9 Mar 2011

Ringkasan Berita Seni

Sabhi ke Jakarta Jazz Festival

Sabhi Saddi dilaporkan akan mewakili negara ke 'Festival Jakarta International Java Jazz 2011'. Menurutnya dia mendapat tawaran tersebut semasa merakam lagu bersama Helena untuk soundtrack filem Nur Kasih di Jakarta. Tawaran tersebut dipanjangkan kepadanya melalui pengurus beliau yang kebetulan mengenali penganjur festival tersebut. Khabarnya artis lagenda antarabangsa Santana juga akan membuat persembahan di festival yang sama.


(well this is what I call, being at the right place at the right time with the right person...bravo!)

Jutaan Penonton Di Konsert Suria FM Sabah

Dilaporkan lebih 0.02 juta penonton membanjiri kawasan helipad 1Borneo Hypermall (tempat saya selalu mendarat ni), pada 5 Mac lepas, semata-mata mahu menyaksikan kelibat Stacy, Adam. Adira, Jimmy Palikat, Ampal dan beberapa artis popular lagi di konsert khas sempena perasmian stesen radio Suria FM di Sabah.

Sebahagian daripada 0.02 juta penonton


Antara artis-artis yang beraksi


Stesen radio tersebut telah beroperasi di 1Borneo Hypermall bermula 28 Feb lepas.




(Punya ramai tu...sampai helikopter saya mo landing pun ndak dapat, terpaksa berpatah balik)

Pertandingan Juara LPK 3

Pertandingan akhir Juara Lagu Popular Kadazan edisi ketiga akan diadakan Sabtu ini (12 Mar) bertempat di Dewan Tun Fuad Stephen Penampang, jam 8 malam. Antara finalis yang bakal berentap ialah Hilary Petrus (Hangad Poompus), Alfred Koroh (Zi Ina Koupusan Ku), Rose Disuil (Vosion Tokou Ginavo), Marcellus Jolis (Hozou Piginawaan Toh), Johnny Bonis (Hangadon Diau), Jovita Robert Johnny (Mohoing Tondu), Da Prinz (Ada Hiivai Dandi Toh), Kennedy Galban (Aiso Mohon), Esther Clement Tubong (Kokompungon Ku) dan Edward Joinsos (Insan Tadau Kopisoomo Vagu). Peganjur mengingatkan finalis agar membawa sekali penulis lirik lagu mereka dan kalau boleh biar penulis lirik yang naik pentas ambil hadiah sekiranya memenangi kategori lirik terbaik (motif ada peringatan sebegini? Hehe..macam kelakar juga).

KTV salah sebuah lagu yang bertanding



(Adakah Da Prinz akan membawa sekali Dr Jeffrey Kitingan selaku co-lyricist lagu durang..:))

P.R.Inc @ Da Prinz dalam Media Hiburan

Sebut pasal Da Prinz, kumpulan dari Sabah ini bakal ditampilkan dalam majalah hiburan popular Media Hiburan untuk keluaran 10 Mac.

(Alamak mo pi cari laini, kalau jumpa dan kalau sempat saya snap ja dan upload sini)

2 comments:

Japrin said...

:) Bro, sebab durang minta supaya penulis lirik harus datang dan mengambil sendiri hadiah ini adalah kerana durang mengambil kesan daripada ketidakhadiran penulis lirik terbaik yang menang pada JLD di Tambunan hari tu.. hehe.. 2-3 kali kana panggil tapi nda ada.. then, wakil jaklah kenen.. hehee

dBOS-fm said...

Saya pun terfikir mcm tu juga. Tapi kalau syalah penulis lirik sya dtg ja w'pun ndak d jemput(saja mo meraikan kemenangan lagu masuk final). Tapi kalo ada masalah hadir apa buli buat kan 9mengkali terlalu jauh). Tapi ndak salah juga baitu kalau org lain wakil ambik hadiah.