Showing posts with label Ulasan album. Show all posts
Showing posts with label Ulasan album. Show all posts

25 Jan 2012

Album Sulung Ateh Wildan

Mari kita luangkan masa sejenak meninjau album sulung si Ateh Wilden atau nama sebenarnya Nor Azhar bin Azlan, jejaka hensem lahir pada tahun 1987 dari Pitas Kudat. Album ni dihasilkan tahun lalu dan mengandungi sembilan buah lagu. Lapan buah lagu dalam bahasa Melayu dan sebuah lagu dalam bahasa suku kaum Sungai.



Setelah mendengar kesemua lagu, saya rasa kekuatan lagu-lagu dalam album dia ni terletak pada lirik, yang mana ditulis kesemuanya oleh beliau sendiri. Bayangkan kesemua lagu mempunyai unsur-unsur cinta antara kekasih dan adakalanya mempunyai senario yang hampir-hampir sama (patah hati, merajuk, merayu dsb) tapi mampu ditulis dalam ayat-ayat yang berbeza (tabik!). Dari segi lagu pula, kebanyakannya mengingatkan saya pada lagu-lagu rock balada tahun 80-an (paling dekat saya rasa lagu-lagu dari kumpulan Exist). Kalaulah album ni ujud pada era yang saya maksudkan itu, lingkup kali kumpulan Exist :=). Walau bagaimanapun beberapa buah lagu seperti "Janji", "Kasih Terlerai" dan "Ku Pertahankan Kasih" boleh dikatakan lari sikit dari unsur-unsur lagu 80-an, bila susunan muzik dibuat secara kontemporari. Antara lagu yang menarik perhatian saya ialah "Cinta", "Ku Lupakanmu" (lagu yang menampilkan kekuatan vokal si penyanyi) dan tidak ketinggalan lagu berikut, yang dinyanyikan dalam bahasa suku kaum Sungai, berjudul "Tuturanku" (Ceritaku)









Ada lirik lagi...(dalam kurungan tu terjemahan)

Onuka itu dugaan so aku (apakah ini dugaan padaku)
Antawa mimang oh nasipku (ataupun memang nasibku)
Ado polajaran ado pogiuman kosonangan(tiada pelajaran tiada pencarian kesenangan)
Runat awi momikir aku (siang malam asyik ku fikirkan)
Onu ka osandalan ong muli ya sokoitu(dapatkah ku bertahan jika ini berpanjangan)

Torimaanku ong itu yo nasipku (aku terima jika ini la nasibku)
Oraai owarong tolononku (buruk atau baik ku telan juga)
Orauh po lalan (jauh lagi perjalanan)
Mogium kosonangan koworongan (mencari kesenangan kebaikan)
Runat awi momikir aku (siang malam asyik ku fikirkan)
Onu ka osandalan ong muli ya sokoitu (dapatkah ku bertahan jika ini berpanjangan)

Ingko ya koinginanku soko itu (bukan la semua ini kemahuanku)
Tapi onu po ka pilionku (tapi apa kah lagi pilihanku)
Aku lobow kampong (aku orang kampung)
Lobow omiskin lobow di rauh (orang miskin orang di hulu)

Onu po ka tongaron (apa lagi nak di katakan)
Kiawi pondoritaan (segala penderitaan)
Nokuro ong tumangi (walau menangis)
raah po na ado yo guna (darah sekalipun tiada gunanya)

Sedihnya...

...semoga beliau sukses dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai insan seni yang penuh pancaroba.

20 Oct 2010

Promo Album

Promosi album kali ini menampilkan album Willy AR.Embayan (kenal?)

"Syukur kepasa Tuhan kerana akhirnya koleksi lagu yang saya simpan sejak tahun 1996 ini akhirnya dapat dirakamkan" begitulah antara kata-kata pembukaan ucapan beliau dalam sampul album (terus adalah si kawan seorang ni yang tersindir, sebab lagu-lagu diapun terperam begitu lama tapi belum kena rakam-rakam lagi...hehe). Tapi bila saya perhatikan lagu-lagu dalam album ni, ciptaan tahun 1989 pun ada :=). Ndak apa lah bah tu kan "better late than never" orang kampung saya bilang.


Senarai lagu-lagu dalam album adalah seperti yang tertera dalam gambar ini.



Mari kita dengar sampel lagu trek pertama Iya Noh Songulun. lagu/lirik oleh George Ar. Imbayan/Gilbert Josue Kating.










Memang nostalgik dengar lagu yang ada iringan suara latar berkumpulan (ala-ala koir)macam lagu di atas. Syok juga dengar. Istimewanya juga lagu ini (dan juga beberapa lagu dalam album ini) bila rakaman saksofon akustik diguna dalam gubahan muzik. Tiupan saksofon adalah hasil ehsan Joachim Gabin.


Seterusnya sampel lagu trek 3, berjudul Kanou Rumamai (lagu/lirik - Linus Sunggip). Lagu ini menampilkan alat-alat muzik tradisional (akustik).









Malangnya alat-alat muzik tradisional, yang unik dan siuk didengar itu, hanya memenuhi bahagian intro dan outro lagu (di hujung-hujung ja) :(.

"Teruskan mencipta demi memelihara dan memartabatkan bahasa Kadazan-Dusun agar tidak hilang di bumi ini"......"Teruskan bermuzik untuk keindahan lagu-lagu Kadazan-Dusun"..."Semoga bahasa Kadazan-Dusun terus hidup dan terpelihara" Demikianlah lagi beberapa baris kata-kata hikmat dalam sampul album ni (terus saya pun macam mo nyanyi lagu soul "Doi Limau Kapas")


Apapun tidak semua lirik dalam album ini seratus peratus dalam bahasa Dusun ada juga lagu-lagu yang terbercampur dengan lirik Melayu dan sedikit-sedikit Inggeris seperti dua buah lagu berunsur sindiran ini.


Tondu Kusai/Aman Kada Pomiogu (Sinding/Loyuk - Gilbert Josue Kating)








Banyak lagi lagu-lagu yang best dalam album ni. Dapatkanlah dengan seberapa segara, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Apa...tunggu bonus? Kamu teda baca apa si Najib bilang?

Sekianlah saja promosi album kita untuk kali ini. Sebelum berpisah terimalah nasihat dari buaya pencen yang berbunyi majulah diri kita untuk diri kita sendiri dan jangan lupa teruslah menyokong artis-artis tempatan...jumpa lagi dikesempatan akan datang...babai!

6 Jul 2010

Album Sindey Obren

Album yang menampilkan lagu-lagu dalam tiga bahasa (Dusun, Murut dan Melayu) ini memuatkan lima trek kesemuanya iaitu Laangku, Cinta Datang Lagi, Nakatibusu, Unduk Ngadau dan Potulido Daa Ralan Nu. Album ini didatangkan dalam 2 format, VCD (MTV karaoke) dan CD audio (2 dalam 1).



Selain lagu Laangku dan Nakatibusu yang sudah ditampilkan di blog ini, lagu-lagu lain yang memikat pendengaran saya ialah Unduk Ngadau dan Cinta Datang Lagi...let's take a sneak peek :-)

18 Jun 2010

Stephen Masil Muncul Dengan Album Sulung

Petikan artikel Hiburan Harian Ekspres 26 Mei 2010

STEPHEN Masil yang popular dengan lagu Guminavo Zou Diau bakal melancarkan album solo VCD Karaoke pertamanya pada 27 Mei ini (Khamis) di Pusakag Café, Donggongon Penampang, `)ermula pukul 7.30 malam."Album tersebut akan dilancarkan oleh aktivis seni tempatan, George Motuyun. Selain itu, penggiat seni hiburan tempatan, juruhebah RTM Sabah bahagian Kadazan, rakan artis dan peminat juga dijangka hadir untuk menyerikan lagi majlis itu," katanya. Album itu yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk memuatkan sepuluh buah lagu. Antaranya ialah, Poingkuo Zou Sumanganu Diau, Guminavo Zou Diau, Koiho Koh Ii Nangku, Oi Ati, Karaja Putung Gata, Id Kohungguzan, Joget Kanou Manari, Monongkotohuod, Pason Dii Ina, Muhang Daa. Rata-rata lagu yang termuat dalam album pertama Stephen ini adalah hasil ciptaannya sendiri sambil dibantu oleh Jeffery Avitus, Jeffery Koroh, Roger Alum, Douglas Henry dan juga Asmin Mudin. Untuk pembikinan album pertamanya ini, Stephen berganding tenaga dengan komposer muda dan berbakat, Douglas Henry. Selain Douglas, pemuzik lain seperti Alex Anthony (Lexxband rdxx) dan Don (Apple Studio) turut sama menyumbang usaha dalam pembikinan album ini. Sementara itu, konsep kulit album Stephen Masil juga merupakan idea kreatif Douglas Henry. Katanya: "Format album terbitan Pusakag Production .ini adalah dalam bentuk VCD Karaoke dan Audio CD, iaitu kombinasi '2 dalam 1'." "Kami juga akan menjual album ini dengan harga promosi pada hari pelancaran itu nanti," tambahnya lagi. Stephen juga sempat merakamkan penghargaannya kepada mereka yang terlibat di dalam penghasilan albumnya. "Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan album solo pertama saya ini, sehinggalah album ini berjaya diterbitkan. Saya juga mengharapkan agar mendapat sokongan dan dorongan mantap dari peminat seni hiburan tempatan supaya saya dapat terus berkarya dan diterima ramai," katanya.


Album ni dijual sekali berserta CD karaoke (2 dalam 1). Terdapat sepuluh trek kesemuanya termasuk lagu Guminavo Zou Diau yang pernah dimuatkan dalam album variasi Pusakag dulu (boleh dengar di radioblog Playlist 3). Lagu ini masih menjadi lagu terbaik dalam album ini, mungkin pesaing terdekat ialah lagu Koiho Koh Nangku yang dinyanyikan secara berduet dengan Betcy Michael. Lagu lain yang menarik minat saya ialah Muhang Daa kerana susunan muzik yang agak kreatif, seakan-akan muzik pop biasa tapi bila didengar betul-betul ada paduan beat sumazau :).

Mari kita dengar lagu pada trek 3 berjudul Karaja Putung Gata, lagu ini dituju khas pada pengkritik lirik KDM hari tu :-).







14 Jun 2010

Album Sulung Donna

Album ini kalau tidak silap saya mula berada di pasaran sekitar April tahun ini. Album yang memuatkan sebelas trek kesemuanya menampilkan lagu-lagu dalam bi-lingual, iaitu Dusun (5 trek) dan Melayu (6 trek). Bertuah sungguh penyanyi yang pernah merangkul gelaran juara pertandingan KK City Idol 2008 ini kerana album beliau mendapat sentuhan dari nama-nama yang kira gah di persada seni tempatan Sabah, antaranya Deddy M Borhan, Jasnie MY dan Ramli Ahmad. Tidak cukup dengan itu, album ini diglamourkan lagi dengan penglibatan orang kuat Bandaraya Kota Kinabalu, tidak lain tidak bukan Datuk Bandar KK sendiri, Datuk Ilyas Ibrahim yang menyumbang dua buah lirik.

Setelah mendengar keseluruhan trek dalam album ini, betapa saya sendiri dapat merasakan kesungguhan dan kudrat yang dicurahkan penyanyi ini menggalas tugasan menyanyi lagu berbagai genre dan tema. Berdasarkan pengamatan saya vokal 'sasa' Donna, amat sesuai menyanyikan lagu-lagu yang keras, power dan banyak 'belting'. Lagu Aku Ku benar-benar menggambarkan penampilan suara beliau yang saya maksudkan. Bila mendengar lagu ini saya rasakan beliau sedang berada dalam 'comfort zone' tersendiri. Lagu-lagu lain bolehlah saya kategorikan 'soft' yang memerlukan pembawaan dalam mode 'lembut dan manja'. Adakalanya penyanyi berjaya dan adakalanya kedengaran sedikit 'struggle' menukar ke mode tersebut. Keberanian penyanyi menyampaikan lagu berentak joget (Joget 3K) dan keroncong (Keroncong Bandaraya) harus diberi pujian. Walaupun kurang mencengkam, kerana lagu sebegini memerlukan lenggang-lenggok yang khusus di samping suara yang extra lembut dan lunak (terutama lagu keroncong) tapi secara keseluruhannya penyanyi mampu juga memberi justice kepada lagu-lagu tersebut.

Trademark penggubah muzik Jasni MY, yang menggabungkan bunyi-bunyian akustik dengan synthesizer, begitu sinonim dalam album ini. Bunyi string kedengaran begitu hidup, padat dan mantap dalam lagu Pamasiku dan tidak kurang menariknya juga dalam lagu Tondu Unduk Ngadau.Keseluruhannya kualiti lagu-lagu dan produksi untuk album ini bolehlah dibanggakan dan sedikit sebanyak telah mengangkat standard album-album tempatan.

**********************************

Sambil-sambil tu mari kita berhibur pula dengan gambar yang cukup dramatik ini...kekekek

Salahkan bola


Sebelum gambar yang paling atas tu, sepatutnya ada lagi gambar dia sudah rangkul tu bola (bola sudah dirangkul tapi pandai terlepas...hehe). Seluruh dunia terkejut (teringat pula aksi aku membubut, menangkap ayam). Steven Gerard in an interview blames the ball. Is something really wrong with the new Adidas ball? Sebab sebelum WC start pemain-pemain sudah merungut pasal ada yang tidak kena with the new ball.

7 Jun 2010

Album Kedua Esther A.C





Beginilah rupabentuk sleeve album kedua Esther Applunius Chin, hasil rekaan Shirley Marie Kenny. Album kedua ini mula dipasarkan pada penghujung Mei lepas dan memuatkan lapan trek kesemuanya. Walaubagaimanapun hanya lima trek merupakan hasil rakaman terbaru manakala tiga trek lagi adalah lagu-lagu yang diambil dari album pertama. Lagu trek pertama berjudul Selalu telahpun dimainkan diblog ini dan rasanya anda sendiri boleh menilai lagu tersebut (untuk tujuan review saya cuma sentuh lima trek yang terbaru sahaja).

Selain Selalu lagu yang tidak kurang menariknya ialah lagu berbahasa Inggeris Miss You Very Strong, not so sure if this phrase is acceptable in standard English but who cares, janji menghiburkan. Rentak dan gubahan muzik lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan saya pada lagu Kantoi oleh Zee Avi.










Menyusul seterusnya, sebuah lagu Dusun berentak R & B berjudul Miilang Kito Koposion yang dinyanyikan Esther secara duet dengan Usal Jon Gavis. Hebat gandingan suara mereka berdua umpama mendengar James Ingram dan Anita Baker menyanyi lagu Dusun :). Cuma yang saya 'tidak ketehenen' durasi lagu ini 6:38 minit dan penampilan vokal latar kurang mantap justeru kurang mencapai piawaian telinga saya (tu dia ada piawaian pula telinga saya ni kan..hehe).










Yang menariknya juga dalam album ini ialah bilamana terselitnya sebuah trek lagu Cina berjudul Zhou Chien (bahasa mandarin bah ni kan). Walaupun saya kurang arif tentang lagu-lagu berbahasa mandarin ni, tapi bila mendengar Esther menyanyi lagu ini, tersentaplah juga dan boleh saya simpulkan penyampaian Esther dengan feel-feelnya sekali setaraf dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa Cina di pasaran dunia dan layak masuk mana-mana carta lagu pop mandarin.










Akhir sekali sebuah trek lagu bertemakan perayaan Kaamatan dalam bahasa Kadazan berjudul Lamazo Tokou Kaamatan. Walaupun bertema Kaamatan, tapi lagu ini terkeluar dari 'zon selamat' lagu-lagu dengan tema serupa bilamana rentaknya digubah dalam genre rock and roll dan bukannya pop sumayau seperti lazimnya (tapi sebelum ni pun memang ada juga lagu-lagu kaamatan dalam rentak conventional kan, terutama Cha Cha)

Demikianlah serba-sedikit ulasan untuk album kedua Esther A.C. Secara keseluruhannya album ini memang 'boleh ketehenen' dan berbaloi untuk dimiliki. Oh ya KTV untuk album inipun boleh diperolehi di pasaran (dijual secara berasingan).

1 Jun 2010

Local CDs

Just some of the CDs I manage to grab at KDCA. Unfortunately I didn't see any booth promoting CDs of indie bands...Andalusia, Jiaja, Frontman etc (??) :(



Review coming soon!

6 Nov 2009

Diana the flutist

Sebenarnya sudah lama saya memiliki album ni dan sepatutnya telah buat sedikit ulasan dulu. Apakan daya selepas saja saya mendengar album ni sekali dulu, terus CD disambar orang. Nasib baik juga macam boomerang, lepas melayang boleh kembali semula kepada kita, tidak seperti beberapa CD/kaset saya yang lain, lepas kena pinjam tidak pulang-pulang.

Anyway back to the album.

Kalau Fauziah Gambus dengan gambusnya Diana Stephen pula dengan serulingnya

Album ni sebenarnya diterbitkan tahun lalu dan mengandungi sepuluh trek termasuk rakaman semula lagu "berhantu" Igitan Ku Gisom Kapatayon ciptaan Apai (if only we have our own Anugerah Juara Lagu, this song should be one of the grand winners! :-)). Lagu ini mengisahkan ikrar si anak untuk mengenang jasa-jasa ibubapanya hingga ke akhir hayat. One of my favourite Dusun songs indeed dan Diana berjaya membawanya dengan cukup berkesan sekali melalui suaranya yang lunak merdu...siap dengan rangkap berdialog...touching!



Senarai trek lagu dalam album

Lain-lain lagu yang menawan hati saya ialah Kada Noh Sorono (Otoi/Apai) dan Pigaso No Romou Mato Nu (Apai/Apai). Album ini juga menyelitkan lagu-lagu dalam berbagai rentak seperti rentak keroncong, Duo Nosili Iso (Apai/Apai); rentak joget, Joget Nabalu (Otoi/Apai) dan rentak Sumayau, Tadau Do Karamaian (Minin Salamat/Minin & Apai).

Walaupun gambar sampul depan album menampilkan Diana dengan serulingnya, namun hanya sebuah lagu sahaja yang digubah dengan iringan tiupan seruling, iaitu lagu pada Trek 7 berjudul "Kasarahan Montok Songulun Tambalut" hasil karya Lorina Ingging. Kalau mendengar irama tiupan serulingnya pula, sudah tentu anda yang selalu mengikuti rancangan Dusun dan Kadazan di Sabah VFM faham apa maksud irama seruling tersebut :-), but I love it, it sounds so serene instead of menegakkan bulu roma! Hehe

Ruangan kredit album


Just hit the play button below for the preview of tracks in this album (also available on Playlist_3, in case you have problem with the console below).

16 Dec 2008

Bermulanya satu 'Episod'

Having trouble finding a local rapper who sounds exactly like an American? Don't trouble yourself too much, just get a native American and done! as simple as that. Hang on...not the Red Indian one lah...I mean someone who is in the same breed as 50 cent, P.Diddy, Jay Z...you know wa' em sayin'. That's exactly a local group, who called themselves Episod, did and the verdict? Just take a look at this video of their single Di Manakah Sinar Cinta.



Cool isn't it? Hah! did I hear someone said "tidak aci"...hehe just kidding.

I had gone through all the tracks in their debut album entitled "Episod Cinta" and one word to describe it, Hebat!



Kesemua trek pun bagi saya amat menarik, cuma terpulang kepada genre muzik yang anda gemari. Kalau anda berjiwa sentimental, lagu Harijadi Mu sudah pasti memikat jiwa. Lagu ini mempunyai melodi, lirik atau tema yang menarik, imagine you go to your girlfriend's birthday party and you saw her romantically with other man...ndak ko menangis? Larry Q has an amazing voice although at one point it reminds me just a little bit of another Sabahan singer, Ricardo (oh ok! I hear objections).



Lagu Bergaya mempunya attitude tersendiri, take a listen...(sikit aja tau)



Best kan! sesuai sekali kalau dipinjam untuk iklan Levi's

The lady in the group named Suri is awesome, here's just a sample of her line



I think she can belt out the song Mengapa with ease.

There are quite a number of strong tracks here. Needless to say Episod can move on without the help of Shawnskins. Is he permanent or just a guest rapper? What about promotional tour? You know wa'em sayin'...I mean....err....never mind.

And my 5 sen worth finding

Lagu: B+
Vokal: A-
Muzik: B-
Adunan : C+
Sampul : B


23 Jan 2007

John Gaisah Memory Hits 2


Ini merupakan album Memory Hits ke 2, dari penyanyi yang dianggap sebagai lagenda dalam dunia hiburan Kadzandusun. Memuatkan 16 trek kesemuanya dan memang berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang gemar membuat koleksi lagu-lagu beliau. Sebelum inipun kami memang memiliki hampir kesemua album-album beliau dalam bentuk kaset, tapi memandangkan tiada skill membuat arkib maka berhilangan entah ke mana kaset-kaset tersebut. Yang adapun, kebanyakannya menghasilkan bunyi yang tenggelam timbul bila dimainkan. Jadi nampak gaya kena membuat koleksi semula lagu-lagu John Gaisah dalam bentuk digital.

27 Dec 2006

Mari layan lagu instrumental



Adakalanya terasa bosan juga mendengar lagu dengan vokal dan sekali sekala teringin juga mengubah selera mendengar lagu irama instrumental seperti tiupan saxophone Kenny G atau Dave Kozz dan petikan piano Richard Clayderman. Justeru itu saya tampilkan sebuah album instrumental terbitan tempatan bertajuk Koleksi Terbaik Instrumental Jazz M.Y. Album ini sebenarnya telah berada di pasaran sejak tahun lalu (2005) lagi. Ia menghimpunkan koleksi sepuluh lagu-lagu popular tempatan Sabah (dari pelbagai bahasa) yang dipersembahkan secara instrumental melalui permainan alat-alat muzik seperti accordian, viola dan piano. Memandangkan agak kurang album instrumental sebegini dihasilkan di Sabah, kehadiran album ini begitu saya alu-alukan. Saya muatkan lima lagu dari album ini di radioblog "Instrumental"

21 Oct 2006

Petronella: Tak mengecewakan...

Album : Petronella
Artis: Petronella
Terbitan: Synchrosound Music
Edaran: Universal Music
Rating: 4/5



Ketika mengamati cover sleeve album sulung Petronella, hanya ada tiga nama yang dominan...Pet, Yuriz dan Greg Henderson. Pet/Yuriz selaku pencipta bersama, Pet sendiri selaku penulis lirik untuk hampir kesemua lagu dan Greg Henderson selaku penggubah muzik untuk kesemua lagu. Lazimnya bila berlaku perkara seumpama ini, alasan yang berlegar di fikiran kita ialah mungkin pihak pengurusan tidak cukup budget untuk menggunakan khidmat pencipta dan penulis lirik ternama. Namun walau apapun alasan tersebut bakat pencipta/penulis lirik Pet dan Yuriz tidak harus dipandang remeh. Nyata sekali gabungan usaha mereka berdua begitu memberangsangkan dan setaraf dengan karya pencipta-pencipta terkenal sedia ada. Syabas!


Walaupun tidaklah se advance "Maharani" dari Nikki, namun secara keseluruhannya produksi album tidak kurang hebatnya dengan mana-mana produksi yang lain. Pemilihan material amat bertepatan dengan keupayaan Pet. Dari segi penyampaian vokal, jangkaan awal saya Pet mempunyai vocal range terhad (seperti Erra Fazira) nampaknya meleset menerusi lagu Suatu Masa Bertemu Lagi (juga dinyanyikan dalam versi Kadazandusun Insan Tadau Kopiruba Wagu). Pet menonjolkan kemampuannya mencapai nada tinggi dalam beberapa rangkap korus dalam lagu ini. Penghayatan beliau dalam beberapa buah lagu juga jelas membuktikan suatu persembahan vokal yang kian matang. Album ini mengandungi sembilan buah lagu. Namun untuk lagu Suatu Masa Bertemu Lagi, sebuah track tambahan dimuatkan dalam bahasa Kadazandusun menjadikan sepuluh track kesemuanya. Sebuah lagu dipersembahankan secara duet dengan Yuriz (yang menampilkan mutu vokal yang cukup baik) dan sebuah lagu lagi menampilkan penyanyi hip hop terkenal Sabah tak lain tak bukan Atama. Kepada peminat-peminat Pet sudah semestinya tidak mahu melepaskan peluang memiliki album ini. Terdapat beberapa buah lagu yang saya rasa boleh menjadi hits sekiranya pihak pengurusan Pet melipatgandakan usaha mempromosi album ini.

14 Mar 2006

Eksperimen menarik dari Apai.

Album: Pason Di Aki Ku
Artis: Apai (Andrew Poninting)
Edaran: Atama Music Publishing
Rating: 3.5


Don’t judge the book by its cover, begitulah perumpaan Inggeris yang barangkali boleh diguna pakai untuk album Apai (Andrew Poninting). Saya mengatakan demikian kerana semasa menatap sampul album, saya betul-betul menjangkakan lagu-lagu yang dipersembahkan lebih berbentuk croons seperti lagu “Widuri”, “Mimpi Sedih” dan lagu-lagu lain yang seangkatan dengannya. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset bilamana seawal lagu trek pertama lagi, “Pason Di Aki Ku” saya dikejutkan dengan irama funky. So this guy actually is hip and funky! Dengan itu juga, saya menampilkan foto beliau mengenakan pakaian sleeveless yang barangkali dapat menggambarkan serba sedikit imej hip and funky!

Kalau album beliau yang pertama ada menghidangkan irama, broadway dan latin pop (selain dariapa balada) atau lebih tepat barangkali disebut irama “white music”. Dalam album kali ini lebih diketengahkan irama “black music”. “Pason Di Aki Ku”, merupakan sebuah lagu berirama funky yang cukup catchy dari segi susunan muzik maupun susunan vokalnya. Saya teruja juga sebab kurang menjangka lagu sebegini bakal muncul dalam bahasa Dusun. Susunan harmoni vokal begitu memberangsang sekali. Cuma yang sedikit menggangu, bila part “scratching” tak begitu menjadi, adakala kedengaran seperti cermin digosok! Selain “Pason Di Aki Ku”, beberapa irama lain,yang mungkin pernah tapi jarang ditampilkan dalam album-album tempatan, juga tidak ketinggalan dipersembahkan. Antaranya irama blues menerusi lagu “Harabon Blues Tulun Tokou”, another funky beat dalam “Sinding Dusun Funky”, jazz menerusi “Lansanonku”, rock dalam lagu “Jangan Begitu Umandak” dan irama yang saya istilahkan sebagai soft euro beat menerusi lagu “Ku Cinta Pada Mu” (sebuah lagu duet dengan penyanyi wanita, Enut). Yang selebihnya adalah lagu-lagu dalam genre balada (sentimental). Apai juga merakam semula lagu ciptaannya yang dipopularkan oleh Wilton Hamdih “Sunudai Oku Koupusan”, perbandingan? Apai did it very good, tapi saya lebih tersentuh dengan penghayatan dan penjiwaan Wilton.

Secara amnya album ini mendemonstrasikan satu eksperimen dalam usaha penyanyinya membawa lagu-lagu berirama berat yang agak mencabar. Dan dalam proses tersebut ada yang berjaya dilakukan dengan baik dan ada juga yang kurang berjaya (itulah namanya eksperimen). Pembabitan pemuzik-pemuzik dari Poland dan Filipina tidak sia-sia, terutama pada lagu “Pason Di Aki Ku”. Album ini menepati citarasa peribadi saya dan mungkin juga kepada anda yang tiada masalah menerima genre musik sebegini. Yang pasti, lagu-lagu sentimental balada yang terdapat dalam album ini sudah semestinya mampu memikat audience yang lebih luas untuk memiliki album ini.

7 Mar 2006

Album Kopirubaan

Album berjodol Kopirubaan ini merupakan album "berkongsi" dari tiga orang penyanyi yang terdiri daripada Lopison Sobondor (3 buah lagu), Soukin Guran (4 buah lagu) dan Robert Gubat (3 buah lagu). Album ini telah berada di pasaran sejak Januari lagi. Kalau tak silap, inilah album tempatan pertama yang muncul tahun ini (awal sedikit dari album Max).


Lagu-lagu dalam kaset ini kebanyakannya menampilkan irama pop sumayau dan balada. Saya memilih lagu dari Soukin berjodol Nokopiguli Wagu Piupusan To untuk diputarkan di sini, sebab lagu ini antara yang terbaik di samping vokal penyanyinya yang power!

6 Mar 2006

Penyanyi jazz misteri Sabah!

Album beliau diletakkan sekelompok dengan kaset-kaset penyanyi Sabah/tempatan yang lain. Tiada banyak maklumat yang tertera dalam sampul kaset kecuali tajuk 12 lagu dan nama penyanyi, Nora Edora.

Yang menarik perhatian saya ialah tag berbunyi jazz mood yang tertera pada sampul kaset tersebut, memandangkan saya agak meminati irama jazz teringin sekali hendak mendengar persembahan jazz album ini. Semasa kaset ditest saya sempat membelek sleeve album. Menurut sleeve album, semua produksi dan terbitan adalah milik Golden Music Production (menggunakan label Borneo Music Industry - BMI) dan salah seorang individu di belakang tabir (selaku pengubah muzik) ialah Julius Lusah. Seawal trek pertama lagi album ini telah memikat telinga dengan irama light jazz nya. Konsep jazz yang ditampilkan bolehlah saya samakan dengan album jazz penyanyi Indonesia, Vina Panduwinatha (penyanyi asal lagu "Dia" yang dinyanyikan semula oleh Sheila Majid). Malah saya banyak membandingkan album ini dengan album produksi Indonesia termasuk suara Nora. Walau bagaimanapun Nora mempunyai style persembahan jazz beliau tersendiri. Sebutan serta lenggok penyampaian lagu beliau tidak terikut-ikut penyanyi Indonesia. Namun adakalanya kedengaran juga, vokal ala-ala Vina dalam beberapa lagu. Yang menariknya juga, kualiti lagu-lagu serta susunan muzik light jazz dalam album ini tidak harus dipandang rendah. Ianya setaraf (malah lebih baik) dari lagu-lagu yang pernah disampaikan oleh Sheila Majid ataupun Camelia (saya rasalah andainya Sheila mahupun Camelia terdengar beberapa lagu dalam album ini, mungkin mereka berminat untuk merakam semula beberapa lagu)

Sampul kaset artis-artis ditampilkan hari ini

James Anthony - satu rekabentuk sampul dan sleeve album yang mempersona!



Frescy Francis Landong


Tom dan Jai Samud




2 Mar 2006

Kagum dengan album Ivye Alexandra

Artis: Ivye Alexandra
Album: Hiti Oku Poingandad (Di Sini Aku Menanti)
Edaran: Moe’s Music Production
Rating: 4


Raut wajah anggun menawan dengan renungan mata serta lirikan senyuman yang penuh harapan menghiasi kulit depan album pertama Ivye Alexandra, “Hiti Oku Poingandad”. Walaupun tanpa sentuhan digital smoothing pada foto-foto yang dipamerkan, kecantikan semulajadi gadis berusia 26 tahun ini begitu terserlah pada pose-pose menarik beliau dalam sleeve album. Separuh dari pakej artis telah dipenuhi, bagaimana pula dengan yang separuh lagi?

Setelah mendengar kesemua lagu dalam album “Hiti Oku Poingandad”, nyata sekali ianya menonjolkan sedikit kelainan di mana hampir 70% material menampilkan irama yang segar dan rancak atau dalam istilah Juara Lagu TV3, irama dalam kategori Pop Kreatif/Pop rock. Malah beberapa lagu seperti “Sundung Ingaa Kono” (Trek 5 – lagu/lirik: Ivye and Rosly R.T. Jr/ Ivye), walaupun berentak perlahan, masih kedengaran elemen jazz agresif pada susunan muzik juga vokal di penghujung lagu. Mungkin inilah konsep yang cuba ditonjolkan oleh album ini, sebagai mengambil kesempatan vokal Ivye yang penuh bertenaga, lantang dan agak agresif sedikit; yang sememangnya sesuai dan amat berkesan sekali membawa lagu-lagu berirama rancak. Keupayaan vokal amat terserlah menerusi lagu “Tusak Tusak Piginawaan” (Trek 2 – lagu/lirik: Sekar Medusa). Lagu yang berkonsepkan pop dance ini amat memikat sanubari saya, rentak dan irama yang universal mengingatkan saya kepada beberapa lagu dendangan Celine Dion. Walau bagaimanapun memandangkan citarasa pendengar lebih kepada lagu berirama balada, saya jangkakan antara lagu “Hiti Oku Poingandad” (Trek 1) ataupun lagu “Yoku Ie Humarap” (Trek 8) bakal tersenarai dalam rancangan carta radio Sabah VFM Bontugon Sinding Dusun. Menerusi lagu “Kada Kito Ponongkialai” (Trek 6), Ivye berduet dengan pencipta lagu ini sendiri, iaitu saudara Sekar Medusa. Namun rangkap untuk wanita yang agak tinggi nadanya serta perlu diulang-ulang menyebabkan vokal Ivye kedengaran agak terseksa sedikit. Bagi memastikan golongan yang meminati lagu-lagu bercita rasa nostalgia tempatan tidak terasa dipinggirkan, album ini juga tidak ketinggalan menampilkan sebuah lagu berirama joget “Joget Magandad Tadau Do Sumilau” dan sebuah lagu bertemakan perayaan kaamatan “Kaamatan Norikot Kawagu”, sesuai untuk santapan halwa telinga golongan berkenaan.
Secara keseluruhannya, album ini bolehlah saya anggap slightly above average dan terkeluar sedikit dari kelompok album typical tempatan. Melihat kepada konsep lagu dan muzik, secara kasar, ianya lebih mensasarkan pendengar-pendengar muda dan seterusnya golongan berjiwa muda. Satu produksi yang berkualiti dan tidak sepatutnya disambut sepi dan dingin oleh kalangan penggemar lagu-lagu tempatan. Nampak gaya setelah mendengar kemantapan suara Ivye, bolehlah dibuat kesimpulan telah lengkap pakej seorang artis. Sudah pasti Ivye akan setia menanti kehadiran anda memberi sokongan yang diharapkan kepada album beliau, bertepatan sekali dengan jodol album “Di Sini Aku Menanti”.

p/s: Lagu-lagu Tusak Tusak Piginawaan dan Yoku Ie Humarap boleh didengari di radioblog.

27 Feb 2006

Album Jimmy Palikat

Inilah dia album Jimmy Palikat (uncle Nikki Palikat) yang sedang berada di pasaran.



Saya cuba juga mendapatkan maklumat lanjut berhubung album ni seperti tarikh/tahun dilancarkan, album beliau yang ke berapa dsb, malangnya nombor telefon yang diberi tidak betul (nombor milik rumah Cina). Salah satu trek dalam album ini Sawo Kalangadan ada dalam radioblog (tapi favourite saya ialah trek 1, Pokitonon Ku). Ok...juga suara si Jimmy ni sekali dengar, iras-iras suara Awie.

30 Nov 2005

Idola Sabah....Harapan Seterusnya??


Mungkin inilah projek pencarian bakat yang terbesar di Negeri Sabah, selain daripada usaha yang pernah dilakukan oleh RTM Sabah dalam program-programnya. Usaha yang dilakukan oleh Penampang Studio (yang diterajui oleh Tony Francis Gitom, pengarah dan penerbit filem) dalam mencari seramai mungkin bakat-bakat baru di Negeri Di Bawah Bayu sememangnya harus diberi pujian. Program ini bukan sahaja mengenengahkan bakat-bakat dalam bidang seni suara tapi secara serentak melibatkan juga pencarian bakat-bakat baru dalam bidang penciptaan lagu serta penulisan lirik. Ini bermakna lagu-lagu ciptaan serta lirik terbaik yang terpilih bakal dinyanyikan sendiri oleh finalis Idola Sabah. Walaupun kedengaran juga suara-suara sumbang yang mengkritik proses perlaksanaan program ini namun yang pasti segalanya telah berjalan lancar dan kalau mengikut mukadimah yang diberikan oleh peneraju program pada label kaset Idola Sabah nampaknya beliau berpuashati dan mungkin juga objektif program ini telah tercapai dengan jayanya.

Dari dua persembahan pentas oleh artis-artis IS yang sempat saya saksikan, nyata sekali mereka yang terpilih cukup berbakat besar. Mutu suara penyanyi terutamanya penyanyi wanita agak memberangsangkan. Apa yang saya faham hanya finalis sahaja berpeluang terlibat dalam persembahan pentas dan juga rakaman album. Bercakap tentang album saya sempat mendengar sepuluh lagu yang dirakamkan dalam album Idola Sabah Sehati Sejiwa Waris Sabah (Bahagian 1). Lagu-lagu yang dipersembahkan kesemuanya hasil ciptaan peserta mencipta lagu dan menulis lirik dalam program tersebut. Dalam menghayati kesemua lagu-lagu tersebut nampak gaya tidak semua lagu-lagu yang terpilih mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan. Di samping itu pembikinan albumpun kata orang ala kadar sahaja. Walaupun ada seorang dua penyanyi yang kedengaran agak sukar menghayati lagu yang dipersembahkan (mungkin lagu kurang sesuai dengan jiwa mereka) namun secara keseluruhan kualiti vokal penyanyi layak diberi pujian. Lagu-lagu yang menjadi pilihan dBOS-fm menurut turutan dari yang paling disukai sehingga yang kurang disukai adalah seperti senarai berikut

1. Mungkin (Artis: Bidah Malanjang - Kota Marudu/Komposer: Lydia Dulima)
2. Cinta Jarak Jauh (Artis: Masitah Muntir -Tawau/Komposer: Noemy Eldo Michael)
3. Hilang (Artis: Nordawati Daud -Sandakan/Komposer:Khairul, Maskor, Sarah Iman)
4. Bohong (Artis:Ednestha Francis -Tuaran/Komposer: Alex Boyd Alam)
5. Hilang Tak Bertanda (Artis: Nainah Nasip-Sandakan/Komposer: Yuan Eddie Misban)
6. Sunudai Oku Koupusan (Artis: Wilton Hamdih Gudil-Kota Belud/Komposer: Andrew Poninting)
7. Mimpi Indah (Artis: Carrey Chrystoph Oliver-Tambunan/Komposer: Andrew Poninting)
8. Koupusan Ku Iziau (Artis: Stefhannie Robert-Tawau/Komposer: Noemy Eldo Michael)
9. Kau Tetap Di Hatiku (Artis: Ruthnetta Romedius-Tuaran/Komposer: Khairul, Maskor)

Satu lagi lagu bertajuk Idola Sabah merupakan lagu nyanyian beramai-ramai ala-ala lagu AF Menuju Puncak.

Bermain jugalah persoalan di fikiran saya, ke manakah artis-artis Idola Sabah ini seterusnya? Adakah mereka telah mencapai impian setakat ini atau hanya mengambil peluang menimba seberapa banyak pengalaman sebelum menyertai Akademi Fantasia? Tunggu dan lihat sajalah. Saya hanya memilih tiga lagu teratas dalam senarai untuk dimuatkan di radioblog ini. Walau bagaimanapun untuk hari ini hanya lagu Mungkin yang sempat di upload. Dua lagi lagu masih dalam proses digitizing. Enjoy the song on Track 27….check it out!

29 Nov 2005

"A" Rating for Nikki's Maharani??

Well that's what every review of Nikki's debut album agreed. The album was launched yesterday but probably will reach Sabah next year!. In case you're asking which Nikki, I'm talking about Nikki N. Palikat one of the ex-Malaysian Idol 1 top 12 from Sabah. The other one is Rydee. Well Nikki is considered one of the low profile ex-MI1. When five of the top seven recently reported to sign up a record deal, there was no mentioned at all about Nikki (If i'm not mistaken Nikki was the 6th contestant voted out, means she's in top six!). Perhaps when the event took place she was somewhere out there struggling to decide whether to continue her study or to become a recording artist. Well it is obvious now she opts for the latter (err...no comment!). The good news is she's not in the same bunch as the rest and selectively picked by Ning's Associates to be the first artist under it's management! Gee...there must be really something about her that attracted Ning Baizura. Cos to me if there were a newcomer to be the first artist under Ning's Associates management she's got to be Yani another Sabahan who was a protege to Ning in "Mentor" (or perhaps Ning reserve her to be the next one). Well back to the album if what's said by the album reviewers make sense there should be no reason for the album sale. What is more intereting, reviewers also give thumbs up to Nikki's Dusun song and even said that her pronunciation is superb! Well all I can say is BRAVO!! to the two Ns, Nikki and Ning...and can't wait to get a copy of the album.

Some info about Nikki
*Born in Michigan USA...err...looks like Marsha is not the only one
*Ex-student of St. Francis Convent
*Studied at UMS matriculation in Labuan (befote decided to become a recording artist)
*Father is from Tambunan
*Younger sister to Jimmy Palikat (one of the well known local singer from Tambunan)

P/s: I'm just wondering what happen to the other Sabahan ladies...Gracie and Faezahwati (1st
and 2ndrunner up respectively of NTV7's reality show Audition 2)