2 Jan 2011

Lagu Paling Malatup 2010

The 'Golden Sompoton' award for the most popular song of 2010 goes to...

TANAK KAMPUNG!...clap!..clap!..clap!..

Lagu Tanak Kampung ciptaan dan nyanyian Jimmy Palikat merupakan lagu yang paling popular di blog ini sepanjang tahun lalu. Kalau dihimpunkan jumlah klik untuk lagu ini, bukan lagi popular tapi boleh dianggap Super Popular (hehe). Lagu yang mula diperkenalkan pada bulan Januari tahun lepas, terus mengungguli carta sepanjang tahun terutama sekali untuk kategori Etnik Pop. Saingan terdekat lagu ini dalam kategori yang sama ialah lagu Hiti Noh Pitongkiadan dendangan kumpulan adik beradik The Divine Masters (namun kalau mengikut jumlah klik, lagu di nombor kedua ini jauh ketinggalan di belakang).

Untuk gabungan kesemua lagu-lagu yang dimuatnaik pada blog ini, Tanak Kampung berada di puncak carta selama 20 minggu. Hanya tiga buah lagu sahaja yang berjaya memintas sementara kedudukan teratas Tanak Kampung dalam kategori ini, lagu-lagu tersebut ialah Kisah Kita – Stacy (6 minggu di kedudukan nombor satu), Biarkan – Linda (4 minggu), Resort Burung Garuda – Petrus Edwin (14 Minggu) dan versi melayu lagu tersebut Anak Kampung (4 minggu). Walaupun dipintas oleh lagu-lagu yang disebutkan tadi, Tanak Kampung hanya jatuh samada ke anak tangga nombor dua atau tiga (hebatkan..hehe).

Let’s take a look at the Top 80 songs last year.

6 comments:

azrul said...

bos, lagu Tanak kampung tu betul2 top di Kota Marudu. kesukaan orang Kota Marudu. hahah

dBOS-fm said...

Bukan lagu Lugai-Lugai kah yg paling top sana tu..

azrul said...

kalau lagu2 c Ridah tu ofkos lah top di kota marudu. hehe

Anonymous said...

dBos, buli carikan sy lagu Katapatan by Liguari Martin ka? sy suka ba tu lagu..satu kali ja temain d keningau fm..tp tu pn nda abis..DJ dia ckp dpd album MOKIRAYOU..tp sy xda pernah jumpa pn d pasaran tu..

Anonymous said...

Sia ada nampak lagu si Liguari dlm youtube.tapi bukan Katapatan.entah.. apa suda nama tu.sdap juga. satu album sama lagu si Kristo umok and wilton baitu.

Eric said...

mimang siok gila nih lagu.. tapi saya rasa industri musik sabah patut rekomen lirik yang xlagi men'down'kan sabah la.. bagus ubah.. jangan ada under estimating lagi utk sabah aaa...