Macam kurang jelas pula penjelasan Mas terhadap soalan berhubung duit RM 20,000 tu. Walaupun pihak Maestro telah membuat penjelasan namun masih ada juga pihak-pihak yang membuat andaian dakwaan Mas itu berasas. Hmm..entahlah yang penting at the end of the day both sides are in win-win situation. Jangan sangka tangan yang mengipas sate tu tidak mempu menggegarkan maestro? Hehe...
17 Feb 2009
Mas - Misteri RM20,000
Macam kurang jelas pula penjelasan Mas terhadap soalan berhubung duit RM 20,000 tu. Walaupun pihak Maestro telah membuat penjelasan namun masih ada juga pihak-pihak yang membuat andaian dakwaan Mas itu berasas. Hmm..entahlah yang penting at the end of the day both sides are in win-win situation. Jangan sangka tangan yang mengipas sate tu tidak mempu menggegarkan maestro? Hehe...
13 Feb 2009
Mas bersuara
Mengajak Rock kahwin?
"Bila saya nak kahwin dengan dia? Sikit pun saya tak pernah merancang untuk berkahwin apa lagi dengan lelaki yang bernama Rock. Saya tak pernah merayu kepada seorang lelaki untuk berkahwin dengan saya. Bunyinya agak keterlaluan. Seolah-olah saya tak ada maruah dan tidak ada keluarga, sehingga dia berani memberi kenyataan begitu. Lagipun macam mana saya nak kahwin dengan dia kalau
selama ini saya yang banyak berhabis?
"Untuk pengetahuan semua, baru sebulan saya kenal dia dan bukan setahun seperti yang dikatakannya. Kalau saya kenal dia setahun, rasanya badan saya mesti kurus kering sebab tak ada duit dan bukan berisi macam sekarang,"
"Saya tak cintakan dia. Banyak benda yang saya buat di luar kesedaran. Saya hanya mengikut apa yang disuruh. Perkara sudah berlalu. Harap-harap saya tidak berjumpa dengannya lagi,"
RM 20,000 diberi kepada Maestro?
Mas juga memberitahu sejumlah wang sebanyak RM 20,000 diberikan kepada Freddie Fernandez untuk tujuan menyiapkan album mini beliau. Namun dakwaan ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Freddie Fernandez
“Mas kata dia melaburkan RM 20,000 untuk terbitkan album sebenarnya adalah tidak benar sama sekali.Ini bukan cara Maestro terbitkan album artis. Kami tidak pernah ambil duit artis yang bernaung di bawah syarikat kami.
“Maestro yang menanggung semua kos penerbitan album dia (Mas) walaupun kami tahu peluang untuk dapat semula modal pun susah, kami menerbitkan album dia (Mas) atas dasar simpati kerana kontraknya dengan Maestro telah tamat sejak dua tahun yang lalu.
“Pihak kami juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan Mas untuk menghasilkan album ini, semuanya dilakukan secara lisan sahaja,”
Pegawai PR Maestro Othman Mahmood pula berkata dakwaan Mas berhubung duit RM 20,000 itu telah menjejaskan reputasi dan nama Maestro (hehe...kena kamu tamparan kipas sate)
Siapakah yang sebenarnya bercakap bohong dan siapakah yang bercakap benar...nantikan episod seterusnya!
11 Feb 2009
Mas selamat tiba di Tawau
Menariknya juga dalam laporan tersebut di atas ialah Mas juga pernah dimasukkan ke wad yang sama pada 4 Disember 2007! Bermakna ini adalah kali kedua beliau mendapat rawatan di wad tersebut :-).
Sheila Majid pengetua AF7?
AF7 mendedahkan tenaga pengajar barunya untuk musim ini mereka terdiri daripada
1. Siti Hajar - Vokal Persembahan
2. Fatimah Abu Bakar - Motivasi dan Bahasa Inggeris
3. Syafizawati Shariff - Vokal Teknikal
4. Ida Nerina - Lakonan
5. A. Aris Kadir - Koreografer (no Linda Jasmine this season...she's getting married)
6. Acis - Pengarah Muzik
Apa yang tidak diberitahu dalam sesi pengenalan tersebut ialah Pengetua AF musim ini. Pakar-pakar gosip meramalkan Sheila Majid bakal menjadi pengetua. Bayangan tersebut seolah-olah makin jelas bila suaminya (Acis) juga terlibat sebagai tenaga pengajar musim ini. Nampak gaya musim ini nama Jasmi Rejab selaku perunding imej (stylist) juga ditiadakan.
