28 Dec 2010

Pengiktirafan Berganda

Lagu berjudul 'Love Scale' ciptaan pemuzik terkenal Sabah, Roger Wang telah memenangi dua anugerah di majlis anugerah berprestij anjuran Persatuan Wartawan Hiburan Wilayah Persekutuan (PWH). Anuegrah-anuegrah tersebut ialah "Top 10 Lagu Asal (Antarabangsa)" dan "Artis Antarabangsa Persembahan Terbaik". Anugerah kedua tu saya rasa diberikan kepada penyanyi yang mempopularkan lagu ini di peringkat antarabangsa iaitu penyanyi Hong Kong Jacky Cheung



Wow, who would have thought dalam banyak-banyak lagu yang dimuatkan dalam album pertama "Double Take" (Roger and Mia Palencia) lagu Love Scale (nyanyian asal Mia Palencia) ni pula si Jackie Cheung pilih.

Beginilah rupa kaset album durang yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 2000 :=). Love Scale berada pada Trek 5 Side A.



Yang lucunya pasal album durang nikan saya terjumpa di satu gerai menjual kaset yang sedang ligat memutarkan lagu-lagu dangdut di Lahad Datu dulu tahun 2000. Saya tidak sangka betul akan terserempak kaset durang ni di kalangan kaset-kaset penyanyi dangdut..haha. Sempat pula saya tanya itu penjual "original kah ni?" habis masa tu durang baru lancar album ni di KK 2,3 hari sebelum tu. Saya terus sambar dan layan dalam kereta. Best!

Berabis juga saya cari versi Jackie Cheung ni, rupa-rupanya dia bukan nyanyi dalam bahasa Inggeris, tapi Mandarin, tajuk pun dalam bahasa mandarin (patutpun susah mo cari). Tapi akhirnya jumpa juga.

0 comments: