9 Sep 2010

Persiapan Raya Artis Sabah-Alvin MY

Berdua lebih baik
oleh
Ricardo Unto
riqiriqi@gmail.com

AIDILFITRI tahun ini pasti disambut oleh Alvin MY, 29, dengan lebih keceriaan dan kemeriahan. Maklum sajalah, ini adalah kali pertama Alvin berkongsi suasana Ramadan dan Syawal bersama isteri, Dazeree Joannes. "Perbezaan paling ketara sambutan Raya tahun ini adalah saya menyambutnya sebagai seorang suami. Saya berkahwin Mei lepas, dan kelainannya memang terasa berbanding ketika membujang. Saya rasa tahun ini akan membawa makna yang baru kerana saya akan menyambutnya bersama keluarga dan isteri tercinta," kata pemilik nama sebenar Alvin Mahathir Yunus ini. Tambahnya lagi: "Tahun ini juga adalah tahun pertama saya benarbenar bertapak di Sabah sebagai seorang penggiat muzik. Sepuluh tahun saya berada di KL sebelum ini dan hanya sesekali berkesempatan balik ke Sabah terutamanya ketika Raya. Saya juga dapat merasa berpuasa di Sabah berbanding sebelum ini di KL." Persiapan untuk menyambut Hari Raya juga menjadi rutin tahunan bagi keluarga Alvin."Tahun ini, persiapan agak sama dengan tahun-tahun yang sebelum. Raya ketiga, seperti biasa kami akan membuat rumah terbuka di Kg Dompisung, Kundasang. Semua ahli keluarga akan balik dan memeriahkan rumah terbuka ini... is sudah menjadi tradisi keluarga, dan masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.

"Setiap tahun, pasti ada tambahan baru kepada keluarga kami, anak saudara atau ipar baru dan lain-lain lagi. Juadah dipersiapkan dengan rapi kerana ramai yang datang berkunjung," tutur pelantun lagu Learning You ini."Hari Raya adalah hari yang saya nantikan, kerana pada masa inilah semua ahli keluarga berkumpul. Banyak kenangan terukir pada masa Raya. Ketika masih belasan tahun, saya masih ingat saya pernah merungut kerana terpaksa mengangkat daging dari ladang datuk saya pada Raya pertama. Tetapi memang begitu... kami bergilir-gilir melakukan tugas yang berlainan setiap tahun."Dalam kesibukan membuat persiapan lebaran, Alvin sempat meluangkan masa untuk berkarya."Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk merakam lagu-lagu baru. Saya ingin bereksperimen dengan lebih banyak bunyi-bunyian yang tidak ditonjolkan dalam EP pertama saya, Learning You."Pada masa sama, saya banyak belajar dan berjumpa dengan penggiat muzik yang lain di Sabah. Saya ingin menjadi penghibur yang lebih baik.

Saya juga merancang untuk berganding tenaga dengan mereka baik di atas pentas mahupun di dalam studio rakaman," kata penyanyi berbakat ini yang juga aktif mengemaskini laman Facebooknya, www.facebook.com/alvinmy. Di akhir perbualan itu, Alvin sempat menyampaikan pesan untuk peminatnya: "Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak lagi mesej yang ingin saya sampaikan kepada anda semua melalui muzik saya. "Saya berharap para peminat akan terus menyokong penggiat seni tempatan. Perjalanan seorang penggiat seni seperti saya terbentuk dengan peranan penting yang dimainkan oleh peminat dan pendengar."Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak, selamat menyambut bulan kemerdekaan dan sentiasa beringat untuk berbuat baik kepada diri sendiri dan juga orang lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri."Sementara itu, seperti yang secara peminat ketahui, selain bergerak solo, Alvin juga masih lagi menganggotai kumpulan vokal Infinatez. Kumpulan itu yang pernah mencipta nama tidak lama dahulu dan popular dengan lagu Paparazi, antara lain, dikatakan sedang giat membuat persiapan untuk melakukan 'come back' di persada muzik tempatan.

Dalam emel yang dikirim oleh PR kumpulan itu, Cici Suleiman, Infinatez dikhabarkan akan kembali menemui peminat dan pengikut setia mereka dalam masa terdekat ini. Tiada butiran lanjut diberikan. Cici juga meminta industri hiburan agar tidak lagi mengaitkan nama Infinatez dengan Andi A. Merican, bekas anggota kumpulan itu, yang sedang hangat dengan isunya. "Infinatez tidak pernah terkubur dan masih lagi bergiat aktif di dalam industri hiburan. Mereka kini sedang berada di dalam proses melakukan `come back' dan akan menemui peminat dan pengikut mereka tidak lama lagi," kata Cici dalam emel itu. Mesej dalam emel itu sekaligus mengesahkan bahawa anggota Infinatez kini hanya tinggal berempat – Rafique, Shah Hans, Danial dan Alvin.

Lagu Raya Di Kinabalu oleh Alvin MY

I see so nampak gaya pengumuman 'perpecahan' yang si Andi buat dalam rancangan Melodi hari tu kira null and voidlah kan... :=)

3 comments:

Ricardo said...

sy notice ko rajin gi transfer story dari newspaper kan... good job for your effort... kalau mau tu pix yg quality lebih bagus, inform2 sj ja kio... :)

dBOS-fm said...

LOL...utk benefit sabahans d luar Sabah yg tdk brpeluang membaca bah (memang ada request). Skg ni tdk perlu re-type...tu lah rajin...main scan-scan ja...thanks for the offer..nantilah sia minta :=)

Ricardo said...

ngehehe... baiklah... :)