29 Sep 2010

Artis Pujaan Bulan Ini - Fanzi Ruji



Versi Dusun



Artikel lepas mengenai Fanzi klik sini.

Radio Era, Hitz.fm dan My versi Sabah

Radio Era (Melayu), Hitz.fm (English) dan My (Mandarin)akan mula beroperasi di Sabah pada 1 Disember nanti. Difahamkan ketiga-tiga stesen radio ini akan berpangkalan di KK dan bakal memuatkan kandungan infomasi setempat seperti berita, laporan trafik dan sebagainya. Satu perkembangan yang cukup menarik. Berita lanjut di sini.

.......kita bersama dengan DJ Jonjongot untuk laporan trafik ERA KK...silakan DJ Jonjongot..."OK kepada kamurang yang mo menuju ke Penampang dari KK selepas waktu pejabat ini elakkan guna Jalan Penampang sebab dilaporkan sesak tahap gaban terutama di simpang lampu isyarat Lido, kalau boleh guna Jalan Bukit Padang..eh skijap Jalan Bukit Padang pun dilaporkan sesak....bukan saja sesak tapi bingit dengan bunyi hon kereta...seorang pesakit mental dilaporkan sedang duduk di tengah-tengah jalanraya sambil memegang papan yang tertulis "Plis hon if yu ting I sexxxy!". Kami sedang menunggu laporan keadaan trafik di jalan Penampang Bypass pula...helo..helo...ya tuan..bagaimana keadaan trafik di sana tuan?...sasak juga ka! Kenapa tu ah?...apa! terlanggar pantat karabau!?

28 Sep 2010

Lagu "Doi Limau Kapas"

Lagu Doi Limau Kapas ini menceritakan luahan kekesalan seorang insan yang tidak mampu menguasai bahasa ibundanya (jeng..jeng..jeng). Lagu diinspirasi dari kejadian sebenar yang berlaku semasa insan malang ini berusia sepuluh tahun di mana buat pertama kalinya berpeluang berkunjung ke kampung halaman nenek moyang dia. Dalam majlis aramaiti di rumah nenek dia, sekumpulan inan-inan telah meminta beliau mengambil limau kapas, malangnya akibat salah faham gara-gara tidak mengerti bahasa yang 'director' pakai (Ostralia mari la katakan), limau kapas yang diminta tidak muncul-muncul. Maka dengan itu juga bergemalah lagu "Doi Limau Kapas" versi soul di udara dendangan inan-inan tadi. Di dapur si insan malang yang tidak menyedari apa-apa, kesiukan dan terhibur pula dengar nyanyian durang. As he said in his e-mail, "it's one of the most soulful tunes I've ever heard" (hehe). Tapi setelah menyedari 'siren amaran' tersebut sebenarnya ditujukan kepada beliau "I felt so guilty" dia bilang. "But I guess the whole episode was a blessing in disguise...otherwise I won't be able to hear that soulful tune" he said.

So bagaimanakah peristiwa tersebut dan kekesalan beliau digambarkan dalam lagu ini, check it out! (Versi...very rough recording).


Doi Limau Kapas - Randy
(sample composition is from Francis Landong's Kada Nogi Moginum).








"Don't you ever say that I'm proud of it NO!" (sob..sob..sob). Welcome to the world of Dusun soul :=). *Standing ovation on a chair*

If everything goes well it would be included in the album probably entitled "Soul Searching"

LucaLucas Says Sorry

Nah berita baik,'musuh' kegemaran kamurang minta maaf sudah :=)



I was just wondering what makes he chooses the nick Luca Lucas.

27 Sep 2010

Pelancaran Album Ariez


23 Sep 2010

Penjenamaan Semula Da Prinz..

..kini P.R.Inc (P.R. Incorporated?) ;-).

Bukan consumer product atau syarikat koporat saja boleh kena re-branding ah...

Click pic to read


Syabas! Sudah pastinya meluap-luap semangat durang ni kan! Tapi aku pula macam berdebar-debar :=). Bravo and thumbs up to Cat Farish.

21 Sep 2010

Hiburan sensasi diteruskan

Kita bersiaran semula, sudah lama tidak ke ladang, tinggi lalang dari orangnya...sementara saya menebas lalang jemputlah dengar dua lagu ini.

Paul Majungkim - Sundait (selamat terhibur kepada yang meminta lagu ini..siou terlambat :-))








David Pinus - Jonjongot








Selamat berhibur dan jumpa lagi kalau saya ada kelapangan..hehe. Ingat tu "It's not radio...it's dBOS-fm!" (matilah ikut2 tagline "It's not TV...it's HBO!") kekekek.

10 Sep 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebagai hidangan Hari Raya mari berhibur dengan dua buah lagu ini. Kuih Raya Kita dan Mari Beraya. Selamat bercuti, selamat bergumbira dan berhati-hatilah di jalanraya.




9 Sep 2010

Persiapan Raya Artis Sabah-Alvin MY

Berdua lebih baik
oleh
Ricardo Unto
riqiriqi@gmail.com

AIDILFITRI tahun ini pasti disambut oleh Alvin MY, 29, dengan lebih keceriaan dan kemeriahan. Maklum sajalah, ini adalah kali pertama Alvin berkongsi suasana Ramadan dan Syawal bersama isteri, Dazeree Joannes. "Perbezaan paling ketara sambutan Raya tahun ini adalah saya menyambutnya sebagai seorang suami. Saya berkahwin Mei lepas, dan kelainannya memang terasa berbanding ketika membujang. Saya rasa tahun ini akan membawa makna yang baru kerana saya akan menyambutnya bersama keluarga dan isteri tercinta," kata pemilik nama sebenar Alvin Mahathir Yunus ini. Tambahnya lagi: "Tahun ini juga adalah tahun pertama saya benarbenar bertapak di Sabah sebagai seorang penggiat muzik. Sepuluh tahun saya berada di KL sebelum ini dan hanya sesekali berkesempatan balik ke Sabah terutamanya ketika Raya. Saya juga dapat merasa berpuasa di Sabah berbanding sebelum ini di KL." Persiapan untuk menyambut Hari Raya juga menjadi rutin tahunan bagi keluarga Alvin."Tahun ini, persiapan agak sama dengan tahun-tahun yang sebelum. Raya ketiga, seperti biasa kami akan membuat rumah terbuka di Kg Dompisung, Kundasang. Semua ahli keluarga akan balik dan memeriahkan rumah terbuka ini... is sudah menjadi tradisi keluarga, dan masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.

"Setiap tahun, pasti ada tambahan baru kepada keluarga kami, anak saudara atau ipar baru dan lain-lain lagi. Juadah dipersiapkan dengan rapi kerana ramai yang datang berkunjung," tutur pelantun lagu Learning You ini."Hari Raya adalah hari yang saya nantikan, kerana pada masa inilah semua ahli keluarga berkumpul. Banyak kenangan terukir pada masa Raya. Ketika masih belasan tahun, saya masih ingat saya pernah merungut kerana terpaksa mengangkat daging dari ladang datuk saya pada Raya pertama. Tetapi memang begitu... kami bergilir-gilir melakukan tugas yang berlainan setiap tahun."Dalam kesibukan membuat persiapan lebaran, Alvin sempat meluangkan masa untuk berkarya."Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk merakam lagu-lagu baru. Saya ingin bereksperimen dengan lebih banyak bunyi-bunyian yang tidak ditonjolkan dalam EP pertama saya, Learning You."Pada masa sama, saya banyak belajar dan berjumpa dengan penggiat muzik yang lain di Sabah. Saya ingin menjadi penghibur yang lebih baik.

Saya juga merancang untuk berganding tenaga dengan mereka baik di atas pentas mahupun di dalam studio rakaman," kata penyanyi berbakat ini yang juga aktif mengemaskini laman Facebooknya, www.facebook.com/alvinmy. Di akhir perbualan itu, Alvin sempat menyampaikan pesan untuk peminatnya: "Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak lagi mesej yang ingin saya sampaikan kepada anda semua melalui muzik saya. "Saya berharap para peminat akan terus menyokong penggiat seni tempatan. Perjalanan seorang penggiat seni seperti saya terbentuk dengan peranan penting yang dimainkan oleh peminat dan pendengar."Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak, selamat menyambut bulan kemerdekaan dan sentiasa beringat untuk berbuat baik kepada diri sendiri dan juga orang lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri."Sementara itu, seperti yang secara peminat ketahui, selain bergerak solo, Alvin juga masih lagi menganggotai kumpulan vokal Infinatez. Kumpulan itu yang pernah mencipta nama tidak lama dahulu dan popular dengan lagu Paparazi, antara lain, dikatakan sedang giat membuat persiapan untuk melakukan 'come back' di persada muzik tempatan.

Dalam emel yang dikirim oleh PR kumpulan itu, Cici Suleiman, Infinatez dikhabarkan akan kembali menemui peminat dan pengikut setia mereka dalam masa terdekat ini. Tiada butiran lanjut diberikan. Cici juga meminta industri hiburan agar tidak lagi mengaitkan nama Infinatez dengan Andi A. Merican, bekas anggota kumpulan itu, yang sedang hangat dengan isunya. "Infinatez tidak pernah terkubur dan masih lagi bergiat aktif di dalam industri hiburan. Mereka kini sedang berada di dalam proses melakukan `come back' dan akan menemui peminat dan pengikut mereka tidak lama lagi," kata Cici dalam emel itu. Mesej dalam emel itu sekaligus mengesahkan bahawa anggota Infinatez kini hanya tinggal berempat – Rafique, Shah Hans, Danial dan Alvin.

Lagu Raya Di Kinabalu oleh Alvin MY

I see so nampak gaya pengumuman 'perpecahan' yang si Andi buat dalam rancangan Melodi hari tu kira null and voidlah kan... :=)

8 Sep 2010

Lagu 'Sungkai'

In case ada non-Sabahan or non-Bruneian yang tersesat ke sini dan tertanya-tanya apa makna sungkai, makna dia ialah 'berbuka puasa' gitu :). Mari dengar ni lagu..pasal orang yang ndak tahan berpuasa terus dia sungkai awal. Tapi time sungkai sebenarnya dia pun ikut sungkai lagi...haha.

Sungkai - Ammath Asir dan Dyan (lagu/lirik: Asmin Mudin) ...versi pendek saja yer!






Persiapan Raya Artis Sabah-Wiwie Daunah

Wiwie tabah demi Qasie, Qaisy

Ricardo Unto
riqiriqi@gmail.com

SELALUNYA banyak persiapan yang dilakukan sebelum menyambut lebaran. Ada yang menempah baju baru, kuih-muih dan lain-lain lagi. Bagi Rosdianah Daunah, atau lebih dikenali di kalangan pendengar muzik tempatan sebagai Wiwie Daunah, dia memilih untuk memenangkan puteranya Qaisy, 3, dan puterinya Qasie, 6. "Tahun ini, persiapan agak sederhana. Tapi, Wie akan lebihkan untuk anak-anak kerana mereka merasakan Hari Raya adalah masa bagi mereka untuk bersuka-ria."Biarpun mereka tidak meraikannya bersama dengan Abah mereka, mereka tetap mempunyai Mama mereka untuk menyambut hari mulia itu nanti," kata penyanyi kelahiran Sandakan ini.

Menyentuh mengenai statusnya sebagai ibu tunggal, Wiwie akui bahawa dia harus tabah menghadapi apa sahaja dugaan yang menimpa demi anak-anaknya. "Tahun lalu, Wie beraya dengan suami... tahun ini tanpa suami. Mungkin hati anak-anak tercalit sedikit kesedihan... yalah, mereka tidak dapat beraya dengan Abah mereka. "Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa Wie sudah mendirikan rumahtangga selama lapan tahun. Wie bukan sengaja sorokkan perkara ini, cuma Wie tak mahu menghebohkannya. Sedangkan, bila Wie kembali single pun, ramai teman yang terkejut," tuturnya.

Kata Wiwie, artis juga manusia biasa dan perlu memiliki privasi. Tambahnya lagi: "Sekarang ini, Wie beri tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak. Wie hanya mahu yang terbaik buat mereka dan dapat menggembirakan mereka. Berbanding tahun-tahun yang sudah, tahun ini, Wie mungkin hanya membuat rumah terbuka untuk rakan terdekat dan rakan media sahaja." Di sebalik pengalaman pahit yang terlakar dalam kisah hidupnya, Wiwie sempat mencuri imbauan ketika zaman kanak-kanaknya.

"Kalau tak silap, Wie baru berumur lapan tahun ketika itu... pergi beraya dengan rakan-rakan dan adik-beradik Wie yang lain. `Sasaran' kami selalunya rumah-rumah VIP, gara-gara mengharap dapat duit Raya lebih. "Kami juga pergi ke rumah-rumah yang kecil. Wah! Memang best! Kami diberi duit Raya 50 sen setiap seorang. Waktu tu, jumlah itu sudah dikira besar bagi kami. Kami juga pernah dikejar anjing... zaman kanak-kanak memang banyak kenangan Raya," katanya. Sebagai seorang ibu, Wiwie tidak ketinggalan dalam menjaga keselamatan anakanaknya terutama di musim perayaan ini.

"Sebut saja Hari Raya, mercun memang tidak dapat dipisahkan. Tapi, mercun ini sangat berbahaya. Tinggal beberapa hari lagi, kita akan menyambut 1 Syawal, bagi adik-adik di luar sana, jangan main mercun. Sayangilah diri anda dan juga ibu bapa kita yang menjaga kita dari kecil. Jangan ingkari nasihat mereka," katanya dengan bersungguh-sungguh. Penyanyi yang membesar di Putatan ini juga bakal mengeluarkan single terbaru. "Insya-Allah, Wiwie akan keluarkan single ketiga dan kali ini, Wie akan berduet dengan seorang artis lelaki dari Semenanjung. Kami akan bekerjasama selepas Raya," ujar penyanyi lagu Memori Abadi ini, yang enggan mendedahkan siapakah artis lelaki itu.

"Wiwie ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari dan memohon maaf kepada semua pembaca, pendengar dan peminat. Kalau ada kesilapan, harap maafkan.
"Terima kasih kepada semua pihak, terutama ibu bapa, adik-beradik Wie, dan tidak dilupakan juga rakan media yang sentiasa mengambil-tahu mengenai perkembangan karier Wie. Kalau ada yang berhasrat untuk menyampaikan pesanan, layari saja Facebook Wie, insya-Allah Wie akan beri respons," katanya.

7 Sep 2010

Persiapan Raya Artis Sabah -Sabhi Saddi


Rezeki Terpijak

Boyd PV



PERJALANAN seni Sabhi Saddi tampak selesa dan mendadak gara-gara penangan lagu hitsnya. Nadiku. Berbekalkan lagu itu, kehadirannya di persada seni tanah air sebagai artis solo diterima baik oleh peminat dan media dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat berbanding sesetengah artis baru yang lain. Hari demi hari, profail seninya semakin mengukuh seiring dengan kebangkitan namanya.

Dan baru-baru ini, Sabhi membuat kejutan dalam industri apabila dia dilaporkan terbang ke Jakarta untuk merakam sebuah jingle untuk iklan Hari Kemerdekaan bagi syarikat pengeluar barangan jenama Adabi. Semua itu hadir begitu mudah buat bekas anggota kumpulan Esdeco ini. Enggan mendabik dada dengan kejayaan yang dikecapi, Sabhi memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas perjalanan seninya yang dipermudahkan. "Saya sangat bersyukur kerana usaha dan bakat saya diterima oleh peminat," kata Sabhi ketika dihubungi di Ibu Negara baru-baru ini. Perjalanan saya masih jauh, InsyaAllah... dan saya terus mengharapkan sokongan peminat untuk memperkukuh nama dalam bidang ini," katanya.

Bercerita mengenai pembabitannya sebagai penyanyi latar untuk iklan Hari Kemerdekaan yang dihasilkan di Indonesia itu, Sabhi berkata peluang itu hadir secara tiba-tiba. Menurut Sabhi, Adabi menggunakan khidmat syarikat dari Indonesia itu untuk menghasilkan iklan tersebut."Kami (pengurusannya) dihubungi oleh penerbit iklan itu yang mahukan saya menyanyikan jingle mereka. Saya difahamkan, pada asalnya mereka memburu khidmat Anuar Zain tapi memandangkan Anuar ada komitmen lain, mereka terpaksa mencari pengganti. Saya difahamkan juga, dalam banyak-banyak CD penyanyi Malaysia yang dihantar kepada mereka, mereka akhirnya memilih saya. Terkejut juga... tapi saya bersyukur kerana orang di sana nampak bakat saya," jelasnya.

Sekalipun hanya menyanyikan jingle untuk iklan itu, ia memberikan Sabhi satu peluang keemasan untuk menimba pengalaman bekerja dengan orang luar. Mana tahu, itu adalah langkah awal untuk Sabhi dikenali di negara jiran itu yang sukar ditembusi penyanyi dari Malaysia. "Ketika berada di Indonesia, ada beberapa label di sana menyatakan minat mereka untuk memasarkan bakat saya di negara jiran itu. Saya memang teruja dengan perkembangan ini tapi saya akan terus berpijak di bumi nyata. Saya bersyukur kerana Allah terus membukakan pintu rezeki untuk saya" kata Sabhi.

Sebelum ini, heboh sedikit industri hiburan kita gara-gara gosip yang mendakwa kononnya Sabhi akan menggantikan tempat Kozae dalam kumpulan vokal One Nation Emcee. Ramai peminat beranggapan langkah itu kurang tepat kerana "Sabhi Saddi" kini adalah satu jenama yang semakin kuat dan menganggotai kumpulan One Nation Emcee pasti akan menenggelamkan namanya yang baru hendak mekar. Ditanya mengenai perkara itu, Sabhi hanya tergelak. "Abang rasa ok tak kalau saya sertai One Nation Emcee?" Sabhi pula bertanya sebelum berterima kasih kepada semua yang memberikan maklum balas terhadap gosip itu. "Untuk pengetahuan peminat, saya tidak akan menganggotai kumpulan One Nation Emcee.Itu hanyalah salah faham. Peminat mungkin keliru kerana kebelakangan ini saya sering dilihat bersama One Nation Emcee. Apa yang berlaku ialah kami sebenarnya berkolaborasi untuk projek filem 3GP keluaran Grand Brilliance Sdn Bhd." Menurut Sabhi, dia dan One Nation Emcee terbabit bukan sahaja sebagai pelakon dalam filem arahan Aidil Fitri itu tetapi juga menghasilkan runut bunyi untuk filem berkenaan. "Di situlah kolaborasi antara saya dan One Nation Emcee bermula dan dari sana jugalah kami ada kalanya berkongsi pentas dan sebagainya. Agaknya dari situlah timbulnya gosip saya akan menggantikan Kozae," jelas Sabhi.

Bagi Sabhi, dia mengagumi bakat dan muzik yang diperjuangkan oleh One Nation Emcee.
"Tapi saya perlu teruskan perjuangan saya sebagai artis solo walaupun saya akui lebih selesa bergerak secara berkumpulan," katanya. Mengenai persiapan rayanya tahun ini, anak kelahiran Sandakan ini berkata semuanya dibuat ala kadar sahaja. "Tahun ini tahun pertama saya beraya sebagai artis solo... tapi rasanya tak ada apa beza pun... semuanya sama sahaja kecuali semakin ramai orang kenal saya...," katanya yang sejak dari awal Ramadan sudah menempah sehelai jubah untuk dipakai pada pagi Raya kelak. Selain itu, menurut Sabhi, dia ada juga menyediakan duit raya untuk anak-anak buahnya, "semuanya ada 10 orang. Duit raya untuk mereka sudah saya sediakan...saja mahu gembirakan hati budak-budak ketika menyambut raya...kita pun pernah jai budak-budak..." katanya.

Mengikut perancangannya, Sabhi akan beraya bersama keluarganya di Kota Kinabalu pada Raya pertama dan kedua. "Selepas itu, pada Raya ketiga, besar kemungkinan kami akan beraya di Sandakan pula," katanya yang akan pulang ke Kota Kinabalu pada 5 September ini, sehari selepas hari lahirnya, memandangkan dia tidak terbabit dalam sebarang siaran langsung di televisyen pada malam menjelang Raya.

3 Sep 2010

Electric Guitarist

Nampak gaya bakal muncul seorang electric guitarist ni dengan album beliau nanti. Mari kita nikmati persembahan demo beliau dengan lagu instrumental berjudul The Legend of The Red Banyan Tree.



Lawalah brader! I like *applause* (nah adalah saingan Santana ni kali ^_^)

More demos on melodymaker79's YouTube.

1 Sep 2010

Lagu "Awang Sumandak"

Mula-mula nampak tajuk lagu ini saya ingatkan lagu berkisahkan insan malang (malang ker?) yang dilahirkan half-half awang dan half-half sumandak (kekek)...rupa-rupanya masih juga tema boy meets girl..boy falls in love with girl..cuma lagu ini special sikit sebab ada unsur-unsur inter-ethnic...ala-ala percintaan 1Malaysia gitu ;=)

Ries ft Clarice - Awang Sumandak (shorter version)
(Lagu/lirik:Johan S/Johan S/Clarice)








Demikianlah lagu Awang Sumandak gandingan suara Ries dan Clarice yang dipetik dari album Ries seperti sampul di bawah.


Eerr..jangan silap bukan album Hari Raya tu ah..saja fesyen artis macam tu. Mungkin sebagai gambaran album beliau keseluruhannya berkonsepkan pop etnik (Brunei). Walaupun pop etnik tapi ada juga diselitkan satu dua lagu pop seperti lagu cinta balada dalam bahasa Brunei berjudul Mula Bertamu (lawa banar lagu ani). Album ini diterbitkan oleh Jazz Production dan diedarkan oleh Moes's Music (I see jadi pengedar pula sudah durang ni)

Dan yang ni pula rekabentuk album kumpulan Ariez


Macam di KK Time Square ja yang sebelah kanan tu, boleh pakai juga pula background sana (hehe).

Dan akhir sekali seperti yang dijanjikan terimalah lagu Tanak Kampung versi Melayu

Anak Kampung - Jimi Palikat








Kenapalah dia tidak guna perkataan 'tidak setaraf', balik-balik disebut 'tidak padan'..'tidak sepadan'. "Aku anak kampung tiada pelajaran" oops...manangkus nokopio :=)