25 Jan 2009

Stacy - Album sulung Feb ini


Khabarnya Stacy bakal melancarkan album sulung beliau pada 22 Feb nanti di KDCA. Demikian menurut info dari laman blog peminat-peminat Stacy. Album sulung tersebut bakal memuatkan hanya lima buah lagu seperti yang tersenarai di bawah.

1. Gagap
2. Cerah
3. Cinta yang Ku Duga
4. Pakai Buang (<---Aiyoo! Lagu iklan untuk INTIMATE kah ni?)
5. Aku Stacy

Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Kieran Quek, Ajai dan Edry KRU.

"Terus-terang saya memang "all-out" untuk album ini, sebab inilah album yang akan menentukan sejauh manakah kebolehan saya dalam nyanyian. Untuk album pertama ini, memadailah dengan lima buah lagu sahaja dan saya lebih pentingkan kualitinya. Kalau banyak-banyak lagu pun belum tentu orang nak dengar. Saya percaya kesemua lagu dalam album ini dapat menarik minat pendengar, kalau tak percaya, nantikan kemunculan album saya ini nanti"
kata Stacy ketika diminta mengulas mengenai album sulung beliau.

0 comments: