13 Aug 2007

Rachel terus mara

Satu-satunya wakil Sabah yang masih bertahan dalam MyStarz...




Walau apapun komen-komen Patrick Teoh (untuk semua peserta) sangatlah membosankan. Why do they choose this Apek to be one of the judges...hmmm

Ikon ASEAN


Nampak gaya pengadil Ikon ASEAN begitu tertarik dengan persembahan Ikon Filipina Vina Morales, sehingga menobatkan beliau sebagai Ikon ASEAN pertama kategori solo. Susah juga untuk memilih siapa yang sepatutnya menang untuk kategori solo sebab ketiga-tiga peserta masing-masing ada kekuatan mereka tersendiri. Mungkin kemenangan lebih berpihak kepada Vina berikutan persembahan keduanya yang agak berlainan dari peserta lain sekaligus menampilkan versatility beliau (siap dengan shake your bon-bon lagi..hehe). Beliau juga merupakan peserta yang paling berpengalaman antara ikon-ikon yang bertanding. Yang menariknya walaupun populariti Vina di Filipina bolehlah dianggap setaraf Datuk Siti di Malaysia, beliau tersenarai ke peringkat akhir Ikon Filipina melalui pilihan 'wild card' (ala-ala Mawi). Mungkin Jac tewas gara-gara persembahan beliau yang hampir sama untuk kedua-dua segmen. But if you ask me, saya lebih tertarik pula pada vokal peserta Indonesia Judika. Untuk kategori berkumuplan pula memang saya telah jangkakan kumpulan Kjwan akan menang. Selepas kekalahan Jac, rasa saya agak sukar untuk mana-mana peserta Malaysia memenangi gelaran Ikon ASEAN selepas ini. Tak pastilah pula kalau Datuk Siti yang bertanding di musim-musim yang akan datang.

0 comments: