Showing posts with label Featured_Artiste. Show all posts
Showing posts with label Featured_Artiste. Show all posts

24 May 2012

Aiso Titiu Momogun - Rose Moguloi

Penyanyi veteran bersuara lunak...




Penemuan yang memeranjatkan
****************************


Baru juga hari Isnin tu saya bawa sekumpulan visitors pi Muzium Negeri Sabah. Kebetulan ada pameran Arkeologi di sana (sehingga 31 Jun). Durang pun bertanya "kenapa tapak-tapak purba di Sabah semua bertumpu di sebelah pantai timur". Saya pun buatlah teori sendiri, kunun-kunun nenek moyang kita mungkin berasal dari sana dan berhijrah ke pedalaman menyusuri Sungai Segama dan Kinabatangan.(hahaha..pandai-pandai kunun buat teori sendiri).

KOTA KINABALU: A PALAEOLITHIC site believed to be 200,000 years old has been discovered in Keningau, 138km from here.

Archaeologists claimed that the site in Kampung Lipasu in the sub-district of Bingkor could rival the Mansuli site in Lahad Datu, which is 235,000 years old.

Source: http://www.nst.com.my/nation/general/prehistoric-site-discovered-1.87102



So penemuan baru ni betul-betul membuat kita tertanya-tanya "sekarang ni macam mana pula teori yang betul?". Tapak baru ni mesti peninggalan nenek moyang orang-orang Dusun/Murut di Keningau dan Tambunan kali..hehe.

Err..laporan Sabah Time pula, dengan kesilapan besar, menyebut yang buat kajian tu tapak adalah researchers dari UMS...duhh!

2 Feb 2012

Noisy Crush - Fikirlah

Khusus untuk peminat-peminat muzik genre 'noisy' (genre muzik baru), terimalah sebuah lagu dari kumpulan Noisy Crush :=)



Ingin berkenalan dengan mereka? Layari ja...www.facebook.com/noisycrushband... banyak lagu-lagu durang di sana :=).

25 Jan 2012

Album Sulung Ateh Wildan

Mari kita luangkan masa sejenak meninjau album sulung si Ateh Wilden atau nama sebenarnya Nor Azhar bin Azlan, jejaka hensem lahir pada tahun 1987 dari Pitas Kudat. Album ni dihasilkan tahun lalu dan mengandungi sembilan buah lagu. Lapan buah lagu dalam bahasa Melayu dan sebuah lagu dalam bahasa suku kaum Sungai.



Setelah mendengar kesemua lagu, saya rasa kekuatan lagu-lagu dalam album dia ni terletak pada lirik, yang mana ditulis kesemuanya oleh beliau sendiri. Bayangkan kesemua lagu mempunyai unsur-unsur cinta antara kekasih dan adakalanya mempunyai senario yang hampir-hampir sama (patah hati, merajuk, merayu dsb) tapi mampu ditulis dalam ayat-ayat yang berbeza (tabik!). Dari segi lagu pula, kebanyakannya mengingatkan saya pada lagu-lagu rock balada tahun 80-an (paling dekat saya rasa lagu-lagu dari kumpulan Exist). Kalaulah album ni ujud pada era yang saya maksudkan itu, lingkup kali kumpulan Exist :=). Walau bagaimanapun beberapa buah lagu seperti "Janji", "Kasih Terlerai" dan "Ku Pertahankan Kasih" boleh dikatakan lari sikit dari unsur-unsur lagu 80-an, bila susunan muzik dibuat secara kontemporari. Antara lagu yang menarik perhatian saya ialah "Cinta", "Ku Lupakanmu" (lagu yang menampilkan kekuatan vokal si penyanyi) dan tidak ketinggalan lagu berikut, yang dinyanyikan dalam bahasa suku kaum Sungai, berjudul "Tuturanku" (Ceritaku)









Ada lirik lagi...(dalam kurungan tu terjemahan)

Onuka itu dugaan so aku (apakah ini dugaan padaku)
Antawa mimang oh nasipku (ataupun memang nasibku)
Ado polajaran ado pogiuman kosonangan(tiada pelajaran tiada pencarian kesenangan)
Runat awi momikir aku (siang malam asyik ku fikirkan)
Onu ka osandalan ong muli ya sokoitu(dapatkah ku bertahan jika ini berpanjangan)

Torimaanku ong itu yo nasipku (aku terima jika ini la nasibku)
Oraai owarong tolononku (buruk atau baik ku telan juga)
Orauh po lalan (jauh lagi perjalanan)
Mogium kosonangan koworongan (mencari kesenangan kebaikan)
Runat awi momikir aku (siang malam asyik ku fikirkan)
Onu ka osandalan ong muli ya sokoitu (dapatkah ku bertahan jika ini berpanjangan)

Ingko ya koinginanku soko itu (bukan la semua ini kemahuanku)
Tapi onu po ka pilionku (tapi apa kah lagi pilihanku)
Aku lobow kampong (aku orang kampung)
Lobow omiskin lobow di rauh (orang miskin orang di hulu)

Onu po ka tongaron (apa lagi nak di katakan)
Kiawi pondoritaan (segala penderitaan)
Nokuro ong tumangi (walau menangis)
raah po na ado yo guna (darah sekalipun tiada gunanya)

Sedihnya...

...semoga beliau sukses dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai insan seni yang penuh pancaroba.

22 Jan 2012

A.S.C.T - Wanna Believe

They call themselves A Sky Collapse Triangle (A.S.C.T) and this is their single which was released way back in 2010 (probably you've heard it before)

21 Jan 2012

Dunstan Peter - Bunga Bunga Piginawan

Salah sebuah lagu yang kira popular juga dari Dunstan Peter yang popular menerusi lagu Muli Oku Bye Bye dan Kalangadanku sebelum ini.



Make Up Artsitry Competition 2012

Pertandingan khusus untuk jurusolek.



Ramailah yang berpenampilan macam Lady Gaga ni nanti :=)

Helex P.S - Indi Di Koupusan Ginavoku

Terimalah sebuah lagu sentimental dari Helex Pele Sumbing. Lagu dia yang berjudul Samod Toh pun ok juga.



Stella Jamahal - Rinubat Sinsing Amas

7 Jan 2012

Angel John Samud - Tanak Wagu Kampung

Anak dara penyanyi John Samud, Angel Yudea John Samud tampil dengan lagu "Tanak Wagu Kampung" :=)



6 Jan 2012

Pejuang Lagu Bisaya

Satu-satunya penyanyi yang merakam album penuh dalam bahasa Bisaya, Allahyarham Jedeh Mustapha.

Album pertama beliau dirakam dalam tahun 1997 dan menyusul MTV/Karaoke dalam tahun 2006.






Album kedua (2010)




Foto kredit:alexheadrix.blogspot


Kepada peminat lagu-lagu Bisaya (Beaufort) rajin-rajinlah pigi cari dan beli album-album beliau ni. Masih ada tu dijual di kedai. Kalau tidak pun contact ja studio yang buat album dia. Kesian dia, penat turun naik Beaufort - KK buat album...keluar belanja buat album dan mengharap album terjual.

Kalau mo lagu free..nah ambik ni!



Hahahaha....Bisaya juga kan...(budak2 Kg.Likas juga tu....gigih durang mengaku dari Bopot!)

23 Dec 2011

Ateh Wildan - Saiz 50-50

Kata-kata hikmat dari YouTube..

Pendatang baru dalam industri hiburan tanah air. Penyanyi yang berasal dari pitas Sabah yang merakamkan 10 buah lagu berentak slow rock dan balada rock yang mana album tersebut di namakan KEMBARA BLUES...

Buli tahan talent dia ni mencipta dan menyanyi lagu-lagu ala rock kapak (macam lagu-lagu kumpulan Exist). Semua lagu dalam bahasa Melayu. Saya rasa paling best lagu dia yang berjudul Melupakanmu

Tapi lagu yang berikut ni special sikit, dalam bahasa Dusun :=)



**********************************


Penjana kod lagu

A few years back I asked a Yamaha music promoter "adakah keyboard yang kalau kita main melodi ja...dia sendiri generate kod lagu kita?" Ketawa habis tu promoter. "That's impossible" dia bilang. "Those skill you need to acquire by training" he quips. If you asked any musicians the chances are you'll hear the same response. Tapi tu dulu, sekarang ni adalah kali 2,3 software yang sudah ada di pasaran. Antaranya macam Band In a Box (arguably the best software for backing music arrangement) and MySong. Setakat ni saya cuma pernah try Songsmith ja, sebab yang ni ja ada download free..hehe (free enam jam ja)

My findings? Mula-mula saya try nyanyi lagu-lagu kindergarten (I dare not use my voice..ndak berapa konpiden suara betul-betul in-tune, so I play the melody using keyboard). Not bad juga, kira 100% juga ketepatan chording dia. Then try lagu-lagu yang complicated sikit. Hmm..adalah kali dalam 70-85% precise..hehe (nampak gaya mo kena pakai skill semulajadi juga ni). However the bottomline is nothing is imposible now. I won't be surprised the new generation of keyboards will incorporate this feature (terutamanya keyboard Casio...oops!)

