30 Jun 2007

Dilema peserta budak sekolah


Sempat kasi betul umur lagi oh!He..he..teringat pula iklan susu di TV "5 tahunlah!"

29 Jun 2007

Debaran Candy

Hmm..berdebar-debar pula

Kaamatan PERTISA

28 Jun 2007

Konsert Amal untuk yayasan buah pinggang

Tempat : Magellan Sutera Harbour
Tarikh : 14 Julai 2007
Penganjur: Sabah Urban Development Corporation (SUDC)
Artis: Ning, Nikki, Yannie dan Bessie (artis Taiwan)

27 Jun 2007

Candy tak sabar balik Sabah

Hiburan Daily Express 27 Jun 2007



Awang MyStarz sayu fikir nasib ibu

Rupa-rupanya si Awang inilah pula salah satu lagi peserta dari Sabah. Kalau tak silap, beliau kerap juga diberi publisiti yang agak lebih sedikit dari peserta lain, selain daripada Emeer dan Afif (mereka bertiga telah membuat persembahan di luar). Ikuti kisah pemuda yang berasal dari Kota Belud ini yang khabarnya lemas dengan tekanan perasaan sedih mengenang nasib ibu yang terpaksa menanggung adik-adik di kampung (patutpun berderai-derai airmata dia di TV hari tu). Sebelum ini dia membantu ibunya, tapi dek nak kejar glamer barangkali maka ditinggalkannya buat sementara (kelas kau liau!). Adakah beliau bakal menjejaki langkah Fiq

26-06-2007 03:19:45 PM
Oleh ZIEMAN


Kredit: myStar Online

Antara 12 peserta program realiti terbaru TV3, MyStarz, LG rasanya Awang Jasmin Jaimin mempunyai kisah sedih yang boleh meyentuh hati penonton.

Sekilas pandang, tidak ada siapa yang akan menyangka Awang yang berperwatakan ceria, 'happy go lucky' dan selalu mempamerkan keramahannya ada sesuatu yang terbuku di hatinya.

Pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari Kota Belud, Sabah ini sebenarnya memendam sebuah cerita duka tentang famili tersayang di kampung. Terkenangkan ibu tunggal yang terpaksa menanggung adik-adik di kampung membuat Awang hampir lemas dengan tekanan perasaan yang dihadapinya.

Awang mengaku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya itu.

Mujurlah rakan-rakan lain seperti Afif, Rubisa, Shaza dan Khairul Hizam senantiasa memberi perangsang untuk meringankan sikit beban yang dihadapinya. Malah mereka juga sanggup menubuhkan sebuah tabung bagi keperluan Awang.

Ketika masalah Awang diajukan kepada penerbit program, Jafni Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Mat Jepp, Awang hampir tidak dapat mengawal dirinya apabila bercerita tentang kesusahan yang membelenggu keluarganya di kampung.

"Saya asyik terfikirkan ibu di kampung bagaimana dia mungkin membayar sewa rumah dan menyediakan keperluan untuk adik yang bersekolah sedangkan selama ini saya yang menanggung kesemua mereka," kata Awang sambil matanya sayu mengharapkan satu jalan keluar.

Untuk menampung segala perbelanjaan keluarga dan diri sendiri, Awang terpaksa bertugas sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebelah malam.

Sejurus itu juga, Jepp memberi kepastian yang dia akan menyelesaikan masalah Awang secepat mungkin.

Anak kedua dari lima beradik ini dilahirkan pada 25 Disember 1980 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor. Awang yang mengikuti jurusan Management di UNITAR Kota Kinabalu, Sabah dalam tahun akhir nekad mengambil cuti untuk mengikuti pembelajaran di MyStarz, LG.

Dek kerana terlalu minat dalam bidang nyanyian, Awang terpaksa mengorbankan pelajaran dan pekerjaan sambilannya itu. Awang yang mudah mesra dan senang didekati disebabkan perwatakannya yang ceria dan ‘happy go lucky' hampir tidak percaya apabila Jepp sanggup lunaskan 'tangungjawabnya' di kampung.

Awang yang suka bermain gitar dan minat menari ini turut meminati lagu-lagu kegemarannya yang bercorak pop rock seperti nyanyian idolanya Amy Search, Ziana Zain dan Zamani.

Pada konsert pertama MyStarz, LG yang akan diadakan pada hari Ahad, 1 Julai ini di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Awang telah diberikan tugasan untuk menyampaikan sebuah lagu kumpulan Search yang bertajuk Isi dan Kulit.

Konsert 'live' daripada 12 finalis ini akan ke udara di TV3 pada jam 6 hingga 7 petang.

11 finalis lain yang akan berkongsi pentas dengan Awang ialah Tasyha Bashir dari Kuala Lumpur yang akan menyampaikan lagu Stranger, Mimie Aishah dengan lagu Cahaya, Rachel Wesley (Mencintaimu), Shaza Marina Azmi dari Johor Bahru dengan (Tiada Logika), Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Ghazal Untuk Rabiah) dan Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri dari Kuantan pula dengan Tiada Lagi.

Kesemua finalis sedang mengikuti pembelajaran muzik di 'LG House' di mana mereka dilatih oleh sekumpulan pemuzik yang terdiri dari Farihin Abdul Fattah (sebagai Pengetua), Aubrey Suwito (Pengarah muzik) dengan pemuzik iringan Lewis Pragasam, Nan Alias, Steve Thornton dan pemain drum Luke Mason.

MyStarz, LG dihoskan bersama oleh Daphne Iking dan Naz Habibur Rahman.

Format undian SMS juga digunakan di dalam program ini di mana hanya 40 peratus undian dikutip daripada SMS dan 60 peratus lagi daripada penilaian juri.

MyStarz, LG mempunyai kelainan tersendiri dimana setiap pelajar akan diberikan pendedahan untuk menjadi penyanyi. Mereka juga akan terlibat dalam program kebajikan dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga akan diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta juga akan diberi grooming dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.

Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel. Penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaianialah Rizman Ruzaini, ADIDA (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

Juara MyStarz, LG berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100, 000.

"Tugas Awang cuma belajar sahaja. Jangan fikirkan masalah kat kampung. Itu tugas abang. Insya Allah abang akan bantu...," jelas Jepp lagi.

Mendengar penjelasan dari Jepp, tampak keceriaan di wajah Awang yang tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.

"Barulah saya boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran. Tentu Mama saya akan cukup terharu," kata pemuda berhemah yang berasal dari Kota Belud, Sabah ini.

*Hmm...macam satu trend pula individu sanggup meninggalkan pengajian gara-gara menguji kemampuan dalam bidang seni, wajarkah(?)

26 Jun 2007

Candy bersedia hadapi cabaran sebagai artis


Candy sebenarnya mempunyai perwatakan manja
(Foto The Star oleh Raziq Abd Samat)

Seorang lagi finalis AF5, Candy Clement atau lebih mesra dengan panggilan Candy adalah antara peserta yang dilihat mempunyai bakat besar.

Malah, sepanjang berlangsungnya AF5, gadis dari Sabah ini sering dilabelkan oleh pengkritik tetap sebagai pelajar yang konsisten di dalam persembahan yang dilakukannya. Namun, itu ketika di dalam akademi.

Candy sendiri akui, nasibnya di dunia seni yang sebenarnya mungkin berbeza bergantung kepada rezeki dan tuah masing-masing.

"Bagi saya kehidupan sebagai artis ini ada baik dan buruknya. Banyak cabaran yang saya perlu tempuhi selepas ini.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana nasib saya, tetapi saya percaya kepada rezeki masing-masing. Sudah tentu saya berharap kerjaya saya mampu pergi jauh. Tetapi, tidak guna hanya berharap jika tidak disertai dengan usaha," ujar Candy.

Source myStar


Animisme??

...atau animasi

I don't really follow this news/phenomena. Terkejut juga bila terbaca ada kelompok pengunjung sampai ke tahap menderma duit, berlutut (sembahyang) dsb pada pokok kelapa berkenaan seolah-olah balik ke zaman amalan animisme (oopss..). Jangan-jangan yang minta four digitpun ada tu kan?(hehe)


So there you go, the Bishop has spoken. The decision is yours.


*Tapi best juga kalau ada krew produksi TV luar datang buat liputan (Discovery Channel kah...famous juga Keningau kan?)

25 Jun 2007

Some weekend edit

E-Voke performing at the "Ekspo Kerjaya Belia" (Likas Sports Complex Multi Purpose Hall)


They will also be performing at KDCA on the 30th June along with AF5 finalists. Walking out of the hall, we came across these mat rempit at the parking lot. They were four of them earlier but one of them..... tersembam ke muka bumi **tiwas kotoh!** (unable to capture that moment though).


Stop by at the newly opened City Mall (it opened on the 18th June). Mmm....the layout design almost identical to Suria KLCC. YFitness (the so-called largest fitness center in Klang) will have its branch at the mall but still under construction at the ground floor. So if you don't mind other shoppers looking at you doing the body pumping, body combat, jazzercise or rpm (whatever that is) you're most welcomed to be the member of the fitness club. They're currently conducting an aggresive membership drive.

Aiyoo itu fountain mesti associated with feng shui tu kan?


Lotter terkilan kurang publisiti

Lotter terkilan kurang publisiti enggan salahkan sesiapa

Populariti naib johan AF4 tidak sekencang rakan seperjuangan seperti Farhan, Haziq, Diddy, Rich

TIDAK semua impian tercapai dengan mudah selepas keluar daripada Akademi Fantasia (AF). Hakikat itu dapat dilihat pada Naib Juara AF4, Lotter P Edwin Edin, 25. Berbanding rakan-rakan seperjuangannya seperti Haziq, Farhan, Diddy dan Rich, anak muda dari Keningau, Sabah ini kurang menonjol walaupun lagunya, Yang Berlalu Takkan Berulang, pernah diputarkan di radio.

Lalu timbul desas-desus mengatakan Lotter merajuk lalu mengambil keputusan pulang ke kampungnya selama dua bulan. Selain itu tubuhnya semakin kurus dan dianggap sakit.

“Dulu memang show untuk saya kurang gara-gara terlalu lama duduk di kampung, tapi saya bukan balik kampung kerana merajuk. Saya cuma pulang berehat. Ketika di Sabah, saya pernah menyanyi hasil usaha Fan Club saya yang tidak henti-henti menyokong.

“Cuma saya terkilan kerana kurang mendapat publisiti. Sebab itulah apabila menerima panggilan Bintang Popular, saya memang terkejut. Terus terang, selepas tamat AF4, inilah baru pertama kali saya dipanggil untuk sesi fotografi!

“ Terima kasih sajalah yang mampu saya ucapkan. Apapun saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini,” jelasnya.

Mengenai tubuhnya yang agak cengkung, Lotter berkata: “Saya kurus bukanlah sampai ke tahap kronik.

Ia berpunca disebabkan pertukaran cuaca. Ketika berada di Kuala Lumpur, berat badan saya turun kepada 47 kilogram. Tapi apabila balik kampung, berat saya naik semula kepada 51 kilogram. Mungkin saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di ibu negara sehingga mengganggu selera makan,” kata Lotter.

Kecintaan Lotter terhadap bidang nyanyian begitu ketara kerana sebelum menyertai AF4, dia pernah menjadi guru sandaran dan seorang jurujual.

Malah ramai tidak tahu Lotter pernah menerima gaji RM5 sehari apabila bekerja sebagai pembersih parit sewaktu bersekolah. Baginya pekerjaan amat penting untuk menyara keluarganya yang bukan dari kalangan orang berada. Lalu apabila mendapat peluang menyertai AF4, dia sanggup merantau dan mengejar impian.

“Saya faham dunia nyanyian banyak cabaran. Mujurlah sekarang undangan persembahan agak banyak diterima.

Dapatlah saya bernafas sedikit,” katanya berterus terang.

Dalam salasilah keluarga, Lotter bukanlah orang pertama yang menjadi penyanyi. Adiknya, Clare Petrus Edwin Edin, lebih awal menyanyi ketika berusia 15 tahun. Malah, Clare pernah merakamkan album kompilasi di Sabah. Ayah mereka, Petrus Edwin, juga aktif menyanyi dan menulis lirik serta berkarya di Sabah.

“Sebelum saya, Clare dan Viola (sepupu) lebih dulu menyanyi.

Saya juga pernah terfikir untuk memuatkan lagu irama asli dalam album solo saya nanti. Mungkin juga saya boleh berduet dengan Haziq.

“Kalau ikutkan hati, saya memang nak sambung belajar, tapi apakan daya.

Saya perlu utamakan pendidikan untuk adik-adik. Saya perlu kerja kuat untuk diri dan keluarga, “ katanya.

Ketika ini, Lotter dalam proses merakamkan album solo.

“Saya minta daripada pihak Maestro Talent untuk memuatkan lagu ciptaan sendiri. Ada juga kawan-kawan AF seperti Keifli, Diddy dan Haziq meminta lagu ciptaan saya,” katanya.

Sumber Berita Harian

*I think Lotter boleh fokus kepada bidang penciptaan lagu dan penerbitan album, lagi lumayan...

23 Jun 2007

Majalah SAME

Keluaran pertama sebuah majalah hiburan tempatan Sabah yang diberi nama SAME Magazine telah berada di pasaran (SAME adalah singkatan untuk Sabah's Artiste & Music Entertainment). Syabas kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan majalah ini terutama sekali kepada sidang produksinya. Secara peribadi, sesungguhnya majalah seumpama inilah yang saya nanti-nantikan. Banyak informasi yang menarik berhubung kegiatan dunia muzik dan hiburan tempatan Sabah dalam majalah ini. Tidak ketinggalan juga penampilan beberapa personaliti tempatan seperti DJ, penari, penyanyi penerbit album dan banyak lagi. Sekiranya anda berminat mengetahui 'who and who' di belakang penghasilan karya-karya seni hiburan Sabah, majalah ini ada menyajikan informasi berkenaan. Bayangkan selama ini kita lebih banyak mengetahui segala-gala aktiviti hiburan luar termasuklah mengenali sekali tenaga produksi mereka, tapi tidak di tempat sendiri. Bak kata pepatah "kuman di seberang nampak tapi gajah di depan mata tak nampak". Pada saya masalah sebegini timbul gara-gara kurangnya informasi dari pihak tempatan sendiri. Maka dengan adanya majalah seperi SAME Magazine diharapkan kita akan terus disogokkan dengan informasi-informasi berhubung dunia hiburan tempatan Sabah.

Muka depan SAME Magazine (kredit: Kadus Entertainment)

....dan SAME Magazine di atas meja saya (motif?).


Berita-berita hiburan lain..

KRU Music Group prefers Indon artiste
Eerrrggh!!...so disappointing, but I guess they made such a decision for the sake of breaking into the Indonesian market. So it looks like we will see groups from Thailand and the Philippines signed up with our local recording companies, once TV3 opens participations from those two countries next year.

Artikel Ebi dan Mila....tak adalah kisah baru, cerita-cerita lama juga yang kita pernah baca sebelum ini.




