10 Aug 2009

Festival Filem Malaysia 22

Glamourlah juga suasana festival yang diadakan buat julung kalinya di KK ini. Walaupun persembahan majlis (as seen on TV) masih banyak kelemahan yang menariknya suasana Dewan Chancelor UMS amatlah mengkagumkan, sekali pandang macam bilik ballroom di hotel taraf 5 bintang pula. Difahamkan kapasiti dewan yang sepatutnya 5,000 dikurangkan ke 3,000 maka ramailah yang merungut tidak dapat masuk.

Minggu lalu juga beberapa pengumuman dibuat oleh kerajaan Sabah berhubung industri perfileman. Antaranya penubuhan 'one stop film making centre' di Sabah di bawah Sabah Development Corridor (SDC). Pusat perfileman ini kononnya akan dilengkapi dengan kemudahan yang setanding dengan kemudahan di Hollywood. Hmm...harap-haraplah menjadi, jangan setakat cakap saja. Tengok hari tu, menteri tu bilang FFM22 di KK akan melibatkan PERTISA last-last tiada pun (oops!). Ada juga suara-suara yang 'berteriak' pusat perfileman itu actually tidaklah penting sangat, sebab ada banyak alternatif sekarang ni untuk kita buat filem mahupun belajar selok belok buat filem. Contohnya di UMS, Kolej Yayasan Sabah (KYS) pun is also moving towards that direction. Selain itu kita juga dan boleh minta bantuan kepakaran dari Finas sendiri. Durang bilang lebih baik kerajaan negeri lobi ujudkan stesen TV khas untuk Sabah! What say you? I say buat dua-dua sekali...yang pusat perfileman pun mau...lobi stesen TV pun mau juga (hehe)

2 comments:

zrull said...

wah.... meriah ffm22 di sabah.

eh... cadangan yg bagus tu ada stesen tv di sabah!!! kalau ada pusat perfileman di sabah mesti malatop bah.


harap2 semua tu dapat dilaksanakan!!!


^_^

Miz CanisTaL said...

yup... sy sukung... bt 2 2