24 Aug 2006

Sekadar gosip: Felix

Oleh Boyd PV (Hiburan Harian Ekpres)


Pernah sedikit masa lalu timbul gosip yang mengaitkan bintang AF3, Felix Agus dengan seorang DJ di Sabah VFM, Salina Light. Mereka dikatakan intim dan kerap bertemu apabila Felix bercuti atau membuat persembahan di Sabah. Tidak cukup dengan itu gosip ditambah lagi perencahnya dengan mengatakan mereka kerap berrbalas SMS romantis. Dan tidak lama dulu juga DJ Selina yang ditanyakan kebenaran gosip itu memilih untuk memberi jawapan selamat: “No comment”. Apa pula kata Felix? “Saya terkejut apabila gosip seperti itu timbul. Sebenarnya, antara saya dan dia tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Apa lagi jika saya diistilahkan intim. Seingat saya kali pertama saya bertandang ke RTM Kota Kinabalu, saya akui pernah memberi nombor telefon saya kepada rakan-rakan DJ di sana untuk memudahkan urusan kerja,” kata Felix ketika ditemui pada sidang media Sabah Fantasia Tour 2006 di Hyatt Regency Hotel, di Kota Kinabalu, Jumaat lepas. Menurut Felix selepas kembali ke Kuala Lumpur, dia menerima SMS daripada DJ Selina dan dia membalasnya. “Mengenai dakwaan SMS romantis itu tidak benar. Dakwaan bersiar-siar juga tidak betul. Saya hairan bagaimana cerita itu timbul,” Kata Felix yang seperti sudah dapat menduga soalan mengenai gosip itu akan diajukan kepadanya. Felix berada di Sabah untuk menjayakan Konsert Sabah Fantasia Tour 2006 anjuran Maestro Talent dan Timagos Event Management. Konsert di empat daerah itu turut dijayakan naib juara AF4 Lotter Pterus Edwin Edin, pemenang tempat kelima AF4, Velvet Lawrence Aduk (Velvet), bekas pelajar AF4, Nordawati Daud (Nora), Richeal Gimbang (Rich) serta bintang AF3, Marsha Milan Londoh. Konsert itu berlangsung di Dewan Pak Musa Beaufort malam tadi. Malam ini, mereka akan berada di Kompleks Sukan Keningau disusuli Hongkod KDCA, Penampang (esok) sebelum melengkapkan jelajah mereka di Dewan Hakka Sandakan pada Selasa.

Ditanya adakah dia terganggu dengan gosip itu, Felix menjawap, “Adalah sikit...” Sebelum ini Felix pernah dikaitkan dengan rakan seperjuangannya di AF3, Akma. “Kami diusik ketika berada di Akademi dan oleh majalah Aksi. Bila sudah keluar dari Akademi, masih ada yang bertanya perkara yang sama. Itu sebenarnya gosip saja.” Kalau begitu, siapa sebenarnya yang berjaya di takhta di hati artis kelahiran Kota Belud ini? “Belum ada...” jawabnya. Bercakap mengenai kejayaan seni, Felix memberitahu album sulungnya akan menjengah pasaran sebelum akhir tahun ini. “Setakat ini saya sudah melengkapkan rakaman enam buah lagu dan menunggu dua lagu lagi sebelum rakaman selesai sepenuhnya.” Menariknya dalam album sulung naib juara AF3 itu ia akan memuatkan sebuah lagu dalam bahasa Dusun. Mengikut perancangan, pelancaran album sulung itu yang belum diberi tajuk akan dibuat di Sabah, kata Felix. Ketika Konsert Sabah Fantasia Tour 2006, Felix secara ekslusif akan memperdengarkan lagu-lagu baru yang akan dimuatkan dalam album solonya itu.

3 comments:

Anonymous said...

norlina light tu memang gitu masa dia remaja dulu banyak gossip dngan orang kat sabah tapi aku sempat romen je!

dbosfm said...

Oh..Norlina Light tu nama sebenar dia kah?

Anonymous said...

Betul kah DJ Selina Light tu sekarang sudah jadi anak Datuk? Tahniah la kepada dia. Sia menumpang glamur saja. Adakah DJ Selina ada bakal suami? Sia ternampak dia dgn seorang mat salleh baru-baru ini.