8 Jun 2010

Marsha Digoda Lesbian

BUKAN mudah menjadi wanita cantik, sering mendapat godaan dari golongan lelaki adalah sesuatu yang normal namun bagi Marsha Milan Londoh atau lebih senang dipanggil Marsha mengakui sering mendapat perhatian dari golongan kaum sejenis (Lesbian).

Walau bagaimanapun, menurut Marsha, dia tidak pernah memberi sebarang reaksi negatif kepada golongan ini, malah menganggap mereka sebagai peminat yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

"Saya hairan juga kemana sahaja saya pergi sering mendapat perhatian, bukan dari lelaki tetapi kaum wanita.

"Tapi saya tidak pernah menghindari mereka malah menghargai salam perkenalan yang dihulurkan dan menganggap mereka sebagai kenalan baru," jelas bintang Akeademi Fantasia ini.

Ketika ditanya sebabnya, Marsha sendiri tidak tahu jawapan yang menyebabkan ramai golongan lesbian tertarik kepadanya.

"Entahlah, saya juga tidak tahu kenapa, mungkin sifat mesra saya kepada semua orang telah disalah anggap oleh mereka. Tapi apa pun selagi tidak menganggu keselamatan saya tidak kisah," jelasnya.

Dalam pada itu, Marsha juga bakal mempromosikan single terbarunya berjudul Ruang Kedua bersama Julian Cety dari Perancis tidak lama lagi.

"Lagu tersebut sudah diputarkan dicorong radio dan sambutan juga agak baik, kami tengah menunggu Julian Cety untuk datang ke Malaysia dalam jangka masa terdekat ini bagi mempromosikan single terbaru ini," katanya.(credit mStar online)


Mungkin lesbian-lesbian tu nampak si Marsha ni cantik, menarik tapi masih solo macam tiada orang berkenan, so durang pigilah approach dia mana tau ada nasib.....ini kes lesbian mencuba nasib lah ni :). Tidak cuba tidak tau kali durang bilang..hehe.

Dan pengakuan jejaka 'straight' Perancis terhadap Marsha.



Video bonus..

2 comments:

Eric@Boy said...

kesian marsha ku

swity said...

waaa buli tahan oo marsha..jsebutan bahasa julian chely pun mantap o;p