12 Jul 2011

Brenda - Mulut Longkang

Mari kita dengar single sulung penyanyi Brenda Aruna Lundo Jumin a.k.a Brenda Londoh berjudul 'Mulut Longkang' (lagu/lirik : Jasnie Mohd Yaakob/Othman Mahmood)yang bakal dilancarkan bulan ini (Julai). Single ini boleh dibeli di website eRama (syarikat rakaman si Brenda) dengan harga RM 3.00 sahaja.











Buli tahan juga muzik dan melodi lagu ini, ada kacukan lagu Smooth Criminal (Michael Jackson) dan sebuah lagu nasyid :=).

Berbagai usaha juga sedang dibuat oleh syarikat rakaman si Brenda untuk mempromosi bakat gadis Rungus-Dusun berasal dari Kudat ini, dipersada muzik tanahair (bertuahnya). Terbaru, menurut Hiburan Harian Ekspres, sebuah lagu nyanyian beliau akan dipasarkan di Indonesia. Lagu yang berjudul 'Manusia Biasa' (ciptaan dan nyanyian asal Yovie dan Nuno) dirakam semula oleh beliau untuk dijadikan lagu runut filem Gerimis Mengundang (yang sedang gigih membuat penggambaran di Sabah). Beliau dilaporkan bakal ke Indonesia untuk melengkapkan rakaman lagu tersebut, walaupun versi studio beliau sudahpun ada di YouTube (kekekek...macam mana tu?).

Ni nah...



..dan ini pula 'Manusia Biasa' seperti yang dinyanyikan oleh pencipta merangkap penyanyi asal dari Indonesia.

8 comments:

swity said...

klu download lagu 'ok bh tanak kampung' ada juga ka sana tu a??;p

dBOS-fm said...

Teda sana tu..lagu2 melayu ja kali

Anonymous said...

heran juga napa dia pakai nama Brenda Londoh padahal kazen ja sama si marsha bukan adik beradik. nanti ada pula mulut2 longkang bilang dia tumpang glamer. lagi ngam om lagi power kalau dia guna brenda aruna

Anonymous said...

lagu dia cm lagu kumpulan nasyid rabbani..hehehe..sma da sikit beat it ka klu nda silap..hahaha

SciaS said...

brenda londoh kerabat marsha londoh??

dBOS-fm said...

anony - brenda aruna..yup lawa
anony - sya dengar lebih mcm smooth criminal :)

Scias - yup kazen dia bilang

SciaS said...

kalo begitu...buli tahan marketing dia hehehe

Elih Japahar said...

Brenda londoh terbaik..like :)

http://elihjapahar.blogspot.com/2011/08/brenda-londoh-artis-baru-sedang-meletop.html