27 Dec 2005

Beberapa keistimewaan Konsert Krismas (di sebalik penonton kecil).



Kemunculan tiba-tiba ABE


Selama menonton konsert-konsert yang melibatkan artis AF3 saya asyik tertanya kenapa tak muncul-muncul kelibat Abu Bakar Ella (ABE)? Tak dijemput? Dipinggirkan? ABE sendiri sibuk? Dan setelah beberapa siri konsert yang saya saksikan tanpa kemunculan beliau sayapun seolah-olah terlupa berharap. Namun pada Konsert Krismas Bersama Marsha & Felix (atau mungkin boleh ditambah bersama ABE) di dewan Hongkod KDCA pada 24 Disember, tiba-tiba ABE muncul di pentas. Memandangkan saya tak menjangka dan agak kurang bersedia pada ketika itu kehadiran ABE memang satu kejutan (namun rupa-rupanya pengumuman berhubung penglibatan beliau dalam konsert ini ada dibuat dalam iklan konsert di akhbar Sabah Times, cuma saya sahaja tidak menyedari iklan berkenaan sebelum konsert berlangsung).. Maka bermulalah konsert tersebut dengan dialog-dialog lucu yang cukup menggamatkan dewan. Malangnya beliau tidak mendendangkan sebarang lagu pada malam itu kecuali nyanyian beramai lagu “We Wish You A Merry Christmas” (penganjur tak cukup budget bayar beliau??)

Nyanyian versi nada tinggi


Mendengar lagu Untuk Terakhir Kali versi yang disampaikan oleh Marsha semasa konsert akhir AF, saya membuat beberapa anggapan. Pertama lagu tersebut layak menganggotai kelab lagu-lagu bernada tinggi oleh penyanyi wanita tanahair sama seperti Curiga (Ning), Ingin Bersamamu (Shafinaz), Madah Berhela (Ziana), Aku Cinta Pada Mu (Siti) dan beberapa lagu lagi dendangan Aishah, Liza Aziz, Liza Hanim, Jaclyn Victor etc. Anggapan seterusnya Marsha kurang yakin dan kurang selesa membawa lagu tersebut untuk versi bernada tinggi apabila terdengar beliau merungut dalam salah satu program Diari Akademi. Mungkin ada individu atau pihak yang agak ambitious ingin melihat Marsha membawa lagu tersebut sebaik mungkin melalui projection suara soprano yang memang boleh mencapai nada tinggi. Walau bagaimanapun mungkin atas gabungan faktor cemas, gementar atau mungkin juga over excited terlihat keluarga di depan mata, beberapa hal yang tidak dijangka pula berlaku seperti terlupa lirik. Malam itu juga antara komen dari Syafinas ialah tahap mencapai nada (hitting the right pitch) kurang meyakinkan. Tak tahulah pulak apa maksud Syafinaz, sebab bagi saya as far as pitching is concerned she sounds okay tidak sumbang. Cuma yang kurangnya malam itu, selain daripada terlupa lirik Marsha terpaksa menggunakan falsetto sepenuhnya mungkin tak yakin mampu mencapai nada tepat sekiranya menggunakan suara normal. Hasilnya suara beliau kedengaran begitu “thin” dan kurang gema serta kurang tenaga. Menyedari kelemahan ini maka versi studio lagu ini dirakam mengkiut “key” muzik asal (yang lebih rendah). Yang menariknya sepanjang mengikuti perkembangan beliau menerusi beberapa siri konsert banyak perubahan yang diperhatikan dari segi vocal projection. Bahagian-bahagian lagu yang disampaikan dengan cara falsetto sebelum ini, untuk lagu Jambatan Tamapruli, Cobalah Untuk Setia dan Tunggu Sekejap sudah kurang kedengaran sebaliknya digantikan dengan suara normal, yang kuat, tebal, bertenaga dan bergema. Mungkin taklah menghairankan sangat jika sekadar mengambil contoh lagu-lagu yang disebut tadi, tapi apa yang membuat saya agak speechless bila beliau mendendangkan lagu Untuk Terakhir Kali versi konsert akhir AF atau dalam erti kata lain versi nada tinggi, but this time with that normal voice! Whatever she tried to prove she had successfully proved it! Versi ini sesungguhnya patut dirakam (mungkin belum terlambat). Selain itu juga semasa mendendangkan lagu Manusia sudah tidak kelihatan body language yang menggambarkan keperitan/terseksa mencapai nada tinggi, malah kali ini penuh selesa dan relaks (sempat pula membelai/membetulkan rambut!). Pada saya ini satu perkembangan baik daripada Marsha. Sementara beliau menunggu giliran masuk studio untuk album penuh telah ada beberapa perubahan ketara yang membuatkan saya berkata, we are in for more big surprises for her debut album!

Pulih Suara

Semenjak mendendangkan lagu rock heavy metal kumpulan Wings Hukum Karma Felix seolah-olah mengalami gangguan tekak. Malah beliau sendiri mengakui mengalami gangguan tersebut seawal minggu semasa menerima tugasan mendendangkan lagu dari kumpulan Search Fantasia Bulan Madu. Gangguan tersebut mungkin diterukkan lagu melalui projection suara “screeching” yang perlu dilakukan untuk lagu Hukum Karma. Sejak saat itu pada pemerhatian saya selama mengikuti perkembangan beliau melalui beberapa siri konsert di Sabah agak kedengaran beliau belum pulih sepenuhnya. Malah melalui versi studio Warkah Berlagu Pilu terdengar juga keseksaan masalah tekak yang beliau alami jika dihalusi pendengaran untuk bahagian akhir lagu tersebut. Percubaan beliau mendendangkan WBP di majlis Terima Kasih Sabahan pada 15 Ogos lepas agak kurang menjadi. Untuk konsert-konsert berikutnya di Sabah (juga beberapa siri konsert di luar Sabah) beliau banyak memilih lagu-lagu yang agak “selamat”. Ini menjadikan peminat atau barangkali juga pengutuk meluahkan perasaan kecewa mereka kerana tak pernah berkesempatan menikmati Felix menyampaikan lagu WBP di konsert-konsert yang disertainya sedangkan lagu tersebutlah yang sering berkumandang di radio sekaligus banyak berjasa dalam mengekalkan populariti beliau setakat ini. Ramai yang tertanya-tanya. Saya hanya beranggapan masalah tekak beliau belum pulih seratus-peratus. Penantian akhirnya berakhir juga semasa konsert amal pada 3 Disember, di mana Felix menyampaikan juga lagu berkenaan disambut dengan sorakan hadirin. Namun begitu masih kedengaran sedikit kecacatan dalam persembahan WBP ditambah lagi dengan sistem bunyi yang mengecewakan. Beliau membawa lagi lagu tersebut semasa konsert pada 13 Disember dan menunjukkan sedikit peningkatan. Namun pada konsert semalam saya berani katakan suara beliau agak pulih sepenuhnya lebih-lebih lagi semasa mendendangkan lagu WBP. Semasa hitting the note untuk korus akhir, sasaran amat tepat sekali. Begitu juga untuk lagu-lagu lain yang dipersembahkan beliau pada malam itu tidak kedengaran suara tercicir semuanya kedengaran smooth and flawless

Kejutan jumlah hadirin...hmm tak terkejutpun!


Semasa mula-mula mengetahui tarikh konsert ini (24 Disember) memang saya jelas terbayang jumlah penonton yang tidaklah seramai konsert-konsert sebelum ini. Saya sendiripun ada juga meluahkan ketidak puasan berhubung tarikh yang dipilih. Tapi mungkin pihak penganjur mempunyai alasan mereka yang tersendiri sehinggkan berani mengambil risiko. Semasa tiba pada jam 7.30 malam dewan agak lengang, tak sampai separuh kerusi yang disediakan dipenuhi. Saya beranggapan mungkin hadirin belum tiba sepenuhnya. Sempat pula saya mengira jumlah kerusi yang disediakan. Keseluruhannya adalah dalam 654 buah kerusi atau paling sesuai saya anggap saja 700 buah. Masuk jam 8:00 semasa artis jemputan mengambil pentas membuat persembahan pembukaan, keadaan sekeliling tak banyak berubah. Terkejut? Mungkin juga, sebab saya menjangkakan sekurang-kurangnya semua kerusi akan dipenuhi. Walau bagaimanapun konsert bolehlah saya katakan cukup meriah. Dewan taklah sunyi sangat malah cukup gamat lebih-lebih lagi apabila ketiga-ketiga artis pada malam itu memang cukup kelakar! (Saya tertanya-tanya juga alasan disebalik menjemput ABE pada saat-saat akhir?)

Info konsert

Pengacara: Abu Bakar Ellah
Lagu Felix : Warkah Berlagu Pilu, Nokosuwai Ginawoku (iringan liveband), Pupus dan Aku Semut Merah.
Lagu Marsha: Tunggu Sekejap, Bossanova, Manusia, UTK, Jambatan Tamparuli
Lagu bersama: Hati Ini Telah Dilukai, We Wish You A Merry Christmas dan Pilihlah Aku
Persembahan pembukaan: Dua buah band yang berkonsepkan lagu-lagu rock dan grunge (nama kumpulan kurang jelas)
Konsert bermula: lebih kurang 8:30 mlm
Konsert berakhir: jam 10:00 malam
Anggaran penonton : 500 – 700!

2 comments:

admin said...

kurang penonton mungkin karna ramai yg attend mass/ sembahyang tu... lagi pun ads yg dikluarkan ta' 'menonjol'... i think...

dBOS-fm said...

Ya itulah salah satu punca utama tu..mcm sya bilang sya sudah agak...tapi what surprise me more (ini info terbaru) ada peminat yg non-christian (muslim) tersalah faham konsert ni konon2 religiously related (mcm nyanyi lagu2 caroling krismas etc) so durang tidak datang (I think tu sebab ABE dimasukkan saat2 akhir!)..*sight*