28 Sep 2007

Esther Esthera - Sinopsis

Hmm...belum ada lagi ni VCD di kedai yang saya masuk kelmarin. Anyway here's the synopsis.


Gadis manis di bawah ini bukanlah pelakon Esther Esthera, tapi pelakon utama dalam pementasan teater bertajuk 'Sogit' di Tenom baru-baru ini yang dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Tenom. Nama dia Diana (lupa pula sir name). Cutekan....memang ada potongan jadi bintang filem.


Yang ini pun kalau digilap bakat, berpotensi besar juga ni. Ada friendster site, but no full address given (dia malu mengkali)


Mangsa kebakaran...
"Nah sia suap kau...tapi diam saja ah! Jan kasi tau bapa yang kita main mercun hari tu...nanti bapa bakar kita hidup-hidup!"

27 Sep 2007

Two different *sigh*

A *sigh* of sympathy

Goshh!! How could this happen?? Kalau betul seperti yang dilapor, ada budak-budak bermain api (main mercun mengkali) kenapa tidak larang dari awal...lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sebegini (tahap boleh masak telur atas jalanraya)



...and a *sigh* of envy! hehe...

(Somewhere in KK on the same day yesterday) Goshh! Why can't this happen to me?

Minta gia RM5000 duit kau tu asi! (kakaka)

26 Sep 2007

Amir Yussof in KK

Once a household name...but still rockin'



And some other happenings

Meriah habis juga sambutan perayaan Mooncake ni



Padau race - Fuiyyoo hebat juga durang bawa boat ni...sampai terangkat 45 darjah!



Hampir pupus - rupa-rupanya masih ada lagi spesis kereta Mr. Bean ni. I don't remember the last time I saw this car driven around KK. .

25 Sep 2007

Esther Esthera

"Esther Esthera"....bunyi macam bagus saja tajuk video movie (VM) nikan? Ala-ala Maria Mariana gitu. Nantilah mungkin Khamis ni baru saya ada masa pergi cari di kedai. Kalau projek yang dinaungi oleh "datuk-datuk" seperti projek ini membayangkan sesuatu yang grand scale! So semestinya saya mengharapkan sesuatu yang bermutu dan berkualiti.

Bercakap tentang penerbitan VM di Sabah ni, I think it's time penerbit-penerbit VM ataupun filem di Sabah melakukan sesuatu agar karya mereka sekurang-kurangnya mampu ditayangkan di TV. Sekarang nikan sudah banyak saluran TV (Ria, Prima, Kirana, TV3, RTM1, RTM2,). Takkanlah belum ada yang boleh tersangkut dalam mana-mana saluran. Adalah juga nanti kita menonton drama-drama dari negeri ini dimainkan di TV...terutama di hari-hari perayaan....seperti Hari Raya, Tadau Kaamatan, Merdeka, Krismas...etc. Setakat yang saya nampak macam belum ada VM kita yang setaraf dengan drama-drama yang dimainkan di TV. Sudah tiba masanya mereka memberi perhatian khusus ke arah objektif ini. Forget about tayangan panggung....nanti jadi pula macam satu filem tu...berangan masuk panggung...last-last ended up ditayang di balai raya. Mungkin Esther Esthera boleh bertindak selaku pembuka jalan sebab dengar cerita bahasa yang digunakan dalam VM ini bukan bahasa pasar (tapi bagi saya bahasa bukan penghalang utama...kalau ndak faham boleh letak sarikata...sarikata Inggeriskah atau sarikata BM baku kah....macam juga drama-drama dari Indon)

24 Sep 2007

Marsha tetap aktif

"Inginkan kaki seputih ini? Gunalah lotion Nivea!"

Talking about Kirana, rupa-rupanya saluran Astro ini sedang mengadakan peraduan filem pendek! Click here for details (mmm...is it too late to join? Closing date is 31 October)

Noni

21 Sep 2007

Hiburan variasi

Promo artis tempatan Amie Joba (take a listen to her demo songs on radioblog)

Laser Beam kids

Generasi kedua Laser Beam...beberapa orang anggota kumpulan ini adalah anak-anak kepada bekas anggota kumpulan Laser Beam. I've never seen them playing yet but I can imagine how good these kids are. For those who are not familiar with Laser Beam, they are actually quite popular in Sabah in the 80's. Kumpulan ini bolehlah dianggap sebagai peneraju penggunaan muzik elektronik/synthesizer di Sabah. Khidmat mereka kerap digunakan oleh RTM untuk menghasilkan muzik minus one bagi kegunaan rakaman artis-artis RTM Sabah. They are currently running a jamming studio in Asia City, called LB Music Studio dan sangat aktif mengadakan pertandingan Battle of the Band.


And the Sabahan who won short film contest in Canada. I hope someday he returns home and do something about the film making here.

Ini bukan berita hiburan...tapi sekadar iklan

Ini pula kisah Edlin AF2 dan Zarina AF2 yang bergabung menubuhkan kumpulan Cherry. Gian sangat dorang ni menghasilkan album. Entah apa silapnya bukan album pula yang keluat tapi kontroversi. Walaupun si Zarina sudah ada album solo sendiri (yang kurang mendapat sambutan) tapi beliau tetap maintain mau jadi artis rakaman.

Love Is Bunga....you guys must have already seen the smooching picture involving these two celebrities (so ndak payahlah saya siarkan di sini). Yang saya tergelak, motif media Indonesia menyiarkan gambar tersebut (gambar dirakam oleh wartawan Indon) hanyalah semata-mata untuk membuktikan yang si Bunga sudah ada pacar istimewa sekaligus mendedahkan siapa pacarnya. They don't bother at all about the 'action' (ala-ala Hollywood lah ni). Sekali sampai di media Malaysia....habis keluar segala...isu budaya, moral, agama, dosa, pahala..bla..bla...*LOL* Sehinggalah si jejaka terpaksa buat sidang akhbar minta maaf! Si Bunga di Indon relaks ja...tiadapun buat sidang akhbar. Mau cakap Malaysia ni kuno tidak kena juga...cos other Malaysian couples also do similar thing...infact i've seen worst than just smooching right at my apartment staircase!

One fine superwoman

Datuk Ariah Tengku Ahmad (the PBS Wanita Chief) was such an all rounder in her heyday of youth. Her photos were everywhere at the recent Women's Day Exhibition at the Palm Square, Centre Point Sabah in Kota Kinabalu.

Miss Jesselton 1956

She shared her story behind the Miss Jesselton photo with some women VIPs including Siti Jouyah the wife of Deputy Chief Minister:

"How old were you then?" asked the DCM's wife.

"Oh, I was 18," replied Ariah who is Sabah's first woman DCM. She turned 69 this year.

Ariah said she was preparing herself for tertiary education in Dunedin, New Zealand under a Colombo Plan scholarship when she spotted an advertisement in the old Sabah Times calling for participants for the Miss Jesselton Beauty Contest. It was organised by the Bangsawan Troupe from Singapore, then on a roadshow in North Borneo (now Sabah). Then Singaporean actress Maria Menado was the organiser.

"The cash prize was attractive, $500. It was a lot of money in those days. I decided to take part because I needed some money to buy some warm clothes and other necessities. In addition, the winner would get a wardrobe of clothing," she recalled. Ariah was chaperoned by her mother.

When she won, she received a sash and a trophy but no money was given. Neither was there a wardrobe presented as promised.

"I didn't get the money. I felt cheated, but I was na"ve and too shy to ask about it. Moreover, I was leaving for New Zealand in four days' time," she said.

"Why wasn't the prize-money given?" asked Siti Jouyah.

"Much later, I was told that the company organising the contest had gone bankrupt. So they couldn't pay me the RM500."

Ariah and Maria met up again in the late sixties, this time at a royal function in Pahang. By then, Maria had married the then Sultan of Pahang.

Ariah's husband, the late Tengku Ahmad Tengku Burhanuddin, was on transfer to the Peninsula as Brigadier-General.

"We were invited by the Sultan to attend his birthday party at the palace.

By then, Maria had forgotten me. When she realised who I was, she said, you have changed a lot, I almost couldn't recognise you."

"Did you bring up the subject?" asked Siti Jouyah.

"Yes, I did," said Ariah. "I just wanted to let her know what happened to me. I told her, you really let me down.

She offered to pay me but I said, now I don't need that.

She felt bad and apologised."

Woman deejay

Ariah's photo is the one on the most top at extreme left. She's known as Irene Pritchard back then

North Borneo's top woman athlete




Currently as politician

Ariah at right, she's 69 this year (long live)

I bet she can sing too...perhaps with the Saloma-type of voice...:)

20 Sep 2007

Berita-berita sadis!

And this latest report said the DNA tests on the body found stuffed in a sports bag on Monday in Petaling Jaya show that it is that of missing girl Nurin Jazlin Jazimin. (click here)

Beware! Extreme sadomasochism is wandering around freely

Beberapa hari lalu negara sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak yang dibunuh sebegitu kejam. Cukup berat mata memandang dan macam tersiat-siat pula hati membaca laporan tersebut. You all pun taukan how she was murdered and what sort of objects involved (hmm...yang si gila guna sayur-sayuran tu apa hal pula? Is he turned vegetarian? Tiada benda lain kah mau guna?) Sampai adalah juga orang yang phobia bila nampak timun. Berfikir dua kali juga mahu beli tu acar timun. Thank goodness I don’t eat brinjal at all. When I read about the poor child’s description (as released by police). Her height of 1.5 m, is considered tall for the estimated age between 6 and 10 years old (some reports say 6 and 9). Si Mila AF5 1.48 m ja tinggi dia (oops tersebut pula nama si Mila!). Initial investigation said the girl is probably a foreigner...salah satu bukti ialah bilamana tiada tanda kena jarum vaksin di bahu dia (terus mengkali kamu check bahu kamu masing-masing tu kan..hehe…ada tandakah? Hang on...maybe this is another good way to check PTI in Sabah). Back to this extreme sadomasochism as criminologist call him. If he happens to be the same person who murdered the other two victims before (age 5 and 6) with similar nature, the police should triple their efforts to nab him (apalah polis ni!) otherwise nanti si Mila AF5 pun jadi mangsa (palis-palis…oops si Mila lagi). Modus operandi si gila ni kan, mula-mula dia pura-pura tanya si mangsa pasal kucing dia yang hilang before asking the girl to accompany him to look for his lost cat (harap-harap saya tidak phobialah nampak kucing lepas ni) So ladies and gentlemen, it’s high time to educate our little girls not to entertain anyone yang tanya pasal kucing...”ingat tu kalau ada orang tanya pasal kucing hilang…terus lari sekuat tenaga! Pa’am?!”. Another disturbing fact concerning this case is the CCTV. Why do CCTV always produce crappy image? Otherwise the police may have already captured the car’s plate number (it is reported that there was this car captured by CCTV about the same time the bag was delivered).

You can find the poor girl’s image released by police for public identification purpose everywhere….I don't feel like publishing it here (kesian betul tengok).

Look mum! No foreign object!

Ini pula kes si brader yang didakwa...me…me…liii…lii..waa…waaa….chhuh!! (siou terberasin) rakan sepenjaranya….sadis!..sadis!! Since no foreign object mentioned, I believe he make full use of his locally intact object! Tapi yang saya hairan…kenapa pula mangsa dia, yang juga laki-laki, tidak terdaya melawan dia ni? lawanlah sikit! Kalau nampak dalam gambar macam kecil saja si brader ni saya tengok….kalau saya sepak sekali, terus terpelanting mengkali!


Malang yang berbau

I said ‘berbau’ sebab si mamat ni macam mencari nahas sendiri. Sudah tau dia tengah driving…yang dia pandai-pandai buat manicure (sambil driving) tu kenapa? Sampai tercucuk dada sendiri… sadis! sadis! Nasib baik tidak melibatkan timun atau terung…entah-entah tercucuk sebatang timun dalam mulut dia.

But this incident really flash back the memory while I was driving my elder sister to her work place one morning. Maklumlah time tu kelam kabut habis, so she didn’t have time bersolek di rumah…instead dia bersolek dalam kereta saja. Manalah saya tau which part of her face she’s focussing, the only thing I knew is slamming the brake pedal (traffic jam tahap jalan terhenjut-henjut). Sekali tukan terpaksa applied emergency brake…at the same time someone was madly cursing…I look to my left…habis tercoret lipstick from the right corner of her lips right up to her left eyes…*LOL*

18 Sep 2007

Mari melancong ke..

Saaaana Ranau...with Farish.

Poropok View/Kundasang

video


Kundasang War Memorial

video

Macam kelakar pula dengar si Farish cakap dari Sandakan Ke Ranau (guna kereta) ambil masa 5 - 6 jam..hehe!

Kepada yang rindu pekan Ranau...
video


Taman Negara Kinabalu bersama Sumandak Ranger

Macam saya kenal saja yang melambai-lambai mesra si Farish tu...

Sabah Tea



The rest of the videos

Taman Negara Part 2
Poring Hot Spring

Mystery of two missing children

In Beaufort...efforts to locate the 6-year-old child who gone missing a week ago will be called off Tuesday (today)
..and in PJ the 8-year-old Nurin is still nowhere to be seen after gone missing since 26 days ago


Reminding me of the series "Without A Trace" shown on Hallmark channel...

17 Sep 2007

Selamat Hari Malaysia ke-44


Kelmarin (16 September) genaplah 44 tahun kemasukan Sabah (dan juga Sarawak) dalam Persekutuan Malaysia. Namun begitu tarikh 16 September ini kerap dipersoalkan dan begitu kontroversi. Ianya tidak diberi perhatian di tahun-tahun sebelum ini dan hanya diiktiraf cuti umum di Sabah semasa pemerintahan kerajaan PBS. Kalau nak dikupas sejarah di sebalik tarikh tersebut memanglah agak panjang. Secara ringkas, tarikh tersebut bukanlah suatu tarikh yang dirancang untuk pembentukan Malaysia. Tarikh yang sebenarnya dirancang ialah pada 31 Ogos 1963. Malah upacara menurunkan bendera Union Jack British untuk digantikan dengan bendera rasmi negeri Sabah telah berlangsung di Jesselton (KK) pada tanggal 31 Ogos 1963 (simbol kemerdekaan). Malangnya majlis keraian besar-besaran seperti perhimpunan, perarakan rasmi malah pengumuman rasmi tertunda disebabkan masih terdapat tentangan dari pihak Indonesia dan Filipina dan hanya dapat dilaksanakan pada 16 September 1963. Memetik tulisan Saudara Clementine Christopher, Daily Express (2 September 2007)... "Singapore, Sarawak and Sabah were opposed to the delay and maintained that, since British control ended on August 31, 1963, they were "independent" between then and September 16, 1963" dan kesimpulannya...Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Sabah bebas (merdeka ler tu) juga pada tarikh yang sama 31 Ogos tapi tahun 1963 dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. So in my opinion 16 September deserves a wide publicity (TV commercials etc) and why not make it as another public holiday for the whole nation so that the whole country can celebrate.

Apapun yang penting sudah merdeka...maka dengan itu marilah kita hiburkan hati dengan hidangan artikel-artikel hiburan di bawah....






15 Sep 2007

Pecah rekod

Hmm...macam manalah rasanya kalau kita berjaya pecahkan rekod ni ah? Apalah kunun rekod yang saya boleh pecahkan...menaip paling lambat dan banyak salah? Menyanyi tanpa henti? hehe. Tapi adalah sekali tu masa saya masih kebaru-baruan belajar buat website (web design, video...music editing...upload to the net..bla..bla..bla) dua hari berturut-turut saya berdepan dengan PC...non-stop...tanpa makan pula tu...minum air, kopi, 100 plus saja...matapun berpinar-pinar..sikit pengsan...sekali bercermin...takajut nampak muka sendiri...iras-iras zombie sudah...sendiri ndak kenal...hehe...did I break any record??

Anyway here are some record breakers who must be very, very proud of themselves..

Pelajar Maktab Sabah

Durang kasi pecah rekod berbaris paling lama kunun ni...


Daki gunung sehari sekali?

Ini kisah si pakcik yang bersemangat besi waja. Yupp he made it...scaling Gunung Kinabalu 50 times within 50 days!?Pheww! Congratulations!... (Tapi orang-orang kampung yang jadi potter/guide di taman negara pun hari-hari juga naik gunung tu kan? Kenapa durang ndak masuk rekod?)

Ini pula Lim Seng Hin dari Sabah yang menjuarai kejohanan dart Malaysian Open. Pemenang pertama dari negeri ini dalam 27 tahun dan beliau sekarang berada di ranking ke 34 dunia. kira rekod jugalah tu kan! Nasib baik tiada kejohanan bermain guli...tidak lari kedudukan sepuluh mengkali ranking saya di dunia...hehe!.

Yang ini ukuran gempa bumi paling tinggi pernah direkod tahun ini. Sampai runtuh flyover di Karamunsing (just kidding). KL pun bergegar kan. Some experts say it did trigger tsunami, luckily the giant waves move southwest to the direction of the vast ocean (instead of moving to the land)
Sekali imbas gambar di bawah macam jalan bertingkat runtuh akibat gempa bumi. Ssbenarnya itulah jalan bertingkat di Karamunsing KK yang baru dibuka. Apa kena mengena dengan rekod? Mungkin yang paling lambat pernah disiapkan (baru separuh siap saja tu....the other half for the opposite direction...masih dalam pembinaan)

And the real record breaker...

The fastest human being

Masuk tahun ini saja sudah tiga kali si mamat ni pecahkan rekod dunia acara 100 meter lelaki. Sah! manusia paling pantas! The first two, he ran both 9.77 sec, then just few days ago he bettered the time to 9.74 sec...dia makan drug kah apa ni? Tapi masa world championship di Osaka baru-baru ni, nombor tiga saja dia...hmm!
And here's the video clip of his record breaking run. Saya kira stride dia...all in all ada 46 langkah saja



14 Sep 2007

Crocodile rockin at Taman Buaya Tuaran

Entah macam mana last weekend...mansau punya mansau...kami tersesat pula ke Taman Buaya Tuaran.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan

Satu..dua...tiga lekuk...jantan betina saya ketuk! Buaya-buaya sedang lepak 'backstage' sebelum dipanggil ke arena untuk membuat persembahan. Punyalah banyak...sekali kau terjatuh dalam kolam durang ni...terus jadi hidangan makan besar (palis..palis).


It's showtime! Hmm...tiadapun kena main lagu rock and roll 'Crocodile Rockin'. I think they're not aware of such song.


Showtime is about thirty minutes. Lepas tu ada cultural show at the adjacent long house.

Semasa cultural show ada cabutan tiket bertuah (dua cabutan saja). Terus adalah si gaman nikan menjadi manusia paling bertuah hari tu....dapat hadiah rantai berloketkan gigi buaya lagi...jan jelous! (Anyway here's a secret or a tip if you want to have a free gift. Kalau pengacara panggil volunteer naik ke pentas sebagai tukang cabut tiket bertuah you better offer yourself...cos the volunteer himself will be given a gift. We only know about it at the end of the lucky draw...adalah juga kawan yang menyesal)
Mind you...durang jual harga RM10! Nasib baiklah pakcik bertuah hari tu


Ini dia buaya yang digelar "Bujang Tuaran"....so ladies keep your distance!
Cheers!


Kepada yang teringin mengembalikan semula nostalgia zaman kanak-kanak...ada juga disediakan permainan-permainan ini


Terdapat juga gera-gerai menjual bermacam-macam produk dari hujung muncung sampailah ke hujung ekor buaya...seperti daging buaya, barang perhiasan dari kulit buaya (paling mahal tas tangan wanita berharga RM 30,000! Ya ampun!)...dan bermacam-macam lagilah...tidak ketinggalan buaya jantan punya 'anu'! kekekek...