23 Feb 2011

Rey - koupusanku

Jalan-jalan cari makan tadi terjumpa pula CD juara Bintang RTM. Sempat pula saya tanya tu sumandak "original kah ni?".."Mestilah!" dia bilang :=). Maklumlah kan boss BSS ni pengerusi penguatkuasa anti cetak rompak di Sabah.


Album ini mengandungi sepuluh trek kesemuanya, termasuk sebuah trek dalam bahasa Melayu berjudul Kekasihku. Senarai trek dimulakan dengan lagu berkisar senario budaya masyarakat KDM berjudul "Tulun Tokou". Gubahan muzik sudah semestinya pop sumazau tapi diselang seli juga dengan iringan rentak moden, ada jazz sikit-sikit dan ada orkestra. Kira meriah dan gamat jugalah muzik lagu ni. Amat sesuai diguna sebagai muzik iringan penari-penari Lembaga Kebudyaan Sabah. Lagu "Tambalut" (Trek 2) cuba di bawa dalam mood rock (suara diserak-serakkan ala rock), ok juga cuma muzik dia ja yang tidak berapa rock. Lagu genre 'western country' menyusul seterusnya menerusi lagi "Oi Adi "(Trek 3). Nice song and nice arrangement. Lagu balada yang pertama diletak pada Trek 3, berjudul "Siou Dika Oi Koupusan" (oiyoo during the intro, macam saya terdengar dengan jelas pula bunyi 'pitch bend' yang di keyboard tu...hehe). Tapi keseluruhannya not bad...penuh suspen dan dramatik gubahan melodi dan muzik (konsep orkestra). Seterusnya lagu yang kira best juga bertajuk "Kampungku (Tuaran)" sebuah lagu yang wajib didengar dan digemari oleh orang-orang Tuaran :=). Gubahan muzik berkonsep sentimental akustik (persis akustik lagu "More Than Words"...saying I love you), very nice tapi masuk ja bunyi string terus saya terganggu, rusak mood...arrgh! I just don't fancy the synthetic sound of string in some (not all) of our local songs...sorry!

Dari Trek 6 ("Ralan Koposion") hingga Trek 10 ("Kekasihku") rata-rata semuanya berkonsep slow tempo (balada). Ini termasuklah sebuah lagu duet bersama Frescy F. Landong berjudul "Okukuroh Koh Noh Koupusan" (Trek 7). Yang nyata suara si Frescy makin mantap dan penuh perasaan mengalunkan lagu 'mushy..mushy love song' ini :=). Lagu "Koupusanku" (Trek 8) merupakan versi Dusun lagu "Kekasihku" (Trek 10). Muzik digubah dalam bentuk slow R & B. Lagu pada Trek 9 pula berjudul "Tupus".

Untuk tidak kempunan dengarlah sikit-sikit my personal favourite "Koupusanku"











...love it!

4 comments:

Eric@Boy said...

best gila nih lagu!

Eric@Boy said...

mau cover waktu sugandoi nanti :)

dBOS-fm said...

Best..pandai ko pilih lagu

Stalker said...

aramai noh...pounsikou ka...