17 Mar 2011

Pertandingan Akhir Juara CLAS 4

Menurut salah seorang anggota Da'Prinz, kedengaran suara-suara sumbang tidak berpuashati terhadap pemilihan durang selaku juara pertandingan lagu paling popular Kadazan baru-baru ini. Hmm...biasalah bah tu kan. Tapi bagi saya tidak perlulah bising-bising, siapa-siapa ja yang menang saya sokong. Sebaliknya kita kena bersykur sekurang-kurangnya adalah juga majlis anugerah macam ni, daripada tiada langsung seperti tahun-tahun sebelumnya. Malah banyak lagi lagu-lagu yang best dari tahun 2008 ke bawah yang perlu dinobat sebagai lagu terbaik atau lagu popular (lagi malang nasib durang ni).

Apa pun RTM meneruskan siri pertandingan juara-juara lagu popular tahunannya dengan mengadakan pertandingan akhir Juara Carta Lagu Artis Sabah edisi keempat yang bakal berlangsung Ahad ini (20 Mac 2011) jam 2 petang bertempat di atrium 1Borneo Hypermall. Ini merupakan pertandingan untuk lagu-lagu pop tempatan dalam bahasa Melayu yang sepatutnya gah dan mempamerkan kualiti yang setaraf dengan lagu-lagu pop Melayu di nusantara. Namun pemilihan venue untuk pertandingan ini mencetus sedikit tanda soal berhubung taraf sebenar anugerah.

Hanya lapan finalis bakal berentap, mereka ialah Dayang Noraini (kelawar O Kelawar), Esther Applunius Chin (Selalu), Rieno (Mahu Tapi Malu), Alvin MY (Cincin), Suib Zainin (Bohong), Momain Blues (Blues Kita), Albab (Lamunan Silam) dan Frontman Company (Emosi Muzikal)



Astaga ni pula kumpulan Momain Blues, what a familiar faces :=). Kalau ndak silap dua ahli sebelah kanan tu pernah menghasilkan album di akhir 90-an (lupa pula nama kumpulan durang). Best juga lagu-lagu dalam album durang ni

Apa kata kita main ramal-ramal siapa bakal menang :=)...

Juara - Alvin MY (Cincin)









Vokal Terbaik - Esther (Selalu)

Penyanyi Paling Popular (berdasarkan jumlah undian SMS)- Alvin (he happens to be the friendliest on Facebook dan kempen mengundipun boleh tahan)

Lagu Paling Popular (Juara Carta Mingguan)- Dayang Noraini (Kelawar O' Kelawar)

Persembahan Terbaik - Dayang Noraini (Kelawar O Kelawar) ...only if she uses eye catching props that appears like kelawar :=)

Apapun bagi panel-panel hakim yang maha arif di dBOS-fm (kekekek), Juara Lagu Paling Popular di Sabah tahun lepas dan sudah semestinya yang benar-benar mewakili hati rakyat Sabah...tidak lain dan tidak bukan ialah lagu "Tanak Kampung" :=). Malangnya trofi "Sompoton Emas" mirip-mirip gambar di bawah belum siap gara-gara tsunami di Jepun.



****************************************************


Footage tsunami pilihan

Footage kali ini menampilkan seekor anjing yang terselamat dari serangan tsunami. Anjing tersebut begitu setia menjaga rakannya yang cedera. Animal lovers all around the world call this footage a tear-inducing video.



Laporan terbaru CNN menyatakan kedua-dua ekor anjing telah diselamatkan dan berada dalam keadaan baik di pusat rawatan haiwan (namun ramai yang meminta ditunjukkan video terbaru anjing-anjing tersebut untuk memastikan durang betul-betul selamat).

4 comments:

Anonymous said...

I'm naming them... Kubi and Kungkubi =)...

dBOS-fm said...

ngam juga nama ko bagi tu...:=)

Teringat juga sya kesetiaan anjing jepun yg cukup popular Hachiko

Anonymous said...

Crita Hachi memang bikin nangis oh...(nangis lagi..) Kesetiaan yang luarbiasa! Keturunan c Hachiko mungkin dorang dua ni (I mean the two dogs). Memang patut dicontohi oleh manusia.

Now, I'm going to specify them... Kubi is the white dog, and Kungkubi is the other one..=)

dBOS-fm said...

Entahlah kalau tu anjing keturunan si Hachiko sbb si Hachi tu anjing baka yg durang panggil Akita yang selalu kena guna untuk tarik gelonsor ais. Mungkin org2 Jepun ni memang pandai latih anjing durang supaya setia