11 Sept 2009

Lagu siapa sebenarnya

Salah satu lagu tempatan yang cukup popular di YouTube ialah lagu yang diberi judul ‘Bulan Lapan Di Sandakan’ (BLDS). Berbagai-bagai ragam persembahan dari budak sekolah, pelatih PLKNS, pelajar kolej/universiti, budak-budak jamming dan sebagainya dapat kita saksi menyampaikan lagu ini di YouTube. Pada saya lagu sebegini, walaupun kurang seninya, adalah jenis lagu yang mudah ‘masuk’ ke sanubari dan hati anak-anak muda terutama golongan yang saya sebut di atas. Lagunya amat mudah, sempoi, straight to the point, boleh dinyanyikan beramai-ramai dan paling penting tidak memerlukan suara yang ber-attitude atau ber-karakter sangat untuk membawanya (if you know what I mean..:-)). Walaupun lagu ini tidak pernah dirakam secara rasmi (versi studio) untuk tujuan komersil justeru tidak pernah diputar di media mainstream (radio, tv) namun masih mampu menular dihati kelompok ramai (bagi saya lagu sebegini saya panggil lagu ajaib :)). Kalaulah saya yang mencipta lagu ini sudah tentu saya akan cukup berbangga walaupun tidak mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit (betul ker?).

The question now, siapakah pencipta/penyanyi asal lagu ini?. Berbagai-bagai info dan teori diberikan dalam menjawab soalan di atas. Tapi maklumat yang saya boleh terima pakai setakat ini (walaupun sedikit was-was) ialah pencipta/penyanyi asal lagu ini ialah kumpulan dari Lahad Datu yang menggelarkan diri mereka Gerodok (klik sini untuk ke MySpace durang). Kumpulan ini hanya setakat mampu menyanyi di pusat-pusat jamming dan merakam persembahan mereka semasa jamming. Anggota kumpulan ini pun sudah bertukar-tukar. Khabarnya penyanyi asal yang merakam BLDS (1997) sudah bergelar ustaz! Versi lagu BLDS yang saya upload di blog ini adalah versi cover oleh kumpulan yang digelar Batalion. Ironinya versi ini lah yang mempopularkan lagu tersebut (I think sebab rakaman dia lebih solid). Versi asal nyanyian Gerodok boleh didengar di MySpace durang (di YouTube pun ada).

The Gerodok


Kumpulan...The Thieves

I don't blame you if you think the group of guys below ialah sebuah kumpulan band.


Mula-mula nampak gambar durang yang posing maut, siap dengan senyuman dan renungan kamera, saya sangkakan kumpulan band ala-ala kumpulan Patent, sekali baca betul-betul rupa-rupanya durang ni kena tangkap sebab mencuri kulit kayu pokok bakau di Kudat. Mana mo cari pencuri posing maut ala-ala kumpulan Dewa 19, untuk tatapan akhbar! :-)

0 comments: