12 Dec 2005

Mas AF2 juga berlakon dalam Diva

Bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 2 dari Tawau Sabah Asmah Ghani atau lebih dikenali sebagai Mas turut terlibat dalam menjayakan filem terbaru arahan Erma Fatimah yang diberi jodol Diva. Demikian menurut Mas ketika ditemubual melalui telefon oleh DJ Carta Hits Sabah FM semalam. Namun begitu, disebabkan kesuntukan masa tidak dinyatakan dengan terperimci peranan yang dipegang oleh beliau selain daripada menyatakan wataknya hanya sebagai pelakon pembantu. Menurut Mas lagi penggambaran filem tersebut telahpun selesai dan tayangannya akan diadakan pada pertengahan tahun depan. Mengenai album penuh beliau, menurut Mas sekiranya ada rezeki album beliau akan muncul juga menemui peminat walau bagaimanapun semuanya terpulang kepada pihak Maestro. Ditanya berkenaan gossip yang kononnya Mas telah menemui seseorang Mas menafikannya dengan menjawab "saya menemui seseorang hampir setiap hari dalam urusan show". Mas juga sempat berjenaka apabila ditanya perkembangan yang lain "perkembangan yang lain ialah badan semakin berkembang...mungkin disebabkan hati cukup gembira sebab anak-anak sudah duduk dengan saya sekarang ini di Kuala Lumpur" sambung Mas lagi. Yang nyata komunikasi Mas sekarang ini bukan lagi seperti Mas yang kita lihat semasa di akademi dahulu. Beliau sunguh petah dan yakin berbicara sambil memberikan jawapan yang bernas serta memuaskan hati, tidak bercakap tergagapp-gagap malah banyak diselang seli pula dengan gurauan dan jenaka. Saya masih ingat satu babak semasa Aznil menemuramah beliau dalam Imbasan Akademi tahun lalu. Sedang Aznil begitu bersemangat, bersungguh-sungguh menyusun ayat dengan rapi mengemukakan soalan kepada Mas (sambil diberi perhatian sepenuhnya oleh Mas), Mas hanya menjawab "Huhh!??...apa tu bang? Ulang....kurang dengar!" Aznil tergelak habis hingga tak mampu mengulang balik soalan tersebut! Bagitulah perbezaan yang ketara antara Mas dahulu dan sekarang.
Carta Hits Sabah FM
1. Too Phat ft Siti Nurhaliza - Dua Dunia (?)
2. Marsha - Untuk Terakhir Kali (10)
3. Dina - Cinta Datang Lagi (9)
4. Saiful - Ku Juga Menyintai Diri Mu (7)
5. Ricardo - Lambang Cinta (?)
6. Farah Waheeda - Jangan Kau Pergi (?)
7. Mawi - Aduh Saliha (6)
8. Felix - Warkah Berlagu Pilu (8)
9. Fazley - Kerna Asmara (9)
10.Elyana- Tak Tercapai Akal Mu (3)
Nombor dalam kurungan ialah kod lagu. Untuk mengundi taip SHF (kod lagu) dan hantar ke 39330

0 comments: