5 Dec 2005

Bintang-Bintang AF3 Menyerikan Majlis Makan Malam Amal

Satu majlis makan malam amal bertujuan untuk mengumpul dana bagi membaiki bangunan fizikal sekolah serta menampung perbelanjaan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan St. Paul Kolopis Penampang Sabah, telah diadakan di Pusat Kebudayaan Penampang pada 3 Disember 2005. Antara artis-artis yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Felix, Marsha, Atama dan juga tidak ketinggalan penyanyi evergreen Sabah, Peter Dicky Lee. Acara pentas dimulakan dengan persembahan tarian-tarian tradisional dari sekumpulan pelajar. Penyanyi evergreen Peter Dicky Lee kemudian menghiburkan hadirin dengan sebuah lagu lama Inggeris "Fall In Love" dan juga lagu hits Kadazan beliau "Iziau, Iziau, Iziau". Pengalaman sebagai penghibur amat terserlah bukan sahaja dari gaya persembahan dan vokal beliau yang memang bertenaga tapi juga dari cara penampilan pakaian beliau yang mengenakan jaket suit ala penari ballroom. Penghibur Hip Hop tempatan Atama muncul di pentas menyampaikan tiga buah lagu antaranya Can't Stop the Sumazau dan Throw Your Hands in The Air. Berpakaian agak simple, kemeja T putih dan jeans sesuai dengan konsep genre beliau sebagai penyanyi rap/hip hop. Kemunculan bintang-bintang AF3 Sabah mungkin dinanti-nanti oleh hadirin ini jelas apabila tepukan gemuruh diberikan kepada Marsha sejurus beliau muncul di pentas. Mengenakan baju berwarna biru yang dipadankan dengan seluar putih (untuk sesi pertama), Marsha mendendangkan 2 lagu solo Bossanova dan Jambatan Tamparuli sebelum memanggil "dalingnya", Felix untuk berduet dalam lagu Hati Ini Telah Dilukai. Marsha sempat pula menarik ke pentas dua pasangan untuk menari bersama-samanya semasa mendendangkan lagu Jambatan Tamparuli. Felix menguasai pentas seterusnya, Mengenakan jaket labuh dan seluar berwarna gelap, beliau memulakan persembahan dengan lagu Warkah Berlagu Pilu (akhirnya terdengar jugalah saya beliau menyanyi lagu ini di depan mata..hehe) keupayaan beliau mengawal suara dengan baik berjaya menutup sedikit kecacatan dalam mendendangkan lagu ini. Lagu seterusnya yang beliau dendangkan ialah sebuah lagu yang popular di sekitar awal 80 an nyanyian Flybaits (penyanyi utama Fredo) "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" sebelum mengakhiri sesi pertama beliau (boleh tahan juga dia nyanyi lagu ini). Marsha muncul untuk sesi keduanya dengan mengenakan pakaian evening dress hitam bersekuin, cun habis! Beliau memulakan sesi kedua dengan lagu Inggeris "Imagine Me Without You" sebelum mendendangkan lagu berhantu "Untuk Terakhir Kali". Sistem bunyi yang tak begitu standard menyukarkan Marsha (dan juga Felix) mengejar tempo lagu mereka tapi tidaklah ketara sangat. Felix kemudiannya memenuhi sesi kedua beliau dengan lagu popular Dusunnya "Nokosuwai Ginawo Ku" yang disampaikan dengan iringan live band.
Secara keseluruhannya jika dibandingkan dengan konsert-konsert terdahulu yang melibatkan bintang2 AF nyata konsert kali ini agak muram sedikit. Penonton dalam anggaran 1000 orang seperti malas bertepuk tangan. Mungkin konsep, sambil menonton sambil makan, menyebabkan sebilangan besar penonton tak sempat tepuk tangan, maklumlah makanan yang lazat2 terhidang di meja. Walau apapun majlis yang diacarakan oleh pengacara Otto, tetap dianggap meriah.






0 comments: