31 Mar 2011

Fenomena Lagu Terburuk

"tomorrow is Saturday and Sunday comes afterwards"

Hehehe...begitulah lebih kurang lirik lagu berjudul "Friday" nyanyian penyanyi remaja berusia 13 tahun Rebecca Black yang telah diishtiharkan sebagai lagu terburuk di YouTube. Lagu ini diterbitkan oleh Ark Music Factory, sebuah studio yang ditubuh khusus untuk menawar khidmat kepada budak-budak yang tidak sabar-sabar mo jadi pop star demi merealisasi impian menjadi the next Justin Bieber. Tidak kisah berapa usia asalkan boleh mengangkat tune (pemilik studio merangkap pencipta lagu ialah rapper dalam lagu ni). Bayaran yang dikenakan ialah antara USD 2000 - USD 4000 dan bayaran ini merangkumi, satu single asli, penggunaan studio, rundingan imej, sebuah video muzik dan promosi (ni kira ada duit semua boleh jadi lah ni kan). Tidak pasti pula si Rebecca Black ni pelanggan yang ke berapa? Mari kita lihat statistik video si 'Friday' ni.

Jumlah ditontoni = 67,239,376 (juta ok!)
Jumlah komen = 1,185,215 (juta juga)
Jumlah tidak gemar = 1,293,993 (of course juta)
Jumlah gemari = 157,192 (sikitnya..hehe)

Walaupun dikatakan terburuk, tapi bila melihat statistik di atas yang pasti jutaan telah memberi perhatian kepada video ini (don't you want that?) dan impaknya? Lagu ni berjaya mencecah no 19 di Carta iTune dan penyanyinya pula menerima undangan muncul dalam rancangan-rancangan bual bicara TV (what an exposure!). Popular for a wrong reason kah apa ni? Atau orang kita biasa cakap hikmah di sebalik lagu buruk :=).

Saksikan ja lagu dari penyanyi yang berangan mo jadi pop-star walaupun suara dia ni hanya layak nyanyi lagu 'Ba..ba..black sheep..have you any wools' :=)



Macam kelakar pun ada, wannabe sangat ni budak. Lirik lagu, suara dan aksi kaku (macam terpaksa) budak tu ja yang saya rasa ada spoil sikit. The rest, macam melodi kira not bad juga. Technical wise lagilah awesome (biasalah kan standard durang).

dBOS: Macam mo buat pula lirik lagu..."6 am, I wake up, go to bathroom...brush my teeth, my phone rings..."*LOL*

30 Mar 2011

Palis-Palis Jauh Jauh

Ada kawan kita minta lagu ini hari tu. Baru saya kira-kira mo upload dari CD, rupa-rupanya sudah ada di Youtube dua tahun lepas ;=)...

Khas untuk kawan kita yang bertanyakan lagu ini (karaoke lagi!)



**********************************************************


Fashion Police

I missed the Fashion Police episode last week, rupa-rupanya ada sesi mengumpat Jeniffer Lopez (rancangan ni memang terkenal sebagai sesi mengumpat selebriti Hollywood). Sampai warna cat kuku pun durang periksa.

Let's see what the core host Joan-never-check-herself-in-the-mirror-Rivers said about J.Lo (just ignore the image quality coz I'm more on audio ;=))

video


"..her ass is like God, even when you can't see it..you know it's there!"


....wakakakaka (I will always remember this line everytime I see J.Lo)

Saya pun ndak tau apa macam mo describe that old grandma..Joan Rivers a.k.a Ratu Mengumpat Hollywood. Selamba ja cakap b**** and f***(eat your heart out Nas Ahmad)

This is the second time I came across people making fun of J.Lo's 'behind', previously Kid Rock while hosting the Grammy said something like "J.Lo's ass is so huge that she needs two cars to come here..one for her and another one for her ass!" *LOL*. Cool ja J.Lo kan....kalau di sini 'see you in court' sudah kali.

28 Mar 2011

Akademi Fantasia 9 - 12 Pelajar Terakhir

Akademi Fantasia 9, akhirnya telah memilih 12 pelajar untuk beraksi di musim terakhir program tersebut. Hanya dua peserta dari Sabah, Nera dan Lena



Siapakah bakal menuju puncak dan siapa pula bakal menuju gaung? Sama-samalah kita saksikan.

'Tanak Kampung' Ke Luar Sabah.

Lagu Tanak Kampung, khabarnya telah berkumandang di RTM Seremban, satu perkembangan yang menarik untuk sebuah karya berasal dari sini.

Tanak Kampung Cermin Pengalaman Jimmy Palikat

Ricardo Unto

facebook.com/riqiriqi

YOKU nopo diti, tanok, do mosikin aiso nunu-nunu do posuruonku penggemar muzik tempatan pasti tahu demikianlah bait-bait permulaan Tanak Kampung. nyanyian Jimmy Palikat. Walaupun sudah lebih setahun lagu ini dikeluarkan, ia masih mendapat tempat di hati peminat muzik Sabah, malah Tanak Kampung menjadi lagu wajib karaoke pada majlis-majlis perkahwinan di sekitar negeri ini. Rata-rata peminat Tanak Kampung mengakui mereka, dengan mudah, dapat mengaitkan diri mereka dengan lagu tersebut. Mungkin kejujuran baris-baris lirik di dalam lagu ini dan susunan melodinya yang catchy menjadi faktor-faktor penawan hati pendengar. Apapun, hanya pemilik lagu ini yang mampu mengisahkan cerita di sebalik lagu ini.

"Sekarang sudah moden. saya terpaksa kembali kepada yang asal, merujuk kepada asal-usul saya. Saya berasal dari kampung. Di sanalah saya mendapat idea untuk menghasilkan Tanak Kampung. Semua orang pun berasal dari kampung. Bila saya menghasilkan sehuah lagu dengan tajuknya Tanak Kampung, setiap semua orang akan dapat mengaitkan diri mereka dengan lagu ini." jelas penyanyi yang menginjak usia 33 tahun pada tahun ini.Jimmy yang ditemui baru-baru ini turut mengakui, bahawa lagu ini adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadinya, kerana "hanya apabila kita melalui sesuatu perkara itu, barulah kita dapat menyampaikan sesebuah lagu secara jujur kepada pendengar."

Menariknya, lagu berbahasa Dusun ini melangkaui sempadan bahasa dan menjadi siulan ahli komuniti lain tanpa mengira bangsa dan umur. Bagaimanpun, menyedari hakikat bahawa tidak. Semua orang memahami lirik Tanak Kampung Jimmy menghasilkan versi bahasa Melayu untuk lagu kesukaan ramai ini. "Ramai yang suka lagu ini tapi ada yang tidak faham maksud lirik lagu ini, jadi saya buat terjemahan. Sebenarnya, sebelum saya menterjemah lagu ini, ada orang lain yang menterjemah nya terlebih dahulu. Tapi terjemahan ini kurang tepat, jadi saya membetulkannya. Walaupun terjemahan ini dilakukan tanpa kebenaran dari, saya, saya tidak mengambil sebarang tindakan (perundangan) terhadapnya. Jimmy juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadap orang yang membuat terjemahan itu, malah melihatnya dari segi positif kerana ia dapat membantu penyanyi ini mengembangkan lagu ini.Tambahnya: "Sehinggakan ada seorang penyampai radio dari Seremban, Adam Tahir. Dia datang ke Sabah dan mendengar lagu ini dan berminat dengannya. Jadi, sekarang lagu ini (versi bahasa Malaysia) sudah dimainkan di RTM Seremban."

Ada juga suara-suara nakal di luar sana yang mengatakan bahawa lagu ini berupaya untuk meraih taraf lagu evergreen. Apa respons Jimmy?"Mungkin ...tapi itu semua datang dari pendengar. Bukan dari saya sendiri. Jika pendengar merasakan ia mampu menjadi lagu evergreen, saya berbesar hati dengan pengiktirafan ini"

Lagu Tanak Kampung adalah single pertama yang diangkat dari album Jimmy yang juga berjudul Tanak Kampung. dikeluarkan tahun lepas. Antara lagu-lagu lain yang termuat dalam album ketiga ini adalah Ika Sawo Ku, koinsan Nogi, Koti-Koti, Langadon Nopo, Nokopitongkiad Nodi, Ompuno Oku, Raha Susumangod,Sumandak Dusun dan Timpu Sumikul.Sebelum ini, bapa saudara kepada penyanyi Nikki Palikat ini pernah mengeluarkan Album sulungnya pada 2003 dan juga kedua pada 2006 dengan tajuk Jimmy Palikat 2006.

Ditanya mengenai aktiviti seninya pada masa sekarang, menurut Jimmy, dia giat mencari dan mengumpul bahan baru untuk album seterusnya. "Tapi, selepas Tanak Kampung, sukar untuk saya mencari sesuatu yang baru. Walaupun ramai yang tercari-cari album baru saya, tapi saya rasa ini (Tanak Kampung) adalah yang terbaru daripada masa ini. Buat masa ini belum ada lagu baru. Untuk mencari sebuah lagu yang benar benar dikira sebagai killer song, ia melibatkan semua lapisan masyarakat. Bagi diri saya sendiri apabila saya membuat lagu, saya kena menjiwai semua orang," tuturnya.

Setakat ini, kata Jimmy, penerimaan dari peminat adalah baik berdasarkan kepada penjualan album yang memberangsangkan. Penjualan album terdahulu mencecah 40,000 unit. "Sejak saya mula mengeluarkan album pada 2003, produk saya boleh didapati di kedai-kedai, sehingga kini saya rasa ini salah satu kelebihan saya...saya sudah mempunyai link dengan mereka (pemilik kedai) dan mudah bagi saya untuk menjual album saya. Permintaan menggalakkan, jadi, kedai menjual CD pun sedia menerimanya," katanya.

Pada mulanya, penyanyi ini memulakan langkah bersendirian dalam dunia muzik namun dia menyedari bahawa ia tidak boleh dilakukan tanpa bantuan."Saya dibantu oleh syarikat tempatan Urbanstorm Entertainment dan juga sokongan daripada keluarga," katanya.

Jimmy juga menjangka industri seni Sabah akan bertumbuh dengan pesat, lebih-lebih lagi dengan penerimaan karya-karya anak tempatan di stesen-stesen radio. "Mungkin masalahnya sekarang, adalah siaran TV yang khusus untuk Sabah. Jika ada, hasil seni kita dapat dipertonton kepada lebih ramai orang, lantas setanding dengan artis-artis dari KL. Kita boleh maju, tetapi ada banyak kekurangan. Setakat ini, kita hanya ada radio. Orang hanya disajikan dengan audio tetapi tiada visual," kata penyanyi berasal dari Tambunan ini. Bercakap mengenai rancangan untuk mengembangkan sayap ke luar Jimmy berkata dia mempunyai perancangan sedemikian, tetapi "ia memerlukan kos yang besar, jadi, saya tangguhkan dulu rancangan itu."

Peminat penyanyi ini boleh mengakses maklumat lanjut di laman Facebook miliknya di bawah nama Jimmy Palikat.


dBOS: Masa saya gigih bercakap tentang outbound talent hari tu, yang macam nilah saya maksudkan :=). Sebuah karya tempatan (yang mempunyai strong public appeal) diterima ramai dan dipopularkan dulu di sini sehinggalah popularitinya melimpah-limpah keluar ;=). Syabas Jimmy dan Tanak Kampung....baru satu (hehe)...next!


**************************************************

~Penampilan Hulk Hogan di American Idol.~

My favourite part during AI elimination show last week (the 'up next' video below is better)


AI is becoming violent and not suitable for kids below 12 years old!;=)

25 Mar 2011

Jadesisters - Janji

Seorang kawan email saya lagu ni dengan text berbunyi "nah terimalah lagu dari sumandak-sumandak saya. Apa macam buli? Tapi bukan macam ada lagu Indonesia kah yang sama korus dia macam lagu durang ni?" Tanya si kawan.









Hmm...my answer, "I don't know". Never heard of the Indonesian song with similar chorus (adakah?). Kalau adapun mungkin kebetulan ja.

Untuk berkenalan lebih lanjut dengan kumpulan ni layari ja Facebook durang

Tapi kalau lagu Peterpan yang ni, memang korus dia ada sedikit iras-iras sebuah lagu popular Dusun ;=).



*****************************************************


American Idol 10 - Top 11

Dahsyatnya persembahan-persembahan durang untuk tema Motown minggu ini. Paling mengancam si James Durbin.

24 Mar 2011

'Bila' - Marsha

Terimalah lagu single terbaru dari Marsha berjudul 'Bila'. Lagu ni dicipta sepenunya oleh beliau. Ianya mengisahkan tentang penantian seorang gadis akan hari perkahwinannya..ehemmm! (jangan ja ada yang sampai mengigau atau terbercakap dalam tidur "bila kita mo kawin?"...gara-gara ndak sabar-sabar mo kahwin :=)).

Wajah jejaka Melayu yang heboh dikatakan sebagai kekaseh hatinya itu ada di hujung-hujung footage di bawah...selamat menjamu selera!

video
credit:Marsha's Fan Site


Not bad juga lagu ni, walaupun muzik tu macam ketara betul keyboard base ja, tapi dengan teknik mixing yang betul maka jadilah ia sebuah lagu yang menepati industry standard ;=).

Untuk hiburan seterusnya mari kita nikmati sebuah lagu yang berjudul "Gila"..hehe..just kidding. Actually I'm talking about this next footage yang dirakam oleh jurukamera TV5 di Kompleks Karamunsing hari Selasa 22 Mar (during lunch time). Alkisahnya seorang budak berusia 10 tahun tiba-tiba dipukul mengguna botol oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di perkarangan Kompleks Karamunsing. Masa footage ni dirakam lelaki tersebut telah ditahan oleh pasukan keselamatan kompleks. Mereka hanya menanti kedatangan polis untuk membawa lelaki tu ke balai. Kamu boleh agak mana satu lelaki yang kurang siuman itu. Budak yang kena pukul tu ditunjukkan pada minit 1:34 (baju hijau).

video


Hmm...I wonder kalau ada kena mengena dengan fenomena 'super moon' baru-baru ini.

22 Mar 2011

Tak Cantik Kah Aku? - Salma

Adakah bakal muncul sebuah lagu seperti tajuk topik di atas ;=).


Teruk betul mulut si Nas a.k.a the bad mouth guy tu kan, bastard habis. Macam takajut juga saya bila dia selamba sembur perkataan "tak cantik" (merujuk pada si Salma). Tiada budi bahasa kah dia tu? Kalau mo cakap macam tu pun kenalah bertempat (masa dia borak-borak dengan bohsia dan mat rempitkah, atau dengan pondan-pondan di Lorong Haji Taib) bukannya di depan kamera untuk siaran langsung yang ditontoni jutaan penonton (macam manalah perasaan keluarga si Salma tu ah?). Bangsa si Nas ni bukankah selalu melaung-laung "budi bahasa budaya kita", apa kes?. Apa salahnya cakap berlapik sikit contohnya, "suara Salma memang power, tapi bagaimana pula pandangan Erra dari sudut-sudut yang lain..penampilan contohnya, adakah Erra berpendapat Salma mempunyai pakej yang lengkap?".

Seteruk-teruk si Simon Cowell tu pun tidaklah bah juga dia pernah sentuh paras rupa. Kalau adapun masih tetap berlapik-lapik. Tapi memang begitulah bah secara lazimnya budaya Inggeris, beretika dan bertempat (tapi time heated argument...habis tersembur segala bad words...kekek..but still consider bertempat). Entah apalah komen pengacara-pengacara Malaysia (yang terkenal suka mempersenda orang - read: Aznil) andaikata peserta-peserta American Idol ni bertanding di Malaysia..

My lips are big
but my talents are bigger





I guess they still need a lot to learn from Ryan Seacrest :=).

Tapi back to si Salma ni kan, "tidak cantik" kah dia ni? (It is a subjective matter indeed). To me she looks just fine, in fact better than any other singers out there. Kalau pandang dia ni macam si Adira pun ada, Ramlah Ram lagilah ada...kadang-kadang macam si Rubisa pun ada juga..hehe. She's blessed with a good set of teeth (and smile) that qualify her to be a toothpaste ambassador :=). The rest, as Erra said, can be groomed. Too bad they brought up the "tidak cantik" issue during the last episode of Mentor 5. It appeared as if she's begging for sympathy...when she really doesn't need one to win this season's Mentor.

Memandangkan video-video Mentor 5 di YouTube semua kena ban..kekekek (bravo TV3!). Terimalah video dari stesen TV4 (hehe) menampilkan Salma dengan lagu "One Moment In Time".

21 Mar 2011

Lagu Kadazan Dari Ebi

When I came across the article below in Daily Express yesterday, I was like "for heaven sake! AGAIN!?". For the record this is the second time the very same article, by Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Herman Luping (fuhh..what a long name! but I'm a loyal reader of his column), published in the same daily (the first one appeared many months back, some time last year I think). It's all about.... errm...the search for the single label to address the Tangaah, Liwan, Bundu, Lotud, Tatana, Kwijau, Rungus, Tindal and the list goes on. It looks like the single label 'Kadazan' proposed in the 60's received a lukewarm response by many of those sub-ethnics.



The reasons for objecting the label (Kadazan) have been hotly debated in many forums (online as well as offline), so I'm not in the mood of repeating those reasons here. But one reason that makes me really laugh is, "how come you adopt the Tangaah dialect as the standard language for these people when most Dusuns hardly pronounce the 'z' and 'v'" (hehehe). Terus saya teringat kenangan manis kami ajar seorang kawan ni sebut perkataan "Azizah", berabis dia susun atur lidah dia mo sebut 'z' (sampai terkambang-kambang hidung)..at the end 'Ah-Jee-Jaa' juga yang tersembul dari mulut dia..."atukk! osusa' nopo ri" dia bilang *LOL*. OK back to the issue. 'Consensus'...really? are we still searching? Wait! Hang on a second. Don't we have this one very popular catchy word acceptable by all, not only the natives but also the outsiders. This word I think can be used to label us. The word I'm talking about is....jeng..jeng..jeng...hold your breath..

*


*


*


*


*


*


Ready!


*


*


*


"ARAMAITIE!"


I meet many people during the course of doing my job that requires me to travel around Sabah. Often these people ask me questions like "where are you from?", "Where is your kampung?" or straight away ask my background. When I reveal my background to them, they (especially the natives) will definitely say "nah kan aramaiti juga" and often followed by friendly gestures of gently striking their thumbs with mine (ala-ala high-five kunun ni). Even non-natives will also mention "aramaiti" ;=). This happened almost everywhere I go, from Long Pasia up to Tungku. So.....I mean...why not! Although it sounds amusing but...like it or not this got to be the consensus we have right now *grin*. So let's just call ourselves as rumpun "Aramaiti" (period! Done!). And if we were to be listed on the United Nation's list we will be likely listed next to "Aramaic" the native which Jesus Christ belongs to *BIG GRIN*

Alamak terlebih berbicara pula hari ni. So here's Ebi melakukan percubaan berani mati menyanyikan lagu dalam salah satu bahasa rumpun "Aramaiti". Check it out!


video
Credit: Magus8entertainment


Great song...and thumbs up for his effort!

Keputusan Juara CLAS 4

Keputusan Juara Carta Lagu Artis Sabah edisi 4 anjuran RTM yang telah diadakan di 1Borneo Hypermall kemarin.

Kredit foto: NST

Juara

Esther Applunius Chin (Lagu: Selalu)

Vokal Terbaik

Esther Applunius Chin (Selalu)

Persembahan Terbaik

Dayang Noraini (Kelawar)

Lagu Paling Diminati (lagu paling lama menduduki carta)

Momain Blues (Blues Kita)

Penyanyi Paling Popular (undian SMS)

Momain Blues (Blues Kita)

...nampak gaya panel-panel hakim dBOS-fm telah berjaya meramal dengan tepatnya pemenang
untuk kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Syabas kepada panel-panel hakim dBOS-fm :=).

18 Mar 2011

Takat '0 KM' di KK

Bercakap pasal anjing yang setia ni kan (kira sambungan video yang saya tepek kemarin lah ni), tentu ramai pernah mendengar kisah anjing lagenda Jepun bernama Hachiko yang begitu setia menanti kepulangan tuannya (walaupun tuannya sudah meninggal dunia). Hachiko menanti kepulangan tuannya di takat yang sama di stesen keretapi Shibuya selama sembilan tahun sepuluh bulan. Setelah Hachiko mati, takat di mana dia duduk menanti tuannya itu dibina sebuah tugu sebagai mengabadikan kesetiaannya :=).

Kawasan tugu Hachiko tu menjadi terkenal sebagai tempat orang berjumpa atau buat 'blind date'. Ungkapan "meet me at Hachiko" selalu digunakan.



Itu kisah Hachiko, err..di KK ni dua hari lepas telah dirasmikan sebuah plaque yang tertulis '0 KM' (takat kosong kilometere di KK). Saya pun pernah juga tercari-cari di mana letaknya kosong km di KK ni, sebab yang saya pernah nampak hanya tanda 1 Km berdekatan Padang Merdeka. Rupa-rupanya '0 KM' terletak berhadapan bangunan Sabah Tourism Board.



Adakah landmark baru ini boleh menjadi popular sebagai tempat berjumpa seperti Hachiko Statue tu?. Mo buat 'blind date' lagilah senang kali, ko berdiri ja betul-betul di atas tu bulatan. Kalau blind date kamu SMS "mana satu ko ni? Aku sampai sudah di '0 KM'". Ko pun balas, "ko nampakkah yang ensem-ensem sedang berdiri butul-butul di atas tu bulatan '0 KM'? Saya lah tu!". Kalau 'blind date' ko terus muncul dengan wajah gembira...sahlah ko ensem dan dia memang tertarik hati, tapi kalau ko terus tertunggu-tunggu...alamat jadi si Hachiko la ko....kekekek..silap-silap tugu tembaga ko yang kena buat sana..*LOL*

P.R.Inc Bakal Ada Ahli Baru


Hmm...bercakap pasal K-pop, J-pop, Indo-pop dan mana-mana pop lagi, sebenarnya semua ini adalah pengubahsuaian pop-pop dari barat. Atas faktor-faktor tertentu terutama sekali faktor mengaggungkan bahasa sendiri pop-pop ini mampu berevolusi dengan jayanya. Mari kita panggil pop dari barat sebagai 'punca pertama' dan K, J, Indo pop ni sebagai 'punca kedua' (sebab durang pun ambil idea dari barat). Pada sayalah kalau mo elak dari di cop meniru K-pop, ada baiknya kita berpaksikan karya kita secara langsung ke 'punca pertama' (abaikan seketika kewujudan 'punca kedua' tu) dan lakukan adaptasi mengikut idea sendiri. Mana tahu juga ada idea-idea yang disuntik tu lebih bagus daripada yang dilakukan oleh 'punca kedua'. Demikian sajalah secara ringkas pendapat pakcik berhubung K-pop ni, kalau mo dihuraikan lebih panjang sampai kiamatpun ndak habis. ; =)


17 Mar 2011

Pertandingan Akhir Juara CLAS 4

Menurut salah seorang anggota Da'Prinz, kedengaran suara-suara sumbang tidak berpuashati terhadap pemilihan durang selaku juara pertandingan lagu paling popular Kadazan baru-baru ini. Hmm...biasalah bah tu kan. Tapi bagi saya tidak perlulah bising-bising, siapa-siapa ja yang menang saya sokong. Sebaliknya kita kena bersykur sekurang-kurangnya adalah juga majlis anugerah macam ni, daripada tiada langsung seperti tahun-tahun sebelumnya. Malah banyak lagi lagu-lagu yang best dari tahun 2008 ke bawah yang perlu dinobat sebagai lagu terbaik atau lagu popular (lagi malang nasib durang ni).

Apa pun RTM meneruskan siri pertandingan juara-juara lagu popular tahunannya dengan mengadakan pertandingan akhir Juara Carta Lagu Artis Sabah edisi keempat yang bakal berlangsung Ahad ini (20 Mac 2011) jam 2 petang bertempat di atrium 1Borneo Hypermall. Ini merupakan pertandingan untuk lagu-lagu pop tempatan dalam bahasa Melayu yang sepatutnya gah dan mempamerkan kualiti yang setaraf dengan lagu-lagu pop Melayu di nusantara. Namun pemilihan venue untuk pertandingan ini mencetus sedikit tanda soal berhubung taraf sebenar anugerah.

Hanya lapan finalis bakal berentap, mereka ialah Dayang Noraini (kelawar O Kelawar), Esther Applunius Chin (Selalu), Rieno (Mahu Tapi Malu), Alvin MY (Cincin), Suib Zainin (Bohong), Momain Blues (Blues Kita), Albab (Lamunan Silam) dan Frontman Company (Emosi Muzikal)



Astaga ni pula kumpulan Momain Blues, what a familiar faces :=). Kalau ndak silap dua ahli sebelah kanan tu pernah menghasilkan album di akhir 90-an (lupa pula nama kumpulan durang). Best juga lagu-lagu dalam album durang ni

Apa kata kita main ramal-ramal siapa bakal menang :=)...

Juara - Alvin MY (Cincin)









Vokal Terbaik - Esther (Selalu)

Penyanyi Paling Popular (berdasarkan jumlah undian SMS)- Alvin (he happens to be the friendliest on Facebook dan kempen mengundipun boleh tahan)

Lagu Paling Popular (Juara Carta Mingguan)- Dayang Noraini (Kelawar O' Kelawar)

Persembahan Terbaik - Dayang Noraini (Kelawar O Kelawar) ...only if she uses eye catching props that appears like kelawar :=)

Apapun bagi panel-panel hakim yang maha arif di dBOS-fm (kekekek), Juara Lagu Paling Popular di Sabah tahun lepas dan sudah semestinya yang benar-benar mewakili hati rakyat Sabah...tidak lain dan tidak bukan ialah lagu "Tanak Kampung" :=). Malangnya trofi "Sompoton Emas" mirip-mirip gambar di bawah belum siap gara-gara tsunami di Jepun.



****************************************************


Footage tsunami pilihan

Footage kali ini menampilkan seekor anjing yang terselamat dari serangan tsunami. Anjing tersebut begitu setia menjaga rakannya yang cedera. Animal lovers all around the world call this footage a tear-inducing video.



Laporan terbaru CNN menyatakan kedua-dua ekor anjing telah diselamatkan dan berada dalam keadaan baik di pusat rawatan haiwan (namun ramai yang meminta ditunjukkan video terbaru anjing-anjing tersebut untuk memastikan durang betul-betul selamat).

15 Mar 2011

Top 25 AF9 - Qem

Akademi Fantasia 9 baru saja mengumumkan Top 25 di mana lapan peserta dari Sabah berjaya tersenarai termasuklah si Qem peserta dari Lohan Ranau ni (tempat lahir Lindsay Lohan juga sana tu kan..hehe)


Uii...macam Adam Lambert oh kan rambut dia :=).. pandai main silap mata pula tu :=). Senanglah dia guna magic dia ni untuk dipilih jadi pelajar akhir AF9 nanti...silap-silap dengan kuasa magic juga dia bakal jadi juara.



***************************************************


SMS Alert on Japan's Nuclear Radiation

I received this SMS early this morning (I guess it's been circulating)

"If it rains tomorrow or later don't go outside. BBC Flashnews: Japan government confirms radiation leaks at Fukushima nuclear plants. Asian countries should take precautions. Remain indoors first 24 hours. Close doors and windows. sweb neck skin with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precaution, radiation may hit Philippines starting 4 pm today. please send this to your loved ones"
Hmmm....

Footage tsunami pilihan...



Nampak gaya, walaupun merbahaya, orang ramai dalam footage tu macam terhibur melihat kehadiran tsunami, maklumlah kejadian ni hanya berlaku sekali sekala macam juga gerhana matahari yang menarik perhatian jutaan orang.

14 Mar 2011

Anugerah Juara Lagu Popular Kadazan 3

Juara

Da' Prinz (Lagu: Ada Hivai Dandi Toh)



Pencipta Lagu Terbaik

Ambrose Mudi (Lagu: Ada Hivai Dandi Toh)

Vokal Terbaik

Rose Disuil (lagu: Vosion Tokou Ginavo)

Penulis Lirik Terbaik

Christina Lonjutan (lagu: Vosion Tokou Ginavo)

Persembahan Terbaik

Esther Clement Tubong (Kokompungan Ku)

Lagu Popular (Undian SMS)

Hilary Petrus (Hangad poompus)



**************************************************************


The tsunami in Japan

This got to be one of my favourite footages of the tsunami that hit Japan on Friday.



I noted some cars are still moving on the road (min 0:35), I wonder if the drivers aware of the danger.

12 Mar 2011

Finalis JLPK 3 - Jovita Robert Johnny

Fuuh...dahsyatnya earthquake dan tsunami yang melanda Jepun kemarin, masa saya menaip ni (hari ini jam 12.15) baru dengar laporan tadi ada dua lagi gempa melanda Jepun masing-masing berukuran 7.9 dan 6.6 pada skala richter. Sebenarnya kami dapat tahu pasal earthquake di Jepun ni masa dalam perjalanan balik dari Sandakan ke KK. Nasib baik ada siaran radio yang jelas dan terang tanpa gangguan sepanjang perjalanan kami. Siaran radio apa kah yang saya maksudkan? Tak lain tak bukan siaran Traxxx FM, 105.3 FM...one frequency fits all! (highly recommended if you are travelling...yang minat English channel ja lah).

Orait mari kita ikuti kisah artis kita, Jovita Robert Johnny salah seorang finalis di pertandingan akhir Juara Lagu Popular Kadazan edisi ketiga yang akan berlangsung malam ni.



Artikel tu bilang dia bakal menggegar...so jaga-jaga kamurang malam ni kalau Penampang bergegar (palis-palis) jangan takajut..sudah kena warning ah! :=)

9 Mar 2011

Ringkasan Berita Seni

Sabhi ke Jakarta Jazz Festival

Sabhi Saddi dilaporkan akan mewakili negara ke 'Festival Jakarta International Java Jazz 2011'. Menurutnya dia mendapat tawaran tersebut semasa merakam lagu bersama Helena untuk soundtrack filem Nur Kasih di Jakarta. Tawaran tersebut dipanjangkan kepadanya melalui pengurus beliau yang kebetulan mengenali penganjur festival tersebut. Khabarnya artis lagenda antarabangsa Santana juga akan membuat persembahan di festival yang sama.


(well this is what I call, being at the right place at the right time with the right person...bravo!)

Jutaan Penonton Di Konsert Suria FM Sabah

Dilaporkan lebih 0.02 juta penonton membanjiri kawasan helipad 1Borneo Hypermall (tempat saya selalu mendarat ni), pada 5 Mac lepas, semata-mata mahu menyaksikan kelibat Stacy, Adam. Adira, Jimmy Palikat, Ampal dan beberapa artis popular lagi di konsert khas sempena perasmian stesen radio Suria FM di Sabah.

Sebahagian daripada 0.02 juta penonton


Antara artis-artis yang beraksi


Stesen radio tersebut telah beroperasi di 1Borneo Hypermall bermula 28 Feb lepas.




(Punya ramai tu...sampai helikopter saya mo landing pun ndak dapat, terpaksa berpatah balik)

Pertandingan Juara LPK 3

Pertandingan akhir Juara Lagu Popular Kadazan edisi ketiga akan diadakan Sabtu ini (12 Mar) bertempat di Dewan Tun Fuad Stephen Penampang, jam 8 malam. Antara finalis yang bakal berentap ialah Hilary Petrus (Hangad Poompus), Alfred Koroh (Zi Ina Koupusan Ku), Rose Disuil (Vosion Tokou Ginavo), Marcellus Jolis (Hozou Piginawaan Toh), Johnny Bonis (Hangadon Diau), Jovita Robert Johnny (Mohoing Tondu), Da Prinz (Ada Hiivai Dandi Toh), Kennedy Galban (Aiso Mohon), Esther Clement Tubong (Kokompungon Ku) dan Edward Joinsos (Insan Tadau Kopisoomo Vagu). Peganjur mengingatkan finalis agar membawa sekali penulis lirik lagu mereka dan kalau boleh biar penulis lirik yang naik pentas ambil hadiah sekiranya memenangi kategori lirik terbaik (motif ada peringatan sebegini? Hehe..macam kelakar juga).

KTV salah sebuah lagu yang bertanding



(Adakah Da Prinz akan membawa sekali Dr Jeffrey Kitingan selaku co-lyricist lagu durang..:))

P.R.Inc @ Da Prinz dalam Media Hiburan

Sebut pasal Da Prinz, kumpulan dari Sabah ini bakal ditampilkan dalam majalah hiburan popular Media Hiburan untuk keluaran 10 Mac.

(Alamak mo pi cari laini, kalau jumpa dan kalau sempat saya snap ja dan upload sini)

8 Mar 2011

Hikayat Lagu-Lagu Bawah Kulung

Hahaha...selepas lagu "Misisinta Di Bawah Kulung" malatup-latup di YouTube, satu demi satu lagu-lagu seangkatannya muncul.



Doii...dogo!