22 Jun 2007

Aktiviti Pertisa

Belated Kaamatan celebration


Album baru Atama

21 Jun 2007

Konsert Amal finalis AF5


Penuhlah KDCA ni nanti. Silap-silap ada yang berdiri di meja makan....*LOL*

Berhabisan diet

Yazer enam bulan tak sentuh nasi

Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my

‘Jiwa saya jiwa rock’ - Yazer


BIMBANG sungguh hati Yazer bila melihat badannya kembali mengembang. Padahal, sebaik keluar dari program realiti Akademi Fantasi Musim Keempat (AF4), Yazer langsung tidak menyentuh nasi selama enam bulan. Semuanya gara-gara kesibukannya menjayakan rakaman album studio pertamanya pada Aidilfitri tahun lepas. Sejak itulah jejaka kelahiran Tawau, Sabah ini mula diet. “Pada peringkat awal, saya hanya makan nasi seminggu sekali. Kemudian seminggu tiga kali. Sekarang ini sudah jadi hari-hari pula. Entahlah, bukan saya tidak fikirkan langsung kesannya.“Namun, bila nampak nasi bersama lauk-pauk yang saya suka, rasanya sukar sungguh untuk menahan selera. “Sungguhpun begitu, saya sedar, saya tidak boleh selama-lamanya begini dan saya harus amalkan semula diet yang tidak menyentuh nasi. Sekurang-kurangnya sebelum saya keluar dengan album studio pertama saya nanti.

“Namun, saya tahu formula untuk menurunkan berat badan secara mendadak tanpa perlu membahayakan diri. Selain tidak menyentuh nasi, saya harus kerap amalkan latihan dan senaman. Ia terbukti berjaya sebelum ini,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai albumnya yang masih lagi dalam proses pembikinan, Yazer berkata, secara keseluruhannya albumnya itu mengetengahkan konsep secara rock & raw yang mana ia mempunyai elemen 70-an yang ketara, tetapi dihasilkan dengan bunyian lebih moden.

“Elemen 70-an menjadi pilihan kerana kita sudah mempunyai banyak band yang masih lagi meneruskan perjuangan muzik rock 80-an. Antaranya ialah Search, Wings, Lefthanded dan May.

“Disebabkan itu, album ini memiliki pengaruh muzik dari band 70-an seperti Deep Purple, Whitesnake dan Led Zeppelin. Pada masa yang sama, pengaruh dari band seperti Creep dan Audioslave turut diselitkan sama.

“Dengan gabungan old school rock bersama bunyian rock baru dari Creep dan Audioslave ini akan tercetuslah muzik dalam bentuk modern rock yang sesuai diterima semua kalangan generasi muda hari ini,” katanya yang turut mencipta lagunya sendiri dalam album ini.

Dalam pada itu, Tam Spider, Tony Spider, Aidit Alfian serta bos di syarikat rakaman Luncai Emas yang dinaunginya, M Nasir turut bertindak sebagai komposer serta penerbit album.

Menurut Yazer lagi, kalau diikutkan, dia mahu sekali menampilkan rock up-beat yang lebih pantas dan ganas.

“Namun bila memikirkan penerimaan masyarakat pendengar tanah air secara keseluruhan, saya rasa saya harus berpijak di bumi yang nyata. Realitinya, tidak semua orang mahu dengar saya tampil dengan rock yang sebegitu. Sebab itu saya muatkan tiga lagu ballad rock dalam album ini.

“Apapun setakat ini saya puas hati dengan pembikinan album ini. Dari segi melodi, lirik dan susunan muzik, semuanya memang memuaskan. Hanya tinggal diri saya saja yang harus membawakan setiap lagu itu dengan sebaiknya.

“Insya-Allah kalau tiada ral melintang, album ini mungkin dijangkakan akan keluar sekitar bulan Julai atau Ogos.

“Sekarang ini pun hanya tinggal dua lagu saja untuk dimuatkan vokal. Mudah kata sebelum munculnya hari raya. Namun, segalanya bergantung juga dengan keadaan. Kalau keadaan tidak sesuai, album itu tidak dapat keluar juga.

“Entahlah, saya tidak mahu janji apa-apa lagi. Takut peminat marah. Sebab dulu saya pernah cakap album ini akan keluar awal tahun ini. Tapi tidak jadi. Namun, saya akui ramai yang asyik tanya bila album saya ini hendak keluar.

“Lebih-lebih lagi selepas lagu tema dalam filem Gong yang saya nyanyikan, Cinta Zaman Berzaman sering dimainkan di radio sejak akhir tahun lalu. Ramai yang fikir ialah adalah salah satu single dalam album baru saya. Padahal, lagu itu dimuatkan dalam album runut bunyi Gong,” katanya.

Yazer juga mengakui dirinya berasa amat selesa dengan penampilan yang agak ranggi bersama fesyen rambut panjang mencecah ke bahu.

“Kalau tak ranggi tidak rocklah. Kalau tak rambut panjang pun tak rock juga. Namun yang penting apa terserlah pada diri saya ini bukan dibuat-buat.

“Sebab jiwa saya memang jiwa rock. Malah sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan banyak lagu rock. Sebelum menyertai AF4 pula, saya selalu membuat persembahan lagu rock bersama band saya di sekitar Tawau.

“Apapun, jika kita lihat sekarang ini, tidak ramai penyanyi rock yang betul-betul rock dari segi muzik serta penampilan mereka. Kalau ada pun macam Mus (May), Awie (Search) dan Amy (Search).

“Namun begitu, kadangkala penampilan juga harus bersesuaian dengan sesebuah majlis yang dihadiri. Takkanlah saya hendak kemeja-T bersama jeans kalau menjayakan persembahan untuk majlis korporat,” katanya.

Dalam pada itu, Yazer juga mempunyai impian untuk mencipta nama sebagai penyanyi rock yang besar di persada muzik tanah air.

“Kalau boleh saya mahu mencapai status legenda sebagaimana kebanyakan otai kita. Malah, saya juga mahu memiliki band muzik sendiri.

“Sekarang ini pun kalau setiap kali buat persembahan, pasti akan ada band yang menjadi pengiring.

“Bukan itu saja, kadangkala saya turun juga buat gigs. Saja hendak lepas gian. Malah, saya sanggup ‘basking’ di depan pelancong sewaktu berada di Pulau Tioman sekitar dua tiga bulan lepas.

“Kalau tidak buat macam ini, macam mana saya hendak belajar untuk menjadi terbaik sebagai otai kita. Mungkin ada orang akan cakap kenapa saya perlu susahkan diri menyanyi sedangkan ada kerja yang lebih bagus.

“Namun saya tidak boleh tipu dengan diri saya sendiri. Menyanyi adalah minat saya dan kecintaan saya. Apapun saya akan terus berusaha gigih supaya dapat mencapai taraf yang sehebat otai kita,” katanya.

PROFIL

NAMA KOMERSIAL: Yazer

NAMA SEBENAR: Mohd Yazer Yusof

USIA: 25 tahun

TARIKH LAHIR: 11 September 1982

TEMPAT LAHIR: Tawau, Sabah

STATUS: Bujang

PROFESION: Penyanyi

ALBUM: EvO’03 (2006) dan Soundtrack filem Gong (2006), Kompilasi Konsert Mingguan Akademi Fantasia - Yazer Terbaik (2006)

KEJAYAAN: Juara Hits 1 Akhir Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Felix menggantikan tempat Mawi dan M Nasir

Sumber Harian Metro

20 Jun 2007

Anak hilang...cuba bunuh diri *sigh*

Anak yang hilang

Sedih juga setiap kali terbaca laporan orang hilang seperti di bawah ini. Nampak gaya macam menjadi-jadi pula insiden sedemikian. Tak pastilah saya samada individu tersebut merajukkah atau saja cari kontroversi. Dalam era ICT yang canggih sekarang ini, komunikasi sepatutnya bukan masalah yang besar. So kepada anda (di KL) yang terjumpa saudara ini suruh dia pulang segera, anak dia sedang merindu!



Percubaan 'stuntman' berani mati.

Just kidding...actually this poor fellow was trying to commit suicide by jumping from the roof of Wisma Dang Badang on Monday (Full report here)



Bayangkanlah kalau semua pekerja mengugut majikan macam ni, bila gaji tidak naik dan cuti tidak diluluskan...*LOL*

19 Jun 2007

Siapa bakal bersama KRU Music Group?

Program pencarian kumpulan vokal terhebat Gangstarz anjuran TV3 telah melabuhkan tirainya pada Ahad lepas. Seperti yang dijangka ramai, kumpulan dari Indonesia The Lima telah menjuarai program tersebut sekaligus membolot hadiah wang tunai yang cukup lumayan berjumlah USD 100,000 (RM 350,000 atau Rupiah 900 juta) di samping kontrak merakam album dengan KRU Music Group.

Yang menariknya selain daripada mengambil secara otomatik juara pertandingan berkenaan, pihak KRU Music Group juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil sebuah lagi kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut untuk bernaung di bawah syarikat rakaman mereka. "Bukan saja finalis pada malam ini, malah kumpulan lain yang pernah menyertai program ini akan kami pertimbangkan dan kita akan umumkan pada satu sidang media khas pada hari Rabu ini.Kami gunakan case study seperti Adam. Dia mendapat tempat ketiga dalam AF, tetapi dia berjaya mempunyai kerjaya seni yang baik sekarang," kata Norman. (laporan lengkap)

Kumpulan yang mana satukah bakal menjadi artis rakaman KRU Music Group? Adakah kumpulan dari Indonesia? Malaysia? Kumpulan yang memperjuangkan dance music? Adakah kumpulan tersebut sebuah kumpulan yang sering mempersembahkan lagu-lagu Adam? (You know which group i'm refering to).

The Lima


Infinatez


More video clips HERE

Perasan kah, semasa persembahan Ning jurukamera hampir-hampir tidak fokus pada Niki. (Motif?) Dan yang lucunya lagi ramai peranti yang sepatutnya buat suasana riuh dan havoc di depan pentas tergamam, terpaku dan tercengang semasa persembahan Agnes Monica (but I don't have clips for this one)

18 Jun 2007

Menjejaki Candy

Klip-klip video yang dirakam dari program Trek Selebriti di mana Candy selaku selebriti jemputan (mmm..bertitle selebriti sudah). Babak membuat pasu tanah liat ala-ala adegan dalam filem Ghost (siap dengan lagu Unchained Melody) teramatlah melucukan (klip video 2).

Klip 1


Klip 2


Klip 3

MyStarz debut

KK audition

Quite a number of talented auditionees not to mention some familiar faces from OIAM, but looks like the guy in the black t-shirt appears longer (in this clip) than the rest. I wonder what so special about him



Finalists from KK

Only three finalists are featured here (not so sure which one of the guys beside Adrian made it to thefinal, probably the guy in the black t-shirt) . Hopefully Rachel Wesley will make it through to the final.


Do we have a favourite?

It's not even the first concert yet but looks like this kid is poised to be the favourite (hmmm)

15 Jun 2007

Kecoh dua aktres

Belum habis saya membaca kisah Sharifah Armani yang dikecam oleh beberapa mufti gara-gara beliau membotakkan kepala dalam filem terbaru Yasmin Ahmad "Muallaf". Tiba-tiba terserempak pula dengan satu lagi kekecohan di akhbar berhubung adegan bercium "french kiss" seorang aktres yang mirip Deanna Yussof di laman web YouTube... klik sini ! Menggegarkan juga dunia artis kita sekarang ni....

*Nope...I don't think the actress is Deanna Yussof!

Hiburan sana sini

Beberapa pertunjukan pentas yang melibatkan nama artis-artis terkenal telah berlangsung di Kota Kinabalu baru-baru ini. Antaranya promosi stesen radio SuriaFM di KK dan Hotlink Borneo Muzik Festival

Hotlink Borneo Muzik Festival



Suria FM bawa penyanyi gegar Kota Kinabalu

Stesen radio berkonsepkan gaya hidup itu sedang dalam rangka promosi di seluruh negara bagi memperkenalkan mutu perkhidmatannya

SEKIRANYA anda pernah melihat, mendengar atau terbaca frasa berbunyi Hidup Pasti Rancak, ia tidak lain daripada slogan milik Suria FM. Tidak dapat dinafikan lagi dengan misi terkini di bawah pimpinan bos baru, Engku Emran Engku Zainal Abidin, stesen radio swasta berkonsepkan gaya hidup atau lifestyle itu semakin rancak menyusun strategi untuk mendampingi pendengarnya sejauh mungkin.

Bagi menyemarakkan promosi terhadap Suria FM, stesen radio terbabit menerbangkan khas empat artis terkenal - AC Mizal, Erra Fazira, Elyana dan Bandi Amuk - ke Kota Kinabalu, Sabah. Ia bagi menghiburkan peminat di Negeri Di Bawah Bayu dan lokasi yang dipilih adalah Kompleks Beli-Belah Karamunsing.

Selepas beberapa jam rombongan menjejakkan kaki ke bandaraya itu, keempat-empat artis terbabit terus dibawa ke pusat beli-belah itu untuk menemui ribuan peminat yang sudah lama menunggu kehadiran mereka sejak awal petang. (Selanjutnya)



Vote for Infinatez

14 Jun 2007

Empat peserta Sabah dalam MyStarz

Program realiti pencarian bakat terbaru MyStarz terbitan TV3 telahpun mengumumkan senarai 12 peserta akhir yang bakal mengikuti pengajian muzik di 'LG House'. Dalam 12 orang yang tersenarai empat daripada mereka berasal dari Kota Kinabalu

Senarai finalis

Hamiza Tasyha Bashir (Kuala Lumpur)
Mimie Aishah (Kuala Lumpur)
Rubisa Tiasin@Mimie (Kota Kinabalu)
Rachel Wesley (Kota Kinabalu)
Shaza Marina Azmi (Johor Bahru)
Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Kuala Lumpur)
Russel Curtis (Kuala Lumpur)
Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri (Kuantan)
Badri Ibrahim (Kuala Lumpur)
Andy Adrian J (Kota Kinabalu)
Khairul Hizam Kaha (Kuching) dan
Awang Jasmin Jaimin (Kota Kinabalu).

Yang menariknya di kalangan 12 peserta tersebut, dua daripadanya bolehlah dianggap sebagai "underage" iaitu Mohd Emeer (11 tahun) dan Rachel Wesley (14 tahun). Diperhatikan juga terselit nama Andy Adrian di antara peserta-peserta mewakili Kota Kinabalu (klik ke laman YouTube beliau). Kalau anda masih ingat beliau merupakan salah seorang peserta akhir Idola Sabah (bersama-sama dengan Nora AF4) dan pernah juga mencuba nasib dalam rancangan OIAM. Semoga bakat beliau akan terus mendapat perhatian dan berkembang selepas ini (begitu juga dengan peserta-peserta dari Sabah yang lain). Sejauh manakah hebatnya peserta-peserta MyStarz ini? Sama-samalah kita saksikan nanti Ahad (17 Jun) jam 6 petang di TV3.

Pautan lain

Andy Adrian sings You're Beautiful
Juri pening kepala
24 mara ke final

....seperti biasa ada iklan....

13 Jun 2007

Innocent!

FREED! (aiseyman...buli tahan!)

Bintang RTM


Rey layak ke peringkat akhir (syabas!) Hmm...boleh tahan...empat lampu biru!(suka pula tengok showmanship dia....natural) Pemenang naib johan Sugandoi Kaamatan 2006 bah dia nikan?


Nizam salah seorang peserta Sabah yang bertanding semalam. Malangnya beliau tidak dipilih juri untuk ke peringkat akhir walaupun memberikan satu persembahan yang agak menarik. Nasib beliau ke peringkat akhir akan ditentukan oleh 'jari' (SMS). Kelayakan beliau ke peringakat separuh akhir semalampun dibantu oleh undian SMS.

12 Jun 2007

Cerita artis Malaysia bawa mikrofon sendiri



Tersenyum juga saya membaca kisah Misha Omar yang dilaporkan membawa mikrofon (dan juga sound engineer) beliau sendiri ke mana-mana konsert yang beliau terlibat. Kalau di barat fenomena artis membawa mikrofon yang mereka anggap sesuai atau sebati dengan diri mereka, ke sana sini, bukanlah suatu cerita baru. Malah bukan hanya artis rakaman, artis yang sekadar menyanyi di pubpun sering juga dikaitkan dengan cerita-cerita sebegini. Sehingga ada pihak pengeluar mikrofon yang melantik artis-artis tertentu sebagai duta jenama mikrofon mereka (konon-kononnya jenama mereka telah menjadi pilihan artis tersebut). Nampak gaya gelagat artis barat dengan mikrofon pilihan mereka sendiri telah menular pula di negara kita. Walaupun bukan suatu kejutan tapi yang saya tersentak sikit ialah bila nama Misha Omar pula yang dikaitkan dengan mikrofon beliau yang berharga RM 11,000!. Bukan bermaksud hendak memperkecil-kecilkan beliau cuma saya sering jangkakan kalau adapun artis Malaysia yang berbuat demikian mungkin dari kelompok mereka yang telah mengukir nama di luar negara seperti Datuk Siti, Amy Search (yang ni memang cerewet pasal kualiti bunyi), Anita Sarawak, M.Nasir, KRU, Ning Baizura, Jaclyn Victor atau lebih tepat menggunakan istilah "penyanyi yang bukan calang-calang" (Sheila Majid juga pernah dilaporkan berbuat demikian but I guess she qualifies sebab amat dikenali di Indonesia) . Apapun, seperti komen dari Ramli M.S (berhubung fenomena ini), memang tak salah kalau mengguna mikrofon dan sound engineer sendiri pokoknya artis tersebut bagus dan mampu. Kalau semua artis Malaysia berkemampuan seperti Misha Omar apa salahnya, sound engineer juga yang untung kata orang menguntungkan industri. Cuma mungkin trend sebegini adakalanya sukar diterima oleh sesetengah pihak dan bakal menjadi bahan sasaran senda gurauan. Selepas ini jangan hairan kalau keluar pula berita Mawi menggunakan mikrofon dan sound engineer sendiri!


Filem Dukun terus dinanti

Kalau artis Malaysia dilaporkan membawa mikrofon sendiri ke mana-mana, artis Indonesia pula dilaporkan membawa bomoh persendirian mereka ke sana sini. Sampai begitu sekali dong!. Motif? Mungkin anda semua boleh jangkakkan.

Dan bercakap mengenai bomoh/dukun, here's the trailer of the much awaited local film 'Dukun' terbitan Astro/Shaw.




Filem ini sebenarnya telahpun mendapat kelulusan dari Lembaga Penapis Filem Negara dan diberi rating 'U'. Namun begitu penayangannya di panggung tertangguh sebanyak dua kali iaitu pada bulan Disember tahun lalu dan Mac tahun ini. Berbagai alasan diberikan. Tapi pada pandangan saya alasan yang kedengaran agak logik ialah, pihak keluarga yang terbabit menuntut bayaran hakcipta filem tersebut. Yang menariknya walaupun filem ini berkisar kepada kes popular Mona Fandey, seorang dukun bersama-sama sekutu beliau membunuh Adun Batu Talam Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993, nama-nama mereka tidak pernah disebut-sebut. Kalau baca laporan akhbar kebanyakannya menyebut ..."filem ini 'dipercayai' berdasarkan kisah Mona Fandey". Seolah-olah pihak penerbit enggan atau mengelak untuk mengkaitkan cerita filem ini secara langsung dengan trajedi tersebut walaupun mempamerkan kenyataan "berdasarkan kisah benar". Adakah pihak keluarga terbabit menuntut bayaran hakcipta bila diperhatikan ada persamaan yang begitu ketara? Mungkin jugakah rundingan dengan keluarga terbabit sedang rancak berlangsung sekarang ini?

P/s: kalau tajuk filem ini diubah kepada "Lapan Keratan" lagi best berdasarkan laporan yang menyebut mangsa terbabit dikerat lapan!

Vote for Infinatez!

11 Jun 2007

Auninabilla mampu terbang jauh.

ARTIS: Auninabilla
JUDUL: Auninabilla
GENRE: Pop

Pertama kali mendengar alunan suara beliau menyampaikan single pertama Au Kopikito sudah cukup memikat pendengaran saya. Kelunakan suara beliau begitu terserlah lewat lagu ini yang masih bertahan dalam carta lagu-lagu hits Dusun, Bontugan Sinding. Justeru saya tertanya-tanya bila agaknya album solo penyanyi dengan imej bertudung ini bakal berada di pasaran. Setalah hampir dua tahun menanti akhirnya muncul juga album solo beliau. Album ini sarat dengan lagu-lagu balada yang cukup menarik hasil nukilan pengkarya muzik tempatan Sabah antaranya Jasnie M.Y, Jamil Aziz, Rajiah Abou, Endang Abou dan tidak ketinggalan Asmin Mudin. Memang tidak dinafikan tone suara Auninabilla yang lunak, halus dan lembut amat bersesuaian dengan lagu-lagu jenis balada. Kadangkala lontaran suara beliau mengingatkan saya kepada penyanyi terkemuka Indonesia Hetty Koes Endang. Walaupun lagu-lagu dalam album ini dimonopoli oleh genre balada (enam trek kesemuanya) versatility Auninabilla juga terserlah pada genre musik yang lain antaranya pop sumayau, joget dan pop rock yang turut diselitkan dalam album ini.
Malangnya lagu berirama keroncong tidak disertakan kerana pada pendapat saya suara beliau agak sesuai juga kalau mengalunkan lagu berirama keroncong. Gubahan muzik dalam album ini yang hampir kesemuanya dilakukan oleh Jasnie M.Y layak mendapat komen positif. Walaupun kadangkala bunyi suara Auninabilla pada rangkap korus beberapa buah lagu kedengaran sedikit 'distort' (seolah-olah bunyi dalam paip), secara keseluruhan produksi album ini bolehlah dikatakan baik. Kualiti lagu-lagu (terutama lagu balada) amat tinggi. Lagu Melayu Cinta Untuk Sayang (Jamil Aziz/Jamil Aziz) contohnya hampir setaraf dengan mana-mana lagu popular balada yang sering diputarkan di stesen-stesen radio. Semoga lagu ini mampu membawa Auninabilla lebih jauh. Lain-lain lagu yang memikat pendengaran saya ialah Umbalanku, Katagadan, Kada Oku Pasalao, Kada Kito No Kada dan Rentak Riang Sekampung

Nikmati demo lagu-lagu dalam album ini di radioblog (lagu Au Kopikoto boleh didengari di kotak Carta Lagu Dusun)


9 Jun 2007

PM's wedding day

Congratulations to our beloved Prime Minister and his lovely bride Jeanne Abdullah (she doesn't look like a 53-year-old, does she?) on their wedding ceremony today. I, just like many other fellow Malaysians, am very happy and smiling when first heard about the good news. Lots of greetings and well wishes pouring in for our dearest PM.

And talking about well wishes, one of them is a poem from Datuk Seri S. Samy Vellu...


From this day forward
You shall not walk alone
Her heart will be your shelter
And her arms will be your home
A mountain needs a valley to be complete
the valley does not make the mountain less, but more
and the valley is more a valley because it has a mountain towering it


(Aiyoyo! ada romantic juga! Ambik dari lirik lagu Hindustan kah ni?). I don't know much about poem, but out of the many idioms e.g. flowers need the rain etc... itu valley and mountain juga mau ceritakah?....aiyoo!!

8 Jun 2007

Bila pelajaran diutamakan

Before that here's Infinatez's latest campaign...so pay attention to the arrow! (I'm as nervous as they are...I think....*LOL*)


Back to our topic actually I'm refering to the article on Jo-Ann. Walaupun cantik dan berbakat, atau istilah popular 'berpakej', Jo-Ann lebih mengutamakan pelajaran. Syabas! Satu pilihan yang tepat dan patut dicontohi anak muda sekarang. Kata orang jangan terlalu mengejar glamour. Lepas dapat diploma (sekitar umur 21 tahun) masih boleh sertai program realiti (seperti AF dsb)

Hiburan Daily Express 7 Jun 2007

Berhubung artikel Ampal, sekurang-kurangnya tahulah juga tahap bayaran artis tempatan Sabah (and I wonder who is the highest paid local artiste? )

In need of your SMS votes.

Looks like the Sugandoi Kaamatan 2nd runner up, Chal, did not make it to the semi-final of Suara Emas Bintang RTM. But he still got the chance though, through SMS voting. So if you are kind enough you can vote for him by typing BRTM Chal and send to 32776

Hiburan Daily Express, 8 Jun 2007





6 Jun 2007

Ebi jenguk kampung


Gone is a distinctive voice...

...and a distinctive hairdo as well...."andainya aku pergi dulu sebelum mu...janganlah kau bersedeh hati!"...will always love this song (may his soul rest in peace)


Zhana's gig in Sabah?

Dalam diam rupa-rupanya Zhana AF5 telah terlibat dalam satu persembahan di Tuaran Sabah, seperti yang dilaporkan dalam artikel di bawah.

Uiinaa!!...maut posing atu dang!..UP SKET!

5 Jun 2007

Juara My Starz mungkin dari Sabah?

Juara My Starz mungkin dari Sabah?
04-06-2007 11:48:42 AM
Oleh ZIEMAN

Istilah buta seni memang tidak sesuai diucapkan kepada peminat seni suara di Kota Kinabalu, Sabah. Ini jelas kelihatan ketika sesi ujibakat program realiti terbaru TV3, My Starz yang dijalankan di Kompleks Centrepoint Kota Kinabalu semalam.

Ketika My Starz melabuhkan tirainya dan menutup sesi ujibakat semalam, sambutan yang diberikan oleh warga Sabah cukup membanggakan.

Bukan saja peserta sesi ujibakat tampil hebat dan berkeyakinan dengan corak persembahan mereka, malah orang-orang Sabah sendiri cukup jujur ketika memberikan reaksi spontan apabila melihat peserta mereka beraksi.

"Saya sudah membuat audition di beberapa tempat di Semenanjung tapi saya belum pernah melihat penonton yang sejujur dan sporting begini. Mereka akan memberikan respon yang spontan apabila peserta membuat persembahan sehinggakan kita sudah boleh agak siapa yang sebenarnya boleh menyanyi," ujar penerbit kreatif, Jafni Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Mat Jepp yang cukup sinonim dengan penerbitan program berkualiti di TV3.

Ratusan pengunjung dan peminat senisuara di Sabah telah menyaksikan kehebatan peserta kelahiran Sabah di Centrepoint Kota Kinabalu selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Jun.

Malah, peserta ujibakat dari Sabah juga merupakan peserta yang teramai memasuki ujibakat iaitu seramai 344 orang, selama program My Starz membuat sesi ujibakatnya di beberapa lokasi bulan ini.

Ebi antara bakat baru yang berasal dari negeri Sabah
yang menyerlah dalam bidang nyanyian
(Foto fail The Star)

Melihat dari senario industri hiburan, ramai artis baru yang lahir dari negeri bawah bayu seperti Linda Nanuwil, Adam AF2, Lotter, Felix dan terbaru Ebi dari AF5.

"Tidak mustahil sekiranya Juara My Starz juga akan terbit dari sini melihat bakat yang saya lihat hari ini," jelas Jepp.

Menurut Jepp, penonton di Centrepoint tidak segan silu memberi sorakan dan bertempik sekiranya peserta mereka tidak menurut piawai yang mereka tetapkan.

"Sorakan dan jeritan yang mereka berikan pada peserta mereka bagaikan satu tekanan. Kalau yang bertanding itu bagus, mereka akan memberi semangat tapi kalau sebaliknya, tidak sampai satu rangkap lagu, mereka akan bersorak sampai perserta itu berhenti," jelas Jepp lagi.

Melihat senario yang pelik tapi benar itu, Jepp membuat rumusan bahawa peminat muzik di Sabah mempunyai citarasa yang cukup tinggi.

"Seolah-olah mereka malu kalau bakat yang datang dari negeri mereka tidak bagus. Mereka letak standard yang tinggi dan kesemua peserta terpaksa mencapai standard ini," jelas Jepp lagi mengenai semangat yang ditunjukkan oleh peminat di Sabah.

Sebelum ini krew My Starz telah membuat audition di The Curve, Damansara, Pulau Pinang, Johor Baru, Kuantan, Kuching dan yang terakhir sekali ialah Kota Kinabalu.

Diminta mengulas bakat yang ada di Sabah, Pengetua My Starz Farihin Abdul Fattah melahirkan rasa kagumnya dengan mutu suara yang ditunjukkan.

"Bakat-bakat yang terdapat di sini cukup ramai dan luarbiasa sekali. Kesemua mereka yang hadir ujibakat boleh menyanyi dengan baik dan tahu apa genre muzik yang sesuai untuk mereka. Ini membuat kami kagum," jelas Farihin yang bertindak sebagai salah seorang juri bagi pemilihan pelajar My Starz.

Rata-rata lagu-lagu yang menjadi pilihan peserta di Sabah merangkumi berbagai lagu popular dan evergreen. Lagu Kian, nyanyian Mawi, Biar Bulan Bicara (Broery Marantika) dan beberapa lagu top masa kini nyanyian Samsons, Radja, Sheila On 7 merupakan lagu sandaran 'favourite' peserta dari negeri bawah bayu ini.

Disebabkan bakat yang begitu banyak di negeri Sabah, Farihin dan seorang lagi juri, komposer terkenal Aubrey Suwito menghadapi kesukaran membuat pemilihan the final 50 list bagi pusingan seterusnya.

Seramai 50 orang peserta My Starz akan dipanggil untuk mengikuti bengkel pembelajaran muzik selama 2 hari, iaitu pada 7 dan 8 Jun ini bertempat di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka. Dari situ, hanya 12 orang pelajar sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti pembelajaran My Starz di LG House di mana mereka akan dilatih oleh sekumpulan pemuzik.


Peserta akan diadili daripada pelbagai sudut...
Tegas Aubrey selaku pengarah muzik
(Fail Foto The Star)

Selain Farihin sebagai Pengetua, Aubrey sendiri akan menjadi Pengarah Muzik untuk musim pertama My Starz yang akan ke udara untuk pertama kalinya di TV3 pada 17 Jun dari jam 6 petang hingga 7 petang.

Bagi Farihin dan Aubrey, mereka sudah sedia ada kriteria tertentu yang mereka kehendakki dan bakat macam mana yang mereka ingin ketengahkan.

"Walaupun bakat yang paling fundamental sekali, pakej juga perlu dilihat dari beberapa sudut," jelas Farihin yang sudah banyak menaikkan nama ramai artis Malaysia.

Menurut Aubrey pula, "Setelah menghadiri kesemua ujibakat yang diadakan barulah saya sedar, rupa-rupanya bukan senang untuk mendapat penyanyi yang ada pakej lengkap seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Ning Baizura, Anuar Zain dan sebagainya.

"Perkara macam ini adalah satu perkara yang komposer seperti saya take for granted sehinggalah saya terpaksa membuat pilihan sendiri," jelas Aubrey yang juga merupakan komposer bagi lagu popular Gemilang (nyanyian Jac) dan lagu tema Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Farihin, Aubrey, Jepp dan dua orang lagi team produksi telah pun membuat seleksi 50 peserta My Starz yang akan mara ke saringan seterusnya pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Ketiga-tiga mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak diberi peluang sekali lagi untuk menunjukkan bakat mereka.

"Kami melihat balik the recorded version persembahan kesemua pelajar yang telah diberi 1, 2 dan 3 bintang oleh para juri. Dari sini kita akan melihat dan menilai balik dari berbagai aspek sebelum kami memanggil mereka untuk pusingan seterusnya," jelas Jepp lagi.

Bagi Aubrey, "Agak mengelirukan apabila mereka kedengaran bagus ketika membuat persembahan tetapi apabila dilihat balik pita rakaman, mereka kurang menyerlah. Begitu juga ketrampilan mereka di kaca TV. Ada yang tidak photogenic dan sebagainya. Semua ini perlu diambil kira.

"Kita mencari bintang berbakat, yang akan disayangi ramai sebab itu kami agak cerewet dalam membuat seleksi."

Yang pasti pemilihan 50 pelajar My Starz akan memberi tamparan hebat kepada bakat-bakat yang sedia ada. Malah beberapa nama yang akan muncul pasti akan membuat peminat muzik di Malaysia ternanti-nanti kemunculan My Starz nanti.

"Kami dah jumpa apa yang kami cari. Ada beberapa butir permata yang bakal menyinari industri kita tidak lama lagi," ujar Jepp penuh yakin.



Paris vs Kingston Town

So Paris Hilton is being accused of stealing a song huh...

London, June 3 (ANI): It seems that a jail sentence is not enough for Paris Hilton, for the socialite is at the center of a breach of copyright legal battle. A 250,000 pounds injunction is being issued against her record label in the London High Court over claims that her debut pop single Stars Are Blind is a rip-off of the UB40 classic Kingston Town. Kingston Town, penned by Kendrick Patrick, is one of UB40's most famous tracks and has sold millions of copies worldwide since its release in 1989. Sparta Florida Music Group, which owns the copyright, is taking legal action against V2 Music Publishing, as well as Warner Chappell Music and ongwriter/producer Fernando Garibay. The writ claims that Stars Are Blind is a copy of a sizable part of Kingston Town. Sparta Florida plans to rely on proof from a musicologist and on internet articles, in the course of their battle. Stars Are Blind was released last year, with Hilton describing it as "some reggae, some rock, a real mix of club, cool, happy music".

"Musicologist" !??...what's that? hehe...

Anyway just take a listen to both songs on radioblog and compare them yourselves. Hmmm....to me the opening has a little bit of similarity but overall the melody doesn't clash that much, does it? Sometimes the melody you compose happens to coincide with other existing ones....a case of a pure unintentional. This is an interesting case to follow and good luck to Ms Hilton.

*I luurvvv....both of the songs!

4 Jun 2007

Kuota terakhir milik Infinatez

"Konsert tersingkir" program Gang Starz, semalam menyaksikan kumpulan Infinatez mengisi kuota terakhir yang sengaja dikosongkan sebelum ini untuk beraksi di pusingan akhir pada 17 Jun nanti. Dengan itu, Infinatez bakal bersaing bersama-sama tiga kumpulan lagi yang telah layak ke peringkat akhir sebelum ini, iaitu The Lima (Indonesia), Mendua (Indonesia) dan Flava (Malaysia) untuk merebut hadiah utama USD100,000. Walaupun pemilihan infinatez ke peringkat akhir amat dialu-alukan berdasarkan kemantapan harmoni mereka, ramai juga pihak yang mengikuti perkembangan Gang Starz mempersoal ketelusan program ini gara-gara tidak pernah mempamer peratusan undian sms serta markah para hakim (sepertimana yang dilakukan pada rancangan Mentor, juga terbitan TV3 dengan konsep yang serupa).Tidak hairan jika ada yang menaruh prasangka berlaku putar belit dalam membuat keputusan. Pada pendapat saya, untuk berlaku lebih adil, tidak salah memilih lima kumpulan beraksi di peringkat akhir. Sepatutnya minggu lalu empat kumpulan diumumkan ke peringkat akhir dan kumpulan kelima dipilih dari kalangan mereka yang tersingkir. Penganjur taklah rugi sangat kalau memilih lima kumpulan sebab (setahu saya) hadiah hanya disediakan untuk juara (USD 100,000). Apapun syabas sekali lagi kepada Infinatez dan semoga cemerlang di peringkat akhir.

...bukan rezeki E-Voke


Alvin and Infinatez

Infinatez tarik nafas lega
Infinatez ke peringkat akhir Gangstarz

Marcellus 'terjemput'

Sebelum itu...

Q: Mas 'terjemput' tu apa sih?
A: Itu maknanya 'tersingkir' kalau di Malaisia!...

Oh gitu!


Artikel "Marcel mengharap SMS peminat Malaysia" yang disiarkan beberapa minggu lalu nampaknya tidak menjamin kekebalan beliau bertahan hingga ke peringkat akhir dalam program realiti Kontes Dangdut Indonesia Musim 4 (KDI4). Salah seorang peserta yang mewakili Borneo (selain daripada peserta dari Brunei yang masih bertahan), Marcellus tersingkir di konsert Sabtu lepas seterusnya terlepas peluang merebut hadiah wang tunai berjumlah 100 JUTA! (ya ampun! lumayan banget!). Walau apapun syabas kepada Marcelllus kerana mampu bertahan minggu demi minggu. Beliau merupakan peserta yang ke sepuluh tersingkir. Tidak pasti apa perancangan beliau selepas ini. Kalau sayalah, alang-alang sudah berada di Jakarta bagus pelajari terus rahsia 'vocal lesson' di sana yang ada sedikit keajaiban.


*Rupa-rupanya warga Malaysiapun boleh menghantar undi sekali (hanya diketahui pada saat-saat akhir sebab tiada info berkaitan di website KDI4). Adalah juga saya hantar SMS tapi dikenakan caj RM 1! (waduh dong mahal banget! ampun! nggak mampu!....harga tepung udah naik)

2 Jun 2007

Ebi menyesal kurang latihan

Ebi menyesal kurang latihan
01-06-2007 02:44:53 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI


Ebi menyesal tidak lakukan yang terbaik?
(Fail Foto The Star)

TIDAK cukup latihan menjadi punca utama Ebi atau nama sebenarnya Ebi Kornelias @ Firdaus Bin Yaimal gagal memberikan persembahan terbaik di konsert akhir Akademi Fantasia musim ke lima.

Hanya mampu mendapat tempat ke dua, Ebi dikritik ketika menyanyikan lagu barunya - Sinar Cinta yang dihasilkan oleh M.Nasir dan Loloq.

Panel pengkritik yang terdiri daripada Fauziah Latif, Hattan, Ogy Ahmad Daud dan Mamat Khalid berkata Ebi mebuat kurang latihan sehinggakan dia gagal menjiwai lagu yang indah tersebut.

"Bukan saya sengaja berbuat demikian. Ketika saya menerima lagu tersebut, saya mempunyai masalah dengan lagu tersebut kerana merasakan melodi dan liriknya tidak serasi.

"Pihak kami terpaksa menyusun lagu tersebut sehingga saya dapat menyanyikannya. Hanya sehari sebelum pertandingan tersebut baru kami berjaya mengatasi masalah tersebut," ujar jejaka yang berasal dari Sabah.

Apakan dayanya, sehari untuk latihan tidak memadai untuk memikat hati penonton-penonton AF untuk mengangkatnya sebagai juara untuk musim kelima itu.

Setelah tamat pertandingan tersebut, kini Ebi melafazkan perasaan menyesalnya kerana tidak memberikan yang terbaik.

"Sejurus sahaja saya berpeluang menonton konsert-konsert AF serta diarinya, saya terkejut melihat kedudukan saya yang sentiasa berada di kedudukan teratas.

"Setiap kali mana-mana konsert berakhir, saya pasti berada samada di posisi nombor satu ataupun dua. Malah saya terkejut kerana saya memang mempunyai peluang yang agak cerah untuk menang," ujar Ebi dengan nada kecewa.

"Tetapi saya tetap bersyukur kepada peminat-peminat saya yang telah memberi sokongan yang tidak terhingga sehinggakan saya berjaya meraih tempat kedua.

"Walaupun, saya sedikit sebanyak mengecewakan ketika persembahan ketika di konsert akhir, namun mereka tetap meyokong saya," tegas jejaka yang berusia 24 tahun ini lagi.

Untuk meraikan kejayaannya bergelar naib juara, Ebi berhajat untuk pulang ke kampungnya di Padas Baru Menggatal, Sabah pada hari Jumaat ini.

"Saya akan pulang dan membuat kenduri kesyukuran untuk sanak-saudara saya serta kawan-kawan saya yang senantiasa bersama-sama sama ketika susah senang perjuangan saya dalam AF. Kenduri ini turut bertujuan untuk meraikan mereka," ujarnya lagi.

Ironi untuk seorang yang bergelar naib juara rancangan realiti tersohor di Malaysia, Ebi mengakui bahawa dirinya tidak pernah mengikuti mana-mana konsert AF sebelum ini.

"Saya memang tidak tahu menahu mengenai AF. Malah saya tidak pernah menonton konsert AF sebelum ini kecuali beberapa minit ketika konsert akhir AF2. Pada waktu itu, saya sempat melihat Bob menyanyi dan itu sahaja," jelas bekas model itu lagi.

"Saya tidak dapat menafikan bahwa AF mempunyai aura tersendiri dan saya berbangga kerana saya merupakan hasil daripada akademi ini," ujarnya lagi.


Ebi mahu jadi penyanyi, pelakon dan model
(Fail Foto The Star)

Mahu jadi penyanyi, pelakon dan model?

Baru sahaja bergelar artis, Ebi kini mempertimbangkan pelbagai pilihan kerjaya untuk menentukan hala tujuan kerjayanya nanti.

"Buat sementara waktu ini, saya mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanian. Maklumlah, AF baru sahaja selesai dan baik saya mengambil peluang ini untuk membina kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.

"Saya mahu cuba dan lihat seberapa jauh mankah saya dapat pergi apabila bergelar sebagai seorang penyanyi," ujarnya.

Malah, ketika berada dibawah bumbung akademi, salah sorang gurunya, Adnan Abu Hassan sudahpun menyarankan genre muzik kepada Ebi.

"Cikgu Adnan selalu berkata bahawa irama rock ala Indonesia amat sesuai untuk kebolehan vokal saya.

"Dia selalu berkata bahawa lagu-lagu nyanian kumpulan seperti Dewa 19, Peterpan, Samsons dan Ungu serasi dengan saya termasuk imej saya," ujar Ebi yang seringkali membawa lagu irama rock ketika konsert AF.

"Tetapi saya mahu jadi versatile dan tidak terikat dengan mana-mana genre. Saya mahu cuba rock ala Jinbara serta lagu-lagu balada.

"Ini dapat menguji kemampuan saya sebagai seorang penyanyi," ujar Ebi yang pernah bermain gitar untuk sebuah band ketika berada di Sabah.

Ebi bakal memasuki studio bersama-sama M.Nasir untuk merakamkan lagu Sinar Cinta pada bulan hadapan nanti.

Namun, bekas atlit kebangsaan ini masih tidak dapat menganggar bila dirinya akan mengeluarkan sebuah album.

"Saya harus tunggu dan lihat bagaiman kerana ianya terlalu awal untuk saya membincangkan isu album," ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, Ebi juga kini terbuka hati untuk menceburi bidang lakonan.

"Saya teringin untuk mencuba nasib sebagai seorang pelakon. Siapa-siapa yang hendak menawarkan watak kepada saya, saya berkemungkinan besar tidak akan menolaknya.

"Apa salahnya jika saya ingin mencuba pelbagai cabang seni," ujar Ebi yang turut mahu mengekalkan kerjaya sebelum ini iaitu sebagai seorang model.

"Jika ada sebarang tawaran untuk menjadi model pun, saya akan memberi timbangan yang serius untuk melakukannya," ujarnya lgi.

1 Jun 2007

Kaamatan bhg 2

Beberapa lagi video klip yang sempat diambil semasa pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2007

Top 15


UN Lahad Datu (the first one to appear) is not in the clip (cameraman terlambat snap).

Sesi soal jawab untuk juara


Soalan kepada beliau lebih kurang berbunyi "apakah yang anda faham tentang perayaan Kaamatan dan apakah signifikannya menyambut kaamatan?". I think she gave good answer but not quite precise.

Persembahan juara Pertandingan Sugandoi 2007/Jimmy.


Talking about Jimmy, beliau tampil agak lewat di pentas setelah nama beliau diumumkan. Tidak pasti apa yang berlaku di belakang pentas. Yang pasti saya agak terkejut dengan penampilan pakaian beliau. It looked as if he just grabbed somebody's costume (and probably somebody's cap as well) just to cover his shabby appearance including faded (dirty?) jeans. Nampak sangat beliau kurang bersedia dari segi pakaian dan imej sedemikian bagi saya kurang menepati majlis *sigh*. Tapi mungkin juga keadaan tersebut berlaku gara-gara pihak penganjur sendiri yang nampak seakan-akan tiada perancangan teliti untuk persembahan selingan nyanyian (as if they just pull anyone who can sing from the backstage)


Persembahan dari Nazir (Kenny G. Sabah)


Terhibur pula menikmati tiupan saxophone dari artis seorang ini. Memandangkan tepukan agak gemuruh dari penonton untuk beliau, maka tanpa dirancang penganjur meminta beliau mempersembahkan empat buah lagu seterusnya (sampai ada juga penonton yang menguap kebosanan...but not me)

Klip-klip lain

1. 36 peserta Unduk Ngadau memperkenalkan diri (klip 1 dan klip 2)