Showing posts with label Salma. Show all posts
Showing posts with label Salma. Show all posts

30 May 2011

Salma Tepati Ramalan

Memang penuh suspen keputusan Mentor 5 semalam yang menyaksikan Salma akhirnya dinobat sebagai juara Mentor Musim 5. Tahniah!



Fuhh...lega!

24 May 2011

Salma - Aku Permata (single pertama)

Lagu yang dikatakan single pertama untuk Salma Mentor (ciptaan Taja MUH).



Mmm...not bad juga but I just don't quite fancy with the flow of the melody. Lagu ni cuba exploit habis suara dia. Harap-harap dia akan rakam lagu yang
real balada something like lagu-lagu Adnan Abu Hassan :)

23 May 2011

Apocalypse..Doomsday and Playing God

Hahaha...mungkin itulah beberapa perkataan yang boleh dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa minggu lepas. Difahamkan pengikut-pengikut setia si Harold Camping di US, sedang berduka lara sekarang ni, gara-gara kiamat yang durang separuh mati ramal akan berlaku pada Sabtu lepas (21 Mei) tidak menjadi (ada kah patut). Bukan calang-calang durang berpegang pada ramalan ni, ada yang sanggup resign kerja, jual hartanah dan sebagainya semata-mata yakin tergolong dalam orang-orang tidak berdosa dan akan disedut naik syurga pada 21 Mei 2011. What a mindset! :) (kamu google ja lah apa yang saya maksudkan ni..berlambak di internat terutama di YouTube)

But talking about apocalypse...si Nera tersingkir di konsert minggu 7 AF9 (apocalypse juga kah this? Hehe), apa boleh buat, mungkin sampai sana ja rezeki dia di AF9. Mana tau juga rezeki lebih hebat sedang menunggu beliau di luar nanti, lebih-lebih lagi ada pemilik studio dan penerbit terkemuka di Sabah yang jadi orang kuat kelab peminat dia :). All the best to her.



Persembahan dia minggu lalu bolehlah juga dibanggakan, saya kasi markah 65(bolehkah? :)). Saya tertanya juga kenapalah key lagu tu rendah sangat..tapi mo cakap macam mana kan kalau AF9 ni memang dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar yang palui (a bunch of idiot!) haha. Persembahan si Lena pula memang mantap adalah 85markah saya kasi (lulus cemerlang)

Itu kisah 'apocalypse' di AF9, Mentor 5 semalam pun hampir-hampir 'doomsday', very shocking. Adakah patut markah si Salma lebih rendah dari si Shiha dan si Iqa? By the way saya hantar undi jam 9.17 dan dapat reply jam 10.36 (sejurus selepas Mentor habis) kalau ikut cakap-cakap orang yang saya dengar sebelum ni, undi macam tu tidak masuk dan tidak dikira. Tapi saya konpiden gabungan undian SMS dan juri awam masih berpihak pada Salma (lainlah kalau banyak hantaran SMS mengalami nasib sama macam saya tadi). The culprit must come from the juries.



Adakah juri terutama Ramli MS sekarang ni beralih menilai 'mentor' pula dan bukannya protege (I have a strong feeling that's what he did for the semi-finals, especially when he said, he'll judge the semi-finals based on intellectuality). So setakat ni Erra balik-balik kena kritik salah pilih lagu (did she?..mm..mungkin juga untuk lagu duet "Penipu" tu) dan Edry habis kena puji sebab terlalu kreatif dia bilang (siap dia kaitkan lagi dengan hasil-hasil kreativi KRU di luar sana...matilah!). So kalaulah spekulasi saya ni betul, faham-fahamlah siapa bakal juara. Bestnya playing God macam Ramli MS ni kan...hehe!

18 May 2011

Salma - Sedalam Mana Cinta Mu

Another classy performance by Salma



I give it 95% :=)...love it...simply love it! (persembahan Unbreak My Heart/Sangkar Cinta ni saya kasi 86% ja..:=))

29 Apr 2011

Rupanya Ibu Tunggal Anak Satu

Salah seorang peserta perempuan pencarian bakat realiti TV dari Sabah, telah membuat pengakuan berstatus ibu tunggal beranak satu. Siapakah beliau itu (jeng..jeng..jeng).


Tiada niat sorok status
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/04/28

Dua peserta Mentor 5 anggap belum masanya bercerita soal peribadi

ADA riak kurang selesa di wajah dua peserta Mentor, Ratnah Awal, 28, dan Salmah A Asis, 21, apabila kesahihan cerita mengenai status mereka yang bukan lagi anak dara cuba dikorek. Di internet sudah kecoh memperkatakan mengenai status janda yang dipegang kedua-dua wanita itu. Salma yang juga protege kepada penyanyi jelita Erra Fazira dikatakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, sementara Ratnah pula tidak sempat memiliki anak ketika berkahwin. Ini bukanlah kali pertama kesahihan cerita itu cuba dirungkai. Justeru, kedua-duanya memang kelihatan cukup tenang namun masih terbias sedikit riak kurang selesa apabila soalan sama diajukan.

Alasan yang diberikan kedua-dua wanita itu, kononnya tidak mahu kisah peribadi mereka terlalu diperkatakan hingga mengganggu tumpuan mereka kepada pertandingan yang bakal berakhir penghujung Mei nanti.

Bagaimanapun, Salma yang berasal dari Tawau, Sabah tidak cuba berselindung. Dia mengakui berumah tangga ketika usia 17 tahun. Perkahwinan yang diatur keluarga itu bagaimanapun hanya bertahan setahun saja dan dikurniakan seorang cahaya mata.


Laporan selanjutnya.


Oh si Salma rupanya. No thanks kepada pihak yang mendedahkan status beliau ini. jangan-jangan duda dia yang gatal mulut "janda saya tu! kamu ndak picaya..nah ni gambar kami kawin" (hehe). Adakah pendedahan ini bakal menjejas kedudukan beliau di Mentor 5? Sama-samalah kita tunggu. Yang pasti suara dia ni memang kelas dan stylish.

P/s: Patut juga penuh emosi nyanyian 'Jeritan Batin' dia di episod minggu lalu (just kidding..infact semua lagu beliau pun dinyanyikan penuh penghayatan)

22 Mar 2011

Tak Cantik Kah Aku? - Salma

Adakah bakal muncul sebuah lagu seperti tajuk topik di atas ;=).


Teruk betul mulut si Nas a.k.a the bad mouth guy tu kan, bastard habis. Macam takajut juga saya bila dia selamba sembur perkataan "tak cantik" (merujuk pada si Salma). Tiada budi bahasa kah dia tu? Kalau mo cakap macam tu pun kenalah bertempat (masa dia borak-borak dengan bohsia dan mat rempitkah, atau dengan pondan-pondan di Lorong Haji Taib) bukannya di depan kamera untuk siaran langsung yang ditontoni jutaan penonton (macam manalah perasaan keluarga si Salma tu ah?). Bangsa si Nas ni bukankah selalu melaung-laung "budi bahasa budaya kita", apa kes?. Apa salahnya cakap berlapik sikit contohnya, "suara Salma memang power, tapi bagaimana pula pandangan Erra dari sudut-sudut yang lain..penampilan contohnya, adakah Erra berpendapat Salma mempunyai pakej yang lengkap?".

Seteruk-teruk si Simon Cowell tu pun tidaklah bah juga dia pernah sentuh paras rupa. Kalau adapun masih tetap berlapik-lapik. Tapi memang begitulah bah secara lazimnya budaya Inggeris, beretika dan bertempat (tapi time heated argument...habis tersembur segala bad words...kekek..but still consider bertempat). Entah apalah komen pengacara-pengacara Malaysia (yang terkenal suka mempersenda orang - read: Aznil) andaikata peserta-peserta American Idol ni bertanding di Malaysia..

My lips are big
but my talents are bigger





I guess they still need a lot to learn from Ryan Seacrest :=).

Tapi back to si Salma ni kan, "tidak cantik" kah dia ni? (It is a subjective matter indeed). To me she looks just fine, in fact better than any other singers out there. Kalau pandang dia ni macam si Adira pun ada, Ramlah Ram lagilah ada...kadang-kadang macam si Rubisa pun ada juga..hehe. She's blessed with a good set of teeth (and smile) that qualify her to be a toothpaste ambassador :=). The rest, as Erra said, can be groomed. Too bad they brought up the "tidak cantik" issue during the last episode of Mentor 5. It appeared as if she's begging for sympathy...when she really doesn't need one to win this season's Mentor.

Memandangkan video-video Mentor 5 di YouTube semua kena ban..kekekek (bravo TV3!). Terimalah video dari stesen TV4 (hehe) menampilkan Salma dengan lagu "One Moment In Time".