29 May 2006

Konsert Prelude AF4

Gamat habisbah rumah semalam, mana tidak TV dalam ruang bilik sebelah kena pasang siaran langsung bolasepak My Team lawan pasukan kebangsaan (hehe...nasib baik pasukan kebangsaan menang, kalau tidak punyalah malu dikalahkan oleh team yang enam minggu saja berlatih!). TV di ruang tamu pula, tayangan perdana Konsert Prelude, so sayapun terlari-larilah berulang alik antara siaran langsung bolasepak dan Konsert Prelude. Disebabkan "sibuk berulang alik" saya cuma tumpukan persembahan dari peserta-peserta Sabah sahaja.

Rich

Bah..jaga-jaga kamurang dia ni, sudah mula menunjukkan taringnya. Cara persembahan amat bersesuaian dengan pengalaman beliau sebagai penyanyi utama sebuah kumpulan (macam Bo Bice, Chris Daughtry, Taylor Hicks dalam siri American Idol). Cara menyanyi agak skillful. Suara, kawal habis. Begitu juga stamina suara...habis dia control terutama part semasa big note guna resonance projection! SUPERB! Tone vokal bolehlah dianggap tone vokal penyanyi rock semasa (current) macam kumpulan The Creep dan sebagainya. Cuma satu saja persoalan saya, macam mana kalau dia diberi lagu Irama Malaysia, can he handle it??!!

(Tanpa degupan jantung, saya konfiden dia terpilih)

Velvet

Dari nama saja sudah ada ciri-ciri identiti yang lain dari yang lain (itulah kebaikannya kalau memiliki nama yang bunyi agak pelik dan jarang didengari-macam Elvis, mudah orang ingat). Tone vokal agak lembut dan husky (iras-iras tone vokal Nora dan juga Shariffah Aini, mungkin sebab itu jugalah dia pilih lagu Nora - adakalanya agak bahaya juga sebab pendengar pasti akan membuat perbandingan). Semasa nada normal/rendah, tone vokal beliau dihujung rangkap kedengaran agak kurang stabil (breathing problem). Mampu mencapai nada tinggi, cuma tone vokalnya agak kurang "tajam" pada bahagian-bahagian yang sepatutnya. Gaya persembahan agak bersahaja. Kalau digayakan dengan menyuntik sedikit elemen-elemen dramatik pasti akan memberi kesan mendalam. Untuk vokal wanita terbaik, Velvet bolehlah saya senaraikan dalam top three! Yang pastinya beliau mampu memberi saingan sengit kepada peserta-peserta lain. Teringin mendengar beliau nyanyi lagu dari Shariffah Aini terutamanya "Hapuslah Air Mata Mu"...dijamin stadium riuh gemuruh!

(Macam Rich juga, tanpa degupan jantung, saya konfiden pengadil akan pilih dia, sudah ada title Datin Velvet kan!)

Lotter

Juga satu nama yang unusually creative! Kekuatan diletakkan pada kemahiran menari (nyanyi lagu Sunday Morning dengan iringan tarian ala-ala breakdance?!...mana mau cari?!!...satu kejutan awal!). Tone vokal agak "nipis" dan agak rata/sekata (kalau pinjam istilah Adnan Abu Hassan dia bilang not full of colour). Mujur jugalah masa chorus part lagu tersebut beliau mampu membuat resonance projection (gema). Sukar jugalah saya hendak cadangkan lagu yang sesuai untuk beliau ni, sebab tone vokal beliau agak unik dan tersendiri. Tidak mudah terkapus-kapus, cuma ekspresi wajah beliau agak serius dan selamba (kurang ditunjukkan emosi gembira dsb) malah terlupa pula senyum semasa membawa penonton bertepuk tangan!

(Yang ini saya was-was sikit, berdegup jugalah jantung saya sikit-sikit masa Aznil buat pengumuman!)


Nora

Sayang, lagu yang dipilih tidak menunjukkan kemampuan beliau yang sebenarnya. Sebelum ini, ada beberapa kali saya menyaksikan beliau membuat persembahan pentas. Kebolehan beliau sebenarnya jauh berbeza dengan persembahan beliau di Konsert Prelude. Mujur juga beliau berjaya terpilih (thanks to the SMS votes). Tapi jika dibandingkan dengan Salima malam itu, Nora nyata lebih baik. Mungkin pengadil memilih Salima untuk mengelak kontroversi tahun lepas supaya tiada peserta yang mendapat undian luar biasa (gara-gara peminat membalas dendam)

(Disebabkan beliau mengharap undian SMS saya sudah agak beliau berjaya masuk kelompok 12, berdasarkan kedudukan nombor dua beliau di belakang Salima. Cuma terkejut sikit semasa Aznil tersilap! Kindett!!)

Haider

Duhh!!..sayapun tidak pasti macam mana mau komen si Haider ini. Beliau sebenarnya boleh menyanyi ada bakat, cuma beliau kurang menonjolkan identiti sendiri. Semasa menyanyi lagu "It's My Life" tahun lepas, agak ketara beliau sengaja "reka-reka" suara beliau agar kedengaran sebiji penyanyi asal. Semasa menyanyi lagu "Mungkin Nanti" (Peter Pan di KDCA) pula, sekali lagi dia "buat-buat" suara beliau agar kedengaran macam vokalis asal. Mungkin itulah kelemahan yang beliau sangkakan suatu kekuatan. Gaya persembahan juga agak stereotype, calculative (macam sedang mengira sesuatu semasa dia menyanyi...dia kira jumlah penonton kot!) dan cukup "berkaedah". Namun semalam beliau cuba menunjukkan satu kelainan dengan membuat kejutan memilih lagu "Untuk Mu Ibu", satu langkah yang saya anggap agak terlambat untuk memikat pengadil memandangkan peserta-peserta lainpun begitu bertungkus-lumus menonjolkan diri. Simpati dicurahkan kepadamu Haider. Mungkin bukan rezeki walaupun untuk kedua kali. Tapi tidak apa cuba lagi.

(Saya lebih berat memihak beliau tidak terpilih, kalau terpilihpun mungkin atas dasar errr.....semangat jitu yang dipamerkan dan tidak kurang juga atas dasar simpati)

0 comments: