6 Dec 2005

Sunudai Oku...dicantikkan dengan iringan Orkestra

Semasa menghayati kesemua lagu dalam album pertama Nikki Palikat saya sangat tertarik dengan lagu pada trek ke 11, sebuah lagu Dusun berjudul "Sunudai Oku" ciptaan pak ciknya Jimmy Palikat dan lirik oleh Florentia. lalu sayapun ulang berkali-kali lagu ini. Sekali dengar memang tidak banyak perbezaan antara lagu ini dengan lagu-lagu sentimental Dusun yang lain. Tapi bagi saya yang menaikkan sedikit lagu ini pada kelasnya yang tersendiri ialah gubahan muziknya yang menggunakan iringan full scale orkestra simfoni, mengingatkan saya kepada lagu-lagu Inggeris seperti My Way, Unchained Melody dan yang peling dekat barangkali ialah konsep lagu2 sentimental kumpulan The Air Supply dan juga petikan piano ala Nora Jones. Kualiti adunan bunyipun hampir-hampir menyamai kualiti rakaman untuk lagu-lagu Inggeris nyanyian penyanyi2 barat. Iringan penyanyi latar yang sayup-sayup kedengaran (well mixed and well balanced) mencantikkan lagi lagu ini. Kadang-kadang terbayang juga lagu ini dipersembahkan dengan iringan full scale symphony orchestra di Ceasers Palace Las Vegas, Monte Carlo atau Royal Albert Hall....ahakss (talking about wild imaginaton!!)

Mungkin pencipta2 lagu tempatan boleh mengambil sedikit pembelajaran dari lagu ini terutama dari segi susunan muziknya. Sebab pada saya banyak lagu2 sentimental Dusun yang berpotensi digubah sedemikian rupa, tapi kebanyakannya hanya digubah menggunakan konsep iringan 4-piece band. Kalau adapun yang cuba menggunakan gubahan konsep orkestra, bunyi synthesizer yang digunakan untuk mengubah muzik amat ketara kedengaran. Tapi saya tidak nafikan masalah utama, tak lain tak bukan ialah "budget" yang kecil!. Namun begitu di Sabah sendiri terdapat beberapa buah orkestra seperti yang ditubuhkan oleh DBKK, philharmonic dan juga orkestra milik UMS. Mungkin kalau rundingan dilakukan dengan mana-mana orkestra ini saya rasa tidak menjadi masalah besar. Apa kata diadakan satu persembahan pentas khas lagu2 KDM dengan menjemput kumpulan simfoni orkestra sebagai pengiring persembahan! Mungkin boleh diadakan sempena bulan Pesta Kaamatan tahun depan!



p/s: Lagu ini sesuai digunakan untuk tarian irama ballad berpasangan di arena ballroom..:))

3 comments:

Markie Marc said...

Sia amat stuju kaka... sia suka nie lagu... cuba kunu ko kasi sia lirik dia...? buli kah? or ko post jak di sini. buli kah tobpinai?

dBOSfm said...

Best kan! Sayangnya dalam radioblog tdk terdengar "orchestra attack" pda penghujung lagu (mcm ending Unchained Melody). The CD is worth buying semuanya ada 24 tracks!! dlm 2 CD termasuk minus one Sunudai Oku. Lirik di bawah d ambil trus dari cover CD, tapi mcm ada sedikit kurang. Part dialog tdk d sertakan...anyway here's the lyric

Sunudai Oku
Lagu: Jimmy Palikat
Lirik: Florentia Kosmas


Puguson ku tobuk nu
Tilibon dilo ribut
Ngingis nu di toomis
Poinlangad ginawoku

Pinintutunon kito
Okon koh pinokianu
Tahak no minamangun
Milangad id piupusan

Sunudai oku
Rati do piupusan
Gompio ti tupus toh
Poinggirot id ginawo
Sorohon noh batos toh
Mamabang ti piginawaan

Tirak nu koupusan
Poinlangad di kasasari
Okon koh tih boros noh
Sumili id ginawo di pointopot

Gubahan muzik: Sharon Paul (pencipta lagu Untuk Terakhir Kali – Marsha)

Markie Marc said...

TQ banyak² kio topbinai. mimang sia akan make sure sia bili ni album c nikki nie... TQ