AC Mizal dan Sarimah kekal sebagai pengacara :-)
9 Feb 2009
Mas - Antara Cinta dan Cita Cita
Melihat klip video di atas, dapatlah saya rumuskan Mas sememangnya tertekan menanti album beliau yang lambat siap. Memandangkan undangan show untuk beliau agak malap (seperti yang diwar-warkan) dan berhadapan dengan situasi "eko-no-money" mungkin beliau berpendapat hanya dengan kelahiran album tersebut saja mampu mengubah keadaan. Dalam tertekan pasal album, muncul pula situasi baru...kekasih hati berbelah bagi mahu berkahwin, hence the feeling of insecure....lalu diikuti dengan extreme depression.
6 Feb 2009
Double Take ke MIJF
Mas @ Wad Neuro - Episod 4
Adakah keluarga dia akan datang ke KL melawat beliau? Setelah kekasihnya yang disayangi dan Fredie dilarang masuk wad, hanya keluarga dia saja menjadi harapan untuk berhubung dengan Mas yang sudah disarung dengan pakaian wad berwarna hijau (ni mesti pakaian pesakit hospital yang main ikat di belakang ni kan). Apa pun berbagai versi insiden Mas ni dilaporkan di akhbar. Entah mana versi yang benar
Versi-versi berbeza
1. Beliau bergaduh dengan si Rock dalam kereta (dipandu si Rock) dan dilaporkan bercakar-cakaran (kelas!). Dalam bergaduh-gaduh tu tersalah kunun tempat u-turn lalu mengundang kemalangan jalanraya. Buat laporan polis, polis keluarkan saman kepada si Rock (tiada lesen dan menyebab kemalangan). Mas tidak berpuashati BF disalahkan sebab kononnya kemalangan tidak disengajakan atas alasan mereka bergaduh dalam kereta (kalau sudah accident tu accident lah jawabnya...no matter what reasons behind it). Beliau lalu mengamuk sakan (ala-ala defend si Rock lah ni...untung ko Rock ada urang defend).
2. Alasan ke balai polis adalah untuk membuat laporan polis berhubung syarikat rakamannya (Maestro) yang gagal menunaikan janji untuk membuat album beliau. Lepas buat laporan beliau disuruh menurunkan tandatangan tapi tidak berpuashati dengan isi kandungan laporan justeru enggan sign...lalu mengamuk sakan sehingga digari (punyalah high class!)
3. Versi yang terbaru, membuat laporan polis sebab ditipu RM20,000 oleh seorang individu!
Yang pastinya kebanyakan kisah ini disampaikan oleh kekasihnya yang maha rock itu ! Boleh picayakah BF dia ni?? :-)
5 Feb 2009
Drama realiti - Mas Mengamuk (Episod 3)
Mas AF2 masuk wadWhat can we learn from this incidence...
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my![]()
Kecoh! Rock dan Freddie dilarang, oleh pihak Wad Neuro HKL, berjumpa Mas. Kredit
KUALA LUMPUR: “Saya bukan gila, saya hanya mahu hak saya,” demikian kata Asma Ghani atau Mas AF2, pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) yang terpaksa ditempatkan di Wad Psikiatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat tekanan perasaan dialaminya.
Mas, 27, menyatakan demikian kepada teman lelakinya, Shahrul Azman atau Rock ketika diminta datang ke HKL, malam kelmarin.![]()
Rock, kekasih Mas (oh Rock! kenapa lah wajahmu persis wajah M.Rojali?) Kredit Foto
Menurut Rock, tekanan perasaan akibat keseorangan di Kuala Lumpur dan ternanti-nanti album dikeluarkan dipercayai menjadi punca Mas membuat kecoh di Balai Polis Pandan Indah, Ampang, malam kelmarin.
“Saya difahamkan, dia datang ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa ditipu seseorang, tetapi enggan pulang.
“Mas juga bertindak agresif menyebabkan polis terpaksa membawanya mendapatkan rawatan di HKL,” katanya yang ditemui semalam.
Dia berkata, teman wanitanya itu mungkin jadi begitu kerana harapan terlalu tinggi ketika datang ke Kuala Lumpur, ditambah keinginan mahu mengubah kehidupan keluarganya.
Selepas menandatangani kontrak, kata Rock, Mas dijanjikan album, namun disebabkan tiada sebarang perkembangan sehingga kini dia mengalami tekanan yang teruk.
“Semangat dan harapannya sangat tinggi, namun apabila lama berada di sini tanpa sebarang perkembangan, Mas buntu serta mula meluahkan rasa marah yang terpendam,” katanya.
Katanya, buat masa ini, doktor masih memantau keadaan teman wanitanya.
Dia sendiri sebak melihat keadaannya dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan cara baik. Saya juga berharap peminat Mas mendoakannya supaya segera sembuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent and Management (Maestro), Freddie Fernandez, berkata pihaknya percaya Mas bertindak mengikut emosi kerana masalah peribadi dan bukan disebabkan albumnya tertangguh.
“Sebelum ini, Maestro menawarkan untuk melepaskan dia daripada syarikat dan bergerak sendiri, namun dia enggan. Jadi saya akan tolong yang termampu tetapi tidak menjanjikan apa-apa.
“Kami juga ada membantu dia menghasilkan album mini dengan Joe Wings sebagai penerbit, namun disebabkan Joe jatuh sakit dan terpaksa berehat selama tiga bulan menyebabkan proses itu tertangguh.
“Kami juga mengadakan pertemuan dengan Mas baru-baru ini untuk menjelaskan perkara itu dan proses penghasilan album itu dijangka dimulakan minggu depan,” katanya.
Freddie berkata, dia tidak tahu Mas membuat laporan terhadap individu tertentu di Balai Polis Pandan Indah.
“Saya dimaklumkan Mas ada menghubungi seorang kakitangan Maestro malam itu (malam kelmarin) mengatakan keretanya rosak dan mungkin dia berjalan kaki ke balai polis berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya amat terkejut dengan berita Mas dimasukkan ke wad psikiatrik dan bersimpati dengan nasibnya.
“Saya akan melawat dia esok (hari ini) dan cuba membantu Mas menyelesaikan masalah,” katanya.
Mas Af2 mengamuk - Bhg 2
Errm...wajarkah buat laporan di balai polis kes macam ni? Saya rasa lagi wajar kalau dia ambil tindakan undang-undang...guna peguam. Nasib baik dia tidak buka silat kipas satay..KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi program realiti TV popular dimasukkan ke Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur semalam selepas dia menimbulkan kekecohan di Balai Polis Pandan Indah di sini.
Kejadian pukul 10 malam kelmarin itu berlaku ketika Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani, 28, berada di balai polis itu untuk membuat laporan terhadap syarikat rakaman Maestro.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penyanyi wanita kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2) itu mendakwa dia tidak berpuas hati dengan syarikat itu kerana tidak menerbitkan albumnya.
"Ketika membuat laporan, wanita yang menetap di Pandan Mewah itu tiba-tiba beremosi sehingga ketawa seorang diri, marah-marah dan buat bising.
"Lebih menghairankan apabila dia enggan menandatangani laporan yang telah siap diambil anggota polis," katanya sambil memberitahu artis itu datang seorang diri ke balai polis.
Menurut beliau, melihat perubahan sikap artis itu, anggota polis pada mulanya menasihati Mas supaya menenangkan fikiran di satu sudut di balai tersebut.
Mas AF2 mengamuk!
Rabu Februari 4, 2009
Mas mengamuk, kini ditahan di Wad Neuro, HKL
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
[SEMASA] PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas, 28, kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa.
Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam.
"Saya tak pasti sangat tentang sebab dia mengamuk di balai polis itu," kata Freddie ketika dihubungi petang tadi.
Jelasnya lagi, "Saya akan cuba membantu Mas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
"Saya harap semuanya akan berakhri dengan baik," kata Freddie yang prihatin dengan nasib yang diterima anak buahnya itu.
Tambah Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu, selepas mengetahui berita tersebut, beliau akan melawat penyanyi dan pelakon kelahiran Tawau, Sabah itu di HKL pada pukul 1 petang esok.
Justeru, kata beliau, pihak Maestro akan mengadakan satu sidang media tergempar berkaitan dengan kes yang dialami oleh Mas.
Dalam pada itu, sumber yang sahih mengatakan berita mengenai seorang bintang realiti mengamuk di Balai Polis Ampang heboh diperkatakan pada awal minggu ini.
Bintang realiti berstatus janda serta mempunyai anak itu mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang.
“Mas memberi alasan kepada polis yang dia membuat pusingan ‘U’ semasa sedang bergaduh dengan kekasihnya namun polis tidak dapat menerima alasannya lalu dia mengamuk kepada polis,” kata sumber itu.
Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis.
Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.
Ada sumber lain mengatakan kereta tersebut dipandu oleh kekasihnya...mmm entah mana yang betul. Bercakaran kunun dalam kereta :-)
Sumber : mStar
22 Apr 2008
1 Feb 2008
Mas interview in AC Di Sini
Nope you can't make your chin looks slim and sharp from different angle just by some touch-ups (make-up shading techniques)...right ladies?
The Sabah Development Corridor (SDC)
For those of you who watched the live telecast of the launching of the SDC by the Prime Minister recently (29th Jan over TV1) must have very clear picture on what SDC is all about. For those who didn't, it's actually a grand ceremony to unveil the future development in Sabah which comes under a package called SDC. It promises the state with lots and lots of development and it's not a bad idea to pray that Sabah won't sink underwater due to the heavy load of development under SDC...:). Some of the proposed projects are just too impressive including a high tech railway system connecting KK - Keningau served by a fast train (matilah laju kunun, belum siap buat tinggaton sudah sampai Keningau).
To the oppositions, SDC is nothing more than an expensive re-packaging excercise and a BN election's gimmick...:=D. In other words it is a big chunk of 'bait' to catch more fishes (voters) *LOL*.
1 Mar 2006
Mas AF2 digosip buat pembedahan plastik??
THE NOSEY BUZZ TEAM (Malay Mail)
Feb 27
COSMETIC enhancements are always talked about, especially if it involves more than just the next door neighbours.
Stars suspected to have benefited from a surgeon’s knife are always subject to speculation.One such artiste who has been drawing curious glances over the past few weeks has been Asma Ghani, or Mas from the second season of Akademi Fantasia.If you’ve been keeping tabs on our story of a reality TV artiste who is now flaunting a new look with an elongated chin, then it’s about time to get the owner of the face to comment on the rumours that she has sought cosmetic enhancement.So this week, the 25 year-old is in THE HOT SEAT.

THE HOT SEAT: Mas "MANA ada?" is Asma Ghani’s reply to those who say she has definitely changed her looks. More affectionately known as Mas (picture), she refuted claims she has had cosmetic enhancement, though she admits to a strict beauty regimen that includes facials.
The enterprising businesswoman, who has plans to set up an eatery, said she was flattered by comments she looked better than ever, though she denied it has anything to do with collagen implants, despite a pronounced, elongated chin.
"I use whatever time I have to take care of my skin, and perhaps I look different as I have lost weight, but I haven’t had any implants or anything of that sort.
"Though it is doubted that even weight loss can do that much, Mas sticks by her story."My busy schedule does not permit me to indulge too much in beauty treatments, but I do the best I can, as I know, being in showbiz, I need to maintain, if not improve myself.
"Looks are everything in this business. And the pressure to look good is always there.’’Despite repeated jibes at her chin, Mas steadfastly denied any enhancements and insisted it was a result of casual beauty treatmens."Whatever I say, it can be misconstrued, as different people have different understanding of what beauty enhancements are."Air sembahyang kot," she giggles in jest.To prove her claims that she has not done any enhancement out of the ordinary apart from her usual skincare regiment, she even recommended the names of the beauty outlets belonging to her friends which she frequents."I get it done free there," she laughs.
Now that she has got the look down, Mas is geared up for the release of her solo debut, which she says is still in the planning stages."My album has been talked about for some time now, and I will have my own effort out soon, following the rest of my friends from season two of Akademi Fantasia."It is too early to say who is involved in the album, as lots of composers and songwriters have been enlisted to provide tunes for it, but my fans can be rest assured my album will be out soon." Meanwhile the mother of two is keeping busy not only with her maternal duties but her own business ventures."There are not that many shows, definitely not enough to survive on. So I realise that it is important for me to be enterprising and make a living out of my own efforts and not be dependent on others."




