4 Dec 2010

Konsert Tahunan D'Angels Music Academy

Konsert tahunan D'Angels Music Academy (DMA) telah berlangsung semalam (3 Dis) bertempat di Buhavan Square Donggongon Penampang. Konsert bertema "From Studio To Live Performance #2" ini antara lain memberi peluang kepada penuntut akademi muzik berkenaan mengaplikasi pembelajaran teori dan praktikal, yang selama ini dilangsungkan di dalam studio, ke situasi sebenar di atas pentas untuk tatapan ramai. Ini merupakan siri kedua konsert seumpamanya diadakan, siri pertama telah berlangsung pada tahun lepas di tempat yang sama. Beberapa aktivti menarik diadakan kali ini untuk menampilkan sedikit kelainan dengan siri konsert sebelumnya. Antaranya ialah majlis pelancaran single pertama, salah seorang penuntut jurusan vokal dan violin akademi tersebut, Cik Zuraidah Ahmad yang berjudul Kekosongan.

Zuraidah semasa menyampaikan lagu kantonis

Konsert dibahagikan kepada empat slot iaitu persembahan lagu-lagu KDM, persembahan pelbagai jenis lagu, persembahan dari pelajar BiMC Certificate dan akhir sekali slot pelancaran lagu tunggal Cik Zuraidah Ahmad, Kekosongon ciptaan Asmin Mudin (yang juga menjadi pengacara konsert malam itu). Konsert diserikan juga dengan penampilan penari-penari latar yang mengiringi beberapa persembahan artis.


Saya hanya sempat mengikuti konsert tersebut dari jam 8.30 pm dan memang banyak lagu-lagu yang menarik dan menghibur dipersembahkan. Antaranya seperti lagu Tanak Kampung, Sumandak Kudat dan sebagainya. Persembahan lagu ku Ada Kamu oleh pelajar Rufena Eusbius antara yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Beberapa 'sifu' akademi berkenaan seperti Betcy Michael dan Diana Stephen juga turut melontarkan suara mereka. Lagu inggeris Somewhwere Over The Rainbow dendangan Diana cukup mencuri perhatian, membuat saya terhenti menikmati roti canai, semata-mata untuk memberi tumpuan :)(kelas, I tell you). Persembahan lagu kantonis Shanghai Beach oleh Cik Zuraidah tidak kurang menariknya (confirm boleh ganti penyanyi asal Frances Yip :)). Persembahan lagu-lagu Christmas Medley menyusul selepas slot keempat sebelum sidang media berlangsung.

Senarai lengkap peserrta-peserta konsert

2 comments:

Eric said...

wish i was there... dekat jak tapi saya x nampak lol

Stacey Dave said...

wish i was in the academy to realize my dream....huhuuu....