as I know it has never been done! has it? (Correct me if I'm wrong). How ironic because no doubt our people are well known as being very musical, don’t you agree? I did try cracking my head for a script last year but due to masa begitu mencemburui diri ku ini, I stopped halfway..haha. Imagine singing popular songs from John Gaisah’s songs to current hits…like Jimmy Palikat’s Tanak Kampung all in one movie! So to the production houses out there, bila lagi? This could be a good idea.

Songs Highlights

I’ve just uploaded these two songs. Not really brand new, one was released in 2008 but probably seldom or never been heard of and another one by the group B.A.D Boyz.

Check them out!

Bonnie Wilfred - Aiso Guno Lipan Kalahari

A Kadazan song written by the singer himself with Joe Gaban as the music arranger. Hmm..not so sure though if the 'Kalahari' here has got anything to do with the Kalahari desert? :=).










Nice sentimental song. I like the arrangement.

Bad Boyz - Sayang Ku Janji

A catchy dance tune.







3 Mar 2010

Au Kopiiso - Esther Clement Tubong ft Da PrinZ (PROMO VIDEO)

Let's take a look at her music video for the song Au Kopiiso featuring Da Prinz.



Nice song....and the video? Awesome isn't it (I was slightly taken aback the moment the video appears..takajut bah! Hehe). Finally they have the background image in 3D...bravo!

1 Mar 2010

Zizi Bercinta Dengan Penari

Bukan Jeniffer Lopez dan Britney Spears saja yang jatuh cinta (dan berkahwin) dengan penari, si Zizi pun bakal mengikut jejak langkah durang ni juga.. :=)


Top 10 - Week 8

The top 10 list is as shown on the sidebar. Looks like not much changes than the previous week. The rest of the list, from 11 - 20

11. Au' - Clarice
12. Penganuan - Ampal
13. Ika Noh Songulun - Danny & Georgia
14. Bilang Hanya Satu - Wiwie
15. Aku - Da'Prinz
16. Tinggallah - Ateng
17. Bujang Terlajak - Kamis
18. Feels Good - Decipher
19. It's Been Said - Lester
20. Berubah - Joji