12 Mar 2010

Pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010

Sementara kita riuh rendah dengan Akademi Fantasia, American Idol dan kalau di KK ni ada KENTE2 apa kata kita jenguk sedikit satu lagi pertandingan yang mengkali kurang digembar gemburkan. Pertandingan yang dimaksudkan ialah Pertanding Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010. Pertandingan ini dianjurkan melalui kerjasama dua saluran radio milik RTM iaitu Ai FM (Mandarin) dan Minnal FM (Tamil). Secara ringkasnya pertandingan ini terbuka kepada kaum India dan China atau lebih tepat kaum bukan bumiputera di Malaysia dimana peserta-peserta diwajibkan menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu. :=)

Dianjurkan buat julung-julung kalinya, pertandingan ini merupakan satu pendekatan dalam usaha menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam bentuk nyanyian, sebagai penghubung utama kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Malah penganjuran pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 adalah satu platform kepada kaum bukan melayu mempelajari pelbagai aspek tentang kepelbagaian budaya dan adat resam di negara ini.

Peringkat saringan telah diadakan sejak November 2009 di stesen-stesen radio RTM di seluruh Malaysia. Hasil dari saringan tersebut hanya 24 peserta sahaja telah dipilih ke Peringkat Separuh Akhir. Cabaran Peringkat Separuh Akhir dapat diikuti menerusi 4 episod di TV pada 7 Mac, 14 Mac, 21 Mac dan 28 Mac 2010. Episod-episod tersebut disiarkan secara langsung di TV2 dan Astro 102 jam 4:00 petang.

Secara kebetulan seorang rakan di Facebook, Bonny Lin Vun Seng, dari Sandakan Sabah telah berjaya terpilih ke Peringkat Separuh Akhir. Beliau yang pernah bertanding dalam rancangan BINTANG RTM 2009 ( suku akhir ), bakal muncul pada minggu ke-3 ini 21.03.2010 (Ahad). Beliau akan bertanding di Auditorium Perdana ,Angkasapuri RTM , Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di RTM TV2 atau ASTRO C102 . Kepada warga Sabah dan juga penyokong-penyokong Bonny jangan lupa menyaksikan persembahan beliau pada hari tersebut.



Menurut Bonny beliau akan membawa lagu Hazami berjudul Mungkir Bahagia di pertandingan itu nanti.

Semoga beliau berjaya ke peringkat pertandingan akhir nanti (hanya 8 peserta saja yang akan dipilih ke peringkat akhir)

Credit Bonny

P/s: Seorang lagi peserta dari Sabah yang layak ke Peringkat Separuh Akhir ialah peserta wanita dari Kota Kinabalu, Lee Cheng Wen.



0 comments: