And the sound system? I've to give it 6 over 10!
28 Jan 2006
An evening with Linda....BEST!!
And the sound system? I've to give it 6 over 10!
26 Jan 2006
Penyanyi-penyanyi cilik ....
Pertama kali mendengar budak ni menyanyi ialah semasa pertandingan Bintang Sabah di Buhavan Square Januari tahun lalu (2005). Terkejut beruk saya, manakan tidak punyalah nyaring suara dia ni. Masa itu beliau menyanyikan beberapa buah lagu tapi yang saya ingat jelas ialah lagu "It's My Life" (Bon Jovi) dan "Hero" (Enrique Iglesias). Kalau lagu yang dinyanyi tu ditingkatkan key ke 1,2 octave tidak apa lagi, ini dia ubah ke full octave, nyaring habis!senyaring penyanyi Hindustan perempuan! Keistimewaan kanak-kanak ni lagi ialah beliau memiliki stage showmanship yang hebat (manakan tidak, dengar khabarnya pernah menjadi juara wushu kanak-kanak). Kalau menyanyi lagu rancak memang tidak sah kalau tidak melompat, berpusing-pusing, flying kick dan bersilat. Semua ini dibuat tanpa terkapus-kapus (budak-budaklah katakan). Beliau ni memang sering mendapat undangan membuat persembahan pentas dan pernah beberapa kali berkongsi pentas dengan bintang-bintang AF3. Dengar khabar juga, beliau bakal merakamkan album. Saya rasa amat bertepatan sekali dan elok juga dipercepatkan sebelum suara dia bertukar manjadi garau! (Tak silap tahun ini usia beliau 12 tahun, tahun depan 13...nah mau bertukar suara sudah tu!). Teringin juga nak mendengar beliau mendendangkan lagu-lagu nyanyian Michael Jackson semasa zaman kanak-kanak seperti "Rocky Robin", "Ben", "I'll Be There" dalam persembahan-persembahan beliau...gerenti mengancam!
Nazwa Naslie
Kalau tak silap saya, dia lah ni yang pernah menyanyi di KDCA semasa Pesta Menuai tahun lalu. Berusia 13 tahun dan telah menghasilkan album yang telah dilancarkan dalam bulan ini. Lagu beliau yang bertajuk Ikoyo Tundu Unduku, berkedudukan tangga kesepuluh dalam carta lagu Dusun minggu lepas (masuk carta juga!). Suara memang boleh tahan dan kedengaran agak matang (boleh didengari menerusi lagu Tudukai Oku di radioblog) tapi vocal range beliau agak terhad sedikit (tidak seperti Angelbon).
Harap-harap mereka ini bakal menjadi pelapis kepada bakat-bakat yang sedia ada sekarang dan dengan bimbingan yang betul dari pihak-pihak tertentu terutama dari ibubapa mereka sendiri, mereka akan dapat meneruskan kareer seni mereka tanpa menjejaskan bidang akademik. Ada juga beberapa penyanyi-penyanyi cilik yang hebat sebelum ini, seperti adik Rowell yang mempunyai style menyanyi rythm and blues dan memiliki mutu suara yang lebih hebat dari kedua-dua adik kita di atas. Tapi sekarang ini beliau sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang pelajaran (hmm...elok lah tu) tapi malang sekali suara zaman kanak-kanak beliau tidak sempat diabadikan dalam sebuah album (kalau tak silap tahun ini beliau berusia 15/16 tahun?)
25 Jan 2006
Sean 77...another excellent local production!
23 Jan 2006
Ingin memiliki motosikal Modenas dan peluang jadi artis rakaman?!
Hadiah pertama: Motosikal Modenas (vroooommm!!....vroommm!!)
Hadiah Kedua: Tiket Penerbangan Pergi Balik Ke Hong Kong (boleh jumpa King Kong!)
Hadiah Ketiga: Penginapan 2 hari 1 malam di Kudat Golf and Marina Resort (ingat 1 malam ja! jgn lebih-lebih, kalau lebih... bayar sendiri! best tempat ni saya sudah pergi, ada padang golf)
10 hadiah saguhati: Hamper (ruti2, biskut, cokelat, gula2, kuaci, maggi me, sabun mandi dll)
Nah!…bukan kah lumayan hadiahnya tu! Alaa...bukan susah jawap 3 soalan sahaja!
Sean 77 juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai ujibakat menjadi artis rakaman mereka (nasib baik sya sudah ikat kontrek dengan syarikat rakaman lain…kalau tidak…sya sapu habis ni!) Pemenang-pemenang ujibakat akan menerima hadiah-hadiah berikut;
Johan: RM 2,000 + kontrek rakaman (uiiina...campur 2 ekor kerbau boleh buat berian kawin sudah ni)
Kedua: RM 1,000 + kontrek rakaman
Ketiga: RM 500 + kontrek rakaman
Saguhati: 10 hamper
Lumayan?! Bah tunggu apa lagi...cepat!!.....dapatkan butir-butir lanjut dan borang “original” dalam album Sean 77...borang fotostet tak main ok! Albumnya pun ada ummmphhh!!...kalau kamu rasa-rasa boleh nyanyi lebih bagus dari vokalis kumpulan, putarkan saja musik karaoke!...nyanyi dan rakam suara sendiri! Beres dong!!
20 Jan 2006
A song by ex-Rhinos (Sabah Rhino Team 1996)
18 Jan 2006
Mari dengar lagu Sama/Bajau..
17 Jan 2006
Tips mendengar radioblog
1. Keadaan sempurna
Keadaan ini berlaku sekiranya anda klik sebuah lagu dan jalur biru muda dengan cepat memenuhi ruangan, ini menunjukkan tiada gangguan dan lagu telah di download secara normal. Lazimnya setelah jalur biru muda memenuhi ruang ianya akan diikuti dengan kemunculan jalur biru tua yang akan bergerak perlahan-lahan mengikut status lagu yang dimainkan.
2. Keadaan hampir sempurna
Keadaan ini merujuk kepada keadaan di mana jalur biru muda dan jalur biru tua bergerak "neck to neck" (macam kuda yang sedang berlumba). Adakala keadaan ini akan menjadi stabil ke keadaan (1) atau tak stabil terus seperti keadaan (3).
3. Keadaan tak sempurna
Keadaan ini berlaku bilamana jalur biru tua bergerak lebih cepat dari jalur biru muda, menjadikan lagu bermain "terputus-putus" (belum habis telah melompat ke lagu yang berikutnya).
Untuk keadaan (2) dan (3) penjelasan yang saya dapat dari pihak radioblog adalah seperti berikut:
a) kesesakan trafik ke radioblog server:- maknanya ramai visitors sedang masuk mendengar radioblog pada masa tersebut menyebabkan berlaku gangguan bandwith pada radioblog server (maklumlah jumlah bandwith ke radioblog saya terhad dong!)
b) gangguan/masalah internet connection di kawasan anda:- yang ini agak pelik sedikit sebab bila anda masuk website lain anda tiada masalah (malah dapat melayari website lain dengan cepat) dan yang peliknya mereka yang berada di kawasan lain tidak mengalami gangguan yang sama. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini sila rujuk artikel "My black Friday" dan bila menghubungi kawan-kawan di tempat lain mereka mengesahkan tidak mengalami gangguan mendengar radioblog!
16 Jan 2006
Menaiki feri kenderaan ke Labuan
kesian van ini sikit nda dapat naik
jangan susah...dalamnya memang luas..
kenderaan bersusun rapat-rapat
duhhhh......padatnya!
pemandangan feri meninggalkan Menumbok...boleh juga ambil boat xpress di sini...
Beberapa penumpang yang nda pernah nampak laut
suasana dalam passengers deck.....ada cafe lagi..
tempat menonton video (ada dua bahagian depan dan belakang) gambar diambil sebelum tayangan filem King Kong dimulakan
Atukk!! Isai ilo!(yaiiii!!)
Apa yang direnungkan tu bang?! Ikan duyung?
Oh pantai Mempakul rupanya
Yeppiee!...sampai Labuan (pusat akuatik labuan yang sampai sekarang kosong)
Uiina...kawasan glamer.....Financial Park, Sheraton Hotel dan Marina
Baik-baik bawa kereta tu!
Penumpang khusyuk menyaksikan askar TLDM membersihkan kapal (macam aksi circus bah durang menyuci)
Labuan new seaport terminal...canggih! macam airport!
Aaaahh..chooo!! kasut (aku beli di KK) yang harganya RM40 lebih murah di Labuan (arrgghh! boleh beli dua CD tempatan) actually banyak juga barangan di Labuan yang harga masih murah berbanding di KK...(selain daripada kereta, 7-10, rokok dll)
13 Jan 2006
Guli Noh Id Doho....unik..."advance" dan "futuristic"...
Pertama kali saya mengetahui keujudan lagu ini ialah melalui artikel Mr. Boyd “Lima Jam Rakam Guli Noh Id Doho” di ruangan hiburan Daily Express dan bila mendapati nama penciptanya...I was like...”Atukkkoii!”....maka terbayanglah lagu Superstar dari Aldro. Sayapun terus set “reminder” supaya tidak terlupa mengikuti Bontugan Sinding Minggu Diti (kadang-kadang pandai terlupa). Album Max yang mengandungi lagu GNID ini hanya saya nampak mula berada di kedai-kedai muzik pada 5 Jan. Walau bagaimanapun hanya album dalam bentuk kaset yang kelihatan dan bila ditanya, tauke kedai jawab hanya kaset yang ada (mmm...kasetpun kasetlah). Lalu sayapun memulakan kajian rambang, memperdengarkan GNID kepada beberapa orang kenalan yang memang music lovers...ikutilah komen-komen menarik mereka...
Ms. I: ...best! mcm lagu Phil Collins....siapa nyanyi? (diberithau)...oh....penyanyi barulah...best juga suara dia ...(rate? 4.5/5)
Mr.T: Macam iras-iras lagu Sting “Every Breath You Take”...(sambil terus concenterate mendengar)...buli tahan....best!...lain dari yang lain...kalau untuk lagu Dusunlah...(rate? 4.2/5)
Mr. R:…Ok!...alright!..best! siapa nyanyi?..kau? (duh!…adakah saya pula yang dituduh!) (rate? 4/5)
Mr. Rio: (anak jiran 18 tahun, kaki jamming): (mendengar buat seketika)..eh bahasa apa tu bang? ( mau saja aku ketuk kepala dia)…eh ampun..ampun…sya ingatkan mau kasi dengar lagu inggeris tapi lain pula bahasa yang keluar! Oh…Kadazan! (hmmm!) Tapi best jugalah…siapa nyanyi? (then I asked…pembuat lagu nda mau tanya!?) Oh..ok siapa pencipta dia? (I joked “it’s me!”)…oh patutpun best!...(berfikir sekejap)…tapi tiada bunyi gitar bah bang! (then mula main gitar ikut rhythm lagu) your rate?..(malu2 kunun)…5/5 jalah bang!)
Mr. A: lagu si ****x? (then I reveal)…really?? I see…boleh tahan juga….sya suka muzik dia…simple…creative.. different (rate? 4/5)
Mr.G: Best juga….ada ciri2 kelainan…macam “advance” (rate?...sya suka ciri2 kelainan dia…4.8/5
Then our regular visitor here Mr. Seriband: Hiii... dbos lagu si Max, lagu cover kaitu? macam pernah dingar.. tapi tatap siok mau dengar...
Jeng!…jeng!..jeng!…last but not least…Mr.X! (anggap sajalah dia ni clone Simon Cowell)
Mr.X: (Listening attentively sambil mengangguk-angguk kepala ikut rhythm – reaksi enjoy – tiba2 selepas saja chorus pertama…muka berkerut…and start geleng-geleng kepala…then after the particular part is over…he starts enjoying again until the song ends)…what was that?! (was his first comment)....anyway it’s a good song…very good…except for that part that sounds like something you hear from a midi file! What do you think? (la…tanya saya pula...then he continued)....except for that sound…it’s very impressive…very “tasty”…it explores beyond the boundary …very experimental…very adventurous….has a Euro Pop feel…very futuristic sound…(then I asked “but don’t you think perhaps it's got to do with the recording quality that turned…whatever it is…to sound something like that?)....I’m not touching on the technical part but more of the creative side……it’s actually not that bad…but perhaps any high pitch...soft sound… like…soft string…or even a flute/string combination should give a balance to the sound…cos it appears to me as if..it suddenly lost the balance....(then he starts playing the song again!)...rating?...(lama juga dia fikir)…3.5 should be fair (then I asked…what if without the sounds?) 4!...cos I also expect something a little bit of noise..... towards the end of it…and I prefer if the ending just fades slowly without wrapping it up with a drum roll....but anyway nothing is perfect…right! (duhh!..banyak lagilah dia ni cakap..tapi tu saja yang saya dapat tangkap)
Arrrgghhh…dengar tu tuan maha mencipta lagu!…(akupun pening!), Apapun my personal opinion, first time dengar lagu ni memang saya kagum, lagu ni cukup unik dari segi melodi dan susunan musik…tidak terlalu sentimental dan tidak terlalu cepat…”feel” cukup menarik...memang berlainan dari lagu-lagu KD yang pernah saya dengar...bak kata Mr.G “advance” dan Mr.X “futuristic”. Saya tabik, ucap syabas dan tahniah, bila lagu ini telah lama bertahan dalam carta lagu Dusun (tempat kedua minggu lalu dan pernah menduduki tangga teratas carta). Mujur juga boleh diterima oleh para penggemar lagu-lagu Dusun. Satu hasil yang cukup memberangsangkan setakat ini dari tuan pencipta lagu. Vokal Max juga memberangsangkan dan berlainan dari vokal beliau untuk lagu-lagu lain yang disampaikan dalam album ini (tak sia-sia didera 5 jam dalam studio!) dan saya juga amat kagum dengan background vocalist lagu ini (siapakah gerangan tu?). Hakikatnya lagu ini menambahkan lagi seri program radio Dusun dari segi kepelbagaian (variety) lagu-lagu yang diputarkan. Harap-harap lepas ini lebih banyak lagilah lagu sebegini dihasilkan. Lagu ini juga seolah-olah membawa kita ke satu dimensi baru. Tahniah kepada Max, Ading, Sylvester dan Jerry (take a listen to the song in a better quality version on the first track)
P/S: Atukk!... kenapa juga emel yang dijanjikan tu..tidak sampai-sampai?! terpaksalah buat rakaman sendiri di studio bersebelahan dapur.
10 Jan 2006
Untuk kategori sampul album yang menawan kalbu...
Meeda... !!
(oppss...gambar pinjam kah ni?...kekek!)
Oliver George Mool...
Sekar Madusa...
.....dan pemenangnya....ialah.....MEEDA!!! Tahniah!!...Tahniah!
9 Jan 2006
En route to.... Anugerah Juara Lagu 20
Setelah lebih satu dekad sejak lagu/lirik ciptaannya Anggapanmu (dendangan Ziana Zain) dipertandingkan di final Anugerah Juara Lagu (AJL), sekali lagi komposer/penulis lirik kelahiran Sabah, Asmin Mudin, boleh mengharapkan sesuatu apabila lagu Gemilang dendangan juara Malaysian Idol Jac Victor, terpilih untuk bertanding dalam kategori Balada AJL20. Lirik Gemilang adalah ilham Asmin sementara lagunya dicipta oleh Aubrey Suwito. Mengiringi Gemilang ke Final AJL20 untuk kategori Balada ialah Wajah (komposer Othman Mohammad, lirik Habsah Hassan, penyanyi Jaclyn Victor) Awan Yang Terpilu (Lin Li Zhen/Loloq/Ning Baizura) dan Elegi Sepi (Azlan Abu Hassan/Julfekar/Azharina). Bersembang dengan Asmin (di Kuala Lumpur)menerusi MIRC malam Jumaat lalu, penulis seakan dapat menghayati perasaan berbaur yang bersarang di hati mahasiswa tajaan MACP yang mengkhusus dalam bidang Seni Persembahan (Muzik) di Universiti Malays ini. “Gembira, gelisah, harap menang, rasa dihargai,” singkat kata-kata Asmin mengenai kejayaan Gemilang ke final AJL20. Ini, bagaimanapun, bukan kali pertama karya Asmin dipertandingkan di peringkat tertinggi di negara ini kerana sebelum inipun, Anggapanmu pernah ke final AJL94 dan dua tahun kemudian, Kau Ilhamku (nyanyian Man Bai) turut dinilai difinal Anugerah Industri Muzik. Nasib tidak menyebelahi Asmin dalam kedua-dua pertandingan berprsetij itu. Mampukah Gemilang melakar satu lagi kejayaan setelah lagu ini membantu Jac Victor dinobatkan pemenang hadiah utama pertandingan berprsetij Festival Muzik Asia di Shanghai Oktober lalu? “Sekalipun saya mengharapkan kejayaan lewat lagu Gemilang , saya sebenarnya tidak berani meletak harapan tinggi. Bagaimanapun saya melihat ruang yang selesa untuk lagu itu dipilih sebagai lagu popular yang ditentukan menerusi undian SMS”. Asmin mengakui saingan dalam kategori Balada begitu sengit kerana membariskan karya komposer-komposer hebat dan mempunyai pendidikan formal dalam bidang itu. “Tapi saya pasti Jac punya kekuatan dan saya nampak AJL kali ini lebih kepada kekuatan artsi. Pertarungan artis yang dicungkil bakat mereka menerusi kaedah konvensional dan artis yang lahir daripada program realiti mengubah perspektif penilaian,” kata Asmin yang mengakui sedikit kabur dengan format pengadilan untuk AJL20. Asmin menambah: “Jika undian SMS mendominasi keputusan, saya yakin Jac akan tetap menjadi pilihan.”
8 Jan 2006
SUNDAY SPECIAL
7 Jan 2006
JIAJA moves to the next round...Felix in TV3's Muzik Muzik
In the meantime our hero Felix is now being nominated in TV3's Muzik Muzik.
Nokuro29....
Ada 10 buah lagu dalam album pertama mereka yang bakal berada di pasaran dalam bulan April. Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah Aramai Ska, Nokuro Tu...(kedua-dua lagu ni sedang berada online - Track 54 dan 55), Upus, Sarapon, Nana Song, 28 Minit (lambat 3 minit dari Michael Learns To Rock), Pogulio Tupus Di Pogulu, Kopusan (perkataan wajib dalam lagu dusun), Ona, Trust Pada Bulan ( yang ini lagu melayu...tapi perkataan "trust" tu aneh sikit)
"Sebenarnya diorang plan... muzik diorang lebih kepada gitar oriented....lebih kepada macam muzik Simple Plan.....tapi buat percubaan/permulaan main bentuk-bentuk ska sebab ia lebih dekat dengan beat sumazau... lebih bikin orang tebeguyang dan berpogo masa pesta-pesta kawin atau kaamatan. Kena mesra Keramaian lah lebih kurang", kata Encik Seriband (bukan nama sebenar) selaku jurucakap Nokuro29. Ketika ditanya dari mana pula datangnya idea menamakan kumpulan ini Nokuro29, beginilah jawab beliau "Nama Nokuro29 itu sebenarnya terpilih setelah macam-macam nama cuba dicadangkan...asalnya nama kumpulan dipanggil RyduVincentUyu....tapi panjang, susah mau ingat dan sebut. Macam-macam nama dicari cth; Shumara, Tanaq Wagu, Bobolian, nama-nama hantu dusun,...tiada yang kena di hati....so tiba-tiba why not ambil tajuk lagu Nokuro Tu.. sebab lagu inilah yang menggerakkan mereka cuba masuk industri musik kita. Lagu Nokuro Tu.. ini mula rakam pakai gitar kapok tahun 2002(mungkin lupa suda...versi asal cha ca..har...har..har...) Kitorang pilih lah Nokuro..... 29 itu ngam ngam hari nama ini dipilih 29 haribulan. Masa itu sudah masuk studio, rakam muzik( semua musik main sendiri...tiada pemuzik undangan...) Tapi tiada nama kumpulan, susah mau booking haribulan masuk studio kalau nama pun tiada...jadilah Nokuro29" alkisahnya....
Kumpulan ini juga khabarnya telahpun menyiapkan empat buah klip video mereka. Sama-samalah kita nantikan kemunculan album pertama mereka. Nampak gaya kumpulan ini menampilkan sedikit kelainan dan bakal menyajikan "variety" dalam hasil-hasil karya anak tempatan Sabah. Semoga mereka akan bertapak lebih jauh lagi selepas ini. Syabas!
6 Jan 2006
Ibu Azharina bercerita tentang anaknya...
Alhamdulilah rezeki Azharina Azhar (20 tahun) menerusi album keduanya berjudul-NINA (terbitan Milennium Art dan edaran Sony BMG Music) semakin diterima ramai peminat. Single pertama lagu Elegi Sepi telah meledakkan nama Nina macam bom atom gitu. Ha! Ha! Lagu tu memang mengasyikkan. Ahh! Kali ini giliran Nina pula menghiasi kolum zaman kanak-kanak dan remaja Mangga. Pada 25 Mac lalu, Zaidie telah menebual mummy kesayanagan Nina – auntie Azizah Ibrahim (41). Terlanjur berbual sempat juga Zaidie mengorek pelbagai kisah menarik Nina daripada mummynya. Nina dilahirkan pada 11 Mac 1985 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Jangan tak baca...jom kita baca. Cerita auntie Azizah Ibrahim: “Dia (Nina) ni anak sulung daripada empat beradik. Dia ada seorang adik perempuan (Nana – 19) dan dua orang adik lelaki (Adam-12 dan Aiman-4). “Dia memang minat muzik ni sejak dari kecil lagi. Dia suka menari dan menyanyi. Umur lima tahun dia dah mula menyanyi di rumah orang kahwin. Selain dari itu dia pun dah mula ikut pertandingan nyanyian di Sabah. Kalau tak menang juara, dia dapat kedua atau tempat ketiga. Sayangnya datuk kesayangnannya – arwah Ibrahim Sanadi tak dapat melihat perkembangan dunia nyanyiannya. Datuknya meninggal pada tahun 1990. “Sebelum bersekolah tadika dia dijaga oleh nenek (Minah Abdul Jalil) dan arwah datuknya di Keningau. Dia ni memang cucu kesayangan. Masa nak mula masuk ke tadika, auntie ambil balik dia. Yang lucunya, auntie dapat tahu neneknya susah hati dan sedih sangat bila tahu auntie nak ambil balik dia. Neneknya sanggup sembunyikannya supaya tidak diambil auntie. Yelah cucu kesayangan lah pula. “Dia memang cucu yang lain daripada yang lain. Dia boleh berfikir walaupun masih muda. Pernah dulu seingat auntie masa dia ke pekan (bandar) dengan kakek (panggilan kepada arwah datuknya) dia idamkan sebuah rumah. Tapi dia tahu kakek tak mampu membelinya. Tapi dia pernah bercita-cita kalau dia kaya suatu hari nanti, sudah pasti dia akan mendapatkannya.
“Auntie berpisah dengan suami (Al-Azhar) pada bulan Jun 2001. Tahun tu juga Nina menjuarai pertandingan Bintang RTM. Walaupun sudah berpisah hubungan kami tetap baik. Auntie sebenarnya tak bimbang walaupun dia merantau mencari rezeki sebagai penyanyi di Kuala Lumpur. Dia boleh berdikari dan membawa diri. Dia nampak lebih dewasa dan matang daripada umur sebenarnya. Dia anak yang bertanggungjawab kepada keluarganya. Dia pernah berjanji kepada auntie kalau dia berjaya sebagai penyanyi dia ingin salutkan auntie dengan emas. Maksudnya dia ingin membahagiakan keluarganya. “Soal jodoh auntie tak menghalang siapa jodohnya. Tapi apa yang auntie dapat rasakan dia takut nak kahwin. Mungkin dia dah tengok keruntuhan rumahtangga yang dialami auntie dan bapanya. Buat masa ini tak kahwin pun tak apa lagi. Biarlah dia berjaya dulu menjalani kehidupan sebagai artis”.
5 Jan 2006
Santapan hari Khamis....
