2 Apr 2011

TVi

KUALA LUMPUR - Siaran berita televisyen khusus untuk penonton di Sabah dan Sarawak kini boleh diikuti di TVi yang dijangka dilancarkan pada 10 April ini dan akan menjadi jendela berita yang akan memaparkan berita wilayah setempat di kedua-dua negeri itu. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata khidmat berita hal ehwal Sabah dan Sarawak itu akan meliputi 50 peratus berita tempatan (Sabah dan Sarawak) dan 50 peratus berita peringkat nasional. "Saya harap kewujudan saluran televisyen khusus untuk penonton kedua-dua negeri itu akan mendapat sambutan dan kewujudan stesen siaran itu adalah untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada penduduk di sana," katanya. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siaran untuk negeri Sabah dan Sarawak itu. (sumber Bernama).

Motif si Rais tidak mo menjelas lebih lanjut? Macam terpaksa buat ja kan. Atau adakah semata-mata mo buat liputan pilihanraya Sarawak ja...apapun tunggu ja lah 10 April ni. Tapi pelik juga nama saluran ni..'TVi'

***************************************************


Video Muzik Anak Timbalan Perdana Menteri

Najwa Mahiddin (that's how she spells her surname) dengan lagunya "Got To Go" yang dipetik dari album beliau berjudul "Innocent Soul". Adakah dia ni bakal mendapat gelaran Ratu Soul Malaysia. Graduate dari Berkeley bah kunun dia ni kan :=).

5 comments:

Anonymous said...

Mau election sudah bah, ..

Hackerumas said...

woow TVi cantik nya nama tu..TQ For info Dboss fm..tapi paling best ni lagu menarik betul lah..anak Timbalan Perdana Menteri ..suara nya mantap juga..

dBOS-fm said...

Anony - sa pun fikir mcm tu..lagi satu kali dlm 50% tu 5 - 10% ja dari Sabah..haha

Hack - 'i' means 'interactive', kena beli satu 'box' khas sambung TV (ntah brapa harga). Durang tumpang channel 180 (Muzik Aktif)

swity said...

muka dia macm bapa dia...Tim.PM hehe..comel2 muntil2;)

dBOS-fm said...

Mesti bapa dia peminat lagu soul juga tu..hehe