Showing posts with label Stacy. Show all posts
Showing posts with label Stacy. Show all posts

15 Jul 2011

Stacy - Kisah Dongeng

Setelah kepenatan melumpat-lumpat, akhirnya Stacy meletakkan lagu sentimantal balada sebagai single terbaru beliau.

>


V.I.P - Lagu Sedih



Aiyoo...macam low budget ja KRU buat music video budak-budak Sabah ni :=)

14 May 2010

Irama Malaysia Song Contest



Good news to the aspiring song writers out there.

But then, as I posed a question before, what is actually Irama Malaysia? I know the organizer is expecting songs like this...









Since this contest is being held in Sabah, I wonder if the organizer will accept a song like this...









It would be a stupid idea to call it Irama Malaysia if they don't even consider it, might as well call it Irama Melayu or Irama Pak Ngah! Hehe..

Another ambassador-ing job for Stacy

This time with Clinelle beauty products. Err..not so sure where is Clinelle from but according to its website the products are formulated and made in United States, Switzerland, United Kingdom and France. Kira international lah ni kan!




You need to have a natural flawless and glowing skin to be considered as ambassador for international brand beauty products, remarkably Stacy fits it (I don't see her extra 'vampire' tooth in the picture...dia cabut kah atau kena photoshop?)


A person who works with a talent scouting agency (agent yang cari model-model untuk iklan), once told me they look at two physical quality in a person...a smooth or superb skin complexion (tiada jeragat, tiada jerawat etc) and a perfect set of teeth "but having a healthy hair is a bonus", she said. The good thing is they don't really care if you're dark, short, fat, small eye, big eye, big nose, small nose etc...so long that you meet those two conditions you're in! The conditions apply to both male and female. Dengar cerita kalau ko pi ujibakat kena suruh strip to your underwear, undergarments..haha :=)

16 Apr 2010

Stacy - Kisah Kita

Di kala peminat-peminat Stacy sibuk berbicara tentang single terbaru beliau Jahat yang belum lagi dilancarkan, tiba-tiba muncul pula single bertajuk Kisah Kita


Stacy - Kisah Kita








Hmm..macam set-set lagu untuk Ezlyn ja..hehe (entah-entah antara lagu yang sepatutnya dirakam oleh Ezlyn dulu tapi kena rejek..oops). I have also heard Jahat, not that bad but not much difference with other songs from KRU. I'm keeping my fingers cross for a 'cute' song macam Gagap...setakat ni lagu Jahat and Kisah Kita saya kategorikan jenis 'ganas' :=)

8 Jan 2010

Stacy ke Lim Kok Wing pada Febuari

Stacy bakal memulakan pengajiannya di University Lim Kok Wing bulan depan (Februari) demikian menurut laporan mStar online. Beliau akan mengambil jurusan Sound and Music. Baguslah, nampaknya jadi juga, satu perkembangan yang cukup menarik. Aku ingatkan dia sudah lupa tentang tawaran yang LKW bagi dulu.

Cerita lanjut.

8 Dec 2009

Stacy komen empat artis lelaki

Kepada remaja-remaja terutama yang tingkatan empat dan lima dan sedang cuti panjang tu terimalah artikel penyanyi kesayanagn kamurang... :-). Jangan susah Stacy akan tercalon juga dalam ABPBH 2009, walaupun nama dia tercicir dalam borang pemilihan awal minggu lepas.


Don't worry...orang Tuaran juga pilihan dia tu nanti...kekekek!

Dilema artis kurang 'pakej'


Ko menang seratus pingat emas di 'olimpik' persembahan seni sekali pun, tapi kalau sudah dilabel 'kurang pakej' oleh pihak-pihak tertentu macam sia-sia saja kan. But then my question is, penghargaan macam mana pula yang si Bob maksudkan ini sebab kalau bandingkan nasib dia dengan beberapa artis lain, dia ni lebih bernasib baik.

16 Nov 2009

Primadona - Stacy

Lagu berjodol 'Primadona' sebuah lagi lagu nyanyian Stacy yang dimuatkan dalam soundtrack filem 'Spy'

Versi handphone :-)



...Yang ni 90% ala-ala Britney Spears

Official music video "Menggegar Dunia"



Tagap sungguh badan si Adam kan...berketul-ketul muscle di lengan dia...kekekek.

9 Nov 2009

Orang kaya intip Stacy

Anak orang kaya berminat dengan Stacy, according to this report. Bertuahnya Uncle Anam kalau menjadi kan :)

10 Oct 2009

Menggegar Dunia - Stacy dan Adam

Lagu baru yang menggabungkan Stacy dan Adam

23 Sept 2009

Stacy-video musik rasmi lagu Pakai Buang



Saya ternanti-nanti juga kemunculan music video (MV) dari album Stacy ni. Since it takes time they come up with her new MV, I expect something big and phenomenal. Sekurang-kurangnya budget dia macam budget buat MV si Mila AF6 (dibuat di Jakarta). Setelah sekian lama menunggu, rupa-rupanya hasil video beliau macam yang di atas tu saja..mhmmm. I'm keeping my fingers cross for "Gagap" official MV

Stretching her voice to the limit..


Singing in original key, well done...bravo! (probably the highest key Stacy's ever done)!. Hope to hear more of her singing sentimental ballad....as in this songl

9 Mar 2009

Stacy - Pelancaran album

Pelancaran album sulung Stacy berlangsung yesterday di 1-Boreno Hypermall dan disempurnakan oleh Tan Sri Bernard Dompok dan isteri (covered by many presses as well). Kehadiran penonton bolehlah dikatakan ramai juga tapi tidaklah seramai yang saya jangkakan, mungkin publisiti agak kurang diberikan kepada majlis ini (the banner only appear in Donggongon on the same day itself). I put it that they didn't properly plan the cue and looked very much impromptu. Maka pengacara pun seolah-olah bertindak sebagai ketua pengarah (arah orang masuk pentas, keluar pentas...do this and do that) menjadikan majlis terlalu formal dan berprotokol tinggi (kurang santai). Sound system jangan cakap lah, tahap PA system di sekolah (they never bother to fix the sound system at shopping mall, don't they?).


Apapun my objective is to get the CD, nothing more than that and here it is. I purposely display the back cover cos I like her striking pose. Meliuk lentuk badan :-)


Ramailah juga yang membeli CD tapi alangkah baik kalau semua yang hadir tu beli sekeping satu. Ni tidak, more observers than buyers :-(.


And for those who've been to 1-Borneo lately, do you notice the tiles particularly on the first floor were sort of ripped off and nicely replaced or patched by carpet. I hope it has nothing to do with the rumor I heard concerning its fitness (yupp I heard it when the mall was launched but I chose to stay quiet)


5 Mar 2009

Stacy ft Faizal Tahir - Bring Me To Life

I kinda like Stacy's performance here (at Hot FM Big Jam concert). Sebuah lagu 'baru'...baru in the sense that I've never seen her perform this song before sebab sebelum ni asyik-asyik lagu yang sama saja kan.



Macam tenggelam pula Faizal Tahir...hehe. Anyway her sebutan masih perlu improve.

Pelancaran album sulung Stacy bakal berlangsung 8 Mac (Ahad) di 1 Borneo.

20 Feb 2009

Stacy vs Siti

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 telah menyenaraikan lima finalis untuk 16 kategori yang dipertandingkan. Yang menariknya ialah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, di mana nama Stacy tercalon bersama-sama dengan beberapa nama besar dan gah artis wanita negara termasuklah Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor.

Selain itu Stacy juga turut tercalon untuk kategori Artis Baru Wanita Popular bersama-sama dengan Ayu OIAM

Artis Baru Wanita Popular

a) Ayu OIAM
b) Lisa Surihani
c) Sari Yanti
d) Scha
e) Stacy

Penyanyi Wanita Popular

a) Elyana
b) Jaclyn Victor
c) Mila
d) Siti Nurhaliza’
e) Stacy

Majlis Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2008 akan berlangsung pada 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands

19 Feb 2009

Stacy The Album

Team 'studio bocor' yang terdiri daripada semut-semut, tikus-tikus, anai-anai dsb sekali lagi telah membolosi sebuah studio gara-gara tidak sabar menunggu kemunculan album Stacy...


...hasilnya

Susunan trek, Cinta Yang Ku Duga/Pakai Buang
/Cerah/Rasa-Rasa/Gagap


Sangat-sangatlah berkualiti tidak sabar mau memilikinya. Pakai Buang walaupun very obvious hasil buah tangan KRU tapi kelakar juga lirik dia bila ada unsur-unsur bahasa Sabah.."kenapa bah! kau berubah!" Hehe. Dengar cerita pelancaran album ditunda ke 8 Mac bertempat di KDCA mungkin dorang mau pastikan saya ada di KK bah (sebab 22 Feb tu saya tiada di KK)

25 Jan 2009

Stacy - Album sulung Feb ini


Khabarnya Stacy bakal melancarkan album sulung beliau pada 22 Feb nanti di KDCA. Demikian menurut info dari laman blog peminat-peminat Stacy. Album sulung tersebut bakal memuatkan hanya lima buah lagu seperti yang tersenarai di bawah.

1. Gagap
2. Cerah
3. Cinta yang Ku Duga
4. Pakai Buang (<---Aiyoo! Lagu iklan untuk INTIMATE kah ni?)
5. Aku Stacy

Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Kieran Quek, Ajai dan Edry KRU.

"Terus-terang saya memang "all-out" untuk album ini, sebab inilah album yang akan menentukan sejauh manakah kebolehan saya dalam nyanyian. Untuk album pertama ini, memadailah dengan lima buah lagu sahaja dan saya lebih pentingkan kualitinya. Kalau banyak-banyak lagu pun belum tentu orang nak dengar. Saya percaya kesemua lagu dalam album ini dapat menarik minat pendengar, kalau tak percaya, nantikan kemunculan album saya ini nanti"
kata Stacy ketika diminta mengulas mengenai album sulung beliau.

19 Jan 2009

AJL 23

Tidak sah bah kalau tidak mencarut pasal AJL 23 yang berlangsung semalam..hehe

So amacam? Puashati dengan keputusan juri yang maha arif? Actually ramalan awal saya

1. Vokal terbaik - F.T (Federal Territory ok!)
2. Persembahan Terbaik - Stacy (2nd choice Farawahida)
3. Etnik Kreatif - Julfekar
4. Balada - Sampai Ke Syurga (but at one time I thought Aizat could win, best pula dengar lagu dia malam tu dan minat juga tengok persembahan dia...selamba saja).
5. Pop Rock - Lagu Untuk Mu (M.U.H)
6. Juara Lagu - Lagu Untuk Mu (M.U.H)

Tapi semalam masa nama FT diumumkan tiga kali (sampai berabis dia kontrol dan kumat kamit "ya Tuhan tolong lah jangan sampai saya buka baju dan seluar malam ini!") saya hampir putus asa. Saya "mute" volume TV dan masuk toilet dengan remote control sekali (ndak sanggup bah dengar dan tengok aksi dia bila diumumkan juara). Masa dalam toilet tu, terdengar suara-suara yang berada di depan TV riuh teriak gembira sakan "Meet Uncle Hussein manang!". I was like "nice joke!". Sekali tengok, betul-betul bah! *LOL*. I heard the English version of this song...setaraf lagu-lagu 'ganjil' yang pernah dihasilkan di barat...memang layak dinobatkan :-).

Malang sekali anugerah Persembahan Terbaik memihak kepada FT. Unik sangat kah aksi-aksi potong rambut tu? Macam semak ja saya nampak. Alang-alang bagus bawa hose cuci kereta dan sembur ja si FT tu, siap degan buih-buih sabun sekali...macam tu baru unik! haha. Apalah kena mengena aksi macam tu dengan "Sampai Ke Syorga"? (saya ingatkan durang buat persediaan, mau buat coffin...). Unik lagi saya tengok aksi cute Elyana duduk ja sepanjang lagu sambil pintal-pintal rambut and Estranged's wayang kulit. Nasib baik juga lagu si Ayu tiada mercun Chinese New Year di penghujung lagu (di mercuuuu!..preng...peng...peng..peng!). Kalau ada lagilah unik :-). Apa pun kesian Stacy (punyalah hebat tu).

P/s: Aduhh...Ziana Zain sikit tidak kesampaian. Lagi banyak kedengaran suara back up vocalists.

9 Jan 2009

Menjadi kebanggaan


Harap-haraplah dia akan memenangi banyak anugerah :-)

15 Dec 2008

Gagap by Stacy

Another new single. This time by Stacy called Gagap. Those who love dance music (read Britney + Madonna), mesti suka lagu ni, best dahsyat (KRU?). I really like her vocal performance very creative (very der Britney, Agnes Monica style...:)). And good news tiada kedengaran sebutan-sebutan macam "tomu" lurus ja sebutan dia bunyi "k" macam "bukan" pun ok ja. Bukan macam dalam lagu Aku Stacy ada juga kedengaran "k" yang karas macam "buQan"...:)

Gagap on Malay1 Playlist

13 Dec 2008

Superstar Tuavon ke final AJL

Macam satu kewajipan pula menonton Muzik Muzik separuh akhir setiap tahun dan seterusnya AJL, walaupun kadang-kadang keputusan para juri yang ‘maha arif’ membuatkan kita bengang. Dalam Separuh Akhir Pop Rock semalam tiga buah lagu (dari kumpulan MUH, Sofaz dan Elyana) yang saya ramal, terpilih ke peringkat akhir. Sebuah lagu lagi, Rimas (Fabulous Cat) gagal. Saya ramal empat lagu sahaja, lagu yang kelima I thought mungkin antara Lagu Mila (Aku Pun Tahu) dan Fiq. But too bad Mila has problem controlling her voice, so I reluctantly judged the song out. Fiq pula walaupun best tapi yang peliknya macam mana lagu berentak slow rock/balada sesat ke kategori Pop Rock, so harapan macam tipis. Aku Stacy, in my humble opinion is a pretty simple song and not as strong as the other 11 songs, but then Superstar Tuavon really showed her elements, very energetic. Instead of ‘kontrol ayu’ she focused controlling her voice. Despite the demanding choreography, she delivered the song almost in CD quality (macam miming…hehe). In short Stacy made the song, written by less famous names, sounds and looks wonderful. However since AJL is all about song composition, I was still in doubt and what a relief to hear her name called out. Estranged’s Yang Pernah, on the other hand, didn’t come across my mind at all but what to do, sudah rezeki pengantin baru :)

Wajib tayang!

Very much improved,kurang sudah unnecessary movement.
She moves only when she needs to. Vocal very much in tune..excellentE!

Pengumuman mengejut lagu Dingin as the sixth ballad selected to final just make me question and question the credibility of the ‘juri-juri yang maha arif’. It’s a good song indeed, compared to Hanya Di Mercu unfortunately Ziana didn’t perform it flawlessly. But still…campur tolak, campur tolak…Dingin deserves to be in the final. Dan apa pula motif ‘juri-juri yang maha arif’ angkat kedua-dua lagu by Faizal Tahir ke final? Almost everyone predicts that he’ll win big this season but personally I’d like to see Meet Uncle Hussin grab the grand title. Apa pun yang penting Stacy (hopefully will win persembahan terbaik), Ayu (walaupun questionable), Julfikar (hope his creative song will win Etnik kreatif) and errm…kumpulan laki si Velvet (walaupun aku nda berapa favour “Yang Pernah”) akan beraksi di final.

8 Oct 2008

Stacy - Tentang jodoh


17 Sept 2008

Stacy - Artikel "Stacy Terima Hukuman"

Kosmo online kelmarin menyiarkan artikel mengenai Stacy bertajuk “Stacy Terima Hukuman”. Rasa macam kelakar pun ada masa saya membaca artikel tersebut terutama bahagian yang mengatakan Stacy seolah-olah ketakutan undangan menyanyi berkurangan gara-gara kesilapan di FFM21 tempoh hari (kalau ya pun apa salahnya guna perkataan "kerisauan" instead of "ketakutan"). Terbayang seolah-olah wartawan yang mengungkit hal tersebut menakut-nakutkan Stacy seperti budak kecil “habislah engko Stacy...tu lah nape buat silap...habislah tak ada undangan menyanyi lepas ni...so you nak buat apa? ” *LOL*. I think kalaupun betul undangan untuk beliau berkurangan, mungkin secara kebetulan saja, tiada kena mengena dengan kejadian di FFM21.

Yang membuatkan saya ter-extra senyum ialah statement berani mati....

"Dan mungkin kerana saya ni beragama Kristian, membuatkan masyarakat kurang menerima saya. Biarpun menjadi begini, saya percaya ada masa untuk membuktikan yang saya boleh melakukan yang terbaik. Cuma berilah saya peluang," tuturnya berterus terang

Oops (harap-harap tiada kontroversi). Anyway I think she shouldn't be worry that much. It's still a long way to go. I'm sure there will be more activities, appearances, promotions etc once her debut album is released (hopefully in the near future). But it's good...at age 18 she concerned that much and expressing the whole truth of what she felt inside. No hiding and far away from being hyprocite.

In case you haven't read the aricle click here (before it disappears from the archive)