30 Sept 2009

Lambai Limbai Raya

Pre-script: FYI streamyx saya baru hidup balik, setelah dilanda ribut Ketsana. Kamu bayangkan bah setiap kali power trip, even 2-3 minit, streamyx pun trip! Bila call 100 durang kasi salah pula modem...macam mana tu? Haruskah aku bertukar ke Celcom atau Digi?

OKlah lupakan masalah streamyx...now the main post, rancangan khas Lambai Limbai Raya terbitan RTM Sabah disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan tersebut di TV1, kelmarin, pada jam 3 - 4 petang (slot prime-time untuk Sabah, time tiada orang menonton TV..hehe). Rancangan khas ini sebenarnya menyarkan secara langsung majlis rumah terbuka Raya anjuran SESB yang berlangsung di bangunan SESB kelmarin. Antara artis yang membuat persembahan pada rancangan tersebut ialah Alvin, Betcy Michael dan Ebi.

Alvin - Raya Di Kinabalu (audio kurang memuaskan...ada gangguan..errgh)



...bestnya dengar the live band (Kombo RTM) playing this jazz number

Video klip Ebi (Cahaya Di Aidilfitri) dan Betcy (Indahnya Beraya Di Desa)

Felix - Konsert Mini

Promo konsert mini Feli di Kota Marudu Sabtu lepas.


25 Sept 2009

Bayaran show artis Malaysia

The New Straits Times recently revealed the fees charged by some famous Malaysian artistes. This is indeed one piece of information that I'm personally desparate to finf out :-)

DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 for a 30-minute show
* RM70,000 for a one-hour show (gulp!)

DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 for a 30-minute show
* RM55,000 for a one-hour show

ANUAR ZAIN
* RM25,000 for a 30-minute show
* RM55,000 for a one-hour show

DAYANG NURFAIZAH
* RM16,000 for a 30-minute show
* RM35,000 for a one-hour show

NING BAIZURA
* RM18,500 for a 30-minute show
* RM28,000 for a one-hour show

JACLYN VICTOR
* RM18,000 for a 30-minute show
* RM30,000 for a one-hour show

ADIBAH NOOR
* RM20,000 for a 30-minute show
* RM45,000 for a one-hour show

AFDLIN SHAUKI
* RM18,000 for a show

Surprisingly they charge by minutes/hour instead of the number of songs.

Source NST online

The decent "bad boys"

Adam determined to keep ‘pop dance’ and ‘pop shuffle’ alive

Hayati Dzulkiffli (Daily Express)
Kota Kinabalu: Adam of Akademu Fantasia (AF2) fame is determined to continue promoting of ”pop dance” and “pop shuffle” through the boy band group, “B.A.D Boy”.

Adam, 25, formed the band comprising three local youths from Sabah, last year with the aim of reviving “pop dance” and “pop shuffle” that is losing popularity in the country. In previous years, he said there were very few male singers that promoted “pop dance” music like the late Michael Jackson and Justin Timberlake. But in Malaysia, Adam said only several band boys group like KRU, Nico and 4U2C continued the genre. “I formed this group based on my own initiative and interest to ensure the music genre of ‘pop dance’ and ‘pop shuffle’ dance will not be forgotten,” he said. ‘B.A.D Boy’ consists two former Evoke band members namely Mailin Antikoh @ Marlon, 21, from Keningau and Eruande Sahat @ Yan-d, 21, from Putatan and his former back-up dancer, Rayndra Jubidi or Ryan, 21. All are talented and can dance very well. “Originally there were four but one of them, Chaq, who is the brother of Stacy AF6, left my band to be the protégé of song composer, Ajai, in a popular entertainment programme called ‘Mentor’. We have no hard feelings of Chaq’s decision but wish him the best he said.

‘B.A.D. Boy’ is the acronym, for ‘Budak Ada Disiplin Boy’ in which the band members are disciplined and have positive attitude to be successful artistes in the music and entertainment industry. And he said such discipline has nothing to do with their appearance, hairstyle and personal dressing. Adam said his own entertainment company has produced a mini-album that has three songs composed and lyrics by him, which was completed on July 8. “I purposely produced only three songs for the album because I want to test the market first particularly from the young generation like teenagers. The promotion of the mini-album would be carried out after Hari Raya Puasa as we received quite a number of invitations to perform. In the meantime, Adam said they produced 1,000 copies of the mini-album and making efforts of selling the copies directly to fans, and individuals that they meet in functions and events that invited them to perform. The title of the three songs are ‘Sayangku Janji’ that can be heard in Radio Era, ‘Pacar Pisau Cukur’ and ‘Bila Ku Tiada’

23 Sept 2009

Komposer di kelasnya tersendiri.

Artikel khas ala-ala mini autobiography beliau. So siapa yang masih tertanya-tanya siapakah Asmin Mudin tu...nah dipersilakan baca! :-)

Stacy-video musik rasmi lagu Pakai Buang



Saya ternanti-nanti juga kemunculan music video (MV) dari album Stacy ni. Since it takes time they come up with her new MV, I expect something big and phenomenal. Sekurang-kurangnya budget dia macam budget buat MV si Mila AF6 (dibuat di Jakarta). Setelah sekian lama menunggu, rupa-rupanya hasil video beliau macam yang di atas tu saja..mhmmm. I'm keeping my fingers cross for "Gagap" official MV

Stretching her voice to the limit..


Singing in original key, well done...bravo! (probably the highest key Stacy's ever done)!. Hope to hear more of her singing sentimental ballad....as in this songl

20 Sept 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wishing all of you...

19 Sept 2009

Ronda-Ronda Hari Raya

Temui Alvin, Felix dan Clarice dalam rancangan khas Hari Raya, "Ronda-Ronda Hari Raya" di TV1 Hari Raya pertama, jam 12.00 tengahari.

17 Sept 2009

Khairul's plight

Bekas penjaga gol negeri Sabah, Khairul Azman Mohamad, memerlukan jasa baik dermawan untuk membiayai kos rawatan pembedahan lutut beliau. Beliau yang telah lama menderita sakit akibat kecederaan bahagian lutut memerlukan sebanyak RM16,000 untuk menjalani pembedahan berkenaan. Detail story

Contributions can be made directly to the Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan -- Tabung Yakeb (Maybank account No: 564847005696.

Donations can also be made via SMS: Type YAKEB1, YAKEB2, YAKEB5 or YAKEB10 and send to 33898.

Donation boxes are also available at NSTP headquarters in Jalan Riong, Bangsar and branch offices, BSN branches nationwide and Pos Malaysia branches.

For enquiries, contact 03-89964841/4844 or log on to www.yakeb.org.my.








Ebi dan Zizi - cerita raya

Ebi, Zizi, other AF stars plus some other..err..unknown artistes talk about their Raya experience.

Just a note: Kalau kamu taip text di 'chat box'/MSJbox, elakkan dari menaip words seperti I'm, I'll, I'd...kalau di taip juga akan keluar "error message" (kotak berwarna-warni...just click refresh if this happens). Tidak tahu pula apa sebab musabab masalah ni. Until now the chat box developer is unable to rectify the problem, so one simple solution is to avoid from typing those words. Setakat ni those are the 'failed' words...:-)

16 Sept 2009

Selamat Hari Malaysia

Today, 46 years ago, British North Borneo (Sabah) and Sarawak were freed from the colony and a nation called "Malaysia" was born :-).

Wishing you all....


14 Sept 2009

TMA Karaoke Album Launch


KOTA KINABALU: Minister of Plantation Industries and Commodities Tan Sri Bernard Dompok commended members of the Tinungkusan Momogun Association for their effort to help boost the country’s economic growth.(Details).

And talking about karaoke here's the trailer of a film entitled "Karaoke" made by Chris Chong the Sabahan guy (ex-La Sallian??) who has been to almot all film festivals around the world, including the prestigious Cannes Film Festival.


Beliau dalam rangka untuk menyiapkan projek kedua filem cereka berjodol 'The Tour' yang besar kemungkinan akan dilakukan penggambarannya di Sabah. Menurut laporan, pelakon-pelakon sedang di tinjau-tinjau untuk filem ini...so kalau berminat rajin-rajinlah kamu contact dia di tanjungarupicters.com :)

12 Sept 2009

Filem penyakit ala H1N1

Filem "Carriers" ni sedang ditayangkan di US. Yang menariknya filem ini mengisahkan tentang satu wabak penyakit ala-ala H1N1 yang sedang melanda dunia sekarang ni. Tapi kalau kita perhatikan ianya berkisar kepada ramalan kejadian yang kononnya berlaku ditahun 2008, I think the story is inspired by the bird flu event in 2007 (wabak ditunjuk berasal dari Asia). Apapun ramalan yang dibuat filem ini hampir-hampir tepat kalau kita bandingkan dengan situasi sekarang.



Dahsyat! Harap-haraplah H1N1 tidak sampai ke tahap macam dalam filem ni, lebih-lebih lagi bila diramalkan akan berlaku 'second wave' H1N1...errgh!

Perihal tuduhan Indonesia

Disebabkan tahap kemarahan beberapa pihak di Indonesia terus meluap-luap (bakar bendera, lontar telur busuk dan kempen 'Ganyang Malaysia') gara-gara isu kononnya Malaysia mencuri budaya durang (terbaru tarian Pendet) maka beberapa siri perbincangan secara intelektual dan berwibawa dilakukan di sana untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Operasi roadblock untuk "sweeping" orang Malaysia...ya ampun pak!
Nggak usah deh...udah-udah adja..nanti M'sia
balasin "vacuum cleaning" orang-orang Indo! Mau enggak?

Klip video berikut adalah sebahagian daripada perbincangan intelektual yang diadakan.


I think kerajaan Indo perlu mengadakan kempen pembelajaran besar-besaran kepada penduduknya berhubung asal usul sebenar karya-karya durang, sebab banyak karya-karya yang mereka anggap milik durang sebenarnya adalah milik negara asing (termasuk juga lagu Terang Bulan yang kononnya asal lagu Negaraku). Apart of that they don't seem to understand about trans culture either. Macam China,India dan Portugis banyak budaya durang telah bertapak di Malaysia gara-gara kedatangan komuniti durang ke sini sejak berkurun lama. Tiadapun China, India atau Portugis menuduh Malaysia sebagai pencuri budaya. Indonesia juga menuduh M'sia curi masakan 'rendang' durang, they claim rendang berasal dari Minang (Sumatera Barat)...but don't they know most of the Malaysians in N.Sembilan originated from Minang that's why Rendang has become part of Malaysia? Gosh...they've just become a laughing stock.

11 Sept 2009

Lagu siapa sebenarnya

Salah satu lagu tempatan yang cukup popular di YouTube ialah lagu yang diberi judul ‘Bulan Lapan Di Sandakan’ (BLDS). Berbagai-bagai ragam persembahan dari budak sekolah, pelatih PLKNS, pelajar kolej/universiti, budak-budak jamming dan sebagainya dapat kita saksi menyampaikan lagu ini di YouTube. Pada saya lagu sebegini, walaupun kurang seninya, adalah jenis lagu yang mudah ‘masuk’ ke sanubari dan hati anak-anak muda terutama golongan yang saya sebut di atas. Lagunya amat mudah, sempoi, straight to the point, boleh dinyanyikan beramai-ramai dan paling penting tidak memerlukan suara yang ber-attitude atau ber-karakter sangat untuk membawanya (if you know what I mean..:-)). Walaupun lagu ini tidak pernah dirakam secara rasmi (versi studio) untuk tujuan komersil justeru tidak pernah diputar di media mainstream (radio, tv) namun masih mampu menular dihati kelompok ramai (bagi saya lagu sebegini saya panggil lagu ajaib :)). Kalaulah saya yang mencipta lagu ini sudah tentu saya akan cukup berbangga walaupun tidak mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit (betul ker?).

The question now, siapakah pencipta/penyanyi asal lagu ini?. Berbagai-bagai info dan teori diberikan dalam menjawab soalan di atas. Tapi maklumat yang saya boleh terima pakai setakat ini (walaupun sedikit was-was) ialah pencipta/penyanyi asal lagu ini ialah kumpulan dari Lahad Datu yang menggelarkan diri mereka Gerodok (klik sini untuk ke MySpace durang). Kumpulan ini hanya setakat mampu menyanyi di pusat-pusat jamming dan merakam persembahan mereka semasa jamming. Anggota kumpulan ini pun sudah bertukar-tukar. Khabarnya penyanyi asal yang merakam BLDS (1997) sudah bergelar ustaz! Versi lagu BLDS yang saya upload di blog ini adalah versi cover oleh kumpulan yang digelar Batalion. Ironinya versi ini lah yang mempopularkan lagu tersebut (I think sebab rakaman dia lebih solid). Versi asal nyanyian Gerodok boleh didengar di MySpace durang (di YouTube pun ada).

The Gerodok


Kumpulan...The Thieves

I don't blame you if you think the group of guys below ialah sebuah kumpulan band.


Mula-mula nampak gambar durang yang posing maut, siap dengan senyuman dan renungan kamera, saya sangkakan kumpulan band ala-ala kumpulan Patent, sekali baca betul-betul rupa-rupanya durang ni kena tangkap sebab mencuri kulit kayu pokok bakau di Kudat. Mana mo cari pencuri posing maut ala-ala kumpulan Dewa 19, untuk tatapan akhbar! :-)

10 Sept 2009

Mari ketawa




Pelawak sebagai juri baru 'American Idol'



Talking abaout ketawa, nampak gaya American Idol musim depan telah memutuskan untuk melantik pelawak Ellen Degeneres sebagai pengganti Paula Abdul. Ramai yang berbelah bagi tentang perlantikan beliau gara-gara tidak memiliki formal knowledge dalam bidang muzik. Sama-samalah kita nanti bagaimana gelagat Ms. Degeneres mengadili peserta-peserta Idol. Beliau memberi kenyataan akan 'melihat' peserta-peserta Idol dari kacamata seorang peminat dan pembeli CD (well said!)

8 Sept 2009

Persatuan untuk KDM dalam industri filem

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang keujudan Tinungkusan Momogun Association (TMA) sebuah persatuan yang ditubuhkan baru-baru ini khusus untuk penglibatan kaum KDM dalam industri filem. Dalam sidang akhbar yang diadakan pada 8 Ogos lepas penasihat persatuan ini menyatakan, mereka bukan saja bertumpu kepada bidang perfileman tetapi juga kepada bidang seni yang lain termasuk muzik, seni suara dan lain-lain bidang berkaitan hiburan. Menurutnya lagi dengan ujudnya persatuan tersebut bakat-bakat KDM kini mempunyai pasukan yang sewajarnya (proper group)yang boleh membimbing mereka untuk mencapai pengiktirafan yang lebih baik dan peluang meningkatkan diri dalam bidang filem, muzik dan bidang berkaitan hiburan yang lain (menulis skrip, mencipta lagu, pengacara, DJ etc).

Persatuan ini telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos lepas dan sebagai hasil pertama, mereka telah menerbitkan album MTV karaoke yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Tan Sri Bernard Dompok pada 11 September nanti. Butiran seperti laporan di bawah (Sabahan.fm ndak mau buat siaran langsung kah ni?)



Apa kata survey?

Kalau ikut pemerhatian saya memang sudah pernah ujud usaha-usaha berbentuk sebegini dan juga beberapa persatuan yang seakan-akan mempunyai objektif yang sama seperti persatuan di atas (TMA). Tapi nampak gaya kemunculan yang agak 'grand' persatuan yang baru ini menggambarkan ianya bakal berpengaruh dalam merealisasikan hala tuju bidang seni di Sabah khususnya bagi masyarakat KDM. The timing of its existence which is right after the state government announced the plan to set up 'centre for film production' implies that TMA is set to be the major player and in for a big thing. That's how I see it and let's hope this association will achieve its objectives (durang ada orang dalam yang kuat mengkali ni kan :x)


Related article:
Association set up for KDMs in the filming industry


P/s: Ada juga saya terdengar ada pihak mau lobi secara besar-besaran for a dedicated TV channel for Sabah semasa pilihanraya akan datang! Habislah BN kena ugut macam ni...kekekek!

LRX giat berkarya

Mungkin inilah production house yang paling aktif sekarang ni menerbit video, CD dan lain-lain.

7 Sept 2009

Raya Di Kinabalu - Alvin MY

Sempena Hari Raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, Alvin MY telah merakam sebuah lagu Hari Raya yang diberi judul "Raya Di Kinabalu". Terdapat sedikit kelainan lagu ini berbanding dengan lagu-lagu bertemakan Hari Raya yang lain, di mana ianya dipersembahkan dalam rentak Jazz! (kalau tidak silap inilah pertama kali saya mendengar lagu Hari Raya berentak Jazz..syabas ada pembaharuan). Lirik lagu ini pun tidak kurang menariknya bila diselitkan sindiran dan gurauan. Nikmati saja lagu yang dimaksudkan di bawah atau di radioblog, Playlist 1, judul track; Alvin MY - Raya di Kinabalu. Enjoy!


4 Sept 2009

DJ kesayangan pendengar Murut

Inilah dia DJ pujaan pendengar-pendengar rancangan Bahasa Murut stesen radio Keningau FM. Hebat sungguh sokongan para pendengar terhadap DJ ni, sehinggakan kalau beliau dikhabarkan sakit ada yang sanggup pegi hantar panadol! (belum tau sakit apa, sembarangan ja kasi Panadol...:-))



Bercakap pasal Keningau FM, dilaporkan baru-baru ini jumlah pendengarnya terus meninkat ke 400,000 orang (ni kira banyak lah ni kan untuk standard pedalaman) jualan radio (termasuk radio transistor) juga dilaporkan meningkat (ada penjaja mampu menjual 500 unit seminggu). Selain menikmati lagu-lagu dalam bahasa Dusun dan Murut (juga Melayu)harga pasaran terkini getah juga sering dinanti-nantikan pendengar!....ni ala2 businessmen yang lepak di KLSE tengok tu harga saham turun naik lah ni kan!:-)



Congrats to Digital Licks

Congratulations to the group Digital Licks (Decipher and Jessel Yansalang) for winning the Merdeka-themed song writing competition organized by Homegrownspace recently. Their winning entry is entitled "Forget Not" (you can check out the song on Radioblog, Playlist 2)

The group being interviewed on 8TV's Quickie on 30th August.



3 Sept 2009

Sayang Bah Itu Masa - Raphael Pinus (re-mix)

Versi re-mix lagu "Sayang Bah Itu Masa". Somebody did a re-mix of this song and uploaded it on YouTube..:-)



Sebuah lagi video yang pernah diterbitkan oleh Karyawan WS, beberapa tahun lepas, berjudul Kabar Dari Borneo - Pontianak


Hmmm...hehe..kenapalah aku langsung tidak seram tengok video ni. Tapi nice shots and editing, the rest, still need lots of improvement. Kalau bercakap pasal filem, video etc, masih terlalu jauh kita ketinggalan dalam serba serbi. Entah bilalah boleh tengok karya yang betul-betul outstanding.

Esther - Ronn

KTV lagu berjudul Esther dendangan si Ronn :-)

1 Sept 2009

Video Klip - Sabah Syurga PATI (Promo)

Video Sabah Syurga PATI, terbitan Karyawan WS. Pelakon dia ada si Max, si Sumarli dan lain-lain. Best juga kisah dia ni :-)



Kabar Angin Dari Borneo - Pangait

Menampilkan bakat-bakat Karyawan WS antaranya Ridah, Andy, Wilton dan Ernestha

Stacy dan Marsha di TV2

Stacy and Marsha were featured on TV2 special Merdeka show yesterday, here are their clips.

Stacy - Hijau




Marsha - Samudera



..and a bonus clip...a current favourite...:-)

Superman - Lucky Laki (Indon)