15 Sep 2007

Pecah rekod

Hmm...macam manalah rasanya kalau kita berjaya pecahkan rekod ni ah? Apalah kunun rekod yang saya boleh pecahkan...menaip paling lambat dan banyak salah? Menyanyi tanpa henti? hehe. Tapi adalah sekali tu masa saya masih kebaru-baruan belajar buat website (web design, video...music editing...upload to the net..bla..bla..bla) dua hari berturut-turut saya berdepan dengan PC...non-stop...tanpa makan pula tu...minum air, kopi, 100 plus saja...matapun berpinar-pinar..sikit pengsan...sekali bercermin...takajut nampak muka sendiri...iras-iras zombie sudah...sendiri ndak kenal...hehe...did I break any record??

Anyway here are some record breakers who must be very, very proud of themselves..

Pelajar Maktab Sabah

Durang kasi pecah rekod berbaris paling lama kunun ni...


Daki gunung sehari sekali?

Ini kisah si pakcik yang bersemangat besi waja. Yupp he made it...scaling Gunung Kinabalu 50 times within 50 days!?Pheww! Congratulations!... (Tapi orang-orang kampung yang jadi potter/guide di taman negara pun hari-hari juga naik gunung tu kan? Kenapa durang ndak masuk rekod?)

Ini pula Lim Seng Hin dari Sabah yang menjuarai kejohanan dart Malaysian Open. Pemenang pertama dari negeri ini dalam 27 tahun dan beliau sekarang berada di ranking ke 34 dunia. kira rekod jugalah tu kan! Nasib baik tiada kejohanan bermain guli...tidak lari kedudukan sepuluh mengkali ranking saya di dunia...hehe!.

Yang ini ukuran gempa bumi paling tinggi pernah direkod tahun ini. Sampai runtuh flyover di Karamunsing (just kidding). KL pun bergegar kan. Some experts say it did trigger tsunami, luckily the giant waves move southwest to the direction of the vast ocean (instead of moving to the land)
Sekali imbas gambar di bawah macam jalan bertingkat runtuh akibat gempa bumi. Ssbenarnya itulah jalan bertingkat di Karamunsing KK yang baru dibuka. Apa kena mengena dengan rekod? Mungkin yang paling lambat pernah disiapkan (baru separuh siap saja tu....the other half for the opposite direction...masih dalam pembinaan)

And the real record breaker...

The fastest human being

Masuk tahun ini saja sudah tiga kali si mamat ni pecahkan rekod dunia acara 100 meter lelaki. Sah! manusia paling pantas! The first two, he ran both 9.77 sec, then just few days ago he bettered the time to 9.74 sec...dia makan drug kah apa ni? Tapi masa world championship di Osaka baru-baru ni, nombor tiga saja dia...hmm!
And here's the video clip of his record breaking run. Saya kira stride dia...all in all ada 46 langkah saja



0 comments: