

Tapi mujurlah krew banyak memberi tunjuk ajar dan semangat, kalau tidak susah juga. “Sebenarnya sebelum saya menyertai Akademi Fantasia lagi saya bercita-cita mahu menjadi pengacara rancangan Trek Selebriti seperti Jimmy. Jangan tak tahu saya pernah menggantikan Jimmy untuk satu siri sebagai pengacara Trek Selebriti. Daripada situ saya mula belajar karektornya yang happening. Bezanya salam Misi 1511 saya kena create watak itu agar ada unsur komedi spontan tetapi intelligent.” Berlakon dalam Misi 1511, Felix mengakui dia tidak banyak masalah kerana segalanya disediakan pihak produksi baik dari segi wardrobe dan jurumekap. Hanya dia agak bimbang kalau-kalau pengarahnya garang dan suka mengherdik. Felix beruntung kerana pengarah filem ini nyata seorang bertolak ansur dan baik. “Apabila mengetahui Maestro bersetuju dengan AV Vision Sdn Bhd untuk memberi peluang saya berlakon filem ini, perkara pertama yang saya fikir ialah, ‘garangkah pengarahnya nanti?’ Maklumlah saya budak baru, pasti banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi sepanjang dua hari bersama produksi Misi 1511, pengarahnya abang Young Juwahir baik orangnya. Apa yang silap ditegurnya secara berlapik.” Ditanya mengenai keperluan yang sering dibawanya setiap kali ke lokasi penggambaran, katanya, “saya tak bawa apa-apapun sebab segalanya disediakan oleh AV Vision. Keperluan lain Cuma telefon, beg duit dan aksesoari badan seperti cincin, rantai dan gelang.” Antara pelakon lain yang turut terbabit dalam filem ini adalah Eja, M. Rajoli, Zamzahuri, Marsha AF3, Adlin Aman Ramli serta beberapa pelakon Indonesia seperti Adjie Pangestu, Rico Tampatty dan ramai lagi. Filem menelan belanja hampir RM 3.5 juta dijangka menemui penonton di pawagam pada bulan Februari 2006.
Barangan peribadi yang mesti ada
Petikan dari Majalah IR Diesember 2005
Oleh: Jemang
Foto: Rozali Mohamad
1 comments:
baguslah tu felix...harap2 dalam tempoh setahun ini anda boleh improve dengan cemerlang dalam communication skill supaya senang 'bekerja' nanti. bravo felix.
Post a Comment