Wow! Cantik dan menawan sungguh pesona wajah pendatang baru – Persana Avril Sollunda. Nama komersilnya Shanna Avril. Bukan Avril Lavigne penyanyi luar negara tu. Ha ha! Umurnya baru 22 tahun. Tarikh lahirnya 10 November 1982. Shanna adalah model, pelakon dan penyanyi.Wajah jelitanya hasil daripada perkahwinan campur ibu bapanya. Shanna berdarah kacukan Siam, Cina, Kadazan dan Utara India. Shanna dilahirkan di Sabah. Shanna beragama Kristian. Menurut Shanna dia sedang dalam proses menghasilkan album sulung berkonsepkan pop dance. Setakat ini Shanna dah berlakon dua drama iaitu Tangisan Bulan Madu (slot Kisah Benar – TV3) dan drama 13 episod – Cinta Dia. Bersembang bab cinta dan lelaki idaman, cerita Shanna: “Cinta pertama saya masa umur 13 tahun. Itu sekadar cinta monyet aje. Kisahnya kelakar sikit. Hi!Hi!. Pakwe tu tak tahupun saya menaruh perasaan padanya. Sayapun suka-suka main-main je. Pelajaran datang dulu masa tu. Lagipun ibu dan bapa saya tegas sikit. Sekarang ni saya belum fikir lagi untuk bercinta. Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya. Tapi saya tolak dengan cara baik. Saya ni jenis yang tak sombong dan berfikiran terbuka. Saya akan berterus terang kat mereka yang saya belum mahu bercinta dan kalau setakat nahu berkawan tu okeylah. Cinta itu bukan perkara mainan. Cinta adalah kasih sayang, caring, loving dan understanding. Sebelum ni saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu. Ianya Cuma soal hati dan perasaan.. Lelaki idaman....saya sukakan lelaki yang baik hati, tak suka menipu, penyayang, penyabar dan understanding. Soal kacak atau tidak...tak menjadi masalah kepada saya”. Mesti ada yang terpikat bila tengok Shanna di halaman warna?. Shanna siap pos dengan ular sawa berwarna kuning lagi. Kelas cik oii. Menurut Shanna kali pertama pegang ular dia rasa geli juga la. Tapi bila dah lama-lama Shanna dah berani sikit. Emel Shanna platinumphoenixent@yahoo.com
Mangga Sep 2005
dbosfm: Adakah kemunculan albumnya bakal menggugat artis-artis yang sedia ada? Adakah suaranya secantik orangnya atau adakah suaranya lebih memihak kepada suara penyanyi Utara India?...seperti wajahnya...
4 Jan 2006
Lagu-lagu terbaik radio ERA sepanjang tahun 2005
1. Peter Pan - Mungkin Nanti
2. Mawi - Aduh Saliha
3. Azharina - Elegi Sepi
4. Felix - Warkah Berlagu Pilu
5. Adam - Tak Tahu
Yang menariknya artis2 yang menduduki tangga 3, 4 dan 5....*grinn*
3 Jan 2006
Lagi-lagi kisah dua bintang hangat AF3..
FELIX jemput peminat ke rumahnya pada hari kedua Krismas
Oleh Aisamurni Supaman (Mangga Januari 2006)
2 Jan 2006
Felix di lokasi belajar bahasa baku...
Bersama pelakon utama filem Misi:1511
Tapi mujurlah krew banyak memberi tunjuk ajar dan semangat, kalau tidak susah juga. “Sebenarnya sebelum saya menyertai Akademi Fantasia lagi saya bercita-cita mahu menjadi pengacara rancangan Trek Selebriti seperti Jimmy. Jangan tak tahu saya pernah menggantikan Jimmy untuk satu siri sebagai pengacara Trek Selebriti. Daripada situ saya mula belajar karektornya yang happening. Bezanya salam Misi 1511 saya kena create watak itu agar ada unsur komedi spontan tetapi intelligent.” Berlakon dalam Misi 1511, Felix mengakui dia tidak banyak masalah kerana segalanya disediakan pihak produksi baik dari segi wardrobe dan jurumekap. Hanya dia agak bimbang kalau-kalau pengarahnya garang dan suka mengherdik. Felix beruntung kerana pengarah filem ini nyata seorang bertolak ansur dan baik. “Apabila mengetahui Maestro bersetuju dengan AV Vision Sdn Bhd untuk memberi peluang saya berlakon filem ini, perkara pertama yang saya fikir ialah, ‘garangkah pengarahnya nanti?’ Maklumlah saya budak baru, pasti banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi sepanjang dua hari bersama produksi Misi 1511, pengarahnya abang Young Juwahir baik orangnya. Apa yang silap ditegurnya secara berlapik.” Ditanya mengenai keperluan yang sering dibawanya setiap kali ke lokasi penggambaran, katanya, “saya tak bawa apa-apapun sebab segalanya disediakan oleh AV Vision. Keperluan lain Cuma telefon, beg duit dan aksesoari badan seperti cincin, rantai dan gelang.” Antara pelakon lain yang turut terbabit dalam filem ini adalah Eja, M. Rajoli, Zamzahuri, Marsha AF3, Adlin Aman Ramli serta beberapa pelakon Indonesia seperti Adjie Pangestu, Rico Tampatty dan ramai lagi. Filem menelan belanja hampir RM 3.5 juta dijangka menemui penonton di pawagam pada bulan Februari 2006.
Barangan peribadi yang mesti ada
Petikan dari Majalah IR Diesember 2005
Oleh: Jemang
Foto: Rozali Mohamad