29 Apr 2011

Rupanya Ibu Tunggal Anak Satu

Salah seorang peserta perempuan pencarian bakat realiti TV dari Sabah, telah membuat pengakuan berstatus ibu tunggal beranak satu. Siapakah beliau itu (jeng..jeng..jeng).


Tiada niat sorok status
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/04/28

Dua peserta Mentor 5 anggap belum masanya bercerita soal peribadi

ADA riak kurang selesa di wajah dua peserta Mentor, Ratnah Awal, 28, dan Salmah A Asis, 21, apabila kesahihan cerita mengenai status mereka yang bukan lagi anak dara cuba dikorek. Di internet sudah kecoh memperkatakan mengenai status janda yang dipegang kedua-dua wanita itu. Salma yang juga protege kepada penyanyi jelita Erra Fazira dikatakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, sementara Ratnah pula tidak sempat memiliki anak ketika berkahwin. Ini bukanlah kali pertama kesahihan cerita itu cuba dirungkai. Justeru, kedua-duanya memang kelihatan cukup tenang namun masih terbias sedikit riak kurang selesa apabila soalan sama diajukan.

Alasan yang diberikan kedua-dua wanita itu, kononnya tidak mahu kisah peribadi mereka terlalu diperkatakan hingga mengganggu tumpuan mereka kepada pertandingan yang bakal berakhir penghujung Mei nanti.

Bagaimanapun, Salma yang berasal dari Tawau, Sabah tidak cuba berselindung. Dia mengakui berumah tangga ketika usia 17 tahun. Perkahwinan yang diatur keluarga itu bagaimanapun hanya bertahan setahun saja dan dikurniakan seorang cahaya mata.


Laporan selanjutnya.


Oh si Salma rupanya. No thanks kepada pihak yang mendedahkan status beliau ini. jangan-jangan duda dia yang gatal mulut "janda saya tu! kamu ndak picaya..nah ni gambar kami kawin" (hehe). Adakah pendedahan ini bakal menjejas kedudukan beliau di Mentor 5? Sama-samalah kita tunggu. Yang pasti suara dia ni memang kelas dan stylish.

P/s: Patut juga penuh emosi nyanyian 'Jeritan Batin' dia di episod minggu lalu (just kidding..infact semua lagu beliau pun dinyanyikan penuh penghayatan)

9 comments:

Effilina Pitot said...

awal lg sdh tau dia tu janda..hehehe.. tp xpa..bukan status jadi ukuran..yg penting suara mantap!ehehehe

swity said...

alala..xpa bh tu ibu tunggal..bkan durg yg minta jd ubu tunggal kn..hehe..oo dr KK ka pula c ratnah tu..bru tau ni..

dBOS-fm said...

Effilina - sya pun ada terdengar juga sebelum tu tapi buat tidak kesah ja. Lagipun ada artikel dia d mangga bilang "belum prnh ada boyfren". Satu lagi pasal si Lena AF9..bukan pasal janda tapi desas desus durang bilang dia ni generasi 'projek IC' di Sabah. Ada kamu dengar?

Swity - Kan...anggap jalah kesilapan-kesilapan masa lalu. Confrmlah pula c Ratnah tu dari KK..sya dengar hembusan2 angin ja sebelum ni. Bermakna dua2 dari Sabah..haha.

Anonymous said...

Apa tu 'projek Ic'?

dBOS-fm said...

'Projek IC' ialah projek 'rahsia terbuka' kerajaan memberi IC Malaysia kepada pelarian2 Pilipin yg terpilih.

GuRaNgAk said...

Who cares about the status kan. Fantasia Barrino pun 'single mother' juga :)
Go Salma Go!!
Go Erul Go!! Opss.. :D

swity said...

dBos..biar btl c lena tu generasi P**** hehe...adoii la.:p

SciaS said...

paduli lah kisah peribadi dia tu...yg penting kita

teruskan mengundi salma...kita kasi menang dia!!

dBOS-fm said...

Gur - Yup ramai peserta AI yg masuk top 12 ibu tunggal kan.

Swity - mcm tulah yg sya dengar dri mulut2 org yg mcm buli pakai juga cakap2 durang ni kadang2 (haha).

Scias - nnti final baru sya berabis mengundi