8 Sept 2009

Persatuan untuk KDM dalam industri filem

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang keujudan Tinungkusan Momogun Association (TMA) sebuah persatuan yang ditubuhkan baru-baru ini khusus untuk penglibatan kaum KDM dalam industri filem. Dalam sidang akhbar yang diadakan pada 8 Ogos lepas penasihat persatuan ini menyatakan, mereka bukan saja bertumpu kepada bidang perfileman tetapi juga kepada bidang seni yang lain termasuk muzik, seni suara dan lain-lain bidang berkaitan hiburan. Menurutnya lagi dengan ujudnya persatuan tersebut bakat-bakat KDM kini mempunyai pasukan yang sewajarnya (proper group)yang boleh membimbing mereka untuk mencapai pengiktirafan yang lebih baik dan peluang meningkatkan diri dalam bidang filem, muzik dan bidang berkaitan hiburan yang lain (menulis skrip, mencipta lagu, pengacara, DJ etc).

Persatuan ini telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos lepas dan sebagai hasil pertama, mereka telah menerbitkan album MTV karaoke yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Tan Sri Bernard Dompok pada 11 September nanti. Butiran seperti laporan di bawah (Sabahan.fm ndak mau buat siaran langsung kah ni?)



Apa kata survey?

Kalau ikut pemerhatian saya memang sudah pernah ujud usaha-usaha berbentuk sebegini dan juga beberapa persatuan yang seakan-akan mempunyai objektif yang sama seperti persatuan di atas (TMA). Tapi nampak gaya kemunculan yang agak 'grand' persatuan yang baru ini menggambarkan ianya bakal berpengaruh dalam merealisasikan hala tuju bidang seni di Sabah khususnya bagi masyarakat KDM. The timing of its existence which is right after the state government announced the plan to set up 'centre for film production' implies that TMA is set to be the major player and in for a big thing. That's how I see it and let's hope this association will achieve its objectives (durang ada orang dalam yang kuat mengkali ni kan :x)


Related article:
Association set up for KDMs in the filming industry


P/s: Ada juga saya terdengar ada pihak mau lobi secara besar-besaran for a dedicated TV channel for Sabah semasa pilihanraya akan datang! Habislah BN kena ugut macam ni...kekekek!

1 comments:

Japrin said...

we have to support this kind of progress.. keep up the good work to all of them.. :)