31 Jan 2011

Jogging on Fluffy Red Carpet

After dropping a friend at Terminal 2 yesterday, I stopped by at the newly completed Perdana Park (formerly Hone Place) in Tg. Aru which was opened to the public for the first time yesterday. This place or Tg. Aru for that matter is very nostalgic since I've spent almost half of my life there :).

The park sprawls on an 18-acre site and you will not miss it on your way to Terminal 2 or Tg. Aru Beach. Here are some photos I took.

The entrance

Among its features are musical fountain, free purified water, disabled-people friendly, containerised stage that can be used for cultural shows, reflexology footpath and exercise areas. But to me the most special feature is the jogging track which is made from synthetic rubber (conventionally available only in athletic stadium). Punyalah empuk dan lembut, mo jogging barefoot pun boleh.

The jogging track, silap pandang macam red carpet pun ada


The kids playground and exercise areas are also laid
with the soft synthetic rubber..colourful pula tu


One of the exercise routines provided
at the outdoor gym..tagap-tagaplah org KK ni nanti


Gigihnya durang ber-exercise


Free purified water


Sudah saya puas minum tu air free baru saya terbaca notis di bawah ni..rupa-rupanya air dari tasik tu durang purified.



The reflexology footpath...ouch! ouch! Bagus lagi
jalan barefoot ja di atas jogging track tu macam kena
ramas-ramas juga tu tapak kaki


Fully monitored by CCTV dia bilang
..so don't try-try beramas mesra


Bad news for smokers

Video footage pakai DSLR berharga RM 300 ja..kekek



The parking lot is currently free of charge but soon visitors are required to pay. The musical fountain showcase is at 7:30 pm tapi macam saya puas sudah tengok masa di Las Vegas dulu (kekekek...kunun)

Edisi Panas

Somebody made an advance suggestion over Daphne Iking's case.




Belun ada keputusan mahkamah lagi kes ni (mmmm...advance sungguh orang yang menyarankan itu)

Maka dengan itu topik siri "Perbincangan Hangat" kita kali ini ialah... (ndak mo mengalah bah...mo juga bertopik-topik)

"Wajarkah Gelaran Unduk Ngadau Dilucutkan Sekiranya Penyandang Gelaran Didapati Terlibat Dalam Aktiviti...bla..bla..bla?".

Sila kemukakan pendapat anda melalui SMS dengan menaip

UN (jarak)YA (sekiranya bersetuju) atau UN (jarak)TIDAK (sekiranya tidak bersetuju) dan hantarkan SMS anda ke nombor telefon anda sendiri (kekekekek)

29 Jan 2011

Senario Musik Underground

Sebelum tu, sukacita dimaklumkan pihak penganjur KENTE 3 telah membuat penjelasan berhubung had umur untuk kategori komposer. Yang sebenarnya untuk kategori ini memang tiada had umur. Had umur tersebut hanya untuk kategori nyanyian. Harap maklum.

Laporan senario musik rock 'underground' di Sabah. Tapi kalau ikutkan hampir semua penggiat-penggiat seni di sini bergiat secara 'underground' (sendiri-sendiri, bebas/independant a.k.a indie)

Kredit: Hiburan Sabah Times

P.R.Inc ke Final LPK VFM

Lagu Kadazan P.R.Inc, "Adaa Hivai Dandi Toh" telah berjaya ke peringkat akhir pertandinag Lagu Popular Kadazan Sabah VFM yang akan diadakan dalam bulan Mac nanti. Tahniah



Sementara menunggu album penuh durang muncul mari kita nikmati dulu video kumpulan Super Junior dari Korea ini dengan lagu mereka "Bonamana". Macam ni kali lagu dan video P.R.Inc kalau sudah siap kan..*wink*



Video durang ni pakai DSLR Canon kah juga ni..hehe

Entah dalam-banyak-banyak lagu K-Pop lagu yang atas tu saya paling tertarik

Berita Artis

Beberapa berita artis Sabah (credit to Hiburan The New Sabah Times)

Sebelum kita ke berita artis seterusnya apa kata kita lihat dulu iklan berbayar ini *grin*. Makin banyak bah iklan masuk di blog ni susah betul saya mo tulak, mentang-mentanglah pengunjung semakin berlipat kali ganda, berebut-rebut pengiklan mo menaja siaran di sini. Penaja kita seterusnya merupakan sebuah bank di China...tu dia sampai China bah penaja blog ni..jan jeles...kekekek



Adoii na..macam mo cramp perut saya ketawa tengok tu iklan. Sudahlah mascot dia kiut tahap pusat berputar-putar di perut..pemilihan nama mascot pun satu macam...*LOL*

Over to our next artiste



27 Jan 2011

Pembikinan Video klip "Buku Baru"

Kumpulan P.R.Inc sekarang ini, sedang gigih membuat penggambaran video klip durang untuk single pertama "Buku Baru"



Wow..pasti gempak ni nanti ;=)

Credit to KL-Popperz.


********************************************


Guna kamera DSLR buat video?

Still on video making, kalau tidak silap saya dua, tiga hari lepas saya ada terbaca satu artikel di newspaper about a production house in KL yang sedang membuat penggambaran sebuah cerita seram. According to them they are using Canon 500D DSLR camera to shoot their movie. They said they use more than one camera to shoot one scene in order to save time (those who had experienced making movie fahamlah kan satu scene tu mo kena shoot 3, 4 kali..punyalah membazir masa). When I read the article, I was like "huh...guna DSLR buat filem (first time saya dengar), ini projek sekolah kah apa ni?". I was sort of underestimating their efforts until I watched Ridah's video clip "To See You Again" that uses the same camera (as per the chat on FB). Rupa-rupanya begitu pula kualiti video yang guna Canon 500D ni (awesome isn't it). I searched it over on YouTube and found many more impresived videos made using this camera.

Just one of my favourites..


Take a listen to the sound...when the guy opens the case, plugging the guitar...which I think captured so vividly. Bah geng...apa lagi kalau ndak silap harga dia dalam RM2,000 plus ja kan (correct me if I'm wrong). Five-star video quality with one-star price.

...alamak macam iklan Canon pulakan (tiada bayaran ni...hehe)

26 Jan 2011

Ridah - To See You Again

Video klip untuk single Inggeris dari Ridah yang berjudul To See You Again



Sebuah lagi video klip hasil usaha anak tempatan Sabah yang mempunyai kualiti cukup menarik :)...I like!

********************************


KENTE Musim 3

Kali ini peluang juga dibuka untuk komposer-komposer



Mmm...kenapa untuk komposer pun perlu dihadkan umur? Apa kaitan komposer dengan umur? Sebab tidak seperti penyanyi, komposer duduk di belakang tabir..tiada penampilan dan package yang menarik pun tidak apa (hahaha)

25 Jan 2011

Ujibakat AF9 Online

Sepertimana yang kita tahu AF9 kali ini melakukan sedikit kelainan dengan memberi peluang kepada orang ramai menyertai ujibakat melalui online (satu pembaharuan yang sangat dialu-alukan). Peserta-peserta hanya perlu merakamkan video mereka menyanyi dan memuatnaik video tersebut ke YouTube. Video-video ujibakat tersebut telah mula membanjiri YouTube sejak penyertaan dibuka pada 13 Januari lepas (tarikh tutup 27 Januari). Yang menariknya pihak AF9 tidak meletakkan apa-apa standard pembikinan video tersebut dan peserta-peserta bebas melakukan apa saja berdasarkan kreativiti masing-masing. Jumlah video untuk seorang pun macam tidak dihadkan (sebab ada yang menghantar sampai lima video sekali). Berbagai aksi dan ragam boleh kita lihat. Malang sekali ramai yang tidak memperkenalkan diri durang terlebih dahulu...macam nama, umur dan asal (adakah patut terus ja menyanyi).

Ini antara video-video peserta yang saya confident dari Sabah



Buli tahan permainan gitar dia.

Yang ni si Willy Kelo bah kan..artis rakaman Sabah tu (boleh tahan)



Banyak lagi video-video durang yang menarik, menghibur dan melucukan (mungkin mo dekat ribu pun ada). Ada juga mirip-mirip amah pilipin dan Indon yang pegi bertapuk-tapuk menyanyi buat rakaman di bilik (masa majikan durang tiada)...kekekek (punya jahat)

Video-video Ujibakat AF9


P/s: I don't know why....but I have a strong feeling untuk ujibakat online ni AF9 akan bagi keutamaan kepada peserta-peserta dari Sarawak memandangkan team AF9 tidak mengadakan ujibakat di Kuching (hanya dua tempat ja..KL dan KK)

24 Jan 2011

Lagu "Main Tapuk Tapuk"

Terimalah lagu komedi berjudul "Main Tapuk Tapuk", sebuah genre lagu yang rata-rata menjadi minat pendenar-pendengar Sabah :)









*********************************************


My Favourite New Orlean's rejected participant..hehe



I think if this guy re-record this song giving it a rock touch, it's gonna be as popular as Lady Gaga's version :=)

22 Jan 2011

Shocking Sabah

The front page of Daily Express today..



OMG! Lagu siapalah yang jadi mangsa sebagai lagu latar tu...Sayang Kinabalu?, Jambatan Tamparuli?, Atama's Throw Your Hands in The Air or Can't Stop The Sumazau? (wakakakak)

******************************


The American Idol's 'so-so' participants

These are just some of the 'so-so' participants on American Idol 10 who get through.





They probably won't get the golden tickets if Mr Cowel is around ;=)

21 Jan 2011

Buat Mu Kekasih - Nadia

Video single terbaru dari Nadia berjudul "Buat Mu Kekasih". Lokasi penggambaran dibuat di Taman Negara Sipitang (hmm..baru tahu ada Taman Negara pula sana) dan Esplanade Sipitang.



Lagu dan video...KELAS!

Pretty Young Girls by Terry, Ridah and Dugong

American Idol is back, the new season premiered yesterday. With or without Simon Cowell the show must go on, a little bit awkward though as if something is missing. Steven Tyler, hmm...more actions than words (you need someone who is talkative on the critic seat). J-Lo on the other hand has the syndrome afraid of saying 'no'. I wonder if there's a special or medical terminology for this group of people...'NO-reulogy' perhaps..haha. How interesting when she admits watching the show since the first season and can even recognise those who had attended the auditions before..wow! (by just watching TV?). This is also the time for those who were in the 'so-so' category and rejected by Simon in the past seasons to come back. It appears participants are not highly rated as before, those in the 'so-so' category can easily get the tickets to Hollywood. But the good thing is, those who are really good will surely get through. Just can't wait for the next episode today ;)

Here's my featured song today, a heavily mixed local song...mixed singers, mixed language...things like that. Check it out!

Pretty Young Girls - Terry Peter, Ridah and Dugong






Atama Cabar Menteri

Back to the local news front (eh siaran berita mana pula ni?),a local rapper is challenging some high ranking ministers to sue him to court. Dahsyat (alasu nopokio)...jangan ja menteri-menteri berkenaan menggigil..hehe.



Tips tiada tempat parking

Ini pula tips kalau tiada sudah tempat parking. OK juga tips ni saya pun pernah cuba, senang ja. Tapi yuran dia mahal lah..kalau ndak silap saya dalam RM 300 sekali parking...kekekek!

18 Jan 2011

Tingkatkan Kualiti

Mari kita baca keratan akhbar :)


Sekali sekala pengkarya kita (terutama penerbit-penerbit video movie, telefilem etc)kena laharan ala-ala Simon Cowel bagus juga kan (hehe). Tidaklah berterusan syok sendiri. Ketahuilah bahawa kritikan itu penting untuk kita berevolusi :=)

Kalau saya tengok drama terbitan Sabah yang kena kasi main di RTM (selalunya jam 12 tengahari - anggap sajalah 'slot kasihan'), tidak ubah seperti menonton sebuah kisah penuh teladan yang sesuai disiarkan di saluran TV Pendidikan.

But back to the issue of 'tokenism' ni, persoalannya macam mana kita boleh tampilkan drama-drama atau karya-karya terbitan kita di TV kalau tiada slot khusus untuk karya-karya dari Sabah? Kenapa tidak diberi slot khusus seperti yang diberikan untuk rancangan-rancangan Tamil dan Mandarin? 1, 2 jam pun cukuplah.


Atama vs Politicians

Isu yang satu ni terus terang, ampun...saya tidak tahu pokok pangkal cerita dia (hehe). Tiba-tiba saja muncul di akhbar. Kalau mengikut laporan akhbar, semuanya berpunca dari satu foto yang si Atama upload di Facebook dia yang telah menyinggung pihak-pihak tertentu. Hmm foto macam mana tu ah...mau juga aku tinguk.



Normally before we go public (buat laporan polis dan sebagainya) there should be a private negotiations between the disputed parties (right?). Not sure if they've done that....or they straight away go to police station?

17 Jan 2011

Gloria James - Insasamadai

Kamurang mesti sedang berabis rehearsal untuk ujibakat AF9 ni kan? Patut juga makin hari-hari hujan sekarang ni (kekek). Mo berhenti-henti sudah hari tu...tiba-tiba muncul hujan balik. Siapa-siapa yang pilih my favourite song "Billionaire" (YouTube ) kamu hantam ja sebut tu lirik.."I wanna be a billionaire so F***ING bad!" kalau buli sebut kuat-kuat itu 'F' word(hahaha). Siapa suruh Astro pun palui sudah tau lagu tu ada perkataan fcuk...pegi ambik pula sebagai lagu ujibakat (mungkin durang expect kamu tukar lirik laitu). Hmm...napalah durang ndak pilih ja lagu Bruno Mars "Just The Way You Are"

Anyway let's take a listen to our featured song today bertajuk Insasamadai (memujuk) dari Gloria James, best lagu dia suara penyanyi diapun buli tahan...lemak merdu manja(macam sya tau-tau ja siapa pencipta lagu ni ;=)).







14 Jan 2011

Candy Rakam Album di Australia

Setelah ditampilkan dalam single seorang penyanyi dari Iran, Candy nampak gaya tidak duduk diam, khabarnya beliau baru kembali dari Australia setelah berada di negara itu selama enam minggu untuk menyiapkan album sulung beliau (international juga ko kan). Semasa ditemubual oleh sebuah majalah hiburan inggeris terkemuka Australia *kidding*, Candy menjelaskan, I quote..

"I am pure KadazanDusun, and I have been dreaming of an album for my people. All my singing with AF is in Malay. I have a couple of singles in English. but no album, even in Malay or English,1 wrote the lyrics for three songs, and I wrote one melody for my album, A few of my songs have been written by Asmin Mudi's team, and then arranged by my producer Luke Mason. who is Australian."The album, it's really a Western style: I like the energy of Avril Lavigne, you know, very edgy. So we are doing a couple of songs in that style. Some musicians will be from Australia. Maybe I need to pick a musician from Sabah. a local, its more interesting for me. We've done 8 songs already so we need to make two more,

Paham!? Apa? Mo saya translate lagi :=)


Candy juga melahirkan perasaan gembiranya dapat balik kampung setelah enam minggu berada di rantau orang

"I've been staying in KL a few years, and I haven't been interviewed by people in Sabah for a long time I'm so happy to be back here to see my people, see my
parents. We went out to the kampung and had a lot of tapai. I want to bring
something new into this industry, in Sabah especially, in my language Dusun. If
you hear Dusun songs, it has not developed much.

Wow... confession of a pure Dusun girl gituu...




.



.



.



.



.



.



.



.



.



.


Please do not enlarge! Haha


Oh tidak!

Tapi macam ndak sabar-sabar juga mo dengar album sulung dia ni.

Credit to Bandwith Magazine

12 Jan 2011

P.R.Inc Pindah KL

Kumpulan P.R.Inc dijangka berpindah ke KL samada hujung bulan ini atau awal bulan depan, demikian menurut Aye Len salah seorang anggota kumpulan ini. Semua ini dilakukan untuk mempromosi single pertama mereka berjudul "Buku Baru" yang telah siap sepenuhnya. "Maka dgn ini, bermula lah sudah karier kami utk berjuang dlm industri muzik Malaysia", katanya. Single tersebut yang diilhamkan oleh penerbit mereka Cat Farish, telah diguna sebagai muzik 'synchronized' pada penutup drama bersiri "Seribu Kali Cinta" di TV3. Namun promosi seterusnya masih perlu dilakukan untuk memastikan kumpulan ini dikenali ramai terutama oleh peminat-peminat muzik di seberang Laut China Selatan :).

Ini pula artikel si Aegy, salah seorang lagi ahli kumpulan tersebut.



With the right materials, right grooming, right mentor (Cat Farish) I have a strong feeling this group will make it :=).

10 Jan 2011

M1 - 7 Peserta Mara

Di saat Akademi Fantasia semakin hampir menjadi produk sejuk beku, makin banyak pula rancangan realiti ujud sejak kebelakangan ini (bukannya makin kurang). Antaranya ialah rancangan yang diberi tajuk "Malaysians Want" (M1). Dua hari (6 dan 7 Januari) durang turun padang mengadakan sesi ujibakat di KK. Hasilnya? 7 orang dari Sabah terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya di KL. Belum finalised lagi ni, kena bertanding lagi, harap-harap adalah 1,2 yang sangkut.



Bukan M1 ja yang turun padang ke KK mencari bakat-bakat terpendam, sebelum ni pun rancangan realiti baru RTM "Tiada Lama, Tiada Baru" juga mengadakan sesi ujibakatnya di sini. Tapi saya rasa rancangan M1 inilah yang lebih mendapat perhatian (sayapun kurang pasti kenapa, mungkin ada kena mengena dengan banner promosi durang ni yang bergantungan di sepanjang jalanraya di KK...so kiranya macam hypelah kunun)

Production crew "Dreamgirl the Musical" pun ada juga turun padang. Tapi tidak pasti bagaimana sambutan sebab very low profile (entah berapa orang ja yang tahu). Iklan ni pun keluar di akhbar pada hari Khamis (6 Jun), 48 jam sebelum ujibakat bermula. Siapa yang rasa berbakat tapi mau stay low profile tidak mahu kehidupan glamouros and popular (sehingga privacy terjejas) ujibakat nilah yang perlu dihadiri :=)...kan Bibi? (eh siapa pula si Bibi tu? Hehe)



dBOS: Dalam banyak-banyak rancangan realiti di TV sekarang ni saya paling terpesona dengan rancangan 'True Beauty' di Star World...BEST! Peserta bukan saja diadili dari sudut kecantikan luaran tapi juga dalaman (kejujuran, ketamakan, kejahatan, kekurang ajaran, kesopanan dan kesusilaan etc :))

****************************************************


Atas permintaan ramai peminat-peminat antarabangsa blog ini *grin*, maka disiarkan versi English artikel penyanyi Filipino yang pernah disiarkan dahulu...mabuhay...mahal kita...salamat po..pangako sayo (whatever it means..hehe).

6 Jan 2011

Tidak Putar Lagu Sendiri

Ramai bah kan penyanyi jadi penyampai radio sekarang ni, antaranya si Lotter, Felix, Alvin dan kadang-kadang si Ebi. Mari kita dengar sepatah dua kata dari si Alvin :=).


Isu penyanyi yang jadi DJ radio dan memainkan lagu durang sendiri saya rasa sudah lama ditimbulkan. Paling hangat bila lagu si Aznil dari filem 'Cicakman' kerap berputar di ERA sampai ada yang tuduh ERA bias. Tapi penjelasan durang, lagu tu diputar atas permintaan ramai (masuk carta ERA lagi tu). Secara rasionalnya memang tidak aci penyanyi/DJ memainkan lagu durang sendiri melainkan ada bukti diminta bertalu-talu. Kalau ada termaktub syarat durang tidak boleh mainkan lagu sendiri dalam Terms and Conditons yang perlu dipatuhi, saya rasa ini kira disadvantage-lah kan (si Dina OIAM contohnya, sejak jadi DJ di ERA macam tiada pula lagu dia berputar, the same goes to Reza AF3). Ada juga kali yang tidak 'ketahanan' sudah tu mo pegi picit tu butang kasi main lagu durang sendiri (hehe..just kidding). Kenapalah durang ni tidak dibenarkan guna nama samaran ah?...DJ Jonjongot kah, macam DJ-DJ di kelab. Kalau guna samaran bulilah kasi main lagu sendiri (mana pendengar tau).

Maybe the good topic to discuss, "singer turns radio DJ - advantage or disadvantage?" :=)

(Setakat ni saya cuma terdengar si Lotter ja yang kasi main lagu durang "Keluhan Hati" - tapi saya anggap jalah atas permintaan ramai :=)).

*****************************************

Lirik lagu Tondu Unduk Ngadau

Ounsikou ginawo karamit dikoyu toinsanan
Korikot polombus koubusan tungkusan..tokou
Oinsanan ginawo arayou kokito linansan
Tondu Unduk Ngadau

Okito linundus oilaan linumis sinuau
Kolingos rinuol posonong sinduol omruol...tokou
Ounsikou ginawo orohian kokito linansan
Tondu Unduk Ngadau

CHORUS
Unduk Ngadau linumis nu
Kosurong do mato
Unduk Ngadau
Sinuau posogit ginawo

BRIDGE
Oinsanan watas id suang do pogun diti
Moginum tinan omulok do silihon
Tondu Unduk Ngadau

(solo)
Kokotuan diti pamasi dahai do piuludan
Polingos hinuyan potodu doh tumos mongomot...parai
Unduk Ngadau silihan do pangarayou...dahai
Dikoyu toinsanai

Donna memerlukan sokongan anda, jadi sekiranya anda betul-betul minat lagu ini dapatkanlah album beliau yang masih boleh didapati di pasaran (tamu-tamu, kedai Polysound di Kg. Air etc). Sokonglah artis tempatan kita. Ulasan album dia boleh dibaca di SINI.

5 Jan 2011

Juara Bintang Kecil 2010

Akhirnya muncul juga YouTube juara Bintang Kecil Kebangsaan 2010 dari Sabah, adik Presley Petrus dengan lagunya Hanya Di Mercu.



Layaklah juga jadi juara, persembahan dia santai ja tidak 'berkaedah'. Kalau peserta lain ada yang siap dengan lontaran tangan macam berdebat ala-ala Karam Singh Walia..hehe.

Credit

Kredit juga kepada Encik Azrul @ Tody @ Zcarl Mraz (adik Jaaon Mraz pula)kerana gigih meminta video ini dari pemiliknya...usaha tangga kejayaan saya bilang (hehe)

4 Jan 2011

Lagu Inspirasi Ungkapan Popular Sabah

Ungkapan "buli bah kalau kau" atau kadang-kadang 'OK bah kalau kau' tidak dinafikan begitu popular di Sabah, saingan dia terdekat mungkin 'Aramitie!' (kamu rasa-rasa antara dua ni mana satu yang lebih popular..hehe). ramai sudah yang ambil ungkapan 'buli bah kalau kau' ni jadi tajuk lagu durang. Kalau ikut pemerhatian saya adalah kali dalam empat, lima buah lagu. Si Adam pun ndak mo ketinggalan (mo juga), ni nah lagu dia yang juga bakal muncul sebagai single terbaru dia.



Nice composition tapi macam ndak berapa kena ungkapan yang 'catchy' ni dialunkan dalam lagu sentimental kan. Mo dengar lebih sepuluh kali baru betul-betul masuk dalam jiwa ni (hehe). Apa pun syabas untuk Adam sebab memuatkan unsur-unsur Sabah dalam lagu dia (khas untuk golpren Sabahan dia kali ni kan :=)).

Video with high quality audio.

Lagu si Enoch.OK Bah Kalau Kau ni pun not bad bah..I loike (di kedudukan 68 dalam carta dBOS Top 80).









Tiada orang mo buat lagu "Bulih Bah Kalau SAYA" kah?..:)

2 Jan 2011

Lagu Paling Malatup 2010

The 'Golden Sompoton' award for the most popular song of 2010 goes to...

TANAK KAMPUNG!...clap!..clap!..clap!..

Lagu Tanak Kampung ciptaan dan nyanyian Jimmy Palikat merupakan lagu yang paling popular di blog ini sepanjang tahun lalu. Kalau dihimpunkan jumlah klik untuk lagu ini, bukan lagi popular tapi boleh dianggap Super Popular (hehe). Lagu yang mula diperkenalkan pada bulan Januari tahun lepas, terus mengungguli carta sepanjang tahun terutama sekali untuk kategori Etnik Pop. Saingan terdekat lagu ini dalam kategori yang sama ialah lagu Hiti Noh Pitongkiadan dendangan kumpulan adik beradik The Divine Masters (namun kalau mengikut jumlah klik, lagu di nombor kedua ini jauh ketinggalan di belakang).

Untuk gabungan kesemua lagu-lagu yang dimuatnaik pada blog ini, Tanak Kampung berada di puncak carta selama 20 minggu. Hanya tiga buah lagu sahaja yang berjaya memintas sementara kedudukan teratas Tanak Kampung dalam kategori ini, lagu-lagu tersebut ialah Kisah Kita – Stacy (6 minggu di kedudukan nombor satu), Biarkan – Linda (4 minggu), Resort Burung Garuda – Petrus Edwin (14 Minggu) dan versi melayu lagu tersebut Anak Kampung (4 minggu). Walaupun dipintas oleh lagu-lagu yang disebutkan tadi, Tanak Kampung hanya jatuh samada ke anak tangga nombor dua atau tiga (hebatkan..hehe).

Let’s take a look at the Top 80 songs last year.

1 Jan 2011

R & B/Soul Dusun Yang Cun

Terlebih dahulu "Selamat Tahun Baru 2011" kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog ini. Terimakasih kerana terus berkunjung (cubuk-cubuk skijap pun saya hargai..hehe)

Dengan sukacitanya saya meng-upload lagu berikut, sebagai hiburan pembuka tirai tahun ini. Tergamam juga buat seketika masa mula-mula terdengar lagu ini sebab saya rasa ia satu-satunya muzik ala-ala konsep Neo, Usher, Chris Brown oleh penyanyi dari Malaysia (Audi Mok yang selalu tiru trend muzik terkini U.S pun belum ada buat konsep begini kan? - correct me if I'm wrong - sekarang ni dia sibuk tiru trend Lady Gaga untuk Ning Baizura).

Enough said, let's check it out (abaikan saja kualiti rakaman itu yang kedengaran macam microphone tanpa pop filter *frowning*...wonder if this is a final product or just a demo)

Rowel - Tondu Olumis








Kreatifnya part pada minit 1:41 ituu :). Gubahan muzik dan vokal yang cun (kira out of the box untuk sebuah lagu Dusun). Syabas juga sebab memilih untuk menyanyi lagu yang kira advance ini dalam bahasa Dusun..I loike!

P/s: Nama penyanyi 'Rowel' tu pula really rings the bell, mengingatkan saya nama penyanyi cilik tempatan dulu (same person? I bet he is)

The spot named "Dataran Bandaraya"

Some pictures of the so-called "Dataran Bandaraya" I took yesterday while roaming around (in the rain) at the venue of the 'New Year Countdown Concert'. Yang lucunya masa saya sampai, saya terus tanya salah seorang kakitangan DBKK in uniform, "boss mana tu dataran yang si Musa Aman mo rasmi ini malam?". "Sini laini.." dia bilang sambil hentak kaki dia right at the spot we're standing. Huh...rupanya tempat yang saya balik-balik limpas sebelum ini. I was expecting something big and spacious. Mungkin belum siap sepenuhnya (motif awal-awal sudah rasmi?)

Hmm...a square cum parking lot


Kalau lontar batu terus sampai di laut..hmm


Anjung Senja yang baru..just few meters away from its old spot.
Imagine the money involved just to shift the whole structures...mmm.


Hmm..


Set to be the permanent venue for this type of event...
I mean what's new? (with the old one...hmm)


Hotel bertuah


I'm hoping ugly duckling turns into swan once the whole project completed. Lepas tu, pleaselah no more KK seafront project. Just leave it as it is!