Pemain Winamp 5.2 pun ada juga feature generate chord lagu. Tapi saya rasa ni lebih kepada lagu-lagu yang sudah dirakam kali. Senanglah mo cari chord lagu-lagu Bruno Mars ni kan.. :=)

21 Dec 2011

Voice Out

A song by some hip and urban Sabahans :=)



Great song despite some disturbing..aah..ermm..never mind!

**********************************************


Trailer - The Hobbit

I noticed it has just been uploaded yesterday. I'm probably the 310th viewer :=)



Hmmm...'The LORT' Part 5?

*********************************************


Somewhere in North Korea

According to some sources, it is compulsory for them to cry...fake or genuine...they have to...otherwise the authority will question their loyalty to the dear leader *sigh*



Imagine a similar mass reaction when Justin Bieber's concert is cancelled...phew! :=)

20 Dec 2011

Artis Baru Album Baru

Mavie artis yang dbos-fm tampilkan sebelas hari lepas :=)



Link YouTube promosi lagu-lagu dia

Lexband - Kilang Ketawa





...amacam lucu jugakah? Lagu dia "I Love You Banana"...buli tahan juga

9 Dec 2011

Koposion - Wilfred Sindam

Wah ogumu ih penyanyi baru.

Tonindot - Mavie

Penyanyi baru bernama Mavie dengan lagunya berjudul "Tonindot"



...buli tahan!

4 Dec 2011

Evolusi Butitin

Perjalanan seorang "Butitin" dari kecil hingga remaja..

2006



Antara lagu yang paling awal di promosi di blog ini masa mula-mula blog ujud duuulu :=)(sejarah lalu jangan dilupa...kekek)

2010 (4 years later)

Remaja sudah dia! :=).



..adakah akan muncul Butitin 3? (time umur 20-an kali kan)

Promo lagu-lagu Murut

Kalau setakat lagu-lagu Murut di YouTube, channel si Kawaks72 ni yang paling power :=)

25 Nov 2011

Angat

Setelah kita berkenalan dengan artis genit bernama Pollo, apa kata kita berkenalan pula dengan jejaka kacak bernama Angat



Lagu dia yang paling meriah dan sudah semestinya paling hangat...



**************************************************


Isu Tuntutan di Perairan Kepulauan Spratly.

Keluar topik skijap.

Bila saya tinguk ni map di bawah sa takajut juga bah nampak kawasan yang di tuntut oleh Negara China (garisan merah)



Main kaitu..punyalah jauh dari persisiran pantai China, kawasan yang durang tuntut tu. Macam mencecah luar pantai Sarawak pun ada. I wonder, what makes them think they can claim up to the distance? Is it because the sea is called South China Sea, so durang pun feeling-feeling itu laut durang? Bagus tukar ja nama tu laut pi Samudera Sea kah..ataupun Nusantara Sea. Their current territory or negara durang punyalah besar tu..wonder what else do they want. Sa tunggu ja ada peperangan ni (hehe) isu ni pun sudah mula mengeluarkan sedikit percikan bunga api lately. Amerika pun baru ja set up their naval military base di utara Australia last month (or was it early this month). Sajalah tu kan mo tulung negara-negara yang teraniaya. May the greed lost! (you know who the greed here).

Kalau tengok map di atas kawasan tuntutan Malaysia dan Brunei adalah yang paling rasional.

Deffny Pearl Tanggar @ Pollo


SELEPAS tampil bersama single pertamanya tahun lalu, kini Pollo atau nama sebenarnya Deffny Pearl Tanggar, muncul bersama sebuah album penuh mengandungi 10 lagu.

Istimewa, album solo pertama Pollo ini turut memuatkan singlenya, bertajuk ‘Punah’ ciptaan komposer Benedict Gaidi @ Gidik yang turut berduet dengan Pollo dalam lagu ‘Mongudut ko’.

Selain itu, album Pollo yang diterbitkan dalam bentuk audio CD ini juga terdapat sebuah lagi lagu berbahasa Melayu dengan tajuk ‘Enggan Mengakui Cinta’ hasil ciptaannya sendiri dan dinyanyikan berduet dengan Jekley G.

Lapan lagu lain yang terkandung di dalam album ini adalah dalam bahasa Dusun, Honggo Janji Nu, Sabab Sala’ Ku, Mongudut Ko, Adi Koupusan Ku, Sundu Piginawaan, Sinding-Sinding Kalangadan, Tusak Tusak Piupusan dan Haro Po Kosiwatan.

Komposer dan penulis lirik lain yang terlibat, Jack Beech Malamak dan juga ibu Pollo, Muren Sigoh dan dirakamkan di IT Korner Production milik penyanyi dan pemuzik berpengalaman, Dewin Tumas.

Menurut Pollo album yang diberi judul “Adi Koupusanku” merupakan satu daripada impiannya dan kemuncak kepada penglibatannya dalam bidang seni suara sekian lama.

“Saya memang minat menyanyi sejak kecil, ditambah lagi ibu bapa saya juga aktif dalam bidang nyanyian dan hiburan,” katanya.

“Saya juga banyak belajar dan mendapat dorongan sepenuhnya daripada mereka dan adik beradik saya,” tambah penyanyi berusia 22 tahun ini.

Mengenai pengalamannya dalam bidang nyanyian, Pollo memberitahu dia mulai menyanyi sebagai ‘pemazmur’ di Gereja St. Philip Tamparuli, ketika itu masih bersekolah di sekolah menengah.

Seterusnya Pollo menimba pengalaman menerusi pelbagai pertandingan nyanyian yang disertai antaranya KE Next Top Entertainer (KENTE) 1 sebagai finalis dan juga Sugandoi Kaamatan.

Antara pencapaiannya dalam pertandingan Sugandoi, johan Sugandoi Kaamatan Terbuka Malaysia, johan Sugandoi KKIP, johan Sugandoi Peringkat Negeri USDA serta pernah mewakili daerah Tamparuli dan Inanam ke Sugandoi peringkat negeri.

Selain itu, Pollo juga menduduki tempat ketiga Sugandoi Pertisa Peringkat Negeri anjuran Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) pada tahun 2009.

Berikutan kejayaan menerbitkan album solo sulungnya ini, Pollo berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya serta terutama para komposer yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menyanyikan lagu-lgu ciptaan mereka.

Manakala album MTV karaoke pula akan menyusul tidak lama lagi.

“Terima kasih juga kepada IT Korner yang memberi kerjasama penuh semasa proses merealisasikan penerbitan album ini,” kata Pollo yang sekarang sedang menuntut di UNITAR dalam bidagn Sarjana Muda Pendidikan.

Pollo juga menyampaikan penghargaan kepada George Duat yang menghasilkan rekaan kulit untuk albumnya itu.

“Saya berharap juga album ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pendengar dan peminat lagu-lagu tempatan,” katanya yang berkeyakinan lagu-lagu nyanyiannya itu sesuai untuk semua golongan usia pendengar.

Sementara itu, Gidik sebagai seorang daripada komposer terlibat dalam album Pollo berkeyakinan, penampilan penyanyi muda ini menyerikan lagi persada seni hiburan tempatan.

Gidik juga berharap semua peminat seni hiburan tempatan terus menyokong semua artis termasuk penyanyi-penyanyi baharu supaya mereka dapat pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Di samping itu kata Gidik, menerusi lagu juga bahasa ibunda dapat dimartabatkan dengan penggunaan diperluas.

“Tanpa sokongan semua, tentunya menjadi halangan untuk artis-artis tempatan kita maju. Hindarkan daripada membeli produk cetak rompak yang hanya akan memudaratkan industri hiburan serta mereka yang terlibat dalam industri ini,” tegasnya yang juga ahli Pertisa.

Credit: The New Sabah Times


Lagu dia yang mengungguli carta Pop Dusun minggu lalu



Tersangkut juga sikit-sikit tune lagu "First of May" (Bee Gees) :=).

26 Sept 2011

Kumpulan Elhamz

Kumpulan pop nasyid dari Sabah :=)


(Click the image to read)


Lagu durang "Cerita Cinta"...



Amacam? Ok?

Cakap pasal lagu nasyid ni kan..teringat saya lagu nasyid satu rang kawan ni. Dia pigi modify ni lagu kumpulan "Koes Plus"...



...lirik dia..."Kafan,,kafan..bilakah kita mati...kafan-kafan...bila kah kita mampus...mungkin lusa ataupun esok hari".kekekekek! (lagu nasyid paling bikin takut)

***************************************************************************


X-Factor USA

Simon Cowell and Paula Abdul are back but this time as judges in X-Factor USA. I guess one interesting feature, of the X-Factor, is the preliminary audition was conducted in front of a huge audience.in a big hall.

Here's the audition of one annoying contestant named Xander Alexander...antara lain cakap besar berangan tak ingat dunia dia...

"I want to be the next Donald Trump meets Martha Stewart without the jail time meets Britney Spears meets Beyonce..without the ugly husband"..*LOL*



Hahaha.....padan muka kena cakap bitchy, nasty and diva-ish (mind if I add 'rude' as well)

(In case you don't know, The X-Factor USA is shown on 8TV every Friday and Saturday at 10 pm beginning 23rd Sep)