4 Dec 2010

“Kekosongan” Bakal Mengisi Ruangan Seni Zuraidah

Setelah hampir setahun terperam akhirnya lagu “Kekosongan” oleh Zuraidah Ahmad ciptaan Asmin Mudin bakal berkumandang di corong-corong radio tempatan. Majlis pelancaran single ini berlangsung di Buhavan Square Donggongon semalam (3 Dis) sebagai sebahagian daripada slot konsert “From Studio to Live Performance #2” anjuran D’Angels Music Academy (DMA). “Saya sekadar menumpang acara tahunan sekolah untuk melancar single ini” kata Zuraidah merendah diri. “Kalau ikutkan hati memang sudah patah semangat, berbagai cabaran dan dugaan ditempuhi selama ini lebih-lebih lagi dalam membuat persediaan untuk pelancaran malam ini” ujar beliau lagi. Menurut gadis berperwatakan ceria ini, beliau hampir berputus asa untuk meneruskan hasrat melancar “Kekosongan” apatah lagi bila semuanya dilakukan pada saat-saat akhir ditambah dengan beberapa rancangan asal sebelum ini yang gagal terlaksana. “Rancangan awal mau jual terus 100 unit pada malam pelancaran, tapi memandangkan versi karaoke tidak sempat siap maka terpaksalah diketepikan dulu rancangan tersebut, yang penting majlis berjalan dengan lancar”.

Majlis pelancaran menyaksikan penyerahan “goodie bags”, yang memuatkan CD single berkenaan dan poster kalender, kepada wakil-wakil media elektronik termasuklah radio-radio online seperti Utara FM, Sabahan FM dan tidak ketinggalan dBOS-fm (walaupun...“it’s NOT radio, it’s dBOS-fm!” – apapun terimakasih banyak-banyaklah kepada Cik Zuraidah kerana sudi menjemput). Zuraidah seterusnya mencapai mikrofon memperdengarkan “Kekosongan” secara live kepada penonton sejurus selepas upacara penyampaian “goodie bags” selesai.

Ditanya tentang perancangan selepas pelancaran “Kekosongan”, beliau menyatakan tiada perancangan khusus setakat ini, “saya hanya akan meneruskan pengajian saya di DMA” ujar gadis yang kini berada pada tahap Grade 2 jurusan vokal dan violin di akademi muzik berkenaan. “Tapi adalah juga perancangan untuk memuatkan single ini dalam album kompilasi yang bakal diterbitkan oleh Skyline” tambahnya. Ketika diujakan pertanyaan berhubung album penuh, menurutnya semuanya bergantung kepada keadaan “perancangan tu mungkin ada tapi bukan pada masa yang terdekat ini, lagipun bukan senang mencari material untuk bikin album, kalau ada sumbangan karya dari mana-mana pihak, maka adalah album saya nanti” jelasnya yang juga meminati lagu genre Irama Malaysia.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya sekarang bukanlah untuk mengejar glamour atau populariti sebagai artis, “kalau ikutkan memang tiada semangat sudah ni, tapi yang membuatkan saya kuat semangat ialah bila terkenangkan arwah ibu yang pernah balik-balik bertanya bila mau siap CD, bila mau launching, rupanya beliau ‘kesuntukan masa’” tambahnya yang mula menitiskan airmata. “Bila terkenangkan semua itu rasa betul-betul terkilan dan saya lakukan ini sebagai hadiah buat arwah mama sebagai menunaikan hajat beliau” luahya lagi sambil mengesat-ngesat airmata. Temubual bersama artispun terpaksa dihentikan bila suasana menjadi hening dan pilu.


Apapun all the best to Zuraidah, syabas juga buat Asmin Mudin

CD single “Kekosongan”

CD ini menyenaraikan dua trek iaitu Trek 1 – audio dan Trek 2 – MTV. Malangnya bila dibuka, Trek 1 betul-betul “kekosongan” (‘the file is empty’, read the notice on my screen). Nasib baik Trek 2 (MTV) tidak kekosongan. Kekuatan lagu ini pada saya terletak pada lirik lagu (hasil nukilan bersama Asmin dan Zuraidah) lebih-lebih lagi bila dinyanyikan dengan penuh penjiwaan. Dengan melodi yang simple, fokus lagu lebih menjurus kepada penceritaan penuh penghayatan menerusi sebuah irama. Walaupun penyanyi mampu membawa lagu dengan range yang besar, namun untuk lagu ini vokal yang lembut, merdu dan berbisik lebih ditekankan untuk kesesuaian lagu. Lagu ini mungkin boleh saya samakan dalam kategori seperti lagu “Teringin” oleh Shima (yang tidak mempamerkan julat sebenar vokal Shima) dan juga lagu “Terkilan” (duh lupa pula nama penyanyi...hehe...was it Khaleeda? Ex-wife si Azman Adnan bekas pemain bola kebangsaan). Untuk mereka yang benar-benar ‘kekosongan’ yang masih tercari-cari sesuatu agar dapat menjamin sebuah malam yang sentiasa ‘sentosa’ (saya ambil dari lirik ok), jemputlah layan lagu ini. This song is for you.

I like the concept of the album cover.



Audio (2 min)








MTV

video


dBOS: Sering “kekosongan” wallet..hukk..hukk.

2 comments:

Anonymous said...

Nice mcm lagu lagu Fauziah Latif pun ada

Stacey Dave said...

she's beautiful! i mean the cd cover lawa la.... jarang ada cd cover yg mmg cantik...

btw, semakin byk pula artis2 baru muncul d sabah ooo.... sia pun mo laa, hehe...

p/s: lambat sda sia...