14 Jun 2010

Album Sulung Donna

Album ini kalau tidak silap saya mula berada di pasaran sekitar April tahun ini. Album yang memuatkan sebelas trek kesemuanya menampilkan lagu-lagu dalam bi-lingual, iaitu Dusun (5 trek) dan Melayu (6 trek). Bertuah sungguh penyanyi yang pernah merangkul gelaran juara pertandingan KK City Idol 2008 ini kerana album beliau mendapat sentuhan dari nama-nama yang kira gah di persada seni tempatan Sabah, antaranya Deddy M Borhan, Jasnie MY dan Ramli Ahmad. Tidak cukup dengan itu, album ini diglamourkan lagi dengan penglibatan orang kuat Bandaraya Kota Kinabalu, tidak lain tidak bukan Datuk Bandar KK sendiri, Datuk Ilyas Ibrahim yang menyumbang dua buah lirik.

Setelah mendengar keseluruhan trek dalam album ini, betapa saya sendiri dapat merasakan kesungguhan dan kudrat yang dicurahkan penyanyi ini menggalas tugasan menyanyi lagu berbagai genre dan tema. Berdasarkan pengamatan saya vokal 'sasa' Donna, amat sesuai menyanyikan lagu-lagu yang keras, power dan banyak 'belting'. Lagu Aku Ku benar-benar menggambarkan penampilan suara beliau yang saya maksudkan. Bila mendengar lagu ini saya rasakan beliau sedang berada dalam 'comfort zone' tersendiri. Lagu-lagu lain bolehlah saya kategorikan 'soft' yang memerlukan pembawaan dalam mode 'lembut dan manja'. Adakalanya penyanyi berjaya dan adakalanya kedengaran sedikit 'struggle' menukar ke mode tersebut. Keberanian penyanyi menyampaikan lagu berentak joget (Joget 3K) dan keroncong (Keroncong Bandaraya) harus diberi pujian. Walaupun kurang mencengkam, kerana lagu sebegini memerlukan lenggang-lenggok yang khusus di samping suara yang extra lembut dan lunak (terutama lagu keroncong) tapi secara keseluruhannya penyanyi mampu juga memberi justice kepada lagu-lagu tersebut.

Trademark penggubah muzik Jasni MY, yang menggabungkan bunyi-bunyian akustik dengan synthesizer, begitu sinonim dalam album ini. Bunyi string kedengaran begitu hidup, padat dan mantap dalam lagu Pamasiku dan tidak kurang menariknya juga dalam lagu Tondu Unduk Ngadau.Keseluruhannya kualiti lagu-lagu dan produksi untuk album ini bolehlah dibanggakan dan sedikit sebanyak telah mengangkat standard album-album tempatan.

**********************************

Sambil-sambil tu mari kita berhibur pula dengan gambar yang cukup dramatik ini...kekekek

Salahkan bola


Sebelum gambar yang paling atas tu, sepatutnya ada lagi gambar dia sudah rangkul tu bola (bola sudah dirangkul tapi pandai terlepas...hehe). Seluruh dunia terkejut (teringat pula aksi aku membubut, menangkap ayam). Steven Gerard in an interview blames the ball. Is something really wrong with the new Adidas ball? Sebab sebelum WC start pemain-pemain sudah merungut pasal ada yang tidak kena with the new ball.

0 comments: