Showing posts with label Happenings. Show all posts
Showing posts with label Happenings. Show all posts

20 Jan 2012

Tambunan Idol

Ndak mo ketinggalan bah juga...



...jan heran kalau ada bendera parti STAR bergantung-gantung di lokasi pertandingan...kekek

Mentor 6 - Ujibakat di KK

Mungkin kali ni ramai yang hadir sebab tinggal Mentor ja program realiti TV yang tinggal...Akademi Fantasia kan sudah R.I.P :=)



..motif semua mo jadi protege Ramlah Ram, tiada yang mau si Adam kah?

9 Nov 2011

Malam Lagenda Datuk Justin Stimol

"Malam Lagenda Datuk Justin Stimol" yang diadakan baru-baru ini...



One of his legendary songs :=)









Tiadakah yang berminat mo buat "Malam Lagenda Minie Inus"... :=)

5 Aug 2011

Foto : Pelancaran Album Hary Nianti

Atas permintaan ramai maka disiarkan foto-foto glamer sekitar pelancaran album Hary Nianti baru-baru ini :)

12 Jul 2011

Juara KENTE 3

Inilah dia juara KENTE 3

24 Mar 2011

'Bila' - Marsha

Terimalah lagu single terbaru dari Marsha berjudul 'Bila'. Lagu ni dicipta sepenunya oleh beliau. Ianya mengisahkan tentang penantian seorang gadis akan hari perkahwinannya..ehemmm! (jangan ja ada yang sampai mengigau atau terbercakap dalam tidur "bila kita mo kawin?"...gara-gara ndak sabar-sabar mo kahwin :=)).

Wajah jejaka Melayu yang heboh dikatakan sebagai kekaseh hatinya itu ada di hujung-hujung footage di bawah...selamat menjamu selera!

credit:Marsha's Fan Site


Not bad juga lagu ni, walaupun muzik tu macam ketara betul keyboard base ja, tapi dengan teknik mixing yang betul maka jadilah ia sebuah lagu yang menepati industry standard ;=).

Untuk hiburan seterusnya mari kita nikmati sebuah lagu yang berjudul "Gila"..hehe..just kidding. Actually I'm talking about this next footage yang dirakam oleh jurukamera TV5 di Kompleks Karamunsing hari Selasa 22 Mar (during lunch time). Alkisahnya seorang budak berusia 10 tahun tiba-tiba dipukul mengguna botol oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di perkarangan Kompleks Karamunsing. Masa footage ni dirakam lelaki tersebut telah ditahan oleh pasukan keselamatan kompleks. Mereka hanya menanti kedatangan polis untuk membawa lelaki tu ke balai. Kamu boleh agak mana satu lelaki yang kurang siuman itu. Budak yang kena pukul tu ditunjukkan pada minit 1:34 (baju hijau).



Hmm...I wonder kalau ada kena mengena dengan fenomena 'super moon' baru-baru ini.

21 Mar 2011

Keputusan Juara CLAS 4

Keputusan Juara Carta Lagu Artis Sabah edisi 4 anjuran RTM yang telah diadakan di 1Borneo Hypermall kemarin.

Kredit foto: NST

Juara

Esther Applunius Chin (Lagu: Selalu)

Vokal Terbaik

Esther Applunius Chin (Selalu)

Persembahan Terbaik

Dayang Noraini (Kelawar)

Lagu Paling Diminati (lagu paling lama menduduki carta)

Momain Blues (Blues Kita)

Penyanyi Paling Popular (undian SMS)

Momain Blues (Blues Kita)

...nampak gaya panel-panel hakim dBOS-fm telah berjaya meramal dengan tepatnya pemenang
untuk kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Syabas kepada panel-panel hakim dBOS-fm :=).

10 Jan 2011

M1 - 7 Peserta Mara

Di saat Akademi Fantasia semakin hampir menjadi produk sejuk beku, makin banyak pula rancangan realiti ujud sejak kebelakangan ini (bukannya makin kurang). Antaranya ialah rancangan yang diberi tajuk "Malaysians Want" (M1). Dua hari (6 dan 7 Januari) durang turun padang mengadakan sesi ujibakat di KK. Hasilnya? 7 orang dari Sabah terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya di KL. Belum finalised lagi ni, kena bertanding lagi, harap-harap adalah 1,2 yang sangkut.



Bukan M1 ja yang turun padang ke KK mencari bakat-bakat terpendam, sebelum ni pun rancangan realiti baru RTM "Tiada Lama, Tiada Baru" juga mengadakan sesi ujibakatnya di sini. Tapi saya rasa rancangan M1 inilah yang lebih mendapat perhatian (sayapun kurang pasti kenapa, mungkin ada kena mengena dengan banner promosi durang ni yang bergantungan di sepanjang jalanraya di KK...so kiranya macam hypelah kunun)

Production crew "Dreamgirl the Musical" pun ada juga turun padang. Tapi tidak pasti bagaimana sambutan sebab very low profile (entah berapa orang ja yang tahu). Iklan ni pun keluar di akhbar pada hari Khamis (6 Jun), 48 jam sebelum ujibakat bermula. Siapa yang rasa berbakat tapi mau stay low profile tidak mahu kehidupan glamouros and popular (sehingga privacy terjejas) ujibakat nilah yang perlu dihadiri :=)...kan Bibi? (eh siapa pula si Bibi tu? Hehe)



dBOS: Dalam banyak-banyak rancangan realiti di TV sekarang ni saya paling terpesona dengan rancangan 'True Beauty' di Star World...BEST! Peserta bukan saja diadili dari sudut kecantikan luaran tapi juga dalaman (kejujuran, ketamakan, kejahatan, kekurang ajaran, kesopanan dan kesusilaan etc :))

****************************************************


Atas permintaan ramai peminat-peminat antarabangsa blog ini *grin*, maka disiarkan versi English artikel penyanyi Filipino yang pernah disiarkan dahulu...mabuhay...mahal kita...salamat po..pangako sayo (whatever it means..hehe).

4 Dec 2010

Konsert Tahunan D'Angels Music Academy

Konsert tahunan D'Angels Music Academy (DMA) telah berlangsung semalam (3 Dis) bertempat di Buhavan Square Donggongon Penampang. Konsert bertema "From Studio To Live Performance #2" ini antara lain memberi peluang kepada penuntut akademi muzik berkenaan mengaplikasi pembelajaran teori dan praktikal, yang selama ini dilangsungkan di dalam studio, ke situasi sebenar di atas pentas untuk tatapan ramai. Ini merupakan siri kedua konsert seumpamanya diadakan, siri pertama telah berlangsung pada tahun lepas di tempat yang sama. Beberapa aktivti menarik diadakan kali ini untuk menampilkan sedikit kelainan dengan siri konsert sebelumnya. Antaranya ialah majlis pelancaran single pertama, salah seorang penuntut jurusan vokal dan violin akademi tersebut, Cik Zuraidah Ahmad yang berjudul Kekosongan.

Zuraidah semasa menyampaikan lagu kantonis

Konsert dibahagikan kepada empat slot iaitu persembahan lagu-lagu KDM, persembahan pelbagai jenis lagu, persembahan dari pelajar BiMC Certificate dan akhir sekali slot pelancaran lagu tunggal Cik Zuraidah Ahmad, Kekosongon ciptaan Asmin Mudin (yang juga menjadi pengacara konsert malam itu). Konsert diserikan juga dengan penampilan penari-penari latar yang mengiringi beberapa persembahan artis.


Saya hanya sempat mengikuti konsert tersebut dari jam 8.30 pm dan memang banyak lagu-lagu yang menarik dan menghibur dipersembahkan. Antaranya seperti lagu Tanak Kampung, Sumandak Kudat dan sebagainya. Persembahan lagu ku Ada Kamu oleh pelajar Rufena Eusbius antara yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Beberapa 'sifu' akademi berkenaan seperti Betcy Michael dan Diana Stephen juga turut melontarkan suara mereka. Lagu inggeris Somewhwere Over The Rainbow dendangan Diana cukup mencuri perhatian, membuat saya terhenti menikmati roti canai, semata-mata untuk memberi tumpuan :)(kelas, I tell you). Persembahan lagu kantonis Shanghai Beach oleh Cik Zuraidah tidak kurang menariknya (confirm boleh ganti penyanyi asal Frances Yip :)). Persembahan lagu-lagu Christmas Medley menyusul selepas slot keempat sebelum sidang media berlangsung.

Senarai lengkap peserrta-peserta konsert

1 Jun 2010

State Unduk Ngadau 2010


Congrats to all the winners!

The Unduk Ngadau happens to have a Facebook, Crytel's Facebook

She is a familiar face in modelling and beauty pageant contests, and recently chosen as Miss April of Sensuala Calender Girl

5 Apr 2010

Felix Juara "Carta Artis Tempatan Sabah"

Inilah dia keputusan Pertandingan Akhir "Carta Artis Tempatan Sabah" (CATS)


Kredit: Sabah Times

This gundohing picture is paste on all major newspapers today for arguably being the oldest Murut (112 years old! Mind you). Could he be the oldest person in Sabah as well?

Talking about post-octogenarians, it just brings back one funny story while we were in Telupid looking for diesel to fill up our tank. It so happened that the only petrol kiosk in Telupid was closed on that particular day. A local then informed us of an alternative place to get diesel. Having reached the place (a kampung sundry shop cum petrol kiosk) we saw no one but a pakcik. He looked like in his 70's or maybe 80's, nothing like the gundohing above. We approached him with full of manner and told him about our intention. To our surprised he raised his voice as loud as yelling at someone who is 50 meters away...*LOL* (takajut habis bah). Luckily there was a woman not very far who was quick explaining to us that the man we were talking to is indeed 100 years old and could hardly hear. After exchanging 'shouts' with him several times we finally asked the woman to be our spokesperson, besides there was a slight language barrier..hehe. Seeing the two of them talking is like seeing two persons in heaty argument *LOL*. We finally told to wait for the pakcik's grandson who was suppose to be the person on duty but away just for a little while. While waiting kami berteriak-teriak sama tu pakcik...PAKCIK ASAL MANA!? (repeated at least three times)...sempat lagi kami bergurau sama cucu dia supaya letak amaran "Saya 100 tahun dan pekak...harap maaf"...haha!

23 Feb 2010

Most Popular Murut Song

The song Erika composed by Sazali Sipin and performed by Janting Sajin was proclaimed as the most popular Murut song in the Pertandingan Akhir Lagu-Lagu Popular Murut organised by RTM Sabah VFM on the 20 Feb at Keningau Community Hall.


Let's take a listen to the winning song.

Erika - Janting Sajin






31 Dec 2009

Rumah Terbuka Krismas 2009

Beginilah suasana Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2009 yang diadakan di KK pada hari Selasa (29 Dis) baru-baru ini. Tarikh asal 27 Dis (Ahad) tapi last minute ditunda ke 29 Dis.

24 Dec 2009

Titian Mesra Khas Krismas

Klik sini untuk versi besar.


Rakaman rancangan 'Titian Mesra Khas Krismas' terbitan RTM telah diadakan di Buhavan Square Donggongon Penampang baru-baru ini. Menerusi rancangan ini RTM berharap akan terus komited mengenengahkah bakat senisuara anak-anak Sabah. Baca artikel penuh di sini. Ramainya artis! Tu penyanyi rock laki-laki yang pernah mencuba nasib di WCOPA (KL), Suib kah nama dia tu pun macam ada juga. Siaran rakaman di radio akan keudara pada 25 Dis, 8 malam (skijap saya set alarm dulu di handphone...hehe).

3 Dec 2009

Konsert 1Tuaran..

Konsert yang bakal menampilkan artis-artis popular Tuaran

14 Sept 2009

TMA Karaoke Album Launch


KOTA KINABALU: Minister of Plantation Industries and Commodities Tan Sri Bernard Dompok commended members of the Tinungkusan Momogun Association for their effort to help boost the country’s economic growth.(Details).

And talking about karaoke here's the trailer of a film entitled "Karaoke" made by Chris Chong the Sabahan guy (ex-La Sallian??) who has been to almot all film festivals around the world, including the prestigious Cannes Film Festival.


Beliau dalam rangka untuk menyiapkan projek kedua filem cereka berjodol 'The Tour' yang besar kemungkinan akan dilakukan penggambarannya di Sabah. Menurut laporan, pelakon-pelakon sedang di tinjau-tinjau untuk filem ini...so kalau berminat rajin-rajinlah kamu contact dia di tanjungarupicters.com :)

29 Aug 2009

Sugandoi 2009

Klip video persembahan Georgia Joy Binsol, juara pertandingan Sugandoi peringkat akhir 2009, semasa beraksi di pertandingan tersebut.



Clips of other finalists are available HERE

10 Aug 2009

Festival Filem Malaysia 22

Glamourlah juga suasana festival yang diadakan buat julung kalinya di KK ini. Walaupun persembahan majlis (as seen on TV) masih banyak kelemahan yang menariknya suasana Dewan Chancelor UMS amatlah mengkagumkan, sekali pandang macam bilik ballroom di hotel taraf 5 bintang pula. Difahamkan kapasiti dewan yang sepatutnya 5,000 dikurangkan ke 3,000 maka ramailah yang merungut tidak dapat masuk.

Minggu lalu juga beberapa pengumuman dibuat oleh kerajaan Sabah berhubung industri perfileman. Antaranya penubuhan 'one stop film making centre' di Sabah di bawah Sabah Development Corridor (SDC). Pusat perfileman ini kononnya akan dilengkapi dengan kemudahan yang setanding dengan kemudahan di Hollywood. Hmm...harap-haraplah menjadi, jangan setakat cakap saja. Tengok hari tu, menteri tu bilang FFM22 di KK akan melibatkan PERTISA last-last tiada pun (oops!). Ada juga suara-suara yang 'berteriak' pusat perfileman itu actually tidaklah penting sangat, sebab ada banyak alternatif sekarang ni untuk kita buat filem mahupun belajar selok belok buat filem. Contohnya di UMS, Kolej Yayasan Sabah (KYS) pun is also moving towards that direction. Selain itu kita juga dan boleh minta bantuan kepakaran dari Finas sendiri. Durang bilang lebih baik kerajaan negeri lobi ujudkan stesen TV khas untuk Sabah! What say you? I say buat dua-dua sekali...yang pusat perfileman pun mau...lobi stesen TV pun mau juga (hehe)

5 Aug 2009

Meriahnya Pesta GATA

Beginilah suasana Pesta GATA (Festival Gasing dan Tamu Besar) di Sipitang.


Tidak dapat saya bayangkan betapa meriahnya Pesta GATA ini. Satu Sipitang mengkali datang berkunjung, suasana begitu gempak dan hiruk pikuk, sehingga pemberita pun tersilap bubuh nama seorang artis...hehe...mmm!

3 Aug 2009

Sekitar Kaamatan Pertisa