5 Dec 2007

Shira bakal rakam album Bajau

SYARIKAT Skyline sebuah syarikat yang banyak menerbitkan album-album artis tem-patan di negeri ini, kini mempunyai seorang lagi artis wanita. Kali ini artis wanita terbarunya. Khasyirah @ Tazqira Adilun yang telah menandatangani kontrak rakaman mulai tahun ini. menambahkan lagi bilangan artis penyanyi lagu-lagu Bajau syarikat itu. Artis lain yang menyanyikan lagu Bajau di syarikat itu ialah. Den Bisa dan Rash. Shira pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan dan Sistem Perakaunan dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Sains Sosial dari Universiti Tun Abdul Razak. sekarang ini sudahpun merakamkan album dengan Skyline di bawah seliaan Asmin Mudin. Bekas guru di Sekolah Menengah Kabongan Semporna juga bekas kaki-tangan Jabatan Bahasa Melayu Astro Bukit Jalil ini, turut menyiapkan rakaman video klip untuk MTV Karaokenya di bawah arahan Ramli Ahmad. Artis berusia 27 tahun ini mejadikan membaca. menyanyi dan mengembara sebagai hobinya. Mengenai albumnya Shira berkata ia memuatkan sepuluh lagu, lapan dari-padanya dalam bahasa Bajau lirik oleh Den Bisa dan dua lagu Melayu ciptaan Asmin Mudin. Album Shira akan berada di pasaran untuk menemui peminat pada Januari depan. Pembabitannya dalam seni pula, Shira merupakan penyanyi sambilan di RTM Sabah dan antara 10 finalis "1 in a Million" pada tahun lalu. Selain itu. Shira juga antara 25 peserta teratas pertandingan My Star TV3 pada tahun ini. Selain menyanyi Shira turut memper-lihatkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila berlakon dalam telemovie "Idola Sabah" dan "Cinta Itu Anugerah" pada tahun 2005

Mudah bekerja dengan Shira Ramli ketika ditanya pengalamannya bekerja dengan Shira berkata, pengalaman Shira dalam bidang seni memudahkan setiap kerja yang dilakukan khususnya membabitkan pengarahan video klipnya. Beliau yang pernah mengarah VCD pembelajaran "Mari BelajarABC Bersama Cikgu Ampal" serta telemovie "Cinta Itu Anugerah" dan "Esther Esthera" berkata pengalaman Shira dalam lakonan turut memberi kelebihan kepadanya apabila berasksi di depan kamera. khususnya membabitkan pengarahan video klipnya. Beliau yang pernah mengarah VCD pembelajaran "Mari BelajarABC Bersama Cikgu Ampal" serta telemovie "Cinta Itu Anugerah" dan "Esther Esthera" berkata pengalaman Shira dalam lakonan turut memberi kelebihan kepadanya apabila berasksi di depan kamera.

KALENDAR hadiah dari Skyline.

Sementara itu. sebagai menghargai sokongan peminat-peminat tempatan Skyline telah menyediakan kalendar poket mini tahun 2008 untuk setiap pembelian CD dan VCD dari syarikat itu. Kalendar terbabit terdapat poster CD dan VCD Mega Skyline. DEN Bisa III. Mudah bekerja dengan Shira Ramli ketika ditanya pengalamannya bekerja dengan Shira berkata, pengalaman Shira dalam bidang seni memudahkan setiap kerja yang dilakukan khususnya membabitkan pengarahan video klipnya. Beliau yang pernah mengarah VCD pembelajaran "Mari BelajarABC Bersama Cikgu Ampal" serta telemovie "Cinta Itu Anugerah" dan "Esther Esthera" berkata pengalaman Shira dalam lakonan turut memberi kelebihan kepadanya apabila berasksi di depan kamera. khususnya membabitkan pengarahan video klipnya. Beliau yang pernah mengarah VCD pembelajaran "Mari BelajarABC Bersama Cikgu Ampal" serta telemovie "Cinta Itu Anugerah" dan "Esther Esthera" berkata pengalaman Shira dalam lakonan turut memberi kelebihan kepadanya apabila berasksi di depan kamera. Orkesrta Bamboo dan Sayang Poco-Poco.

OLEH RAPHIEL PINUS (Hiburan New Sabah Times)

0 comments: