23 Feb 2010

Wajib Siar!

Alkisahnya kan adalah beberapa artis yang mengeluh lagu-lagu baru durang tidak disiarkan langsung di beberapa stesen radio tempatan. Tidak pasti pula berapa banyak stesen radio yang terlibat tapi yang sering disebut-sebut ialah Hot.FM dan Era.FM. Jadi mau tidak mau terpaksalah kerajaan 1Malaysia campur tangan. Tindakan ini ala-ala skim wajib tayang filem tempatan di panggung lah ni...

Stesen Radio Diwajib Putar Lagu Baru Artis Tempatan - Rais

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio diwajibkan memutarkan lagu-lagu daripada album atau "single" terbaru artis tempatan untuk tempoh tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata langkah itu juga akan menjadi antara syarat pemberian lesen stesen radio dan beliau percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan itu.

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil akreditasi kepada artis tempatan dalam bidang seni persembahan di Studio Sound Stage di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jalan Hulu Kelang, dekat sini Isnin.

Seksyen 33 Akta berkenaan memperuntukkan bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa, melalui perisytiharan mengikut Seksyen 13 akta yang sama, antara lain, mengubahsuaikan atau mengubah syarat-syarat khas atau tambahan sesuatu lesen individu sedia ada dan mengenakan syarat-syarat khas atau tambahan lanjut kepada sesuatu lesen individu yang sedia ada.

-- BERNAMA

Harap-harap tiadalah stesen radio yang kena heret ke mahkamah lepas ni gara-gara melanggar akta...

2 comments:

Lingkut said...

Secara logiknya...kanapa lagu dorang x di mainkan di radio????

Andaian saya
1-lagu artis 2 x best
2-lagu dari luar best

KAlo lagu local best, mestila kurang ruang atau peluang untuk lagu dari luar untuk dipilih utk disiarkan.

Tapi masalahnya, lagu local x brapa best ataupun lagu luar telampau best..Sorila guna perkataan 'best' ni bayk kali tapi ada betul juga.

Artis local tak patut mengeluh, buatla lagu yang dapat dicop berkualiti and best.Jangan maraah bila stesen radio x mainkan lagu mereka, tapi tanya kenapa dan selidik..

Apa kata tanya pendengar radio ataupun rakyat malaysia kenapa lagu luar bestttt?????

dBOS-fm said...

Sesuatu yg subjektif juga bah kalau mau adili lagu tu best atau tidak..sebab ada lagu luar yg org bilang best tapi pada pendengaran sya mcm ndak best pula

Pendapat sya ttg isu ni kan...kalau sya prhatikan bukan teda lagu2 baru durang d siar d radio. Ada juga tu kena main mcm d radio muzik n radio2 RTM. Tapi yg durang maksud ni kan radio2 popular (dan berpengaruh?) mcm Hot fm n Era fm. Pada saya ada baik juga kerajaan mengkaji mcm mana stesen2 radio yg d maksudkan tu boleh popular n berpengaruh. Dan guna formula stesen2 radio tersebut untuk jadikan stesen2 radio kerajaan setanding durang...