30 Apr 2008

The Music of The Night

Gara-gara AF6...all of a sudden the song The Music of The Night from Phantom of The Opera is in the limelight. Sarimah the host of Diari AF keeps saying how difficult to sing this song. Maybe she's right. Personaly, everytime I hear this song, one sweet memory vividly flashback to my mind. I had my share of nightmare learning this song for a group performance, themed "The Adam's Family". We performed the show during the recital concert to mark the end of our three-month vocal lesson. For our recital, I played the role of The Hunchback of Norte Dame and sang this song at the graveyard. After I finished singing, the whole family woke up from their respective coffins...then all of us (including Mr. Dracula) sang Lionel Richie's "All Night Long" complete with a choreography (imagine a group of people dressed in ghostly costumes performing "All Night Long"...hehe...kreatif kan!)


Actually I record my singing many times prior to the recital, but only manage to find this particular recording, which was done during the early stage of learning this song...(time belum cukup pass lagi...mmm...I wonder how the final recording sounds like). Honestly the key is way too low for me and had to sing in notes lower than my normal low range (seksa!). I did ask the coach to shift the key higher to suit me but he replied "over my dead body!" (matilah lebih garang dari Ramli M.S). So ladies and gentlemen...are you ready! Live from Royal Albert Hall, London....presenting Mr. D.B Cooper with his rendition of The Music of The Night (Err...sorry for the low quality recording...maklumlah sound engineer lari lintang pukang ketakutan...macam real dia bilang)



Let's hear what the critics have to say

Sir Andrew Lloyd Weber: When I wrote this song I never imagine it to sound so scary like this one.

Andrea Bocelli: Your voice met with an accident at 'defenses'....and the shifting from normal to falsetto in 'pretend' is the worst i've ever imagined! *cilaka tajam juga telinga si buta ni!*

Barbera Streisand: Your tempo runaway!

Mariah Carrie: Well done...but would be more malatup with some whistling

Hetty Koes Endang: Sayang...part high note "set you freeeee" (sambil menyanyi feeling habis)...kalau bisa jauhkan mikrofonnya ya...agar suaranya nggak pecah!

Randy Jackson: Dawg you're the bomb!

Akak Paula Abdul: What's most important you get connected with the audience

Simon Cowell : EAT YOUR HEART OUT David Cook! (standing up and clapping non-stop!)


28 Apr 2008

Weekend sightings

Stacy's Fan Club doing some promo at Gaya Street


One of the souvenirs on sale


In the festive mood. Some decorations welcoming the Harvest Festival...:)




And believe it or not, this is the first time ever, I step into UiTM campus in Sepangar..:). What a beautiful scenery they have from the top overlooking the Sepangar Bay.



Aiyoo! Papan kenyataan pun mau snap juga kah..kekek

Ahmad Nawab bercakap mengenai AF

KEHADIRAN juri atau pengkritik bagaikan trend program realiti TV. Mereka diperlukan untuk menilai peserta yang bersaing di dalam pertandingan itu, baik daripada segi nyanyian, tarian mahupun rekaan fesyen. Bagaimanapun, apa yang menentukan kewibawaan seseorang untuk menduduki kerusi pengkritik atau juri? Apakah kriteria lain selain pengalaman yang ditetapkan oleh setiap penganjur program untuk mereka layak dipilih?

Seniman Negara 2006, Datuk Ahmad Nawab, melihat perkembangan melahirkan bakat baru dunia seni melalui program realiti hari ini sebagai tidak meyakinkan kerana kebanyakan pengkritik bukan daripada kalangan orang sepatutnya. Beberapa program realiti TV ditonton oleh komposer yang melahirkan nama besar industri muzik tanah air ini. Fenomena kurang sihat ini terus berlaku dan buat ketika ini, Ahmad Nawab melihat Akademi Fantasia 6 sebagai contoh terdekat.

“Adakah yang dilantik oleh penganjur itu orang yang betul-betul sesuai?” tanya Ahmad Nawab dalam pertemuan eksklusif dengan Selebriti Metro Ahad di rumahnya, minggu lalu. Menurut beliau, setiap juri harus bertanggungjawab dan tahu apa yang mereka perkatakan. Bukan sekadar berkata-kata tanpa mesej itu sampai kepada pelajar atau peserta.

“Juri sepatutnya perlu menyanyikan bahagian mana yang salah dipersembahkan oleh pelajar, bukan tahu cakap saja atau asyik kata pasal ‘pitching’. Tahu tak apa itu ‘pitching’?

“Tolong beritahu bar mana atau bar ke berapa yang ‘pitching’ itu salah. Kalau pelajar menyanyi sumbang, itu bukan lagi pasal ‘pitching’, tetapi ‘tone deaf’ (pekak nada).

“Penilai kena nyanyikan bait lagu itu, baru pelajar tahu bahagian mana yang mereka silap. Kalau melodinya ‘B natural’ tetapi pelajar buat ‘B flat’, kena beritahu mereka. Ini cara kita membetulkan kesilapan,” katanya yang menyokong cara Hetty Koes Endang mengkritik.

Kata Ahmad Nawab, sebab itu mereka yang dilantik seharusnya yang betul-betul berpengalaman dalam muzik dan tahu ‘note by note’.

Dalam hal ini, katanya, pelajar yang menjadi mangsa dalam mengejar populariti sesebuah program seperti AF. Ilmu tidak ke mana, tetapi populariti mengatasi segala-galanya.


“Tengok apa yang jadi dengan pelajar AF sebelum ini. Di mana mereka hari ini? Apakah benar-benar menjadi penyanyi yang boleh dipanggil penyanyi?

“Kadangkala saya naik malu menonton program begini. Bukan kerana pelajar yang menyanyi sumbang, tetapi pengkritik juga tidak tahu apa harus dibetulkan. Ilmu kena tinggi, baru boleh ajar orang.

“Sayang sebab AF seharusnya menjadi platform melahirkan bakat dalam dunia muzik, menjadi pelapis kepada penyanyi hari ini, tetapi setakat ini saya tengok tiada kemajuan di kalangan pelajar itu.

“Namun AF melahirkan populariti, bukan bakat sebenar. Sedangkan ramai pelajar tidak faham di mana kelemahan mereka disebabkan kehendak pengkritik yang berbeza,” katanya.

Sebaliknya, kata komposer yang menghasilkan lebih 2,000 lagu ini, ketika di pentas, pelajar diberi peluang untuk bertanya setiap apa yang diungkitkan pengkritik mengenai persembahan mereka.

“AF pertandingan nyanyian, bukan bertanding cara berjalan atau baju siapa paling cantik,” katanya.

Sebenarnya, Ahmad Nawab terpanggil untuk menyentuh mengenai AF dan isu pengkritik ini antara lainnya kerana kebimbangan pandangan masyarakat luar terhadap mutu bakat tempatan.

“Harapnya kata-kata saya dapat memberi manfaat bersama, bukan saja AF, tetapi juga program lain yang cuba mencungkil bakat seni nyanyian yang lebih kurang sama diadakan di Malayia.

“Cuba fikir kesan jangka panjang industri kita, bukan sekadar mencari populariti daripada program itu,” katanya.

Sumber

dBOS-fm: Memang pun betul apa yang Dato' Ahmad Nawab ni luahkan. Saya sokong seratus peratus. Masalahnya cuma faktor masa, peruntukan masa untuk pengkritik memberi komen dihadkan so pengkritik tidak dapat memberi kritikan yang sebaiknya. Lihat saja Hetty Koes Endang masa mengkritik persembahan pelajar pertama (Alif) pada Konsert Ke 5. Di suruhnya ulang-ulang siap dengan muzik. Kalau semua dia buat macam tu...mana mau letak iklan Mayfirst...hehe!

27 Apr 2008

Konsert 6 AF6: At the class of her own

Kembali mencarut! Tiada yang istimewa pada part pembukaan kali ini (AC sekadar berlagu syair). Part pengenalan pelajar-pelajar....sampin Stanly terlondeh...hehe. Nasib baik sedar kalau tidak habis terpijak terus melabuk. Wajarlah juga ditampilkan pasangan pengantin AF (ada siapa-siapa terkejut?). No doubt this is something special memandangkan kedua-dua mempelai adalah bekas pelajar AF1. Sekurang-kurangnya usaha AF mengkenen-kenenkan pelajar selama ini berbaloi lah juga. Congrats tu Khai and Rosma...so who'll be the next couple? Apahal Mila menyanyi suara macam tidak stabil...not as flawless as before. Siapa boleh jawab?

On to the performances.

Stanly - Kata (Hazami) C+
Satu usaha yang baik dari Stanly menyampaikan sebuah lagu dance music, walaupun kesimpulannya agak kurang berkesan. Dari segi gerak geri tarian, beliau kena perlu banyak pertingkatkan lagi (he's not groovy enough). Dari sudut suara, boleh dikatakan agak baiklah juga cuma lagu R & B sebegini yang memerlukan trilling skill (kemahiran ala-ala mebengkokkan suara) masih belum dapat digapai dengan sempurna oleh Stanly.

Alif - Ketahuan (Matta) B
Sebuah lagu yang bolehlah dianggap mudah dari segi melodi dan tempoh tetapi memerlukan attitude vokal yang kuat. Vocally Alif delivered this song very well, not much of a mistake. But I have to agree with Adlin's remarks that Alif presents the same facial expression, gestures and movement most of the time.

Nadia – Rama Rama (Ella) B
She sang very well in tune but as usual her voice sound very hard and aggressive. She delivered almost a uniform tone from start to end. Anyhow the performance is better than last week.


Toi – Tak Bisakah (Peter Pan) D+
This is another easy song. I never see Toi practise with guitar in Diary AF and suddenly he has to perform with a guitar. Despite the fact that he’s a multi-instrument musician he didn’t look comfortable with the unconventional guitar. Toi lost his lyrics, lost his focus, lost the facial expression…in short Toi lost everything in his performance this time


Nubhan - Generasiku (OAG) D
Macam menyesal pula aku puji lebih-lebih vokal tone Nubhan sedap. Sedap tu memang sedap tapi sejak konsert 3,4,5,dan yang keenam ni...vokal dia banyak berterabur. Masih lemah dalam mengawal pernafasan. Ibarat sebuah kereta yang sekejap sekejap tersasar dari lorong yang sepatutnya. Kalau berada pada lorong yang betul pun pergerakan kereta terhentak-hentak, tak smooth. Lebih kurang macam begitulah situasi suara Nubhan. Gerak geri beliau pun nampak macam katun...kaku semacam...not much groove and attitude..."sejibi" Stanly.


Stacy - Don't Speak (No Doubt) A+

Uinna...A+ lagi (alamak terlebih sudah!). Konsep 'mengamuk' sambil tendang-tendang kusyen tu is very creative (kudos to those who came out with such idea). Err...tapi part yang baca tiga helai surat berwarna-warni tu pelik sikit (masih pakai surat kah sekarang ni? Or are those telephone bills?*LOL*). Anyway forget about those drama sketches...they're not her idea. Vocal wise, I'm unanimous with Adnan. Very good phrasing and vocal delivery. Komen Adlin part genggam tangan tu..I object! Chewah! (ini kes mengarut mencari kesilapan-kesilapan kecil lah ni). I'm just in the opinion that this is her best performance thus far in AF. Once again Stacy presented such an entertaining and classy performance! Penyelamat konsert bah dia ni.

Riz – Seribu Tahun (Imran Ajmain) B
This is a beautiful yet quite a hard song to sing. Having watched Riz practise this song in Diary AF I thought he could easily grasp it. Riz has all the right ingredients to nail this song. Unfortunately it turned out to be not as I expected. Pitching wise was OK! Cuma pernafasan beliau macam turbulent sikit I can even hear him gasping in the word “lama” (la..*gasping*..ma). The falsetto part wasn’t solid and sharp enough. Ada pula ter-accident suara Riz on this part…hehe. Hmm…has he just awoken from sleep and has not done enough vocal warms up? Sounds like it.


Rina - Ular (Anita Sarawak) B
Except for part yang terlupa lirik, Rina did well too. “Penyampaian kosong' yang Ogy maksudkan probably due to Rina focusing so much on memorizing the lyrics. On some verses, she naturally sounded like Anita Sarawak too. Adnan and Adlin basically don’t have any idea what to comment…but for the sake of commenting durang redah sajalah…:)


My choice: Stacy followed by Rina, Riz, Alif, Nadia, Stanly, Nubhan and Toi

I was quite taken aback when AC read out Rina's name. My expectation was Toi. Rina should be at least in top four. So this is a kejutan for me since the early kejutan of Khai and Rosma sudah awal-awal pecah telur.

25 Apr 2008

Album Kaamatan


Satanic duo sent to jail.

They committed the most shocking and terrifying crime in Sabah this year (terlopong jugalah mulut saya baca laporan jenayah dua ekor binatang ni). They randomly grabbed their victim in Likas (who happened to be a second year UMS student). Forcefully pulled her into their stolen Kancil and sped off to Keningau. Along the journey they kick, beat, bite the victim and took turn to sexually assault her. All come to end after a car chasing drama in Kg. Rompon Tambunan (I think about 90 - 100 km away from where the crime started). Since orders to stop the criminal's car went unheeded the police shot the Kancil's tyre causing it to overturn and plunged into a ravine (fuuhh! A real life Hollywood drama in Tambunan...mana mau cari?). Thank goodness these satanic duo finally sent to jail otherwise...habis sumandak-sumandak di Pedalaman jadi mangsa. So sympathy with the victim...
click pic to enlarge

Just too bad they're not sent directly to hell (I mean...might as well they just get shot by firing squad instead of undergoing a jail term)

Click here for more horrifying facts

22 Apr 2008

Tetap jadi artis

Uiina si Mas juga bah...tatap mau jadi artis. Siapa lah bah yang nda mau bergelar artis kan...saya saja mengkali...hehe (buli kaitu ah kalau jadi artis tapi just cakap sama orang kita self employed..hehe. Apa kerja kau? Self employed...business apa?..errr..jual suara!..:))

21 Apr 2008

Diva Ketiau Part 2


Tuu..dia...wajah-wajah terbaru Ayu...yang dikatakan berbelanja beribu-ribu ringgit untuk ubah imej. Belum buat gigi lagi tu...kira ini baru imej pembuka tirai kunun ni.


Laporan Kosmo juga ada menyebut gosip pertama Ayu. Dilaporkan ada orang terserempak Ayu berada di kalangan sekumpulan orang yang sedang 'moginum' di Melaka. Her explaination...dia memang keluar dengan sekumpulan kawan-kawan yang dimaksudkan, tapi dia tidak moginum hanya seorang dua saja yang 'moginum'. Mungkin si Ayu ni masih baru dan belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dunia artis yang perlu extra careful kalau di khalayak ramai (nda buli kurik hidung...kurik telinga...cungkil gigi semua kena perhati tu...lebih-lebih sekarang ni siapa-siapa pun ada handphone lengkap dengan camera)

Former Unduk Ngadau wins Miss Sabah

I think she's the 2006 Unduk Ngadau the year before Joanne was crowned.


In the meantime, this sumandak is probably the first one to be crowned as Unduk Ngadau (mukim level) this year. Once I saw this picture...punyalah panick cepat-cepat saya check calender I thought it's already May (maklumlah kan masih banyak kerja terbengkalai)..duhh suspen ja *LOL*. Brace yourself for more.

20 Apr 2008

Konsert 5 AF6: Stacy did it again

Pembukaan konsert menampilkan persembahan kumpulan pemukul dram…hmm…idea siapalah ni? Kalau konsert bertemakan lagu-lagu hindi mungkin kena juga. Siapa tu Zed Zaidi? Penting sangatkah si Zed Zaidi tu, sehingga perlu diumumkan kehadirannya? Kelakar!

Alif - Hai (Adam) D+
Was it just me or the sound system had problem. I heard people talking while Aliff was singing and Aliff’s microphone was sort of on and off. Aliff performance is nothing to shout about. He looked confuse. Adam presence was no help either and looked annoying. Aliff was even confused after Adam appeared. His overall delivery was under par.

(Duhh semua Sabahankah penari-penari tu? Patut pun macam ada gaya si Kudiring...hehe!)

Stanly - Umi (Datok Shake) C+
When I attended vocal class few years back our vocal coach made a lot of comparison between singing and driving a car…indeed there are lots of similarities!..:=). In Stanly’s case, it reminds me of a driver driving on flat land applying fifth gear; once he reaches uphill slope, he continues driving uphill at fifth gear hoping to reach the top smoothly. It’s either he didn’t know the correct gear to apply and the correct timing to change gear or he did it on purpose. He made wrong estimation and ended up struggling and forcing his way to the top. Hah! Lebih kurang macam begitulah situasi Stanly..:). He often experience vocal disruption due to his inefficiency applying the right ‘gear’. Anyway Ning had advised him to ambil nafas before high note ala-ala tukar ke low gear lah ni sebelum kereta mendaki cerun bukit. Pitching wise, Stanly pada dasarnya tidaklah tersasar sangat, macam juga kereta dipandu bergerak sedikit ke kiri sedikit ke kanan tapi maintain berada pada lorong yang betul (lor kenapa sih ibu Kartini, enak-enak adja suruhin Stanly fokus lebih-lebih kenangin ibunya. Nanti terlebih emosi justeru bisa nangis deh diluar kawalan...bisa pusing gitu...habis berantakan)

Nadia - Kalis Rindu (Elyana) C+
Rambut Nadia lurus kali ini. Sambil menyanyi sambil pintal-pintal rambut macam nak bagi kerinting semula rambut dia. She tried to have some extra special through her gestures (manja-manja menggoda) and it’s not a bad effort. As advised by Ramli MS, she didn’t do the falsetto during the chorus part. She managed; it’s just that it sounds awkward to deliver the chorus the way she did.

Rina - Syurga dan Neraka (Hetty Koes Endang) B
Merah menyala pakaian Rina kali ini…:). Persis Diva! Although she made the attempt to stir the crowds, it’s not good enough for Ning. “Anda perlu kena bermain dengan crowds” Ning bilang. Mungkin maksudnya bawa sekali crowds menyanyi..”yeah! sing along everybody!”. Walaupun suara ala kadar, pokoknya nggak ada nada tersasar dong, enak banget didengar. Apa pun Rina telah cuba menghidupkan persembahan lagu ini mengikut cara beliau menghibur penonton di kelab malam

Toi - Beautiful Girl (Sean Kingston) C
I wanted to say the pronunciation sound very Malay. But put it this way, even Sean Kingston pun exaggerates the words to make it sound Jamaican, meaning its not proper English. So instead of imitating Jamaican slang why not we modify it to our own local slang for this particular song…:) Vocal wise, pitching is not very annoying, cuma semput-semput sikit. Outfit? Nampak sangat bapa budak diremajakan..hehe. As for the music I hardly heard other instruments other than the drum beat.

Saida - Bila Bunga Bunga Berguguran (Ogy)D+
Kalau saya perhatikan betul-betul, Saida seolah-olah cuba menahan diri dari menangis Mungkin dia terlalu sebak melihat kelibat anak-anak dan suami beliau dalam dewan. Kalau sudah dalam keadaan macam itu memang sukar untuk mengawal segala-galanya. Suara terpaksa dilontar ala-ala kadar sahaja sebab fokus telah terganggu. Suara beliau timbul, tenggelam…on and off sebiji orang menahan tangisan. I believe if it’s not due to such feeling she can perform better sebab lagu ni tidaklah susah sangat. Hmm…ada baiklah juga dia tersingkir for her own good

Nubhan - (Izwan Pilus) C
Tuu dia…outfit ja…sudah ada bayangan Justine Timberlake..:) As mentioned before, Nubhan’s vocal tone is very polished for an amateur. But technically he’s still much unpolished. As Ning said he needs to work more on projecting support from his diaphragm. His vocal support comes mostly from the neck muscle which is not advisable to hold or sustain longer notes. Pitching beliau sedikit sebanyak berterabur ditambah lagi dengan beberapa gangguan suara. Surprisingly Hetty gave positive comments to Nubhan. Probably something tells her that Nubhan has the potential to go further in this industry (tone suara dia kot! Kalau buat recording studio memang best ni)

Stacy - Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan) A

Auww...awww...auww..ah! hah! ah!

Wow…that was the bomb! Her x-factor lies in her dancing skill. She really blends with the dancers. Stacy can fill up the vacancy as Malaysia very own female dancing performer (female version of Adam). Vocal wise…she delivered as expected for this song.. Sebutan ‘saekkkksii’ with pleasantly distorted voice...mungkin dia, Mulan dan Anita Sarawak ja boleh buat..hehe!. Tidak kisahlah yang part tersemput-semput sikit sebab lagu ni kan ala-ala berlari 800 m. I didn’t quite get the low notes part yang Ning maksudkan. It sounds just ok to me. Onto the downside, Stacy still struts excessively. I examine thoroughly her performance from the video and I guess she shouldn’t prance at minutes 2:46, 3:16, 3:51 and 4:30. She should stick to the planned choreography, the rest she just needs to stay at one spot. She will also save more energy by doing this. But again, the overall performance was fabulous…obviously the best that night! (I wonder if Mulan can do the same by singing live. So far I only catch her miming doing this song)

Riz - Times Is Running Out (Muse) B+
His action is very well planned and quite synchronise with every word he uttered. His facial expression was projected ala-ala muka garang, macho, menggoda lah kunun…the attitude matches the character of this song. Tapi aksi Riz yang asyik-asyik membelai rambut sambil mata merenung tajam macam merimaskan juga tengok...luckily he didn’t stick out his tongue and licks his lips…*LOL*! Vocal wise, some chorus part sounded not that aggressive dan ada tersasar sedikit but the rest was ok! Another good job from Riz, I wanted to give him the same rating as Stacy, tapi level of difficulty lagu Riz kurang sedikit dari Stacy..:)

The critics are quite fair and just this time. I really enjoyed Hetty’s critics, amusing and educational. She has indeed a lot to say only the time does not permit her to talk more. The comedy sketches presented this time were not that funny. On the elimination, except for Stacy, Nadia and Riz I have no objection on whoever is eliminated each week. It’s good for Saida being eliminated after about seven weeks leaving her kids. The kids, no matter how much they understand surely will miss their mother a lot. So it’s good for her

19 Apr 2008

Ujibakat Tom Tom Bak di KK

Singgah sebentar tadi di Beverly Hotels tempat berlangsungnya ujibakat kedua Tom Tom Bak. Aiyoo....ramainya orang, terutama ibubapa serta anak-anak mereka, sudahlah tempat sempit. Kalau tengok nombor peserta adalah dalam 300 lebih yang mendaftar untuk hari pertama.


Spotted Candy at the venue, terus ambil gambar...:)

I guess this mini show, hosted by Abang Zoey and...(errr..not too sure who the other host is) is held so that no one is feeling bored while waiting for their turns to be auditioned. Besides lots of games, some kids were invited on stage to entertain the crowds. Hmm..how nice if AF audition also have a mini show like this one.
Adik comel ni, kemungkinan besar terpilih. Asyik-asyik kena kejar krew kamera TTB siap disuruh buat promo Tom Tom Bak lagi...:)

video

13 Apr 2008

Battle of "The Best Among The Worsts"

Kembali mencarut Konsert AF minggu ke empat...:)

Mula-mula tu kan pembukaan, siap dengan penari melompat, berpusing, terkangkang, tertonggeng, tergolek...you name it!. Ni durang berangan mau lawan opening acts konsert Idol Gives Back hari tu kah apa? Boleh tahan lah juga cuma nampak a bit messy...sudahlah fokus kamera macam lintang pukang.

Jeng! Jeng!...and the nightmare begins!**SCREEEEAMM!!**

FAISAL - JOGET BUNGA MELATI (HALIL CHIK)
Control macho sambil menggigil! Kesian kan! Mungkin terngiang-ngiang di kepala dia ni suara lantang Ramli MS (dengan echo) {{{YOU OFF KEY LAGI... I STOP U AT 4 BAR!...4 BAR!...4 BAR!}}} Tu yang dia menggigil habis dan nampak berhati-hati sangat! Tapi syukurlah tiada off-key kali ini...cuma ada gangguan siaran langsung suara terketar, tersasar dan semput sikit-sikit ja....mmm...bagilah B

TOI - LAUK KU DAH CUKUP MASIN (SPIDER)
Quite a difficult song. Muzik intro macam panjang sangat. Sambil menunggu tu Toi sempat mengira jumlah penonton dalam stadium...tapi belum sempat kira habis...first verse dah start...tu yang dia kelam kabut sebut perkataan..."!@#$%^&*$%^^bla..bla..bla..bla (trus tiba-tiba ja)...cukup masin!...cukup masin!" maka terlebih garamlah persembahan Toi...masin sangat!Kakakakaka! At least that's the scenario I've noted but frankly, not much of a pitching problem...cuma hampir-hampir lari tempo part yang lirik laju tu...gesture atau aksi Toi kali ni nampak sedikit kebingungan, tiada arah dan nampak 'kosong' (mungkin banyak part muzik). Mmm...C+

ALIF - MENGHAPUS JEJAK MU (PETER PAN)
Sebuah lagu yang agak mudah, tidak memerlukan tarikan suara yang banyak. Tapi kena faham juga lah kan masalah Alif tukar lagu saat akhir. If I were in his shoes, all I wanna do is to deliver this song cukup-cukup makan saja, tidak perlu banyak bunga-bunga and I think he did exactly that. Ketara juga menggigil dia ni...instead of "getaran suara menusuk kalbu" all I heard is "Ketaran suara mencucuk gegendang telinga". C

SAIDA - HATI KARMA (SITI NURHALIZA)
Paling ketara dia ni tidak fokus. Is she expecting some kejutan, in the form of kemunculan Datuk Siti? Muncul-muncul Noraniza Idris lah pula (by the way I never like Noraniza's vocal tone...macam suara tercekik leher). Then Saida pun kecewa, sampai semput-semput (nyanyi Dr. Cinta tidak pula semput). Ada pula satu line tu dia tidak nyanyi. Something macam ada keresahan tahap gaban dalam fikiran dia ni. Dandanan dan pakaian memang cantik, malangnya pengkritik terlupa puji! Mmm...kasi lah D

STANLY - KASIH TERCIPTA (FAIZAL TAHIR)
Argghh!! This is a beautiful song and suppose to be the killer song among the rest. With its mellow and quiet musical accompaniment, you can easily hypnotise the crowd if you grasp it well but at the same time, every tiny little mistake you make is easily detected. Stanly started fine! Tapi belum habis first verse sudah kedengaran suara terkucil. Adalah juga satu dua part high, big notes tu yang dia boleh lontar dengan baik siap dengan gema dan sedap juga telinga mendengar. Tapi his voice dominantly ditimpa kemalangan tragis...tersangkut, terkucil, terseliuh..you name it! Belum lagi masuk part terlupa lirik (tapi part lupa lirik ni saya maafkanlah cause it often happen to me too....kekekek). As I said before, dia ni ada masalah instability dalam lontaran voice. Sedang tercari-cari huraian yang sesuai...alih-alih Adlin buat statement "ada angin yang tidak stabil dalam badan awak!...macam tangki yang nak pecah" *LOL* (tepat sekali) Thanks to Adlin for making my job easier. Hmm..bagilah D+

RINA - TERBANG HELANG (SHARIFAH AINI)
Tu dia fesyen baju tidur kelawar berwarna kuning...siap sedia ke bilik tidur! Tapi macam kurang menjadi persembahan Rina kali ni, ala-ala menyanyi sambil lewa. Lontaran suara juga macam mendatar, tidak banyak lenggokan dan gegaran. Her gesture snapping her fingers sebiji macam orang sedang jamming atau sekadar test-test lagu saja. Tu yang terus menerus terserlah watak ibu tiri garang dalam diri Ogy, sampai tersembur keluar statement "penyanyi lounge" (nasib baik bukan GRO lounge..kekekek). Tapi memangpun Mama Rina ni penyanyi lounge kan? Pengkritik ni pun buas semacam...kalau pun ada yang datang bulan atau di ambang menopause malam tu...apa salahnya bagi kredit lah juga pada aksi Mama Rina mengkibar-kibarkan baju kelawar dia tu...ala-ala nak terbang macam helang...sesuailah juga dengan tema lagu..kan!..hehe. C+

NADIA - MENGAPA DIRINDU (SALOMA)
Lahanat betul durang bagi lagu ni sama si Nadia (Mama Rina sepatutnya dapat lagu ni dan Nadia lagu Terbang Helang). Kalau ditukar gubahan muzik ke genre rock, blues atau reggae tidak apa lah juga, ini dikekalkan muzik asal sudahlah si Nadia ni jenis gadis yang tidak pandai pakai kain sarung di rumah..hehe! The verdict? Tak sesuai langsung, terlebih power..terlebih volume. So Adlin fokus pada art direction sajalah...which I think is not that bad. Kembanglah Jasmi Rejab malam tu kena puji...tapi art direction Saida pun kira ok juga...terlupa pula durang puji.B

NUBHAN - CINTA HAMPA (D'LOYD)
The whole gimmick is probably planned at the very last minute. Mungkin bunga tu pada awalnya untuk si ibu kandung (Ning) tapi memandangkan ibu tiri sudah hilang kawalan (harus dipujuk) maka terpaksalah tukar skrip pada saat-saat akhir. Menggeletar si Nubhan hulurkan bunga...macam bagi makan singa lapar...lepas campak terus lari sekuat tenaga..kakakak! The whole gimmick, despite very entertaining, spoiled his vocal delivery. Paling kelakar masa part music transpose, bayangkan saja lift yang sepatutnya berhenti di tingkat lima tersasar ke tingkat sepuluh, nasib baik boleh cepat-cepat turun balik ke tingkat lima...hah lebih kurang macam tu lah situasi Nubhan *LOL*. But blame it on the gimmick that makes him lost his focus. Tapi pose penutup tu memang kelas habis! *LOL*. His performance actually save the whole concert from sombre to riuh dengan gelak ketawa. C+

RIZ - MARABAHAYA (SPIDER)
Mmmm....I don't quite like the art direction. Koreografi pun macam nampak semak. But vocal wise, not that bad. This is indeed another difficult song but Riz managed to deliver it accordingly. Walaupun kawalan suara kira baguslah juga (terutama part rap), tapi kedengaran banyaklah juga semput.. blame it on too much skipping.B

STACY - CINTA KHAYALAN (STACY)
First time pula dengar the full version lagu ini (macam ada iras-iras single pertama Farhan "Aku Saja Yang Tahu"). Hmmm...the song itself is not as good as Sharon Paul's songs for Marsha and Velvet. I wonder how many singers had rejected this song? I've to say the melody is something out of the ordinary...sekejap naik sekejap turun...not that yet friendly to my ear! I guess Stacy had given it's utmost best to sing this song and the result is quite impressive. Walaupun vocal delivery agak baik, she still needs guidance on the proper vocal arrangement and phrasing...(when to softened, hardened, whisper, growl etc). Singing wise is good but comes the facial expression, sepatutnya ada gambaran wajah seseorang sedang berkhayal (macam tersenyum syok sendirian) but I didn't see it. But again overall it's not a bad effort (with ample and proper guidance I hope she can deliver this song better for the studio version).B

I've to agree that generally the students did not perform well this week, tiada yang outstanding seperti Konsert 1 (Stacy and Stanly), Konsert 2 (sekali lagi Stacy) dan Konsert 3 (Nadia dan Mama Rina). Well I think I've to blame on the song choice this week. Almost a collection of boring songs! Vocally, Stacy, Rina, Toi did well and maybe Riz too. Nadia is good but the song does not really match her style and voice (it's like minyak dan air, tak bercampur langsung). Nubhan session is hilariously entertaining. Faisal showed a bit improvement unfortunately it failed to save him from being eliminated. He appeared stunned but I'm kind of hoping the result. All the best to him! Pengkritik pula, except for Adlin the other two are nothing to shout about. Yang seorang menggerun serta mengelirukan, yang seorang lagi, beri komen tak berapa tepat dan sukar menyusunkan kata-kata. Having said that how I wish AF will appoint Ogy to be the tenaga pengajar drama/seni persembahan next season. So that we'll be able to see what the heck she's been grumbling all this while...:)

12 Apr 2008

AF 6: Peraduan mencipta lagu dan lirik

AF 6 menjemput orang ramai untuk menyertai peraduan mencipta lagu dan lirik untuk dinyanyikan oleh finalis AF 6 (hmmm finally..thanks to American Idol..:)). Ikuti saja pengumuman Sarimah di bawah...tapi sebutan nombor telefon macam kurang jelas.

video

But I think for the final song selection they will open for public to vote via sms juga ni..:(.

Anyway...selamat mencuba!

11 Apr 2008

Idol charity show...Rocks!!

Idol Gives Back the American Idol charity concert was aired yesterday. Despite having a slightly low rating compared with its inaugural show last year, it still managed to raise over USD 60 miliion from generous Americans and to me it's still as perfect as last year's show.

Some kejutan too, firstly Terry Hatcher can really sing and it's the first time I spotted Bono without sunglass (oh OK..I prefer him with the sunglass). My favourite is Anny Lennox performance...goosebump! But out of all, this one by the best comedien alive (Robin Williams) is somewhat hilarious...



..I love you right now in the Brokeback way...kekekek! (and yes people making fun of Simon's 'breast' too *LOL*)

9 Apr 2008

Single baru Stacy

Yupp...looks like the previous single (Cinta Terlarang) given to Stacy earlier (lagu di bawah) ditukar pula ke single baru bertajuk "Anganan Dalam Khayalan" ciptaan Sharon Paul, lirik oleh Shimi dan Shekalam. Hmmm..macam kurang best pula lagu baru ini banding single sebelum ini...:(

"Cinta Terlarang" versi pendek (pra-dengar)


But then one question...what if Stacy reaches the final...is she gonna get another single?

Brand new video from Madonna

It's simply called 4 Minutes ft J.Timberlake (as well as Timbaland). Wow! two of my favourite stars in one video...slurrrp!


8 Apr 2008

Pisang misteri

Look ma...no gravity!. Mungkin kalau lelaki makan ini pisang, organ yang satu tu kekal pada posisi melawan graviti juga kan! *LOL*


Penalised?

According to the report, this unconscious lady was at fault during a road accident last Saturday (5th April) in KK that cost the life of a father of five kids. I believe there are other photos of her taken during the incident tapi foto beliau pengsan dalam posisi sebegini pula yang disiarkan...seolah-olah beliau didenda kerana menyebabkan kemalangan tersebut (?)....so berhati-hatilah di jalanraya.

A big crime against nature??

It annoys me by just looking at this photo...argh (tapi tempek juga di sini kan..hehe). All this while I thought I'm a very, very open minded person, but when it comes to a fact like this, it really challenges my mind. Initially I'm not sure what to think of it all :=) but having read some articles about the person's background and watched Oprah's interview with this...err...creature, I sum it up that THERE IS NO PREGNANT MAN HERE...HELLO!. That creature is a woman who mutilate her body to make it appears as though she is a male...as simple as that. Isn't he looked stunning when he was a woman? Finalis Hawaii Miss Teen USA lagi!

Just watch these 'idiots' (oops!) being glorified on Oprah show. The show is suppose to be screened anytime this week on Hallmark, but glad to find it earlier on YouTube. There are couples of hilarious moments though during the interview (is just makes you wonder is male sex organ originated from female's one? *LOL*)




That poor soon-to-be-born child would be a victim of bully. Imagine to have words like "you're an idiot because you came out through an a*****e (although that pregnant creature is going to have a caesarian). Sigh! Am I still on earth or somewhere on other planets? Mars? Venus?....

Click this YouTube channel to watch the rest of the series (before Oprah requests YouTube to delete them)

7 Apr 2008

Napataaai!!

Atuuukk! Ih Andit!


..deyy..nakaratu ih tinggaton ku!

6 Apr 2008

AF6 : Konsert 3

Mengumumkan sekali lagi kemunculan pakcik mencarut konsert AF6...hehe. Tema rock beb! But before that terimalah dulu kemunculan dua orang 'Ciki' membawa telefon (telefon siapalah yang kena curi tu) dan remote control Astro (patutpun remote control di rumah saya hilang). Perlukah demonstarsi tu. Atau masih ada orang yang belum kenal telefon fix line and remote control *LOL*

Stacy = Pelesit Kota ( Search ) B

Alamk terlebih sudah! Yupp...agree that Stacy moves a bit too much and kurang teratur. This leads me to question "where's the guru Showmanship(Anita Sarawak)?". Somebody needs to guide her on bila masa nak bergerak and bila masa tak perlu bergerak! But vocally as usual splendid, she did justice to this song. Cuma it's good if she can hold the big notes slightly longer with strong vibration. But this is not an easy song (yang tersusah ditugaskan kepada pelajar minggu ini)

Faisal = Sentuhan Kecundang (Ekamatra) F

Aduh! Sakit telinga aku! Off-key habis. A reminiscence to his first concert performance. Looks like this guy is having a throat problem. He started to sound like Cikgu Siti Hajar (the first victim of Siti Hajar vocal class?). I've mentioned this many times before AF vocal class brings more harm than good. By the way, did he wear the same outfit as last week? Nampak macam sama saja.

Nadia = Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler) B+

This song is so hypnotizing. Whoever sings it will mesmerized the audience. Nadia is so lucky to have it. She sang it so well for the low notes (she has a good low notes tone). She almost lost the essence during the chorus, with a slight pitch problems. To me Nadia's voice tends to sound thin when it comes to high note (not as enormous as her low notes). I still don't get to hear the big or strong resonance(gema)from her, seperti biasa kedengaran pada Jac, Adibah, Mariah, Whitney, Velvet, Celine just to name a few (including Stacy as well).

Aliff = Kamelia (Sweet Charity) B

Vocally he showed some improvements. But still there are couples of either pitch problem or vocal glitch here and there. By the way, why does he look geram semacam? *LOL* (Adlin's comments on him is accurate but not Ogy's)

Lufya = Tika Dan Saat Ini (Medicine) C

Outfit dia ni kan, mungkin salah satu yang kena reject last week semasa fitting untuk lagu dangdut. Sian Lufya. Facial expression pula terlebih over dose! Surprisingly vocal wise she did pretty good (especially the big note at the ending) adalah juga attitude rock sikit-sikit and not much pitching problem

Naim = Opera Hidup (Wings) E

Hmm...he really unable to carry this song. Kesian! All I see is a lakonan aksi brutal rock yang dipaksa. Vocal beliau juga tiada attitude rock (sekadar dipaksa)

Stanly = Patahnya Sayap Malam (Massa) C+

Nampak sangat Stanly bertungkus lumus menyelaraskan suara beliau untuk kena dengan lagu ini. Macam terserlah pula suara ala-ala Chinese crooner dipaksa menyanyi lagu rock. Kedengaran lebih banyak chess tone. I think kalau dia boleh buat atau combine sikit nasal sound it would be good. He almost lost the tempo but overall it's not a bad effort.

Saida = Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) C+

The good news is she stays to herself and the bad news is 'staying to herself' means no rock attitude at all. Just imagine if she wears something like Lufya singing this song. Suara tidaklah solid and firm sangat menyampaikan lagu ni. The big notes mostly flat, tak cukup 'bulat'(I'm don't agree with Ning about pengawalan suara Saida bagus). But again she did it in her own way menggunakan kemampuan beliau tersendiri yang sangatlah terhad.

Nubhan = Summer 69 (Bryan Adams) D+

Nubhan's husky voice probably reminds Ramli MS of Bryan Adam hence assigning him this song. But then...he lost his essence in this song. The husky and silky voice is nowhere to be heard. All I heard is a shaky voice, pitchy, glitchy and poor diction as well. In short a very poor delivery from him this time (yet Ogy mentioned about 'peningkatan' *LOL*, tak faham apa peningkatan yang Ogy maksudkan di sini...Ogy ni pandai kritik kah tidak ni?..oops!). I like his jacket anyway although he looks uncomfortable with the sun glass

Riz = Keunggulan Cinta (BPR) B+

Not a very good permulaan. But Riz picked up as the songs progressed. He knows how to adjust his voice accordingly to this song. Tapi kedengaran juga part suara serak rock yang sengaja dibuat (dipaksa). Another good performance from Riz.

Toi = C.I.N.T.A (XPDC) C+

This is indeed not a very challenging song in terms of melody and should not be a problem to any amateur. And Toi delivered just as expected.

Rina = Enter Sandman (Metallica) A

The voice, gestures, stage presentations are all solidly in place. Heard that this song is one of her favourites and been singing it numerous times. But then the song is not that challenging right?! The same melody is repeated over and over again and not much improvisation from her while doing so. But overall still a good performance as compared with the rest.

My ranking

Rina, Nadia, Stacy, Riz, Toi, Lufya, Aliff, Saida, Stanly, Nubhan, Naim and Faisal.

Elimination

Can you imagine the producer probably said "AC tolong sound terus, dah tak der masa dah ni tinggal seminit jer lagi!". AC pulled the tag and with one exhale announced the names of the two students eliminated...Lufya and Naim. Is this the shortest announcement ever? No suspense whatsoever. Naim yes...setuju sangat but not Lufya. To me Lufya (as well as Yana) still have lots that they haven't shown yet to the audience. Lufya is improving. To me she did better than Saida, Nubhan, Faisal (and of course Naim) but apa boleh buat rezeki tak memihak beliau (has it got anything to do with her family yang ada business bersepah sini sana...kira keluarga berada lah juga dia ni)

5 Apr 2008

Ebi speaks out

Cintai Mila satu kesilapan

Oleh HARYATI KARIM

JIKA Rabu lalu Kosmo! membongkar kisah sensasi sugar daddy Mila dan juga cinta malangnya dengan Ebi, kali ini VAZZ! mendapat jawapan daripada mulut Ebi pula. Sebelum ini, Mila seperti mengatakan Ebi yang beria-ria ingin menawan hatinya sedangkan dia langsung tidak mempunyai perasaan yang sama.

Nyata Ebi tidak mahu mendiamkan diri lagi. "Saya sangat terkejut membaca artikel itu. Ia seolah-olah mahu menjatuhkan maruah saya," kata Ebi kesal. Ebi yang kini sibuk di set penggambaran Sayang U Can Dance, menjelaskan dia tidak mahu apa yang berlaku menjejaskan fokusnya. Sebaliknya dia cuba untuk memberikan yang terbaik ketika bekerja.

Kosmo!: Mila ada menyatakan yang kamu berdua dalam proses hendak berkenalan saja, belum sampai tahap bercinta? Betul ke?

EBI: Sebenarnya kami rapat sejak tahun lepas. Saya akui memang kami bercinta selama ini, cuma kami merahsiakannya kerana masih terlalu baru dalam industri seni. Nanti takut orang kata kami hilang fokus dan lebih mementingkan cinta daripada kerjaya. Sebenarnya dia yang terlebih dahulu mengambil berat tentang saya. Mila juga mengaku dia sayangkan saya. Sebelum ini dia ada merancang untuk umumkan hubungan kami semasa Anugerah Bintang Popular nanti (hari ini), tapi kami dah putus, nak buat macam mana. Apa yang berlaku antara saya dengan Mila asalnya tiada siapa yang tahu. Bagi saya tak eloklah hebohkan perkara peribadi kepada orang ramai. Banyak lagi benda lain yang dia boleh cakap, kenapa nak beritahu hal peribadi.

Masalahnya, cerita itu tidak benar sama sekali. Janganlah kata saya saja yang nak bercinta dengan dia kerana percintaan itu atas kerelaan kami berdua. Saya serius kalau bercinta, kenapa perlu sakitkan hati orang yang kita sayang? Saya baca artikel itu (Kosmo!) tapi saya tak tahu apa niat dia.

Timbul juga kisah lelaki Cina yang telah berusia yang dikatakan Mila sebagai rakan kongsi di syarikat yang baru dibuka Mila. Siapa sebenarnya lelaki itu? Terus terang, kami berpisah pada 14 Februari lalu, semuanya kerana lelaki itu. Tapi saya tidak mahu ulas lebih-lebih kerana banyak hati yang perlu saya jaga.

Apa yang boleh saya katakan, bercinta dan terlibat dalam hidup Mila adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan.

Jadi lelaki Cina itu yang menyebabkan kalian putus kasih?

Memang dialah punca kami berpisah. Ini kerana Mila yang minta saya lepaskan dia. Waktu itu saya terkejut tetapi apabila difikirkan kembali, saya sudah malas dan nekad untuk tinggalkan dia. Jadi kami pun berpisah.



Kamu berdua baru sahaja menapak dalam dunia seni malah mempunyai pihak pengurusan yang sama. Bagaimana hubungan kalian selepas ini?

Sebagai artis, menyanyi itu kerjaya saya. Sejak berpisah, saya hanya jumpa dia jika kebetulan kami ada show yang sama. Saya kena bersikap profesional. Tetapi untuk menghubunginya seperti dulu tidak lagi. Sejak berpisah saya tidak pernah menelefonnya lagi. Memanglah semua ini sedikit sebanyak mengganggu saya, tetapi saya juga ada kerja. Apa saja masalah yang datang saya akan tolak ke tepi dahulu. Mungkin selepas ini ada lagi kenyataan daripada Mila.



Jika begitu, apa yang ingin kamu lakukan untuk membela diri?

Saya manusia biasa yang ada tahap kesabaran. Jangan sampai saya ceritakan semua kisah saya dan dia. Saya kalau boleh tak mahu malukan sesiapa. Walau apa pun yang berlaku saya berpegang pada prinsip, nanti suatu hari Allah akan tunjukkan kebenarannya, jika bukan esok, lusa nanti di akhirat. Kita sesama Islam harus menjaga lidah supaya jangan berbohong dan menyakitkan hati orang lain


Source



3 Apr 2008

Determined to be a singer

Maybe she's born to be a singer...seperti Anita Sarawak..:)


Penyanyi merangkap guru muzik

Bermain seruling lagi!...album beliau akan dilancarkan di Buhavan Square Donggongon hari ini.


2 Apr 2008

A sorrow pledge

A great message for those who never thought or don't bother to know that it involves a lot of money and time to produce a song. After all the struggles and efforts...with a blink of an eye...lagu kena download free! HOW!?



Don't Download This Song - Weird Al Yankovic

Once in a while maybe you will feel the urge
To break international copyright law
By downloading MP3s from file-sharing sites
Like Morpheus or Grokster or Limewire or KaZaA

But deep in your heart you know the guilt would drive you mad
And the shame would leave a permanent scar
'Cause you start out stealing songs and then you're robbing liquor stores
And sellin' crack and runnin' over school kids with your car

So don't download this song
The record store's where you belong
Go and buy the CD like you know that you should
Oh, don't download this song

Oh, you don't wanna mess with the R-I-double-A
They'll sue you if you burn that CD-R
It doesn't matter if you're a grandma or a seven year old girl
They'll treat you like the evil hard-bitten criminal scum you are

So don't download this song
Don't go pirating music all day long
Go and buy the CD like you know that you should
Oh, don't download this song

Don't take away money from artists just like me
How else can I afford another solid gold Hum-Vee
And diamond-studded swimming pools
These things don't grow on trees
So all I ask is, "Everybody, please..."

Don't donwload this song (Don't do it, no, no)
Even Lars Ulrich knows it's wrong (You can just ask him)
Go and buy the CD like you know that you should (You really should)
Oh, don't download this song

Don't donwload this song (Oh please, don't you do it)
Or you might wind up in jail like Tommy Chong (Remember Tommy)
Go and buy the CD (Right now) like you know that you should (Go out and buy it)
Oh, don't download this song

Don't download this song (No, no, no, no, no, no)
You'll burn in hell before too long (and you'll deserve it)
Go and buy the CD (Just buy it) like you know that you should (You cheap bastard)
Oh, don't download this song

1 Apr 2008

Mr Hunk preview

...I stumbled upon Mr Hunk preview at Kompleks Asia City last weekend. The show was almost ended and just managed to snap a few contestants

Oooo....!!


Waaa...! (crowds' favourite)


Fuuiiyoo...!


Alamak! Terlebih sudah!


Cayalah!


Ooppss!! Ehemm..kekekek



..and the overall winner..can't get rid of my eyes off this sofa set..:)