Saya pun ndak tahu apa mo panggil genre lagu macam ni, ada kawan suggest panggil genre "antam saja". Tapi saya rasa kalau panggil genre "bawah kulung" pun ngam juga. Kalau setakat lagu bawah kulung ni, kali yang paling top sekarang lagu "Karabau Ensem"

7 Mar 2011

Mentor 5 : Salma Tunjuk Taring

Protege Erra, Salmah dari Tawau muncul kali pertama di pentas Mentor 5. Dengan mempertaruhkan lagu "Bertamu Di Kalbu" (Jac)



Uiyoo...konpiden ja kan :=). Gabungan Ziana Zain dan Jac. Silap-silap dia yang ajar Erra Fazira cara2 mo tarik suara...hehe.

Lagu Juara LPD 2010

Inilah dia lagu yang menjuarai pertandingan akhir Juara Lagu Popular Dusun 2010 :=)

Piginawaan - Florieand

Salah sebuah lagu yang terpilih ke peringkat akhir Juara Lagu Popular Dusun 2010 yang telah diadakan baru-baru ini.

Promo Album Albert Andrew




******************************************************************

Filem Terburuk 2010

Mari kita saksikan trailer filem 'The Last Airbender' yang memenangi Anugerah Razzie Edisi 31 untuk kategori filem Hollywood terburuk 2010. Bukan setakat 'Filem Terburuk', filem ini juga meraih empat lagi anugerah 'terburuk' termasuk "Worst Eye-Gouging Mis-use of 3D", 'Worst Director' (M.Night Syamalan), 'Worst Screenplay' dan 'Worst Supporting Actor' (Jackson Rathbone)...haha punya banyak.


Mmm...entahlah kenapa durang sampai hati pilih filem ni sebagai yang terburuk. Terlampau banyak adegan tambirang kali kan...kana timbak pakai api pun ndak pandai tabakar...kekekek!

Tapi saya paling sukung Ashton Kuthcher dinobatkan sebagai pelakon lelaki terburuk :=)

5 Mar 2011

Abraham-Ika No Id Ginawo







4 Mar 2011

Kopi by Troy

Laporan akhbar kemarin menyebut, seorang penuntut tingkatan empat di kajang menjadi mangsa terbaru H1N1, justeru sekolah tempat dia belajar ditutup. Nampak gaya H1N1 ni masih berleluasa, cuma kurang publisiti saja. So watch out guys...wash your hand!.

Beberapa tahun lepas (masa heboh pasal H1N1 ni) tersiar di akhbar seorang doktor ni bilang salah satu sebab kenapa kita senang jatuh sakit sebab kandungan asid dalam badan kita tinggi. The bad news is, aktiviti seperti bersenam (jogging etc) juga membuat kandungan asid meningkat. Bukan bersenam ja, aktiviti 'lasak' atas ranjang (haha) dan juga aktiviti me...errm...cap..cap..cap..kicap kipas udang *LOL*..juga boleh meningkatkan paras asid, dia bilanglah. I talked to a local doctor about the report and he said "yupp..betul". Surprisingly makan benda-benda asam won't contribute to the high acidic level in our body. Now the question is, macam mana mo seimbangkan or turunkan paras asid. Ada petua bilang minum air kelapa muda. Masalahnya leceh mo dapat air kelapa muda ni, lainlah kalau rumah ko ada pokok kelapa. Tapi ada juga bilang minuman isotonik juga setaraf air kelapa. Kan tahun lalu kecoh di Kelantan pasal doktor kasi minum minuman isotonik jenama *toot* kepada pesakit-pesakit demam denggi supaya cepat sembuh. Sampai ada ahli parlimen tu tanya menteri kesihatan betul kah minuman isotonik tu penawar demam denggi. Tapi saya memang kaki minum minuman isotonik yang dimaksudkan tu. Setiap kali lepas jogging memang ambil minuman ni (patut pun saya sehat ja...kekekek). Dulu masa aktif terlibat persembahan pentas minuman ni juga saya ambil...selain boleh memberi tenaga, kita juga senang tersedak (blurp). Bila tersedak, tekak rasa lega and clear..tidak terasa ada 'lump'...senang mo menyanyi...kalau minum air I can feel a lump on my throat (tips mahal ni ;=)).

Apa pun, kalau mau tahu lebih banyak petua-petua mari kita dengar lagu si Troy berjudul "kopi" (I've to confess I'm a coffee addict....hehe)









Saya tertarik juga lirik dia ni..

Kalau sudah lama membujang
Kopimu campur sedikit garam
<----motif mo campur garam?
minum perlahan-lahan
kumis jangan dibuang
Selalu beri senyuman
Untuk kopi secawan


I like the musical arrangement of the song dan boleh tahan suara pakcik ni. Maklumlah bekas penyanyi pub. Klik sini kalau mau tau pasal album dia.

3 Mar 2011

Lagu-lagu loghat Tausug

Secara langsung dari tapak Mega Karnival Kg. Likas, stesen radio no.1 di dunia...dbos-fm dengan bangganya mempersembahkan konsert "Dirgahayu..Kg.Likas..Tanahairku". Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke konsert khas sempena perlantikan sultan kita yang baru, tak lain tak bukan Dr Datu Akjan. Patek bagi pihak penganjur konsert dengan rasa teramatlah rendah diri menjunjung kaseh atas kesudian tuanku hadir ke konsert yang tidak seberapa ini "ampun tuanku"!

Kredit: Sabahkini


Baiklah...wazzup Kg. Likas! Are you redeh! Redeh or not...Troy is coming!.



Kurr...semangat..masa intro tadi saya ingatkan lagu Sting "Every Breath You Take". tapi memang best lagu tu. Apapun kita trus ja ke artis tempatan kita yang seterusnya....



Memang hebat-hebat artis-artis tempatan kita dari suku kaum Tausug ni

Tidak meriah rasanya kalau kita tidak menjemput artis suku kaum Tausug dari seberang...bukan jauh, saaaana Selatan Pilipin ja...sudah redeh! Nah ambik ko!



Aikkk...napa kamu bertempiaran lari...belum habis konsert lagi! Astaga...tersilap artis rupanya...patut pun! Ya para hadirin sekelian nampak gaya pihak penganjur terpaksa memohon maaf sebab artis sebenar yang dijemput belum tiba, difahamkan beliau masih belayar menuju ke sini dan tempat beliau terpaksa diambil oleh kumpulan 'bedah-bedah becok Kg. Likas' yang tidak diundang tadi "ampun tuanku..sembah patek harap di ampun!". Tiada kena mengena dengan Bisaya dari Beaufort tu ah..jan kamu silap...mati kita!

Apa pun..kita teruskan saja konsert kita dengan menampilkan artis tempatan kita seterusnya. Seorang artis ensem yang cukup popular bukan saja di Sabah tapi juga di selatan pilipin dan menurut mulut bedah-bedah becok Kg.Likas, lagu ni begitu malatup-latup di pulau-pulau selatan pilipin, tapi satu sen pun CD ndak kena beli..sebab? Semua main downlod dari Youtube...minta-mintalah cerita dari mulut-mulut bedah becok kg.Likas ni tidak betul maklumlah durang ni kan champion membuyuk...termasuklah memalsukan jantina durang. Sebenarnya lagu yang akan beliau sampaikan bukanlah dalam loghat Tausug tapi kalau tidak silap dari logat Bajau Semporna (eh sama kah tu? Lain bah kan? Deii bingung aku..tulung!) atas permintaan ramai kita terpaksa juga jemput dalam konsert gilang-gemilang ni.

Orait tanpa berlengah-lengah lagi kita tampilkan saja artis popular yang dimaksudkan!

Mana sorakan?!



********************************************************


American Idol 10 - Top 12 Boys


American Idol 10, officially started off live yesterday revelaing its Top 12 boys to the world. Instead of having the showcase in a small studio (as in the past), the contestants headed straight to the spacious light and sound studio meant for Top 12 finalists. No doubt, talent wise, the boys this season are fabulous. A couple of them sing ala Adam Lambert. The weakest among them, I guess is Jordan Dorsey (I don't seem to fancy this guy from day one,I hope he'll be the first one voted out).

One interesting contestant this season is Scotty McCreery :=). I said interesting, coz he seems to be in the world of his own. While other guys so proud of showing off their abilities singing in high note (screaming their lungs out), this guy is so proud of his low register :=) not to mention proud of singing country song.



Soothing indeed...it's just that his style, gesture, facial mimick while singing are not to my liking :=). Not so sure man...too stylo? over confident? or could this be the type of singing which some people normally say "tiada kejujuran"...haha. But I bet American surely will love him especially those in southern region and am won't be surprised if he's the next idol.

BTW he's not 27 but 17 years old :=)

1 Mar 2011

Mentor 5: Erra Pilih Salmah

Saksikanlah kehebatan suara Cik Salmah binti A.Asis, 21 dari Tawau mendendangkan lagu 'Listen' (Beyonce). Beliau terpilih sebagai protege Erra Fazira dalam rancangan Mentor Musim 5.



Power nggak!

Filem Purbawara

Apa kata hari ni kita bercerita pasal filem genre epik (purbawara). Maklumlah sekarang ni tengah heboh peminat-peminat filem bercakap tentang filem epik Malaysia "Hikayat Merong Mahawangsa" yang diarahkan oleh Yusry KRU. Memang terer KRU ni menarik minat kaki wayang menonton filem durang, terutama kaki wayang yang tidak berapa minat filem tempatan Malaysia. Kali terakhir saya menonton filem Malaysia di panggung ialah "Cicakman". Itupun after much hype on paper. OK lah juga, walaupun ciri-ciri 'plagiarisme' sangat kuat :=). Tapi masuk ja 'Cicakman 2'...no more panggung :)

So jangan lupa menonton filem di bawah ni 10 Mac nanti (mmm...mo pi panggung kah atau tunggu di saluran Astro First ja ni)



Amacam? Rasa-rasa buli menang Academy Award kah ni? Saya rasa kalau 100% guna bahasa non-English ada chance dicalonkan dalam kategori 'Best Foreign Film' di Academy Award nanti :). Tapi bila saya tengok trailer HMM tu macam tidak kenampakan kelibat burung garuda, sebab kalau sebut ja hikayat ni otomatik saya terbayangkan burung garuda, for once I thought "Merong Mahawangsa" tu is the name of the burung garuda.

Kalau KRU dengan HMM nya di Sabah ni pun apa kurangnya, ada juga bah :) "Waris Helang Putih" lagi tajuk dia...



Filem purbwara durang bilang..tapi bila diteliti betul-betul, astaga!

...mana mo cari wanita berambut perang dan kemas bersolek dalam era purbawara! Pendekar pula tu...



Sebut ja purbawara saya terbayang imej gadis macam si Umi Nazira dalam filem 'Hikayat MM' (lagi tiada solekan lagi bagus...jimat juga ndak payah guna khidmat jurusolek)



Salah seorang lagi pelakon filem purbawara "Waris Helang Putih" yang berambut blonde..:=(



Tapi yang ni memang berciri epik :=)



Saya harap ja durang edit ni filem betul-betul supaya terserlah ciri-ciri purbawara yang kuat, Jangan ja nanti kenampakan tu jendela 'moden' dalam gambar di bawah ni..



I wonder why they didn't do the shooting at the rumah tradisi Bajau di tapak Kg. Budaya Muzium Negeri (tidak dapat kebenaran kali kan)