10 Dec 2009

Candy masih ada

Kepada kawan kita hari tu yang bertanyakan perkembangan terbaru si Candy, ni dia artikel terbaru about Candy...

Candy masih ada
Oleh MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my

ORANGNYA ringkas dan bersahaja. Namanya juga unik dan tersendiri, tapi sayang ia belum sinonim untuk menjadi sebutan ramai. Mungkin kerana kurang menonjol dan tiada kontroversi, Candra Clement (Candy) masih lagi asing.

Bekas finalis Akademi Fantasia (AF) 5 kelahiran Tambunan, Sabah ini tidak menafikan, ketiadaan berita baru untuk dikongsikan bersama peminat menyebabkannya tercampak jauh berbanding teman seangkatan.

Persoalannya, adakah masih wujud penyokongnya yang dulu melaungkan jeritan setiap minggu ketika AF5? Si empunya diri punya jawapannya.

Gadis kecil molek berusia 20 tahun ini kini mampu menarik nafas lega, akhirnya ‘single’ terbarunya, Trouble Maker ciptaan komposer Iran, Ali Samadi berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus tenggelam.

Hey guys! I'm still around ok!


Baginya, single ini membuktikan namanya masih wujud di industri ini meskipun tertinggal berbanding Mila, Dafi dan Aizat. Walaupun ia tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dia punya cerita untuk dikongsikan.

“Trouble Maker sebuah lagu Inggeris. Walaupun saya sangat gementar menanti reaksi peminat, saya melihat perkembangan ini sesuatu yang mampu memberi lebih peluang pada saya untuk terus bertahan di sini. Maklumlah, keputusan untuk menjadi penyanyi adalah muktamad dan mustahil untuk saya berpatah balik.

“Saya peserta AF pertama tampil dengan single Inggeris dan itu lebih memberi cabaran buat saya sebagai penyanyi baru. Malah ramai terkejut dengan lagu baru ini, mungkin ini satu semangat yang perlu saya ambil secara serius untuk menyampaikannya dengan lebih baik. Namun saya yakin dengan lagu yang turut mendapat sumbangan vokal daripada seorang lagi penyanyi Iran, Stumer.

“Muziknya ‘dance’ yang sangat bersesuaian dengan pasaran hari ini. Melodinya juga serasi dengan kemampuan vokal dan personaliti saya.

“Sebenarnya semua urusan berkaitan single ini diuruskan seorang teman yang juga bekas pekerja di Maestro Records dulu. Dia yang memperkenalkan saya dengan Ali sebelum saya setuju untuk bekerjasama,” katanya.

Menurut Candy, Ali yang juga penyanyi Iran menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Muzik yang dihasilkan juga berbeza dengan sentuhan pop dan elemen moden.

“Saya berharap lagu ini dapat mengembalikan nama saya selepas single pertama ciptaan Edry dulu, Demam,” katanya.

Penyanyi yang juga sibuk dengan pelbagai rangka promosi buah tangan barunya ini turut ‘memasang’ strategi untuk turun padang dalam kerja pemasaran dan publisiti seperti berjumpa wakil stesen radio secara sendiri.

Meskipun kerjaya seninya tidak secerah teman AF yang lain, tidak secalit pun terlintas di hatinya untuk merasa cemburu, sebaliknya ia dijadikan satu inspirasi serta semangat bagi terus membina nama di persada seni.

Inilah lagu Inggeris yang dimaksudkan tu



Fuiyoo...lagu...*matilah Lady Gaga*. Terbayang juga saya album Dusun si Candy nanti ada lagu dengan arrangement muzik macam tu...kan Reny!

Shhhh....bakal kejutan! Tunggu..

0 comments: